Tafsir Surah Al-Baqarah (Lembu Betina) | Ayat 196 - 198

Dimulai dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.


Keterangan ayat 196 -198 hal. 41 - 42

1. Haji itu rukun Islam yang kelima, wajib dikerjakan oleh setiap orang muslim yang mampu, lagi kuasa berjalan ke Mekah. Kewajipan mengerjakan haji hanya sekali seumur hidup. Amalan haji itu terdiri dari dua (2):

1. haji

2. umrah.

Kalau dikerjakan umrah lebih dahulu daripada haji, maka wajib membayar dam, iaitu menyembelih seekor kambing. Kalau tak sanggup menyembelih kambing hendaklah berpuasa 3 hari waktu melakukan haji dan 7 hari setelah sampai kembali ke tanah air. 


2. Waktu melakukan haji tidak boleh bersetubuh dengan isteri, tidak boleh memperbuat maksiat (dosa), tidak boleh berkesumat dan berbantah-bantah. 


3. Allah SWT menyuruh membawa perbekalan pergi haji, supaya jangan meminta-minta dan mengemis di tanah suci. Sebaik-baik perbekalan ialah taqwa, ertinya memeliharakan diri dari meminta-minta.


4. Orang pergi haji boleh membawa barang perniagaan untuk dijual di tanah suci. Tetapi hendaklah niat pergi haji itu kerana Allah SWT semata-mata dan mengharapkan keredhaan-Nya, bukan kerana untuk berniaga. 




Post a Comment

0 Comments