Tafsir Surah Al-Baqarah (Lembu Betina) | Ayat 132 - 136

Dimulai dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.


Keterangan ayat 132 - 136 hal 27 - 28

Erti Islam ialah tunduk dan patuh kepada Allah SWT serta mengikut perintah-Nya dengan jasmani dan rohani. 

Asas Islam itu ialah:

(1) Mengakui dengan lidah dan hati, bahawa tidak ada yang disembah kecuali Allah dan Muhammad utusan-Nya,

(2) bersembahyang,

(3) berpuasa, 

(4) berzakat, dan

(5) haji bagi orang yang mampu. 

Erti iman ialah percaya kepada Allah SWT, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab yang diturunkan-Nya, malaikat-malaikat-Nya, hari yang kemudian dan takdir. 

Beriman kepada Al-Quran, iaitu hendaklah kita akui, bahawa isi Al-Quran dari awal sampai ke akhirnya, semuanya benar serta kita percayai. 

Oleh sebab itu, wajiblah orang Islam mengiktikadkan apa-apa yang termaktub di dalam Al-Quran semuanya. 


Keterangan erti ØµِبۡغَØ©َ ayat 138

صِبۡغَØ©َ ٱللَّÙ‡ِ ÙˆَÙ…َÙ†ۡ Ø£َØ­ۡسَÙ†ُ Ù…ِÙ†َ ٱللَّÙ‡ِ صِبۡغَØ©ٗۖ ÙˆَÙ†َØ­ۡÙ†ُ Ù„َÙ‡ُÛ¥ عَٰبِدُونَ Ù¡Ù£Ù¨

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: 

"Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".

Erti ØµِبۡغَØ©َ ialah celupan, seperti celup kain dan sebagainya. 

صِبۡغَØ©َ ٱللَّÙ‡ِ = celupan Allah, ertinya agama yang dicelupkan (diwahyukan) Allah SWT kepada manusia, supaya mereka menghiasi dirinya dengan agama itu. 

Kata ulama yang lain, ialah akal yang dicelupkan (dianugerahkan) Allah SWT kepada manusia sehingga berbeza dari haiwan. 

Jadi erti ØµِبۡغَØ©َ ٱللَّÙ‡ِ = fitrah




Post a Comment

0 Comments