Mengapa Arab Kembali ke Zaman Jahiliah - Ustaz Dr Mat Rofa

 


Refleksi khutbah Arafah 2024 yang dibaca di Padang Arafah dalam konteks darah Gaza. 

Kali ni, penghormatan diberikan kepada Syeikh Mahir untuk membaca khutbah yang sangat bersejarah bertemakan masyarakat Gaza yang sedang dizalimi dan imam membacakan doa khusus untuk Palestin dan imam juga telah membawa tajuk yang cukup indah dalam konsep Maqasid Assyariah. 

Khutbah yang dibaca di Masjid Namirah pada 9 Zulhijjah 1445H bertemakan Maqasid Assyariah


Permulaan khutbah, khatib telah membaca ayat-ayat keagungan Allah SWT untuk kita merenungi alam yang diciptakan ini amat indah. Tetapi manusia diberikan tugas besar di atas muka bumi. 

Sebahagian khutbah adalah;- 

1. Tentang keagungan Allah SWT.

2. Sembahlah Allah yang mana Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

3. Allah menurunkan Al-Quran, Allah yang menciptakan alam semesta dan peraturan yang terbaik adalah dari kitab Allah. 

4. Agama Allah (syariah) yang diturunkan  untuk membawa kebaikan dan menolak keburukan. 

5. Ketika Hari Arafah pada zaman Rasullullah iaitu dalam tahun 10H, Allah telah menurunkan ayat Al-Quran yang melengkapkan kelengkapan agama. 

"dan hari ini telah Ku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah menyempurnakan kepada kamu kalimah Aku, dan Aku redha islam adalah agama".

6. Allah menyatakan "Bahawa tidaklah Kami utuskan dikau ya Muhammad kecuali sebagai rahmat sekalian alam".

7. Perkara asas dalam islam iaitu tidak boleh kita melakukan keburukan dan apabila keburukan dilakukan tidak pula boleh dibalas dengan keburukan. 

8. Syariah itu diturunkan untuk menolak keburukan, sekurang-kurangnya mengurangkan keburukan. 

9.  Menolak keburukan lebih utama dari membuat kebaikan. 

10. Syariat Allah yang diturunkan ini, darurat harus ditolak sebanyak mungkin dan timbullah asas kepada dhoriyat. 

Maqasid Assyariah adalah menjaga agama, jiwa, akal, kemuliaan maruah dan harta. Namun kelima-lima hak ini telah diceroboh di Palestin dan juga kepada seluruh umat islam pada zaman yang akhir ini. 

Untuk menjaga agama, jiwa, akal, harta dan kemuliaan termasuklah keturunan, inilah  yang menjadi asas kepada assyariah dan tema kepada khutbah di Padang Arafah. 

Khatib juga telah memetik khutbah Rasullullah SAW yang terakhir di Padang Arafah dalam Haji Al-Wada pada 9 Zulhijjah (hari haram, bumi haram, tahun haram).  Sabda Rasullullah SAW; 

"Sesungguhnya darah kamu, maruah kamu, harta kamu haram untuk diceroboh sebagaimana haramnya hari ini, bumi ini dan bulan ini."

Rasullullah SAW mengisytiharkan bahawa hak asasi manusia yang harus diberikan hak kepada setiap manusia iaitu agama, akal, jiwa, keturunan dan harta harus terpelihara. Tapi sayang penduduk islam di Gaza, Palestin telah diceroboh oleh Israel. 


Turunnya Al-Quran untuk menjaga 5 perkara asas yang tidak boleh tidak ada. 

1. Dhoriyat umpamanya agama, jiwa, harta, akal dan keturunan sekiranya diceroboh maka tiada kehidupan.

2. Hajiyat apa yang kita perlu tapi tidak mencapai dhoriyat

3. Tahsiniyat

Tema Pertama - Agama yang harus dijaga 

Allah berfirman, 

"Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembahku."

dan perkara paling asas, 

"Agama di sisi Allah ialah islam"

Dalam konteks ini, sesiapa yang murtad ada hukumannya dan kerana agama juga, umat Palestin mempertahankan Masjidil Aqsa. Setiap tahun dan ketika Masjidil Aqsa diceroboh. 

Dan ketika mujahidin mengisytiharkan perang ke atas Israel disebabkan mereka menceroboh Masjidil Aqsa. Ucapan pemimpin Hamas mengatakan bahawa mereka mendapat maklumat yang sangat jelas bahawa Israel akan menghancurkan Masjidil Aqsa maka mereka mengisytiharkan perang ke atas Israel.

Mengikut berita yang diterima oleh Hamas ialah Israel akan meruntuhkan Masjidil Aqsa pada 8 Oktober 2023. Sehari sebelum Yahudi meruntuhkan Masjidil Aqsa, mujahidin isytiharkan perang pada 7 Oktober 2023 adalah untuk menjaga agama, menjaga kiblat umat islam yang pertama dan masjid yang ketiga.  

Tiga masjid yang disebut dalam hadis iaitu 

  • Masjidil Haram di Mekah al-Mukarramah
  • Masjid Nabawi di Madinah dan
  • Masjidil Aqsa di Palestin (yang sedang diceroboh oleh Yahudi). 

Allah menyatakan tentang nyawa/darah manusia diceroboh. 

"Dan janganlah kamu bunuh satu jiwa yang Allah telah haramkan kecuali dengan kebenaran. Jangan kamu bunuh diri kamu sendiri dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih kepada kamu. Dan sesiapa yang melakukan ini secara permusuhan dan kezaliman, maka Kami akan bakar dia dalam neraka dan sesungguhnya perkara ini mudah bagi Allah SWT".

Kita lihat, nyawa umat islam diceroboh, dibom dari atas dan dibakar di Rafah. Mereka juga dinafikan makanan, pakaian, perubatan malah mereka dikepung di setiap penjuru. Nyawa manusia telah diceroboh di Palestin, Myanmar, Zhanjiang, Kashmir dan seluruh dunia sedangkan hak darurat ialah menjaga agama dan menjaga jiwa. 

Di Myanmar misalnya, umat islam dibakar hidup-hidup dan diulang semula di Rafah, Palestin dan apabila umat islam tidak boleh lari lagi daripada ancaman Yahudi dan penduduk Palestin berkumpul di Selatan Gaza iaitu Rafah yang mana tempat perlindungan ini disahkan oleh PBB tetapi tetap diceroboh oleh Yahudi yang mana umat islam dibom dan dibakar. 

Dunia hanya melihat sedangkan nyawa adalah hak asasi manusia termasuklah apa yang diisytiharkan oleh PBB iaitu hak asasi manusia yang telah disebut dalam islam. 

Itulah tema khutbah di Padang Arafah kali ini dan kelima-lima hak ini telah diceroboh di Gaza. Nyawa manusia diambil setiap hari dan ketika termasuklah kanak-kanak, wanita, lelaki tua dan muda semua dilakukan pembunuhan. 

Hari ini sudah menjengah 256 hari berterusan dan Yahudi masih melakukan pembunuhan dan hampir 9 bulan dan telah mencapai 38,000 jiwa yang dibunuh oleh Yahudi dan dunia masih membisu. 

Jika kita lihat yang berlaku di Gaza hari ini boleh dikatakan sebagai perkara yang paling dahsyat berlaku dalam sepanjang sejarah manusia. Firaun hanya membunuh anak lelaki Bani Israel, tetapi tidak membunuh anak perempuan dan wanita. Namun, Yahudi Bani Israel membunuh seluruh umat islam di Gaza. 

Pembunuhan dalam Perang Dunia Pertama dahsyat, tetapi tidak sedahsyat apa yang berlaku di Gaza. Dalam Perang Dunia Kedua, jutaan manusia yang terkorban tetapi dalam satu dunia (global) tetapi dalam satu kawasan yang kecil, apa yang berlaku di Gaza adalah paling dahsyat dalam seluruh sejarah manusia yang pernah direkodkan dan ia berlaku pada zaman kita. 

Patutlah khutbah di Padang Arafah menyentuh tentang darah jiwa dan matlamat syariah. Kali pertama, didengari dalam khutbah di Padang Arafah yang menyentuh tentang Maqasid Assyariah

Khatib juga menyentuh tentang pengharaman arak oleh Allah bagi menjaga akal. 

Allah berfirman, 

"Wahai orang beriman, sesungguhnya Allah mengharamkan arak, judi, berhala dan tenung nasib sebagai najis daripada amalan syaitan maka hendaklah kamu jauhi, mudah-mudahan kamu berjaya". 

Apabila Allah memerintahkan sesuatu maka ia adalah wajib kecuali ada karenah di sebaliknya. Apabila para sahabat r.a mendapat perintah ini, mereka terus berhenti. 

Tetapi zaman moden hari ini, arak dan judi telah berleluasa semula di seluruh negara umat islam termasuklah Malaysia. 

Suatu masa dahulu, judi telah menjadi sumber ekonomi negara yang terbesar pada tahun 1960-an. Sesiapa yang bekerja kerajaan pada tahun 1960an - 1970an, sebahagian gaji adalah bersumberkan judi. 

Apabila Malaysia menemui Petronas (petroleum), barulah sumber Petronas mengatasi judi, tetapi judi masih lagi kekal sebagai sumber pendapatan negara yang terbesar sehingga ke hari ini. 

Kita mengharapkan syurga sedangkan hak asasi manusia di dalam 5 perkara ialah untuk menjaga akal telah diceroboh.

"Dan  hanya sanyalah syaitan ingin mewujudkan permusuhan dan kemarahan dalam arak dan judi dan untuk menghalang kamu mengingati Allah, apakah kamu tidak mengerti?"

Judi dan arak ialah permusuhan dan dunia mengetahui bahawa setiap 10 saat, satu nyawa melayang kerana arak. 

Kematian disebabkan arak sekiranya dibandingkan dengan seluruh penyakit yang ada di atas muka bumi ini, dicampurkan dengan  seluruh kematian disebabkan oleh penyakit, kematian disebabkan arak adalah lebih tinggi. 

Fenomena ini sangat dahsyat telah melanda Eropah yang mana mereka telah mengadakan Pesta Oktoberfest.

Bulan Oktober akan tiba, mereka bakal mengadakan pesta minum arak besar-besaran bermula di Jerman, Switzerland, England, Amerika dan seluruh dunia sekarang akan mengadakan Oktoberfest pada setiap Oktober. 

Dalam Parlimen Malaysia pada 3 tahun lepas, mereka mencadangkan supaya Oktoberfest dibenarkan di Malaysia atas dasar kebebasan tetapi telah ditolak dalam Parlimen. 


Sekiranya dibenarkan, berapa ramai nyawa yang akan melayang, apabila mereka mabuk mereka memandu, mereka melakukan pembunuhan di jalanraya bukan sahaja orang yang minum arak tetapi pengguna jalan raya yang lain? 

Arak telah melanda seluruh negara umat islam. Akhir-akhir ini, arak telah melanda bumi Rasullullah SAW iaitu Arab Saudi. Di sana sekarang telah ada arak dijual secara terbuka di atas dasar bahawa pelancong bukan islam dan diplomat-diplomat seluruh dunia datang ke Riyadh perlu diberikan kebebasan untuk minum arak.

Buat pertama kali, Hotel Al-Kawthar di Saudi telah menawarkan arak secara terbuka sejak zaman Rasullullah SAW. Tema mereka adalah, "Cheese wine and friend are things get better the older they are... join us."

Difahamkan hotel ini terletak di Al-Khobar dan itulah yang sedang melanda dan khatib kali ini tidak dapat lagi menyembunyikan perasaannya lagi apabila maksiat yang mencabar akal manusia dan nyawa manusia telah tersebar di kalangan umat islam maka khatib cukup berani memperkatakan perkara yang paling asas dalam kehidupan iaitu menjaga akal, menjaga nyawa, menjaga harta, menjaga kemuliaan dan sebagainya.

Apakah benar Arab telah kembali ke zaman Jahilliah. Arak telah diharamkan sejak ayat pengharaman arak diturunkan Allah pada zaman Rasullullah SAW. Inilah dasar Vision 2030 yang dilakukan oleh kerajaan ini untuk menjadikan Saudi negara maju. Kita juga pernah mengharapkan Malaysia menjadi negara maju 2020 tetapi kita tahu apabila tiba 2020 apa yang terjadi kepada negara kita. 

Saudi juga tidak ketinggalan, mereka pin point 2030, saudi akan menjadi negara semaju Eropah. bumi padang pasir akan ditukar seperti Eropah wanita harus dibebaskan, kebebasan harus dijelmakan dan arak harus dibenarkan. Arak haram untuk orang islam tetapi tidak kepada orang bukan islam

Berita menggemparkan kita, ketika zaman covid pada 2020, arak 1000 liter dirampas bukan di Riyadh, bukan di Jeddah tetapi di Mekah Al-Mukarramah. Apakah ia konspirasi? Orang lain membawa untuk memburukkan umat islam atau tidak, ia tidak pasti. Tetapi polis Saudi telah merampas 1000 liter arak di Mekah Al-Mukarramah. 

Arak saudi dijual di Jerman

Arak yang dirampas yang dipamerkan bendera saudi yang terpapar syahadah. Sangat memilukan.

Setahu kita semua muslim, siapakah yang minum? Wallahu a'lam. Barangkali khatib tidak lagi dapat menyembunyikan perasaannya, kali ini tema adalah perkara yang paling asas dalam islam iaitu 5 perkara yang disebutkan sebelum ini.

Dalam konteks ini, di kota Riyadh dibina satu bangunan yang dikenali sebagai boulevard. Boulevard ini selain dari negara arab, semua dunia ada yang dikenali sebagai tempat hiburan dan perjudian. 

Difahamkan tempat perjudian telah bermula di Riyadh dan boulevard juga dibina di kota Mekah dan apakah fungsinya tidak pula pasti.

Tapi boleh ditanyakan kepada para jemaah haji yang akan kembali ke tanah air, apakah mereka menyaksikan perkara ini atau hanya sekadar propaganda. 

Tetapi jelas, boulevard (masar) yang dibuka di kota Mekah tidak jauh dari Masjidil Haram. Barangkali khatib tidak lagi dapat menyembunyikan perasaannya. mereka harus sebut secara terbuka kepada seluruh dunia, mudah-mudahan akan ada perubahan di bumi Rasullullah SAW. 

Saudi bercadang mengadakan World Cup 2030, arak harus dibenarkan kepada bukan islam dan bandar Neom akan menjadi kembar kepada Sharm el-Sheikh di Sinai, Mesir.

Satu lagi perkara adalah kota Neom paling moden yang sedang dibina oleh Saudi. Keluasannya adalah 15x lebih besar dari kota New York, lebih besar dari London dan lebih besar dari seluruh dunia. 

Kota futuristik yang ada segala hiburan. di sini dikatakan bahawa arak dikecualikan, bukan untuk umat islam tetapi untuk orang bukan islam, yang selama ini kita tidak pernah dengar adanya perkara tersebut di bumi Rasullullah SAW, tetapi telah berlaku di seluruh kota di saudi menyebabkan imam khatib tidak dapat menyembunyikan lagi perasaannya. 

Mereka membaca khutbah di tengah-tengah 2 juta  umat islam di Padang Arafah dan didengari oleh 2.1 billion umat islam di seluruh dunia. Hari ini, umat islam di seluruh dunia adalah 2.1 billion, yang merupakan umat paling terbesar yang disembunyikan oleh Eropah. 

Statistik dunia mengatakan bahawa manusia hari ini telah mencapai hampir 7 billion. Mereka telah mengisytiharkan umat kristian adalah 2.2 billion, umat islam 1.6 billion padahal umat islam adalah 2.1 billion, umat kristian 2.0 billion yang menjadikan umat islam adalah yang terbesar di muka bumi. 

"dan Dialah yang mengutuskan rasulNya dengan agama yang benar dan petunjuk yang agama ini akan bakal mengatasi segala agama" 

Hari ini kita saksikan bahawa vatican dengan penuh dukacita mengisytiharkan kristian bukan lagi agama terbesar dunia tetapi diambil alih oleh islam. Itulah pernyataan yang dikeluarkan oleh vatican. 

Jumlah umat islam sangat ramai dan makin bertambah ramai lagi yang berlaku di Eropah malah di Rusia. Jumlah umat islam yang bertambah begitu cepat namun 2.1 juta tersebut tidak dapat menyelamatkan warga Palestin daripada ancaman yang dilakukan oleh musuh islam. 

Tema Kedua - Harta yang harus dijaga 

Riba adalah ancaman kepada harta. Allah dan Rasul mengisytiharkan perang ke atas riba. Seluruh negara islam telah mengharamkan riba khususnya Tanah Melayu juga telah mengharamkan riba sejak islam sampai ke pantai Melaka dan Pattani. Kita bebas riba selama ratusan tahun sehinggalah kita dijajah. 

British membawa kembali sistem riba dan hari ini kita merdeka tetapi sistem ekonomi kita adalah kapitalisme, liberalisme dan pragmatisme berasaskan interest/riba. 

Perkara paling asas ialah harta kita telah diceroboh oleh riba. Umat islam membeli rumah, kenderaan dan menjalankan bisnes dengan riba telah menjadi budaya umat islam. 

Inilah malapetaka paling besar dalam kehidupan umat islam ialah kredit kad yang mana seluruh transaksi tidak boleh lari dari perkara ini. Dan digital menjadi wang yang berleluasa walaupun ada yang islamik tetapi ia disesuaikan dengan riba Jahiliyah. 

Riba Jahiliyah disahkan mardoq oleh Rasullullah SAW dalam haji terakhir baginda tetapi muncul ketika zaman moden ini di seluruh dunia lebih-lebih lagi negara umat islam juga terlibat dan kita mengharapkan syurga. 

Khatib telah menyeru supaya kita bebas dari amalan jahiliyah ini. 

Dalam sistem kapitalis, kapital yang besar akan membentuk modal yang besar yang mana membentuk pula perniagaan yang besar. Syarikat bergabung sesama syarikat untuk membentuk konsortium berdasarkan riba dan perniagaan monopoli sebegini diharamkan oleh islam. Namun sistem riba telah menjadi asas ekonomi dunia hari ini.



Catatan akhir
Curfew 3 months




Post a Comment

0 Comments