Tafsir Surah Al-Baqarah (Lembu Betina) | Ayat 222 dan 226 hal 48

Dimulai dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.


وَيَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡمَحِيضِۖ قُلۡ هُوَ أَذٗى فَٱعۡتَزِلُواْ ٱلنِّسَآءَ فِي ٱلۡمَحِيضِ وَلَا تَقۡرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطۡهُرۡنَۖ فَإِذَا تَطَهَّرۡنَ فَأۡتُوهُنَّ مِنۡ حَيۡثُ أَمَرَكُمُ ٱللَّهُۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلۡمُتَطَهِّرِينَ ٢٢٢


"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: 

"Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. 


Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri."


Keterangan ayat 222 dan 226 hal 48

1. Dalam ayat 222 dengan tegas, dilarang bersetubuh dengan isteri ketika ia dalam keadaan haid. Hukumnya haram. Apabila ia telah suci dan mandi, baru boleh bersetubuh dengannya. 


Mandi perempuan haid sama dengan mandi junub (sesudah bersetubuh dengan suami), iaitu membasuh seluruh badan dari atas kepala sampai ke tapak kaki, termasuk rambut kepala perempuan dengan niat, "Aku menyengaja mandi perlu kerana Allah."


Menurut Hanafi dan Auza'ij boleh bersetubuh, setelah perempuan itu suci, meskipun belum mandi, tetapi hendaklah dibersihkan kotoran itu lebih dahulu. 


2. Suami yang bersumpah, bahawa ia tidak akan bersetubuh dengan isterinya, diberi tempoh empat bulan lamanya. Setelah empat bulan, ia harus kembali (rujuk) kepada isterinya atau mentalaknya. Kalau ia rujuk, maka wajib membayar kafarat sumpah. Nanti keterangannya.




Post a Comment

0 Comments