Langkawi Trip Yang Tak Disengajakan 2023

*gambar otw, sabaq na

Tahun ni, lagi sekali Che Mawar turun ke Langkawi. 


Tahun lepas kita turun pada hujung bulan Julai dengan kereta. Time tu, kita tak sempat nak meronda semua tempat. SkyCab ditutup untuk mentenance dan banyak jugak tempat menarik ditutup atas faktor cuaca. Memang tak best laa. Dah la tu, tertinggal RORO plak tu. Jadi terpaksa beli tiket lain untuk balik. Macam-macam hal taw trip tahun lepas.


Tahun ni, ikutkan berat hati jugak nak pergi. Maklumlah, tahun ni tiada bajet pun untuk ke mana-mana. Sebab bajet travel da pergi ke "lain". 


----

5hb Oktober 2023 (Khamis)

Tapi itulah, kalau da namanya rezeki, buatlah macamana pun, kun fa yakun, akhirnya terbang jugak kita ke Langkawi. Yang sepatutnya, pi pada 7hb Oktober 2023 (Sabtu) jam 1.55 pm dengan MyAirline, tapi dah kena bertugas pulak untuk kerja-kerja penggantian dan pemasangan kabel network di JBG Langkawi. Makanya Che Mawar pun terbang pada 5hb Oktober 2023 (Khamis) jam 8.00 pm dengan belon bosi AirAsia. 


Kerja-kerja pemasangan tu, dijadualkan bermula pada 5hb - 8hb Oktober (Khamis - Ahad), haa apa lagi, kita terpaksa gerakkan team untuk siapkan kerja-kerja secepat mungkin. Kalau tidak, matilah kita,  kaco program percutian pada 7hb - 10hb Oktober 2023. 


Lagipun, diorang pun nak rehat jugak, kalau siap awal, leh jalan-jalan di Langkawi dan bergerak ke tanah besar untuk teruskan kerja-kerja di Zon Selatan Semenanjung sebelum bergerak ke Borneo. 


----

Sesampai je kat Langkawi, kawan group moto Z6OM kita, datang menjemput ngan kereta Nissan. Macey sebab susah payah. Kita kontek kawan kita tu sebab dia memang bawak teksi. Jangan pikir bukan-bukan. Sekeh kang! :)


First-first, kita check in kat tempat menginap yang paling terdekat dengan JBG Langkawi. 


D'Teratak Motel, Kuah

Kalau dah dengan orang tempatan, urusan jadi serba mudah, dengan rega RM70 semalaman di D'Teratak Motel yang teramat dekat dengan JBG yang mana bukan setakat dekat je dengan tempat kerja malah sangat dekat ngan ATM (Bank), kedai makan, dobi, kedai runcit dan kilang gamat. Ahaaa..memang bestlahh. Semuanya boleh diakses hanya dengan jalan kaki je. 


Nak lebih tepat, D'Teratak Motel ni bersebelahan dengan Bay View Hotel. Itulah landmarknya. Pastu dari D'Teratak nampak MAHA Tower. Fuh, view memang terbaik lah.  


Agaknya D'Teratak Motel ni, bisnes anak beranak, motel tepi rumah je. Terlalu mudah sangat berurusan dengan diorang. Bilik cantik dan kemas. Sesuai untuk sorang dengan katil Queen Size. Seriously D'Teratak Motel ni macam Che Mawar berada kat kampung tau. Tenang dan mendamaikan. Aish, terrrindu laa plak.


Tambah plak warm welcoming daripada Team JBG Langkawi. Kita check in masuk kerja di JBG Langkawi, jam 10.00pm, kira sehabis cepat dah tu. (risaw kot). Team JBG Langkawi sangat best, banyak menda yang mereka sharing dengan kita dan yang paling terbaik, komitmen diorang pada kerja sangat mantap. Mekasih JBG Langkawi. You all memang best. Kalau ada post, nak je Che Mawar  pindah ke sana. Wakakaakakak. Dah jatuh cinta, haduiii.


----

6hb Oktober 2023 (Jumaat)

Alhamdullillah, kerja kita selesai pada 6hb Oktober jam 8.12pm. Syukur sesangat, selesai ngan vendor dan GITN. Kompermlah esok, kita boleh la jejalan. Tambah plak, kawan kita tu baik hati tinggalkan kereta Nissan untuk mudahkan kita bergerak. Haaahahaha, asalnya kita tak nak laa menyusahkan orang, segan plak kita dibuatnya. 


----

7hb Oktober 2023 (Sabtu)

Kita check out on time. Nasib laa ada kereta, boleh la kita meronda-ronda dulu, recky jalan untuk ke Sayy Haa Inn. Malangnya, asyik berpusing-pusing jer, sebab banyak jalan tutup untuk laluan IRONMAN 2023. 


Dari D'Teratak Motel, Kuah, kita bergerak ke Airport Langkawi, Padang Matsirat. Lepas tu kita bergerak ke Perdana Quay, Kampung Kok, sehaluan dengan jalan nak ke SkyCab. Jalan ke sini, best jugak layan dengan motor, dengan view wow wow wow sangat weh. 


Then beberapa minit je kat Perdana Quay yang macam bandar mati tu, kita bergerak nak isi minyak kereta pulaaaa. Tapi itulah kita ni mana biasa ngan model kereta Nissan Super Saloon, tak jumpa plak mananya tempat untuk buka tank minyak. Urghhh.. kita da siap-siap top up duit dalam SETEL App taw!


Kat Perdana Quay ni, kita tak nampak Shell pun. Hanya ada Petronas je. Rasanya Shell hanya ada kat Pekan Kuah je. Selebihnya, Petronas 3 buah rasanya, dan BuraQ Oil. 


Katanya BuraQ Oil ni seperti minyak BHP yang ada kat kawasan pedalaman (ladang sawit, ladang getah dan lain-lain) BuraQ Oil ni katanya bagus untuk JetSki dan bot. (itu Tourist Guide kita, Abe Zaini yang gtaw) 


Lagi satu Petronas Perdana Quay ni memang unik. Designnya huyooo memang exclusive, dengan viewnya, mak ai boleh jaw kita terjatuhhhhhh. auch. 


Dah gagal nak isi minyak, kita bergerak balik ke airport lah. Tapi tersinggah beli Air Kopi Ais Mamu. Tak sangka air kopi ni best giler. 


Ingat nak tunggu diorang (Ujang dan kak Ngah) sampai dari KLIA2, kat dalam airport je. Tapi bila dipikirkan kena bayar parking pastu parking plak tengah panas. Better kita melepak kat Mahsuri International Exhibition Centre je. 


Sebabnya ia betul-betul depan runway kapal terbang take off dan touch down. Haaa, sejam menunggu kat situ taw. Best jugak lah.. Feel-feel dok kat OberSee. Wakakaka sebab ada event IRONMAN, ramai mat saleh dan minah saleh kat area Mahsuri ni.


----

Jam 3.00pm, dengan Flight Radar App kita dapat laa rakam touch down Mas Airline, Batik Airline dan yang ditunggu-tunggu MyAirline. 


Dah pickup diorang, kita terus gerak ker Say Haa Inn, Pantai Tengah menggunakan Jalan Kedawang, sebab Jalan Chenang masih ditutup untuk event IRONMAN. Jauh skit laaa. Dah selesai check in, kita makan tengahari kat kedai makan di sebelah Say Haa Inn. 


Say Haa Inn ni pun best jugak. serba dekat. Dekat dengan kedai makan Restoran Selera Padang Puteh, dobi, sangat dekat dengan jalan utama, kedai runcit, kedai sewa moto dan beli sim kad (untuk pelancong asing). 


Tapikan mendobi di Chenang ni, harga minimum RM20 tau. Lebih mahal dari Putraya yang RM10 yang boleh pilih air panas dan dryer yang paling panas. Kawasan pelancong kan! 


Selesai makan, kita meronda ke Pasar Malam Kuah pulak. Haaa, kat sini best, ada jual macam-macam, ada tapai daun pisang, buah berangan goreng, cempedak, apa lagi eik? Lupa dah! Actually kita cari Pulut Ayam. 


Kat sini sebenarnya ramai orang Pattani datang meniaga dan bukak kedai makan. So, kiranya syurga makan-makan masakan Thai jugaklah kat Langkawi ni. Tapi pulut ayam dah abih kat Pasar Malam Kuah ni.


Apa-apa pun, terubat jugaklah rindu kita pada masakan Thai Pure. Kita kan dah tutup buku Thailand selepas backpacker November 2022. 


----

8hb Oktober 2023 (Ahad)


ATV Ulu Melaka

Selepas bersarapan kat warung sebelah Say Haa Inn tu, kita on ATV kat Ulu Melaka bersebelahan dengan Gunung Raya tu. Dapat lah men ATV sejam lebih dengan rega RM150 seorang. Upah photographer RM100. Best jugaklah, banyak tempat best taw. Ada waterfall, Hutan Simpan Pokok Rhu, Empangan Saga, Kobun Gotah dan Sawah Padi. Dalam group kita tu ada budak-budak pompuan Lubnan kot, bawak ATV ganaih sungguh. Wakakakak kita plak yang risaw taw.


Restoran Kak Yan Nasi Campur, Kampung Padang Gaong

Tengahari, kita makan kat Restoran Kak Yan Nasi Campur plak. Yang ni korang jangan lepaskan peluang merasa macam-macam lauk pauk masakan kampung. Aishhh, rambang mata tau. Rasa macam nak amik semua. 


Tapi kita amik kerabu beronok (korang tau beronok tu apa?) ngan gulai siput sedut dan puding kelapa muda. Yang ni pun satu lagi makanan yang best giler. Lepas makan, kita pekena Aiskrim Plitt depan Kedai Makan Kak Yan ni jer.


Puncak Tertinggi Langkawi, Gunung Raya

Lepas tu, kita gerak ke Gunung Raya. Dengan Axia yang Abe Zaini bawak, kita merangkak naik Gunung Raya yang mana jalan rayanya macam mendaki Tapah Road ke Cameron Highland. Serious best best best. 


Hilang rindu nak naik Genting Highland. Tak lama tu, kita dah berada dalam awan. Agaknya kat bawah tu dah hujan laaa tu. Dengan berkabus cam tu, memang dah tak leh nak bergambar, sebab view dah terlindung kabus. 


Dengan takde spesifik itinerary, kita beli baucer Dream Forest (RM145) dan 4-in-All SkyCab (RM121) termasuk pakej SykDome, SkyCab, 3D Art Museum dan SkyRex. Baucer Traveloka ni valid selama setahun. Dengan Traveloka App ni jugak lebih murah dari Klook App dan tak leceh serta takde hidden cost. (ini cuma pendapat peribadi)


SkyCab Gunung Mat Chincang

So, apalagi, kita terus ke SkyCab. Kat sana, kita kena beli tiket berasingan untuk ke SkyBridge (RM6) dan SkyGlide (RM10) incase penat nak mendaki trail naik semula ke SkyCab selepas ke SkyBridge.  Disebabkan kesuntukan masa, kita tak dapat nak habiskan meronda ke SkyDome, 3D Art Museum dan SkyRex. 


----

9hb Oktober 2023 (Isnin)

Pepagi selepas bersarapan, kita lagi sekali ke SkyCab nak selesaikan misi semalam yang tak selesai. Ahahahaha, selepas menghabiskan masa sejam lebih kat 3D ART Museum, maklumlah kita orang pertama yang sampai, kita ke situ. 


SkyDome

Kita serender, kalau orang darah rendah, tak payah masuk sini, komperm korang terasa nak termuntah. Kita selepas keluar dari situ, rasa mual dan pening jangan cakaplah. 


SkyRex

Yang ni kan, walau pun zaman dinasour ni dah outdated, dengan peralatan yang dah usang, tapi plot citer tu, best. Kita tak puas tau. Rasa nak men lagi sekali. Serious weh tak puas. Nak lagi, nak lagi, nak lagi. 


Island Hopping

Petang tu, kita island hopping ke Tasik Dayang Bunting, Pantai Beras Basah dan Watching Eagle Feeding. Yang ni, total RM150 untuk 3 orang. 


Dream Forest

Malam tu, kita ke Dream Forest di Lubuk Semilang yang dibuka bermula jam 7 malam hingga 12 pagi. Walaupun buka jam 7.00pm, show bermula pada 8 malam. Best taw tempat ni, macam dalam citer Good Dinasour. Lampu-lampu dan efeknya happening sangat. 


----

10hb Oktober 2023 (Selasa)

Hari terakhir kat Langkawi, kita beli gamat. Sebenarnya inilah tujuan utama ke sini. Nak beli gamat. Awal-awal pagi dalam jam 8.30am, dengan kereta Axia kita dah terpacak depan Nusantara. Nak borong gamat la katakan. 


Jetski dan Parasailing

Jam 10.00 pagi, kita men jetski (RM100 sorang) untuk 30 minit dengan kelajuan yang paling tinggi 74kmj jer dan parasailing (RM210 termasuk dron), berada di udara dalam 5 - 6 minit. Best jugak. Cumanya Parasailing ni, tak la gemuruh sangat macam Paragiliding atau Bungee Jump. Lagi gemuruh bawak jetski. Wakakakakakakaa.


Jam 1.30pm, kita ke airport. flight jam 3.00 petang. Sesambil tu singgah dulu kat Pantai Hujung Airport. Asalnya nak spot kapal terbang take off dan touch down. Tapi terserempak ngan sorang ustaz yang sedang mengaji kitab kat meja batu tepi pantai. Wahhh bestnya


Apa lagi bersembang laaaaa. Kita tanya ustaz baca kitab apa? Ustaz mengaji kitab jawi dari Guru di Pattani. 


Pesan ustaz, orang berjaya adalah orang yang sentiasa menjaga solatnya. Allah pasti sayang. Apa yang kita nak, Dia akan bagi baik-baik kat kita. bukan bagi dalam keadaan murka. Sayu hati bila ustaz cakap macam tu. Harap Allah bagi nikmat-nikmatnya pada kita tanpa rasa murka. Takut!


Kuda @Pantai Hujung Airport

Ingatkan nak bagi derma skit untuk ustaz. Fi sabilillah. Tapi ustaz macam tau tau jer. Wakakaka ustaz kata, kuda-kuda tu, anak-anak ustaz yang uruskan, kalau nak bergambar RM5 je. Kalau nak menunggang RM15. 


Ok, faham! Cara Ustaz ni (Ustaz Harun) ini amat berhemah. Suka cara ustaz yang macam tau-tau je hasrat kami,  tapi disalurkan dengan cara meniaga macam ni. Syukur, banyak kita belajar cara berhemah menolak pemberian orang tanpa melukakan dan menyakitkan hati si pemberi.


So, kami pun pi laa bergambar. Walau pun masa tu dah suntuk untuk berposing apatah lagi nak menunggang. Sebab dah jam 2pm. Amik gambar wat syarat jer.. so, cepat-cepat kita berlari ke airport plak. Sesampai je, barisan beratur panjanggggggg daaaaa. 


Jam 3pm, kita selamat boarding dalam MyAirline untuk kali terakhir (MyAirline ditutup berkuatkuasa 12hb Oktober 2023, atas masalah kewangan) dan selamat mendarat di KLIA2. 


----

Bajet

Ada kawan kita yang bertanyakan berapa total yang habis kat Langkawi. Purata perbelanjaan lebih kurang RM1220 seorang.

Langkawi Trip 2023
Langkawi Trip 2023

----

Apabila diimbas-imbas balik, alhamdullillah, parasailing dan jetski, da lama kita idam-idamkan nak men, Allah dah tunaikan impian kita. 


So, lepas ni ke mana plak? Ehhh.. lupa bajet takde. wakakaka. Oklah, Che Mawar undur diri dulu. Take care!


Salam Sayang, 

Langkawi memang best weh!

Post a Comment

2 Comments

Canon Rider said…
weyh.. itu macam nama kawan saya. Donde ko kemana ?