Z1000 & Si Kenit 155cm | Cinta Pandang Pertama
GEDEBUK! Itulah bunyi Kak Mawar semasa terjatuh betul-betul kat depan kedai makan Teluk Senangin. Pantai berpasir putih yang penuh orang melepak. Time tu pendek kata semua mata memandanglah. Memang malu sesangat, tapi terpaksalah letak tepi dulu. Tapi yang paling menyedihkan, cermin sisi kiri motor tu retak seribu. Aha, tapi sebelum Kak Mawar nak bercerita macam mana Kak Mawar boleh jatuh ‘tergolek’ kat Teluk Senangin tu, jom kita patah balik ke tahun 2013 hingga 2019 sewaktu Kak Mawar mula terjebak dengan aktiviti bermotosikal ni. Ini adalah kisah seorang wanita yang asalnya cuma tahu berangan, sehinggalah dia berjaya memulas throttle impiannya sendiri. Kak Mawar la tu... :D Ilustrasi adalah suntingan AI