Dimulai dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
Keterangan ayat 67 - 73 hal 14 - 15
Pada masa Nabi Musa a.s adalah seorang lelaki yang membunuh temannya. Kemudian dengan segala ia sendiri mengadukan pembunuhan itu kepada Musa a.s.
Setelah itu Musa a.s memeriksa siapa orang membunuhnya, maka tiadalah dapat diketahuinya. Kemudian Allah SWT menyuruh mereka, supaya menyembelih lembu betina dan memukul orang yang terbunuh itu dengan sebahagian anggota lembu itu.
Setelah mereka perbuat yang demikian, maka Allah SWT menghidupkan orang yang terbunuh itu sambil menerangkan, bahawa orang yang membunuhnya, ialah orang yang mengadukan kepada Musa a.s itu.
Menurut Syeikh M. Rasyid Ridla, bukanlah orang mati itu hidup kembali, melainkan dengan penyembelihan lembu itu dan lain-lain, menurut syariat Musa a.s tercapailah perdamaian dan terhindarlah pertumpahan darah.
Jadi erti menghidupkan orang mati ialah memelihara jiwa dan pertumpahan darah dan perang saudara sebab perselisihan terntang pembunuhan yang terjadi.
Pendeknya, dengan adanya hukum penyembelihan lembu itu hiduplah mereka dengan aman kembali.
Menurut Syeikh M. Syaltut, tafsir ini amat jauh sekali dengan erti ayat tersebut.
Kisah ini suatu pelajaran kepada golongan yang suka mempersempit perintah Allah SWT. Allah SWT menyuruh mereka supaya menyembelih lembu betina. Kalau mereka sembelih saja sembarangan lembu, nescaya cukuplah yang demikian.
Tetapi mereka bertanya lagi; Lembu apakah? Bagaimanakah warnanya? dan sebagainya sehingga dengan perjawapannya bertambah susah mencari lembu yang seperti itu.
Pada masa Nabi Muhammad SAW ada juga beberapa sahabatnya bertanya ini dan itu; Bagaimana hukumnya? Haramkah atau wajibkah?
Nabi Muhammad SAW bersabda;
"Apa-apa yang diterangkan Allah SWT, bahawa ia wajib atau tersuruh, jadilah hukumnya wajib. Apa-apa yang dikatakan-Nya haram atau terlarang, nescaya ia jadi haram.
Tetapi jika Allah SWT diam (tiada mengatakan apa-apa), maka adalah yang demikian itu rahmat (kelapangan) bagimu (boleh diperbuat)."
0 Comments