Dimulai dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
Keterangan ayat 168, 172 dan 173 hal.34 dan 35
Segala makanan yang baik lazat dan enak rasanya, halal dimakan, kecuali yang melarat kepada kesihatan badan atau merosakkan kesucian rohani seperti bangkai (mayat yang mati tiada disembelih), darah, nanah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih atas nama berhala, bukan atas nama Allah SWT.
Tetapi jika kita terpaksa memakan yang tersebut itu, kerana tak ada yang akan dimakan, maka yang demikian itu tidak mengapa (halal dimakan).
Para doktor banyak mengatakan bahawa makan daging babi, melarat kepada kesihatan badan. Yang tak wasangka lagi, bahawa makan daging babi itu menyebabkan cacing pita, yang berbahaya dalam perut manusia.
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡمَيۡتَةَ وَٱلدَّمَ وَلَحۡمَ ٱلۡخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ بِهِۦ لِغَيۡرِ ٱللَّهِۖ فَمَنِ ٱضۡطُرَّ غَيۡرَ بَاغٖ وَلَا عَادٖ فَلَآ إِثۡمَ عَلَيۡهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٌ ١٧٣
"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Menurut ayat 173 bahawa yang haram dimakan, hanya empat (4) macam saja, iaitu:
1. mayat (binatang yang mati tanpa disembelih)
2. darah yang mengalir
3. daging babi
4. binatang yang disembelih, bukan dengan nama Allah SWT, melainkan dengan nama berhala.
Djadi selain dari yang empat (4) itu halal dimakan.
Tetapi dalam hadis Nabi SAW ada tersebut, bahawa Nabi SAW melarang memakan daging binatang buas yang mempunyai taring, (seperti harimau, beruang dan sebagainya). Begitu pula burung penangkap yang mempunyai cakar (seperti burung helang dan sebagainya).
Oleh sebab itu menurut Syafi'e, Abu Hanifah dan Ahmad, memakan daging binatang buas dan burung penangkap itu haram juga hukumnya. Menurut Imam Malik, tiada haram, hanya makruh saja.
0 Comments