Tafsir Surah Al-Baqarah (Lembu Betina) | Ayat 1 - 5


Dimulai dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang

Surah Al-Baqarah mempunyai 286 ayat iaitu surah yang pertama diturunkan di Madinah dan surah terpanjang di dalam Al-Quran. 

Seiring dengan penghijrahan Rasullullah SAW ke Madinah yang menjadi asas kepada pembentukan ummah. 

Maka surah ini lebih banyak memperkatakan mengenai aspek-aspek pensyariatan (penetapan hukum-hakam) dan pelbagai persoalan kehidupan, termasuk menerangkan peranan manusia di atas muka bumi ini iaitu sebagai khalifah. 

Surah ini dinamakan Al-Baqarah yang membawa maksud lembu betina kerana suatu peristiwa penyembelihan lembu betina atas wahyu yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Musa a.s. 

Wahyu tersebut turun kepada Nabi Musa a.s kepada Bani Israel yang bertelingkah dan berbunuhan antara mereka kerana seorang lelaki mandul yang mati dan tidak diketahui siapa pembunuhnya. 

Lalu turunlah ayat 67 yang memerintahkan mereka untuk menyembelih lembu betina. 

ÙˆَØ¥ِØ°ۡ Ù‚َالَ Ù…ُوسَÙ‰ٰ Ù„ِÙ‚َÙˆۡÙ…ِÙ‡ِÛ¦ٓ Ø¥ِÙ†َّ ٱللَّÙ‡َ ÙŠَØ£ۡÙ…ُرُÙƒُÙ…ۡ Ø£َÙ† تَØ°ۡبَØ­ُواْ بَÙ‚َرَØ©ٗۖ Ù‚َالُÙˆٓاْ Ø£َتَتَّØ®ِØ°ُÙ†َا Ù‡ُزُÙˆٗاۖ Ù‚َالَ Ø£َعُوذُ بِٱللَّÙ‡ِ Ø£َÙ†ۡ Ø£َÙƒُونَ Ù…ِÙ†َ ٱلۡجَٰÙ‡ِÙ„ِينَ Ù¦Ù§

"Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)"."

Setelah disembelih lalu bahagian lembu itu dipukul ke atas mayat, dan hiduplah mayat tersebut serta mengisyaratkan atau menunjuk siapakah pembunuhnya, lalu matilah ia semula. Si pembunuh tidak mewarisi sedikit pun dari kekayaan lelaki tersebut.

Ayat ini menunjukkan kekuasaan Allah SWT untuk menghidupkan manusia yang telah mati dan menunjukkan bahawa orang yang membunuh tidak boleh mewarisi harta orang yang dibunuhnya.


Tahukah Kita?

Kita perlu selalu membaca surah Al-Baqarah untuk pelihara rumah kita. 

"Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah Al-Baqarah." 

(HR Muslim)


Keutamaan Surah Al-Baqarah

Dari Abu Umami Al-Bahili ia berkata: Saya mendengar Rasullullah SAW bersabda:

"Bacalah Al-Quran kerana ia akan datang memberi syafaat kepada para pembacanya pada hari kiamat nanti. 

Bacalah Zahrawain, yakni surah Al-Baqarah dan Ali Imran kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti, seperti dua tompok  awan menaungi pembacanya, atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam formasi hendak membela pembacanya.

Bacalah Al-Baqarah kerana dengan membacanya akan memperoleh barakah dan dengan tidak membacanya akan menyebabkan penyesalan, dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir."

Muawiyah berkata: "Telah sampai (khabar) kepadaku bahawa, Al-Bathalah adalah tukang-tukang sihir." 

(HR Muslim, 1337)


"Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah pada malam hari, maka ia akan diberikan kecukupan."

(HR Bukhari dan Muslim)


Keterangan ayat 1 - 5 hal 3

1. Kata sesetengah ulama, bahawa Alif laam miim itu, Allah SWT yang mengetahui maksudnya. Tetapi sesetengah mereka mengatakan, bahawa ia nama surah, yakni surah ini ada dua (2) namanya: 

a. surah Al-Baqarah 

b. surah Alif laam miim


2. Golongan yang bertaqwa iaitu:

a. golongan yang percaya kepada sesuatu yang ghaib (sesuatu yang tidak dapat ditangkap dengan salah satu pancaindera), seperti percaya, bahawa di atas kekuasaan manusia ada yang maha kuasa, iaitu Allah SWT. 

Golongan yang beragama memang percaya kepada yang ghaib itu. Tetapi golongan yang tiada beragama tiada percaya, melainkan kepada apa-apa yang dapat disaksikan dengan pancaindera atau dengan perkakas ilmu alam atau kimia. 

Pada abad ke-20 ini sudah banyak profesor-profesor di Eropah dan Amerika yang telah percaya kepada yang ghaib, iaitu tatkala mereka menyelidiki ilmu Spiritualisme dan ilmu Hypnotisme (Mesmerisme). 

Dengan percubaan mereka telah banyak orang terpelajar di Eropah yang percaya akan adanya roh manusia sebagai pokok bagi mereka untuk percaya kepada Allah SWT, malaikat dan sebagainya. 


b. golongan yang mendirikan sembahyang, ertinya mengerjakan sembahyang dengan jasmani dan hati yang khusyuk

Adapun orang yang sembahyang dengan jasmani saja, sedang hatinya tidak menghadap kepada Allah SWT, maka orang itu tiada dinamai mendirikan sembahyang. 


c. orang yang membayarkan sebahagian hartanya untuk menolong fakir miskin (berzakat).


d. Mereka percaya kepada Al-Quran dan kitab-kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi dahulukala.


e. Mereka percaya dan yakin akan hari yang kemudian. Waktu itu akan diseksa orang yang memperbuat kejahatan dan diberi nikmat orang yang memperbuat kebaikan. 


Golonngan yang bertaqwa itulah yang menang dan berjaya dari dunia sampai ke akhirat. Dan itulah golongan yang mendapat nikmat daripada Allah SWT serta tiada dimurkai dan tidak pula sesat. (Al- Fatihah ayat 7)


صِرَٰØ·َ ٱلَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ۡعَÙ…ۡتَ عَÙ„َÙŠۡÙ‡ِÙ…ۡ غَÙŠۡرِ ٱلۡÙ…َغۡضُوبِ عَÙ„َÙŠۡÙ‡ِÙ…ۡ ÙˆَÙ„َا ٱلضَّآÙ„ِّينَ Ù§

"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.  


Doa dalam Al-Quran | Memohon kebaikan dunia dan akhirat



Fakta Menarik

1. Lembu dan manusia mempunyai tempoh kehamilan yang sama iaitu 9 bulan.

2. Lembu tiada gigi depan pada bahagian atas.

3. Kajian menunjukkan bahawa muzik mampu membuatkan lembu mengeluarkan lebih banyak susu.


Sumber: 

Buku Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah, 

Tafsir Quran Karim Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,

Terjemahan Al-Amin Humaira dan;

Ensiklopedia Nasyrul Quran


Semoga usaha kecil ini diberkati.




Post a Comment

0 Comments