Tafsir Surah Al-Baqarah (Lembu Betina) | Ayat 177

Dimulai dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.


۞ لَّيۡسَ ٱلۡبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمۡ قِبَلَ ٱلۡمَشۡرِقِ وَٱلۡمَغۡرِبِ وَلَٰكِنَّ ٱلۡبِرَّ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةِ وَٱلۡكِتَٰبِ وَٱلنَّبِيِّـۧنَ وَءَاتَى ٱلۡمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ ذَوِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينَ وَٱبۡنَ ٱلسَّبِيلِ وَٱلسَّآئِلِينَ وَفِي ٱلرِّقَابِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلۡمُوفُونَ بِعَهۡدِهِمۡ إِذَا عَٰهَدُواْۖ وَٱلصَّٰبِرِينَ فِي ٱلۡبَأۡسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَحِينَ ٱلۡبَأۡسِۗ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُتَّقُونَ ١٧٧

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; 

dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; 

dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa."


Keterangan ayat 177 hal. 36

Yang dikatakan kebaikan ialah:

a. Beriman (percaya) kepada

1. Allah

2. Hari yang kemudian

3. Malaikat

4. Kitab-kitab

5. Nabi-nabi (dalam hadis, takdir)


b. Membelanjakan harta untuk:

1. karib kerabat seperti anak, isteri dan sebagainya

2. anak yatim

3. fakir miskin

4. orang yang berjalan (musafir) atau anak yang dapat di tengah jalan

5. golongan yang meminta kerana tiada kuasa berusaha sebab lemah, potong tangan atau kaki dan sebagainya.

6. untuk memerdekakan hamba (amal sosial)


c. sembahyang

d. memberikan zakat harta

e. menepati janji

f. berhati sabar ketika ditimpa cubaan. 


Golongan yang menurut segala yang tersebut itu, ialah orang yang benar dan taqwa. Oleh sebab itu, tiap-tiap orang Islam wajib melaksanakan segala yang tersebut itu. 




Post a Comment

0 Comments