Wanita muslimah seharusnya mentaati perintah Allah SWT dan meredhai ketentuanNya. Keredhaan ini merupakan tanda keimananya,ketaqwaannya dan ketaatannya yang besar. Wanita muslimah menyedari betapa pentingnya petunjuk Allah SWT.
Dengan adanya petunjuk tersebut, dapat mendidik muslimah agar sentiasa redha dan menerima apa pun yang berlaku dalam hidupnya baik mahupun buruk. Keredhaannya ini merupakan kebaikan baginya dalam keadaan apa pun.
Wanita muslimah ialah wanita yang berhati teguh, menyakini bahawa apa sahaja yang menimpa dirinya dalam kehidupan ini bukanlah suatu kesalahan. Segalanya berdasarkan qada' dan qadar Allah SWT.
Oleh kerananya, semua urusannya adalah baik. Jika beroleh kelapangan dan kemudahan, maka lidahnya mengucapkan "Alhamdulillah" dan bersyukur kepada Allah SWT kerana, dia menyakini bahawa Allah SWT telah memberinya kurniaan itu. Sedangkan jika musibah menimpanya, maka dia akan bersabar menghadapinya dan berharap imbalan daripada Allah SWT ke atas kesabarannya.
Seperti yang dilakukan Khansa, seorang wanita yang mendorong anak-anaknya untuk ikut dalam peperangan, Anak-anaknya ikut dalam peperangan itu dan Allah SWT mengurniakan mati syahid kepada keempat-empat anaknya.
Selepas perang tamat, berita kematian anak-anaknya sampai kepada Khansa. Ketika mendengar berita kematian anak-anaknya dijalan Allah SWT, Khansa bersyukur seraya berkata;
''Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, yang telah memberikan kemuliaan kepadaku dengan kematian keempat-empat anakku dan aku berharap semoga mereka dalam rahmatmu.''
Sama perkaranya dengan Asma binti Umais, dilangsungkan menuju ke tempat solat memohon kesabaran dan ketabahan ketika mendengar khabar duka yang datang bertubi-tubi kepadanya. Mendengar kematian suaminya yang pertama, Ja'afar Bin Abu Talib, disusur suaminya yang kedua Abu Bakar As-Siddiq dan diikuti puteranya, Muhammad Bin Abu Bakar.
- Dr. Muhammad Ali Al-Hasyimi, Syakhsiyyah Al-Mar'ah Al-Muslimah, 1096:67.
0 Comments