"
Para malaikat "demi para malaikat yang berbaris, tersusun rapi" " demi para malaikat yang...
tafsiran 1 : membawa awan
tafsiran 2 : menghalang manusia daripada melakukan maksiat. "
..."demi para malaikat yang membaca (dari pada perkataan tilawah yakni ikut).. dalilnya
surah as-syam ayat 2
وَٱلۡقَمَرِ إِذَا تَلَىٰهَا ٢
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
"
Pengajaran ayat 1 - 3
1. Kebesaran dan kehebatan Allah yang telah mencipta para malaikat daripada cahaya. Malaikat adalah makhluk yang besar dan hebat tetapi mereka sentiasa tunduk dan beribadat kepada Allah sepanjang masa.
2. Allah sangat cintakan mereka yang sentiasa beribadat dalam keadaan tersusun seperti di dalam sof solat sebagaimana tersusunnya barisan para malaikat.
3. Orang yang beriman akan sentiasa melakukan apa sahaja yang disukai oleh Allah seperti solat berjemaah bagi lelaki dan berjihad dalam peperangan apabila diperlukan.
4. Makhluk yang mulia di sisi Allah akan sentiasa melakukan perbuatan yang mulia antaranya ialah sentiasa membaca al-Quran dan beramal dengannya sebagaimana yang dilakukan oleh para malaikat.
*Tadabbur ayat 4*
5. Pada ayat 1 - 3, Allah bersumpah. Kaedah umum dalam al-Quran apabila Allah bersumpah maksudnya Allah nak menyampaikan sesuatu perkara sangat besar dan amat penting.
6. Contoh Allah bersumpah dengan masa, "Demi masa", yang mana Allah nak sampaikan "Sesungguhnya semua manusia dalam kerugian"
7. Manusia ini rugi kecuali manusia yang mempunyai 4 sifat iaitu beriman, beramal soleh, berpesan dengan kebenaran dan bersabar. Yang tiada 4 sifat tersebut adalah orang yang rugi.
8. Dalam surah as-Saffat, Allah bersumpah,
"Demi malaikat yang apabila beribadat; tersusun, bersof-sof"
"Demi malaikat yang sentiasa menghalang perkara yang tidak baik"
"Demi malaikat yang sentiasa membaca al-Quran"
9. Point penting yang Allah nak sampaikan dari sumpah-sumpah tersebut adalah merujuk ayat yang ke 4
"Sesungguhnya Tuhan kamu ..."
10. Harfu taukid (huruf penegasan), apabila adanya inna (sesungguhnya) dan seterusnya ada (lam) dalam satu ayat
''... tuhan kamu Esa"
11. Tuhan itu adalah satu. Apa mesej yang ingin disampaikan dalam ayat ini? Yang Allah nak bagitau adalah, kebanyakan manusia tak buat walaupun nampak macam tahu.
12. Buktinya, majoriti manusia masuk neraka dengan nisbah 1000 : 1 disebabkan mereka tidak sembah Tuhan yang Satu. Jadi Allah nak tegaskan yang kalau tak buat, itu petanda manusia akan celaka untuk selama-lamanya iaitu manusia tidak menyembah Tuhan yang Satu.
13. Kadang-kadang ada orang yang tak sembah Allah langsung, mereka menyembah berhala pula.
14. Kadang-kadang ada orang yang sembah Allah, Tuhan yang Satu tetapi dalam masa yang sama, mereka menyembah jugak tuhan yang lain. Contohnya, semasa kita makan, kita makan kerana Allah atau makan kerana nafsu. Jadi semasa makan, kita sembah siapa? Jika makan dengan nafsu, maka itula tandanya kita telah menyembah nafsu.
15. Sebab itu Allah boleh jadi pelbagai. Bukan semestinya berhala, matahari atau pokok. Semasa makan ikut nafsu, masa shopping pun begitu, maka kita telah menyembah nafsu.
"Aku beli kerana Allah. Allah tak suka sikap membazir, jadi aku beli yang perlu sahaja"
16. Kalau bukan kita membeli kerana Allah, maknanya ketika itu kita sedang menyembah apa? Maknanya kita sedang menyembah nafsu. Kerana itu Allah tegaskan sehinggakan Allah bersumpah,
"
Tuhan yang wajib kamu sembah hanya Allah iaitu;
1. Hanya sembah Allah
2. Jangan mensyirikkanNya
"
17. Kadang-kadang syirik boleh berlaku dalam bentuk niat. Contohnya, ada di kalangan masyarakat kita yang hanya solat pada bulan Ramadhan sahaja. Jika niat solat kita kerana bulan Ramadhan. Jadi solatnya itu telah mensyirikkan Allah.
18. Kerana, jika dia menyembah Allah, semestinya dia kena mendirikan solat sepanjang masa bukannya solat di bulan Ramadhan sahaja.
19. Kadang-kadang dia menyembah Allah, dia mendirikan solat pun kerana Allah. Tiba-tiba dia tertukar niat semasa solat kerana terperasankan bapa mertua datang, terus solatnya menjadi lebih lama dari kebiasaan. Maka, solatnya langsung tidak diterima walaupun niat asal solat kerana Allah, namun disebabkan adanya unsur-unsur syirik atau pun riak, terus solat tu bukan lagi kerana Allah.
20. Kita wajib sembah Allah setiap waktu (tidak kira masa) dan tidak boleh sekali-kali mensyirikkan Allah contohnya semasa shopping, kita doa perlu membaca semasa masuk kedai.
21. Jika kita semak aktiviti dari bangun pagi sampai ke waktu malam, agak-agaknya hanya berapa minit je yang kita betul-betul sembah Allah?
"Aku tidak ciptakan Jin dan manusia melainkan untuk sembah aku sepanjang waktu (24 jam)"
22. Kalau malaikat sembah Allah 24 jam, kalau mereka rukuk, rukuk sepanjang masa dan ada juga malaikat yang sentiasa sujud sepanjang masa (24 jam).
23. Jadi Allah menegaskan, yang hanya Allah satu-satunya tuhan yang wajib kamu sembah 24 jam. Bukan hanya pada waktu solat sahaja tetapi pada ketika bekerja, makan, membeli belah atau sebagainya, hanya Allah sahaja yang disembah.
24. Dan amatlah berbahaya jika kita tidak sembah atau sembah Allah (unsur-unsur syirik) yang ni kesannya segala amalan kita menjadi sia-sia.
25. Rujuk dalil surah az-Zumar ayat 65;
وَلَقَدۡ أُوحِيَ إِلَيۡكَ وَإِلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكَ لَئِنۡ أَشۡرَكۡتَ لَيَحۡبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ ٦٥
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.
"
Dan pasti sesungguhnya telah diwahyukan kepada engkau (Nabi Muhammad SAW) dan kepada orang yang sebelum engkau (intipati wahyu) pasti sekiranya engkau (Nabi Muhammad SAW) mensyirikkan Allah pasti sia-sia (gugur) amalan engkau (amalan Nabi Muhammad SAW) dan selepas kamu syirik dan amalan kamu gugur, pasti kamu (Nabi Muhammad SAW) akan menjadi orang yang rugi.
"
26. Wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang mana ini menunjukkan Baginda Nabi SAW adalah manusia yang paling mulia dan paling agung sebab wahyu merupakan satu perkara yang paling mulia. Allah takkan bagi perkara yang mulia melainkan kepada orang yang paling mulia.
27. Intipati wahyu yang mana Allah ingin memberi amaran, kalau Nabi Muhammad SAW mensyirikkan Allah, segala amalan Nabi Muhammad SAW menjadi sia-sia. Amalan Nabi Muhammad SAW adalah amalan yang sangat hebat, paling baik dan paling bertakwa. Tetapi kalau syirik, ia terus menjadi sia-sia dan ini merupakan satu perkara yang amat merugikan.
28. Semua amalan Baginda Nabi SAW adalah kerana Allah. Siang malam menjalankan dakwah. Malah siang hari Baginda Nabi SAW berjihad dan malamnya pula melaksanakan solat. Semuanya adalah kerana Allah. Begitu hebat, tetapi jika ada sedikit sahaja syirik, semuanya akan menjadi sia-sia.
29. Baginda Nabi SAW takkan mungkin berbuat syirik, tetapi Allah menjadikan Baginda Nabi SAW sebagai contoh yang mana jika amalan sehebat Baginda Nabi SAW pun boleh jadi sia-sia hanya kerana syirik apatah lagi dengan amalan kita.
30. Amalan kita ni belum tentu layak untuk membawa kita ke syurga dah tu ditambah plak dengan perbuatan syirik, tak ke semuanya itu menjadi sia-sia.
31. Seperti disebutkan sebelum ni, amalan syirik ni boleh berlaku walaupun dalam bentuk perbuatan. Selain itu ia juga boleh berlaku dalam bentuk kepercayaan atau pun niat.
32. Sabda Baginda Nabi SAW,
"
Ada 3 golongan yang awal-awal dicampakkan ke dalam neraka. Mereka bukan Firaun atau pun Abu Jahal tetapi 3 golongan tersebut adalah:
a. orang yang selalu membaca al-Quran dan selalu mengajarkan agama kononnya diniatkan kerana Allah, namun Allah mengatakan dia berkata dusta kerana hatinya inginkan pujian orang (dikatakan alim); inilah perbuatan yang dinamakan syirik kerana niatnya bukan kerana Allah.
b. orang yang suka bersedekah untuk agama dan kononnya diniatkan untuk meninggikan agama Allah. Namun Allah mengatakan dia berkata dusta kerana harta itu diinfakkan untuk dirinya dipandang popular kerana dermawan tetapi bukan kerana Allah.
c. orang yang suka berjihad dan berjuang di jalan Allah sehingga terkorban nyawa (syahid) kononnya diniatkan untuk meninggikan agama Allah. Namun Allah mengatakan dia berkata dusta kerana perjuangannya supaya dikatakan pahlawan dan wira negara tetapi bukan kerana Allah.
"
33. Ketiga-tiga golongan ini, pada zahirnya amalannya amat cantik. Tapi niatnya yang syirik menyebabkan mereka dihumban ke dalam neraka.
34. Firman Allah;
"Apabila sembah Allah, jangan pada zahir je menyembah, tapi niatnya ada unsur syirik."
35. Segala perkara yang dibuat bukan kerana Allah adalah sia-sia walaupun zahirnya nampak baik dan bagus. Penat, letih, habiskan masa, duit dan usia namun di akhirat, ianya menjadi sia-sia.
36. Firman Allah lagi;
"Apabila sembah Allah, pastikan perbuatan dan niat kamu betul-betul kerana Allah."
37. Firman Allah falam surah al-Furqan, ayat 23 yang mana ayat ini simple dan pendek tetapi menakutkan. Ini boleh menjadikan kita lebih berhati-hati semasa beribadat.
وَقَدِمۡنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُواْ مِنۡ عَمَلٖ فَجَعَلۡنَٰهُ هَبَآءٗ مَّنثُورًا ٢٣
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.
"
dan kami memperlihatkan kepada apa yang mereka kerjakan daripada apa amalan yang baik lalu kami jadikan amalannya itu debu-debu yang berterbangan.
"
38. Ayat ini Allah menceritakan yang pada hari akhirat kelak, Allah akan memperlihatkan kepada kita segala amalan yang dilakukan yang disangkakan segala amalan soleh antaranya menunaikan haji, umrah, belajar agama dan sebagainya.
39. Kenapa Allah menggunakan istilah debu bagi menggambarkan perkara yang kita buat tanpa niat kerana Allah itu menjadi sia-sia? Yang mana satu yang lebih kecewa samada kita bekerja 20 tahun dan menyimpan duit RM500 ribu dan selepas itu kita dapati duit kita menjadi pepohon ataupun duit-duit itu bertukar menjadi dedebu?
40. Yang mana satukah yang lebih mengecewakan?
41. Semestinya debu kerana ia langsung tak bernilai dan kotor. Di sini, Allah nak memberitahu yang betapa kecewanya orang yang mengharapkan segala kerja amal solehnya (haji, umrah dan sebagainya) untuk mendapatkannya syurga tetapi Allah telah menjadikannya mereka antara orang yang paling kecewa.
42. Rupa-rupanya semua ibadatnya langsung tidak bernilai disebabkan niat yang syirik. Jadi berjaga-jagalah dengan syirik.
Boleh sambung baca Gangguan Syaitan - Tadabbur Surah as-Saafat ayat 4 - Ustaz Abd Muein
0 Comments