JANTUNG PISANG - BANTU Masalah PENDARAHAN Berlebihan & Sebagai ANTIDIABETIS
Jantung pisang juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Jantung pisang tinggi kandungan fiber (5.74g dalam 100g). Jantung pisang juga tinggi antioksidan dan kaya bahan berkhasiat. Antaranya adalah alkaloid, glycoside, steroid, saponin, tannin, flavanoid dan terpenoid.
Jantung PISANG SUSU paling TINGGI khasiat berbanding abu, berangan, nipah, mas dan rastali. Pengambilan jantung pisang membantu masalah pendarahan berlebihan semasa haid. Jantung membantu meningkatkan tahap hormon (progesteron) dalam badan dan boleh kurangkan pendarahan.
Kajian dalam jurnal Phytotherapy Research menunjukkan memakan jantung pisang setiap hari selama 30 hari boleh menurunkan tahap gula dalam darah dan meningkatkan sel darah merah pada tikus.
@PetuaDankesihatan
#DrSuriRoowi Ph.D KMN
Principal Scientist
#spreadlove Putrajaya
0 Comments