Dimulai dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula:
"Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani".
Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad):
"Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".
بَلَىٰۚ مَنۡ أَسۡلَمَ وَجۡهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٞ فَلَهُۥٓ أَجۡرُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ ١١٢
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Keterangan ayat 111 - 112 hal 23
Golongan Yahudi mengatakan bahawa merekalah yang benar dan akan masuk syurga. Golongan Nasrani mengatakan pula bahawa merekalah yang benar dan akan masuk syurga.
Lalu Allah SWT menegaskan, bahawa yang benar dan akan masuk syurga ialah orang tunduk dan patuh mengikut perintah Allah SWT.
Merekalah yang mendapat pahala di sisi Tuhannya tanpa ketakutan dan kedukaan. Di antara perintah Allah SWT ialah percaya kepada Nabi Muhammad SAW.
0 Comments