Ada 4 proses (langkah) untuk beralih dari tiada idea kepada melancarkan perniagaan anda dengan keuntungan berjuta-juta dollar pada hujung minggu.
Step 1 : Find Million Dollar Ideas
(Mencari idea juta-juta dollar)
Berikut ada 3 cara untuk mencari idea perniagaan yang menguntungkan .
1-Solve your own problem (Selesaikan masalah diri sendiri)
Apakah masalah yang anda ada sehingga anda dengan senang hati akan membayar seseorang untuk membuat masalah itu selesai? Anda boleh mulakan dengan bertanya kepada diri sendiri tentang soalan ini.
What is one thing
1. Apakah satu perkara yang mengjengkelkan saya pada pagi ini?
2. Apakah satu perkara yang dalam senarai tugasan (to-do-list) yang telah lebih seminggu tidak diselesaikan?
3. Apakah satu perkara yang selalu saya gagal lakukan dengan baik?
4. Apakah satu perkara yang saya ingin beli baru-baru ini, tapi tiada siapa yang membuatnya?
2-Bestsellers are your best friend (Penjual terbaik adalah teman baik)
Produk apa yang sudah dijual seperti goreng pisang panas? iPads, iPhone, Nike Shoe dan lain-lain.
Pada asasnya, sebarang produk yang ditemui dalam Amazon's Bestseller List akan berfungsi di sini. Sekarang fikirkan bagaimana anda boleh mengakses produk itu.
Contohnya kasut Nike sangat popular. Daripada cuba mencipta jenama kasut anda sendiri, anda boleh membuat kasut Nike diwarnakan tersuai unik dan tidak pernah ditemui di mana-mana kedai.
Beberapa contoh lain, boleh jadi tutorial video game kepada Xbox game, mengajar komputer kepada orang, cara menggunakan pelekat Macbook untuk iPhone dan lain-lain lagi.
3-Marketplaces
Di sinilah orang ramai sudah cuba membelanjakan wang. Dengan mengkaji marketplace, anda boleh mencari idea. Lihat tempat di mana orang bertanya, "adakah ini wujud atau bolehkah seseorang melakukan ini untuk saya?"
Facebook marketplace, tweet dan facebook post boleh mendedahkan idea-idea yang hebat.
Selepas 3 latihan ini, anda akan mempunyai sejumlah 10 - 20 idea. Lihat senarai anda dan pilih yang menjerit, "Me! Me! Pick Me!" Jangan terlalu rumitkan keadaan. Pilih sahaja idea yang terbaik dan teruskan.
Step 2: Is this a Million-dollar opportunity?
(Adakah ini satu peluang jutaan dollar?)
Sekarang setelah anda mempunyai idea, mari kita pastikan adakah ia satu perniagaan peluang pulangan jutaan dollar? Untuk memikirkannya, anda perlu menjawab 3 soalan ini.
1. Is my market growing or dying? (Adakah pasaran saya ini berkembang atau sedang nazak?)
Anda mesti berada dalam pasaran yang semakin berkembang atau sekurang-kurangnya mendatar.
2. What is the number of potential customers? (Berapakah bilangan pelanggan yang berpotensi?)
3. What is the price of the product? (Berapakah harga produk tersebut?)
Contohnya, katakan kita ingin menjual minyak janggut untuk lelaki.
- Kita semak GoogleTrends dahulu dan lihat bahawa istilah carian untuk minyak janggut ini memang sedang berkembang.
- Ini bermakna pasaran kita boleh berkembang.
- Maka kita lakukan beberapa kajian untuk mendapatkan bilangan bakal pelanggan (2.5 million) dan secara purata minyak janggut dijual pada harga $50.
Untuk mengetahui samada ini adalah peluang $1 juta dollar, apa yang anda perlukan adalah mendarabkan harga minyak dengan saiz pasaran ($50 x 2.5million = $125 million)
Adakah ini peluang $1 juta dollar?
Ya, ini adalah cara yang sangat mudah untuk melihat sama ada idea itu mempunyai sejuta potensi atau tidak.
- Ini satu lagi contoh mudah, katakan anda ingin menjual biskut buatan sendiri dalam kawasan anda, trend pasaran meningkat, saiz pasaran ialah 1,000 orang dan harga biskut anda $20.
- Sekarang adakah ini peluang $1 juta dollar? Tidak.
- Kenapa? Kerana jika anda mendarabkan $20 x 1000 = $20,000.
- Sedangkan anda mahu fokus pada idea yang mempunyai potensi sekurang-kurangnya $1 juta.
--------------
Akhirnya kita beralih ke bahagian yang menyeronokkan.
Dalam 2 langkah seterusnya, kita akan mengira berapa banyak unit produk yang anda perlu jual untuk memperolehi keuntungan $1 juta dan kemudian kita akan dapatkan 3 orang pelanggan pertama.
Step 3 : The One-minute Business Model
Berikut adalah model perniagaan mudah dalam 1 minit.
Revenue (Hasil) - Cost = Profit (Untung)
Itu jer ke? Ya, tidak perlu risau tentang mengira kos yang tepat. Sebagai contoh, minyak janggut kita dijual pada harga $50 dan kos asal adalah $37, maka dengan $50 akan membuat kita dapatkan $12.50 seunit
$50 - $37 = $12.50 / unit
Untuk mengira berapa banyak produk yang perlu kita jual untuk mencapai keuntungan $1 juta, jadi ambil jumlah keuntungan sasaran kita $1 juta dan bahagikannya dengan keuntungan setiap minyak janggut $12.50 dan kita dapati 80,000 unit perlu disediakan.
$1 juta / $12.50 = 80,000 unit
Dalam erti kata lain, anda perlu menjual 80,000 minyak janggut untuk mencecah $1 juta dalam keuntungan.
Adakah ini boleh dilakukan?
Adakah ini perniagaan bernilai kreativiti mencipta?
Sementara itu, banyak minyak janggut untuk dijual, anda juga boleh menjual sabun, syampu, perapi, sikat janggut khas dan produk dandanan lain bersama-sama dalam semua dalam satu (All-in-One) kit dandanan.
Minyak janggut ini boleh menjadi permulaan bagi keseluruhan jenama Penjagaan Peribadi.
Step 4: Idea Validation. The 48-Hour Money Challenge
(Pengesahan idea. Cabaran Wang 48 jam)
Bagi saya, dengan cara, pengesahan idea ini adalah pengajaran yang paling penting dalam buku ini serta dalam perniagaan juga secara amnya.
Di sini bagaimanakah cara anda mengesahkan idea anda. Mula-mula cari 3 orang pelanggan dalam masa 48 jam yang akan memberi anda wang pendahuluan untuk produk atau perkhidmatan anda.
Itu jer ker?
Ya, itulah cara paling mudah untuk mengesahkan pasaran. Bagi mengesahkan sesuatu idea ialah bercakap dengan seseorang secara peribadi, memberitahu mereka tentang idea anda, meminta wang dan lihat bagaimana mereka bertindak balas.
Jika anda perasan, saya tidak mengatakan tentang bertanya kepada mereka samada mereka berminat atau tidak. Just ask for money. Memang ada perbezaan di antara apa yang orang cakap dan apa yang mereka perbuat.
Everyone is interested until they have to pay. You looking for excitement and they willing this to pay.
Bagi mendapatkan wang pendahuluan (money upfront) adalah pengesahan yang sebenar. Janji untuk membayar bukanlah pengesahan idea. Ia adalah penolakan sopan (polite rejection).
Dalam buku terdapat contoh yang bagus daripada rakan Noah, namanya Boris. Boris telah menghantar emel kepada teman-teman rapat tentang untuk memulakan perkhidmatan penghantaran makanan sihat, seperti ini;
"Hei kawan,
Satu perkara yang saya sedar ialah saya sibuk sepanjang masa dan saya tidak mempunyai masa untuk memasak hidangan yang berkualiti.
Saya ingin menjemput beberapa teman-teman rapat untuk menguji idea perniagaan baharu dengan saya. Anggaplah diri awak begitu bertuah kerana terpilih.
Makanan yang dimasak di rumah yang disediakan oleh chef persendirian. Ianya sihat dan lazat dan dihantar terus ke pintu rumah.
Awak hanya perlu menghulurkan saya $20 melalui PayPal dan awak telah diterima. Ia akan dihantar pada 9hb Februari.
Cheers, Boris. "
Selepas mendapat 5 jualan daripada emel ini, Boris tahu dia mempunyai peluang kerana kawan-kawannya telah membayarnya. Mereka tidak hanya berkata, "Oh, bagus ni", "ini boleh jadi idea yang baik", "semoga berjaya, Boris". Mereka juga telah memindahkan wang kepadanya dengan segera.
Contoh lain, anda ingin memulakan perniagaan dog walking. Anda mendekati beberapa pemilik anjing tetapi dalam perbualan, anda menyedari bahawa mereka tidak memerlukan dog walker, malah mereka suka berjalan-jalan bersama anjing mereka. Ia adalah sebahagian hari kegemaran mereka.
Namun, anda mendapati bahawa mereka memerlukan seseorang untuk mengawasi anjing mereka semasa mereka bercuti ataupun pergi melancong.
Jadi anda menukar perkhidmatan anda dan menawarkan mereka khidmat menjaga anjing, dan mereka dengan senang hati membayar khidmat ini dan idea ini bingo telah disahkan.
Anda melihat bagaimana pendekatan ini berbeza daripada menghabiskan beberapa bulan membuat laman web, mereka bentuk logo dan kemudian mengetahui bahawa tiada sesiapa pun sebenarnya yang mahukan perkhidmatan dog-walking.
Terima kasih kepada pengesahan pantas ini.
Anda menjimatkan wang, menjimatkan masa, dan anda dibayar dengan lebih awal. Dan yang paling penting, anda mengelak daripada mengerjakan idea yang ditakdirkan gagal dari awal.
Cara lain untuk mengesahkan idea adalah hanya dengan pergi ke dalam talian.
Contohnya, menyiarkan di media sosial dengan bertanya;
"hai semua, saya mula menyewakan kamera profesional saya, jika anda ingin mengambil gambar berkualiti tinggi, mesej saya dan anda boleh menempah kamera selama beberapa jam sehari"
Ini adalah cara Free-Quick-Easy untuk menguji permintaan dan mengesahkan idea. Sekali lagi anda tidak perlu membina, merekabentuk laman web, mencipta logo syarikat atau mempunyai akaun bank perniagaan.
Anda hanya boleh menyiarkan di media sosial dan mendapatkan respon. Mudah-mudahan dengan menggunakan salah satu kaedah ini, anda boleh mengesahkan idea anda.
Jika anda ditolak, terdapat soalan yang boleh anda ajukan yang boleh menukar penolakan kepada peluang baharu. Ingat! pengesahan ialah perbualan. Jadi tanya mereka 4 soalan ini.
1. Why not? (Mengapa?)
Memang sukar apabila seseorang baru sahaja memberitahu anda bahawa mereka tidak berminat, tetapi ini mungkin sebahagian daripada maklum balas yang paling jujur dan berharga yang anda perlukan.
2. Who is one person you know who would like this?
(Ada tak seseorang yang anda kenali yang sukakan menda ini)
Kawan anda mungkin tidak menggemari makanan pedas, jadi minyak cili super pedas bukanlah untuk mereka. Tetapi abang mereka, kawan atau teman sekerja boleh menjadi orang yang sesuai untuk produk tersebut.
3. What would make you buy this right away? (Apa yang akan membuatkan anda membeli ini dengan segera?)
Mereka mungkin tidak mempunyai janggut yang gatal kerana mereka tidak mempunyai janggut. Tetapi sebenarnya mereka mempunyai kulit kepala yang gatal.
Ini adalah cara anda boleh menukar produk anda daripada minyak janggut kepada hair mask yang melembapkan. sesuai untuk teman wanita dan isteri.
4. What would you pay for that? (Awak bayar untuk apa?)
Mencari harga yang sesuai adalah tugas yang sukar. Untuk memulakan usaha mendapatkan bakal pelanggan yang memberitahu anda jumlah sebenar yang mereka akan bayar adalah titik permulaan yang berguna.
Satu ulasan terakhir tentang pengesahan. Jika anda mendapat idea yang disahkan. Tahniah, that's great!
Tetapi bagaimana jika tidak kira apa yang anda lakukan, tiada siapa yang berminat dengan apa yang anda tawarkan. Jika anda bertanya kepada saya, ia masih bagus.
Kenapa?
Kerana anda tidak membuang banyak masa dan wang untuk idea yang salah. Anda telah mengenalpasti idea yang tidak baik itu akan gagal dan mengelakkannya dengan beberapa teknik pengesahan yang mudah.
Tahniah! Kembali kepada senarai anda, pilih idea lain dan mulakan prosesnya semula. Ok, mari kita imbas kembali 4 proses 4 langkah yang kita telah kita bincangkan.
4 steps
Step 1 : Find Million-Dollar Ideas
Anda telah pelajari cara untuk mencari idea untuk $1 Juta
1st - Solve your own problems
- dengan menyelesaikan masalah anda sendiri
2nd - Bestseller are your best friends
- dengan melihat jualan terlaris di pasaran
3rd - Marketplaces
Step 2: Is this a Million-dollar Opportunity?
Kita menyemak samada idea itu mempunyai potensi jualan $1 juta atau pun tidak. $20 --> 1000 orang = $20,000
Step 3: The One-Minute Business Model
Kita mengira berapa banyak unit yang perlu dijual untuk mencapai untung $1 juta. Revenue - Cost = Profit | ($50) - ($37.50) = $12.50/unit. Jadi $1 juta / $12.50 unit = 80,000 unit
Step 4: Idea Validation. The 48-hour Money Challenge
Kita mengesahkan idea dengan cabaran wang 48 jam.
-------------------------
Ini adalah 4 langkah yang telah dijanjikan pada awal-awal tadi. Saya juga mempunyai 7 petua yang akan membantu anda untuk melaksanakan 4 langkah tersebut dengan berkesan. Di sini, ia adalah seperti berikut:
(1) Set a Freedom Number (setkan satu apa-apa nombor)
Apa-apa nombor itu adalah Matlamat Hasil Jualan Bulanan (Monthly revenue goal).
Jika anda menjadikan jumlah ini sebagai impian anda menjadi kenyataan. Bagi sesetengah orang yang jumlahnya ialah $100, mereka mahu dapat makan makanan yang enak dan mempunyai wang tunai tambahan.
Untuk orang lain, ia adalah $33,000 yang menampung perbelanjaan bulanan mereka. Dengan mempunyai Freedom Number, anda mempunyai satu matlamat untuk mengejar perniagaan baharu anda.
(2) NOW not HOW (SEKARANG bukan BAGAIMANA)
Kebanyakan orang hanya bermimpi untuk memulakan perniagaan. Mereka membaca buku, mereka memasuki kelas yang mereka fikir mereka memerlukan ijazah atau MBA. Jangan lakukan tindakan itu dahulu. Fikirkan yang itu kemudian nanti.
Gunakan moto NOW bukan HOW. Jangan takut untuk bertindak. Takutkan bahawa anda tidak pernah benar-benar menjalani kehidupan anda kerana anda terlalu takut untuk memulakan sesuatu yang baru.
(3) Set Rejection Goals (Tetapkan Matlamat Penolakan)
Suggestions
Kebanyakan orang tidak meminta apa yang mereka mahu. Mereka membuat cadangan, berikan petunjuk dan mengharap.
You ask for what you want
Tetapi jika anda akan memulakan perniagaan, anda hanya akan berjaya jika anda meminta apa yang anda mahu.
Rejection Goal
Untuk mengatasi sebarang ketakutan penolakan dan benar-benar mendapatkan apa yang anda mahu, tetapkan matlamat penolakan. Mempunyai nombor jelas dan mengubahnya menjadikan permainan.
Sebagai contoh, untuk projek ini, saya mempunyai matlamat untuk ditolak oleh sekurang-kurangnya 25 orang yang berbeza-beza. Jika anda boleh melakukan ini, anda akan belajar bahawa anda boleh menerima kegagalan dan penolakan.
Gives up
Ia adalah sebahagian perkara yang biasa dalam perniagaan dan tidak bermakna anda gagal. Rata-rata orang menghadapi satu penolakan, mereka berputus asa. It can be 100 No, may be its a way to get $1 million
(4) Find what works and double down.
Contoh Double Down yang berjaya ialah Instagram.
Pada asalnya ia adalah aplikasi yang sangat rumit yang mempunyai ciri-ciri perkongsian foto dan bukannya kekal, bloated dan rumit. Pengasas menggandakan perkara yang orang suka iaitu berkongsi gambar mereka dengan rakan dan keluarga.
Keputusan itu menjadikan mereka mendapat berbillion dollar. Lebih kaya apabila Instagram dibeli pula oleh Facebook pada tahun 2012.
(5) Set one hyper-focus exact goal (tetapkan satu matlamat hyperfokus yang tepat)
Apabila Noah bekerja di Facebook, Mark Zuckerberg menariknya ke bilik persidangan yang mana mereka perlu membuat wang atau dia bimbang syarikat itu akan gagal. Mark telah menulis satu perkataan dan satu nombor pada papan kenyataan. GROWTH 1 BILLION.
Matlamat Pertumbuhan 1 billion agar Facebook mempunyai lebih satu billion pengguna. Tidak ada perkara lain yang penting untuk Mark.
Memilih satu matlamat dan satu nombor, dan berusaha ke arah itu, ia boleh bekerja dengan 100 pelanggan yang menghasilkan $1 juta dalam pendapatan yang perlu spesifik dan terikat pada satu nombor.
Urgency
Kemudian tambahkan jangka masa untuk mencapai matlamat ini. Tanpa jangka masa (timeframe), tiada keperluan mendesak.
48 hours
Inilah sebabnya mengapa hujung minggu $1 juta diuji dalam 48 jam dan bukan dalam 48 bulan.
(6) Make your first 100 customer happier (menjadikan 100 pelanggan pertama anda lebih gembira)
Berfikir bagaimana anda boleh menggandakan perniagaan anda, tanpa mendapat pelanggan baharu adalah lebih mudah untuk mengembangkan perniagaan dengan memastikan pelanggan sedia ada gembira daripada mencari yang baharu.
Apabila anda baru memulakan perniagaan, pelanggan anda boleh menggandakan perniagaan anda. Memikirkan cara untuk membuat pelanggan anda lebih gembira dan mereka akan memberitahu orang lain tentang pengalaman mereka yang menakjubkan dan cara anda membantu mereka.
(7) Almost every successful business had to pivot or change along the way. (Hampir setiap perniagaan yang berjaya perlu pivot atau berubah di sepanjang jalan)
Anda mungkin telah memilih pasaran yang salah untuk bermula atau model perniagaan anda mungkin terpaksa beralih.
Nintendo tidak bermula dengan membuat konsol permainan video. Mereka membuat kad dagangan (trading card).
Sama seperti dog-walking kepada dog-sitter, seperti contoh sebelum ini. Anda mungkin perlu pivot idea anda. Jangan takut untuk menukar barisan produk anda untuk menambah perkhidmatan baharu atau melaraskan harga anda.
Ini sahaja ringkasan buku ini. Saya harap ringkasan buku ini berguna dan terima kasih kerana membacanya.
Peminat Little Bit Better
0 Comments