29 April, 2018

Jenis-jenis Keluarga





Allah SWT memaklumkan kepada umat manusia bahawa dia iaitu pencipta dan penguasa langit dan bumi. Dia boleh melakukan apa sahaja di langit dan di bumi. Sesungguhnya apa sahaja yang Dia kehendaki, pasti akan berlaku. Dan apa sahaja yang Dia kehendaki, pasti tidak akan berlaku. 

Allah SWT memberi kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dan menghalang sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Apabila Dia berhasrat memberi kepada seseorang, maka tidak ada kekuatan apa pun yang sanggup menghalangNya. 

Disebalik itu kalau Dia berkehendak untuk tidak memberikan sesuatu kepada seseorang, maka tidak ada kekuatan apa apa pun yang mampu memberikanNya.

Berkenaan dengan anak, adakalanya Allah SWT menganugerahkan : 

1. Anak lelaki sahaja kepada seseorang seperti kepada Nabi Ibrahim AS, 
2. Adakalanya dia menganugerahkan anak perempuan sahaja seperti kepada Nabi Lut AS dan
3. Adakalanya dia menganugerahkan anak lelaki dan perempuan seperti Nabi SAW, 
4. Namun ada juga yang tidak dikurniakan zuriat seperti Nabi Yahya AS dan Nabi Isa AS.

Oleh sebab itu secara umum manusia terdiri daripada empat jenis :

1. Manusia yang diberi keturunan anak lelaki sahaja. 
2. Manusia yang diberi keturunan anak perempuan sahaja. 
3. Manusia yang diberi keturunan anak lelaki dan perempuan. 
4. Manusia yang tidak diberikan zuriat.

Allah SWT Maha Mengetahui siapa yang harus diberi anak lelaki sahaja, siapa sahaja yang harus diberi anak perempuan, siapa yang harus diberi anak lelaki dan perempuan, dan siapa yang harus tidak diberikan zuriat. 

Itu semua menjadi bukti bahawa Allah SWT mampu mencipta manusia dengan empat macamnya. Misalnya : 

1. Adam AS diciptakan oleh Allah SWT bukan daripada manusia tetapi daripada tanah. 
2. Hawa diciptakannya daripada manusia lelaki sahaja. 
3. Isa AS diciptakannya daripada perempuan sahaja; dan
4. Selain mereka diciptakannya daripada lelaki dan perempuan.

Inilah kuasa Allah SWT yang ditunjukkan kepada kita, supaya kita semakin percaya kepadanya, semakin betakwa kepadanya dan semakin bersyukur di atas kurniaan yang telah diberikanNya kepada kita. Tidak ada yang melebihi keupayaan Allah SWT dalam perkara apa apa juga, sehingga Dia yang paling berhak untuk disembah.

- Ibnu Kasir, tafsir Al-Quranil'azim, Jilid 7, 1996:216

No comments: