Tafsir Surah Al-Baqarah (Lembu Betina) | Ayat 83

Dimulai dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

ÙˆَØ¥ِØ°ۡ Ø£َØ®َØ°ۡÙ†َا Ù…ِيثَٰÙ‚َ بَÙ†ِÙŠٓ Ø¥ِسۡرَٰٓØ¡ِيلَ Ù„َا تَعۡبُدُونَ Ø¥ِÙ„َّا ٱللَّÙ‡َ ÙˆَبِٱلۡÙˆَٰÙ„ِدَÙŠۡÙ†ِ Ø¥ِØ­ۡسَانٗا ÙˆَØ°ِÙŠ ٱلۡÙ‚ُرۡبَÙ‰ٰ ÙˆَٱلۡÙŠَتَٰÙ…َÙ‰ٰ ÙˆَٱلۡÙ…َسَٰÙƒِينِ ÙˆَÙ‚ُولُواْ Ù„ِلنَّاسِ Ø­ُسۡÙ†ٗا ÙˆَØ£َÙ‚ِيمُواْ ٱلصَّÙ„َÙˆٰØ©َ ÙˆَØ¡َاتُواْ ٱلزَّÙƒَÙˆٰØ©َ Ø«ُÙ…َّ تَÙˆَÙ„َّÙŠۡتُÙ…ۡ Ø¥ِÙ„َّا Ù‚َÙ„ِيلٗا Ù…ِّنكُÙ…ۡ ÙˆَØ£َنتُÙ… Ù…ُّعۡرِضُونَ Ù¨Ù£

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): 

"Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; 

dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". 

Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.


Keterangan ayat 67 - 73 hal 14 - 15

Dalam ayat ini, dengan tegas diterangkan, bahawa perintah memperbuat kebaikan kepada ibu bapa, disebutkan sesudah perintah menyembah Allah SWT, Tuhan yang Maha Esa, sebagai bukti, bahawa berbuat baik kepada ibu bapa amat penting dalam agama Islam. 

Dalam ayat 215, Al-Baqarah diterangkan, bahawa berbuat baik kepada ibu bapa ialah dengan menafkahkan harta kepadanya. Jadi bukan dengan semata-mata ziarah mengunjunginya di hari baik dan di bulan baik. 

Sesetengah orang islam terpengaruh oleh didikan Barat, katanya;

"Tidak perlu berbuat baik kepada ibu bapa, kerana keduanya mendidik anaknya adalah kerana suatu kewajipan di atas pundaknya. Jadi tidak perlu membalas jasanya."

Tetapi mereka lupa bahawa di samping tiap-tiap kewajipan, ada pula hak yang wajib ditunaikan. Sebab itu ibu bapa berhak mendapat kebaikan dari anaknya, sebagaimana keduanya berkewajipan mendidik anaknya. 




Post a Comment

0 Comments