03 January, 2020

5 BEST Tentang Pos Kuala Mu

www.sintoknews.com
9hb November 2019 | Sabtu
Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak

Last time kita bawak anak-anak bercuti main air kat Pos Kuala Mu yang agak terpencil dan jauh ke pedalaman. Pos ini terletak dalam kawasan Hutan Simpan Piah. 

Lebih kurang 65km dari Pekan Sungai Siput Utara dan sejam perjalanan. Jalan untuk ke sana, sudah diturap tar namun begitu masih ada yang pecah-pecah dan berlubang, mungkin akibat laluan kenderaan berat seperti lori sawit tak pun lori kayu balak yang keluar masuk. 

Jalannya berliku-liku macam ular kena palu dan area mendaki memanglah curam, wei. Kalau kenderaan not well service, better jangan lalu kawasan ni. Sebab kalau apa-apa jadi, susah kang! Jarang-jarang sekali ada kenderaan yang lalu taw.


Dan kalau boleh, berjalan biarlah berteman dan jangan sorang-sorang ye. Apa-apa pun memang best memandu atau ride kat sana. Mencabar dan yang paling best dijamu dengan view tanah tinggi yang memukau mata yang memandang. 


1. Must Check-In Place 
Pos Kuala Mu ni adalah perkampungan orang asli yang paling hujung berada di kawasan lembah berhampiran dengan Sungai Mu. Kawasan lembah ini berada pada ketinggian 600 ke 700 meter dari aras laut. 

Yakni lebih tinggi dari Bukit Broga tu la ye. Di Pos Kuala Mu terdapat Kg. Kuala Mu, Kg. Bersah, Kg. Toh, Kg. Gapeh Hilir dan Kg. Gapeh Hulu. Anggaran penduduk di kawasan ni lebih kurang 900 orang. Tapi time kitorang pergi, tak nampak plak penduduk yang seramai 900 orang tu. Dan mempunyai sebuah sekolah dan janakuasa solar.

Pos Kuala Mu ni terkenal kerana ecopelancongan Suku Temiar yang menempatkan Chalet Kg. Bersah, Chalet Kg. Dusun dan Chalet dan Campsite Kg. Gapeh yang dibuka pada tahun 2017 yang lalu. 

Keunikan chalet-chalet dan wakaf ini dibina sendiri oleh penduduk daripada buluh, daun bertam dan rotan yang dikutip dari hutan. Projek ecopelancongan ini diketuai oleh Tok Batin Hadu Long.

Pembinaan ini pada mulanya hanya 2 buah chalet sahaja pada tahun April 2018, then sekarang sudah ada 14 buah chalet yang dibina tanpa sebarang bantuan daripada pihak kerajaan. Memang rare kalau korang ada check in kat sini. Bukan calang-calang boleh sampai sini tau.

- sumber Hidden Chalet Tepi Sungai Kuala Mu, Perak


2. One of Perak Must Visit
Sejarah Suku Temiar 

Suku Temiar dikelompokkan dalam keluarga Senoi yang serumpun dengan Mon-Khmer (Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand).  Kebanyakan Suku Temiar menduduki negeri Perak dan Kelantan di pesisir kawasan sungai di kawasan pedalaman. Suatu masa dahulu Suku Temiar hidup berpindah-randah. Namun kini, mereka sudah hidup menetap kekal d isamping pelbagai infrastruktur dibina oleh kerajaan.

- sumber Pos Kuala Mu


3. A fabulous place to breakthrough
Kami berempat stay kat sana selama 2 hari satu malam. Pergi hari Sabtu dan balik hari Ahad. Tempat tu memang sangat, waktu siangnya, bunyi kicauan burung dan deruan air sungai yang memecah kesunyian. Tambah plak, kat sana, capaian internet dan line telefon memang intermitent.


4. Perfect and very nice chalet 
Semua chalet mempunyai bekalan eletrik, sementara bekalan air diperolehi dari Sungai Pelus. Chalet ini hanya dibuka pada hujung minggu iaitu setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad kecuali cuti persekolahan dan cuti perayaan yang dibuka sepanjang hari. Mereka yang ingin menginap di chalet ini perlu membuat tempahan sekurang-kurangnya 3 bulan lebih awal. Kadar sewa chalet pula sangat murah dan berpatutan iaitu antara RM60 hingga RM80 semalam.

Kemudahan asas lain yang disediakan di sini antaranya tandas sebanyak empat buah, ruang memasak dan pondok ruang makan terbuka di tepi sungai.

Chalet Kg. Bersah ni basic je, kalau yang harga RM60 tu, ada tiga set kelengkapan tidur iaitu tilam, bantal dan kain selimut.  Tiada tempat untuk caj handphone. Tapi boleh caj di dewan ada tv yang bersebelahan dengan bilik air. Bilik mandi dan tandas memang tiada dalam chalet, ye! 

Tiada kipas atau ekon pun dalam chalet tu. Memang tak perlu, sebab udara malam kat sana memang sejuk. Macamana sejuk tu, tak de sesejuk Genting Highlands. Sesejuk Bukit Fraser gitew!


5. Excellent and extraordinary clean
Chalet Kg. Bersah ni memang terbaik. Pekerjanya peramah dan tak loket dengan senyuman. Suku Temiar ni kan lemah lembut budi bicara dan tutur katanya. Orangnya pun nice-nice. 

Chalet atau wakaf yang disediakan memang dijaga rapi dan kawasan sekitar memang teratur dan tiada sampah sarap. Setiap jam 11 malam, akan ada anak-anak muda orang asli yang datang pungut sampah. Pendek kata, korang rasa seronok dan selesa sangatlah. Korang takkan tidor dalam sampah lah (bagi yang tido dalam khemah)

***
Selain kuala mu ada Pos Sinderut, Kuala Lipis, Kg. Redip Gua Musang dan Temua Abo di Chembung Rembau

Untuk ke waterfall dalam 15 minit berjalan kaki 
boleh rendam botol dalam air.. sejuk

#spreaDLove #travel

02 January, 2020

7 Perkara Wajib Korang Amik Kisah Sebelum ke Broga Hill

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ya_d4uE9Y5803adqaJke-Qf7Qpx50yUG

25hb Disember 2019 | Rabu
Broga Hill, Semenyih, Selangor

Pada korang yang pernah sampai ke Broga Hill, mesti tak de nak kisah sangat dengan apa yang perlu prepare sebelum nak ke Broga, kan? Baiklah, actually tips ini untuk insan-insan yang macam kita, yang belajar-belajar minat untuk hiking. 

The Best Sunrise Near KL and Seremban
Selain nama Broga, bukit ini juga dikenali sebagai Bukit Lalang. Broga ni terletak di Semenyih, Selangor. Ketinggiannya hanyalah 400 meter sahaja dan mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Kuala Lumpur, 30 minit dari Putrajaya dan 15 minit dari Pekan Kajang. 

Bukit Broga ni memang fames dengan pemandangan yang amat unik terutamanya pada waktu subuh.  Trek pendakian untuk ke puncak, tidaklah sesusah mana pun telah menjadi tarikan popular di kalangan orang tempatan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1fHm2Ohvq7JqtnLAlxgRTs7y0rwEMIeHP

Pemandangan dari atas puncak begitu indah, saujana mata memandang, diadun dengan kepelbagaian pepohon hutan hujan tropika, ladang-ladang kelapa sawit dan perkampungan serta pekan-pekan di sekeliling area Bukit Broga.

Pemandangan waktu subuh sungguh menakjubkan taw. Sebab time tu kabus mula naik dari bawah lembah dan bila terkena pancaran sinaran mentari, ia membentuk seolah-olah awan karpet seperti awan nano kat Betong Thailand tu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1kV171oLzzjtBWqmZ5hGuvddo5zMO5nwY

Selain keindahan view dari atas bukit tu, di kawasan berhampiran ada terdapat Ladang Arnab, Taman Sayuran Organik, dan warung dan gerai yang best-best untuk korang layan breakfast atau lunch setelah turun dari bukit tu.

Tapi kitorang hari tu, hanya layan Air Terjun Tekali je. Rimas dengan peluh dan rasa nak mandi air terjun. Jaraknya lebih kurang 21km dari Broga Hill. 


Easy Morning Hiking
Pendakian ke puncak dengan curam-curam yang mudah dilalui ni hanya mengambil masa selama 20 hingga 45 minit bergantung kepada tahap stamina korang ataupun kekerapan korang berenti mengambil gambar di sepanjang laluan.

Bagi yang kali pertama belajar-belajar minat mendaki tu, amat-amatlah disarankan ke sini dulu macam korang warm up sebelum korang nak mendaki Bukit Tabur atau Cameron Highland.


Korang boleh jugak cuba mendaki pada waktu petang untuk layan sunset. Katanya cantik layan sunset kat atas tu taw. 


Ini dia perkara yang wajib korang amik port sebelum mendaki Bukit Broga

1. Standby Duit RM2
Yang ni korang kena standby duit taw. Kalau tak, tak pasal-pasal korang tak dapat nak naik ke puncak. Actually, setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM2 kerana trek berada di kawasan ladang kelapa sawit persendirian. 

RM1 yang pertama : Korang kena bayar untuk duit parking. Tak kiralah korang tak masuk parking pun, korang tetap kena bayar jugak. Tak kira budak kecik atau warga emas. Flat Rate. RM1. 

RM1 yang kedua : Selepas 5 minit berjalan ke atas, kat situ ada gerai menjual air kelapa (RM5), 100plus (RM3) dan akan ada pakcik cina yang duduk di situ untuk kutip bayaran. 


2. Torchlight atau Headlamp
Kebiasaannya pendakian bermula seawal jam 6 pagi. Jalan ke puncak memang gelap gelita dan berlubang-lubang. Jadi, elok korang bawak lampu suluh atau headlamp. Tapi kitorang hanya guna lampu handphone je pada masa tu.

Kalau guna headlamp atau torchlight, laluan memang terang jelas gitew. Trek memang clear, senang nampak, kalau tak nampak pun, boleh je follow sesiapa yang sememangnya semua nak naik ke puncak. Bagi kitorang yang pertama kali ni, kitorang follow orang depan je. 

Pada peringkat awal tu, trek memang nampak mudah sangat laa. Menaik je. Actually, time mendaki tu, kita memang langsung tak berenti berjalan. Takut pancit.

Di tengah-tengah pendakian, mak aiiii, laluan trek agak curam yang amat dan mencabar. Tapi bagi profesional hikers, sah kacang je laa tu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1wlqAJUVrqGecKw1zQ_liyhaa1JV-tJBx

Pada yang tak biasa tu, boleh tegang urat betis peha bagai tau, sebab korang sememangnya mengerah segala tenaga dan upaya untuk mengangkat badan korang untuk panjat curam-curam tu. Tapi semua itu berbaloi tau, korang boleh bergambar dengan view yang bukan biasher-biasher.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1uwxp9zt3HdlJaVS8NpX2qN1VhR6K821_


3. Kasut, Glove dan Tongkat
Seronok, seronok jugak, korang wajib berhati-hati semasa berada di Broga. Kat sana tebing-tebingnya curam dan tinggi. Kalau hari hujan, pergh! memang licin yang amat. Untuk mudahkan korang mendaki, better bawak tongkat untuk ampu badan korang.  

Selain tu, kita sarankan korang pakailah kasut yang proper. Jangan sesekali pakai selipar jepun atau kasut kerja plak.. hik3. Kalau selipar jepun, gerenti putus la wei.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1TnywHyk91yHh4Ka7RIehIOTkcCt0xjGE

Dan korang patut jugak pakai sarung tangan berkebun tu untuk jaga telapak tangan korang laa masa nak turun atau naik. Semasa mendaki curam-curam yang tinggi tu, diorang ada sediakan tali dan rantai besi untuk berpaut. 

Kalau tangan yang lembut halus licin bagai sutera tu, boleh terluka tau. Time nak turun pulak, ada sesetengah tu memang kerap slide.. kitorang hari tu amik kesempatan main gelongsor-gelongsor gitu.


4. Standby Baju Persalinan atau Kertas Surat Khabar
Ini pesanan tak kiralah, hari hujan atau tak. Sebab memang comot pun. kalau hari hujan, lagilah, sah-sah korang kena standby pakaian baru. Baju dan seluar kena lumpur kot, kompem-kompem kerusi dan lantai kereta korang boleh kotor taw. Actually kat situ pun, ada toilet untuk korang cuci semua lumpur tu .. dan bayarannya RM1 ye. 


5. Bawak Payung
Pada ketinggian 400 meter tu dengan trek yang memang sesuai sangatlah pada kaki hiking dan latihan kecergasan.  Treknya mudah tapi amat merbahaya kalau waktu selepas hujan, sebab licin dengan selut tanah merah.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1SGdiAqLQOYoY-XiI4KylN7b_nGr9y8A6

Ada orang datang awal pagi, dan ada jugak orang datang lewat pagi atau tengahari. Pada yang datang pada matahari dah naik, better korang standby la payung. Melainkan korang memang nak berkulit gelap hangus terbakor, itu no hal lah.. hik. Sebab kawasan Broga ni memang tak banyak dilitupi pepohon pun. Ia terbuka dan terdedah dengan panas mentari. 


6. Crowded Time Weekend dan Public Holiday
Kitorang sampai ke puncak pertama pada ketinggian 268 meter / 880 kaki dari aras laut setelah sejam mendaki. Subhanallah, cantik betul sunrise pagi tu dan view nya really fantastic. Then, kitorang teruskan dengan puncak kedua (350 meter / 1150 kaki dari aras laut) dan ketiga (400 meter / 1312 kaki dari aras laut).

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1L9Cxjw2fRYim6eTi_TISKmWKOa4jmqW0

Pemandangan dari setiap puncak tu, seriously, macam dok kat luar negara gitew! Marbelous. Kitorang memang tak lepaskan peluang bergambar berlatar belakang lalang dan ranting-ranting yang terbakar pada September 219. Ada orang kata, Broga ni ada 18 puncak. Nak khatam kesemua puncak tu mengambil masa lebih kurang 4 jam ye. Uish! Hebat...

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1u41235eoY6H5OXbFVFVtIU-D_VLG23Sh

Kitorang pergi hari tu, pada hari Krismas. Punyalah ramai orang walaupun baru jam 6 pagi. Malah jam 9.30 pagi pun masih ada yang mendaki. Panas da kot time tu pun masih ada yang mendaki.

Itulah...sebab Broga ni memang tempat yang terbaik untuk breakthrough.. dah lah tidak jauh dari bandar dan pekan untuk kita keluarkan peluh, menghirup udara segar dan menikmati keindahan flora dan fauna semulajadi selain mendapatkan kulit gelap hangus terbakor dan merehatkan minda dari kesibukan Putrajaya kan. 


7. Air Kelapa dan Cenderamata
Setelah korang turun tu, korang boleh la beli air kelapa kat gerai tempat pakcik cina tu kutip duit. Hanya RM5 je. Kat gerai tu jugak ada jual roti dan maggi. Kat tempat parking plak, ada gerai jual legging, tracksuit, beg pinggang, bandana dan yang paling best, baju t-shirt Broga. Kitorang beli satu untuk kenang-kenangan. First time jejak kaki kat sini kan... hik3

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1QfRButkPwh0ZS9MKx_Hl1lhii4wTkxf6


Easy Exercise
Pagi tu, kita tengok ramai orang bawak anak-anak kecik mendaki, malah ada yang masih dalam dukungan panjat bukit ni. Anak-anak kecik tu lincah je panjat bukit. Means that, trek mendaki tu takde laa payah sangat.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1SxBpJt6wfc-Z0NPZudgVqDDos_4XDVpO

Malah kita ada nampak ada seorang pemuda tu, siap panjat Bukit Broga berkali-kali, tak sampai sejam turun dan naik. Ada tu, masa naik bersama-sama, kitorang masih mendaki, ehh... dia da turun.. cepatnya! Kita ni mengah, dia nampak rilex je. Iskkkk...

By the way, this is salah satu cara untuk exercise di awal pagi kan. Dan yang paling best dapat bersatu dengan alam semulajadi..Wah, kelass gitu! So, korang ada teringin nak ke sana ke? Sebelum nak pergi.. boleh la amik checklist untuk dijadikan panduan. Enjoy Hiking hokey...

#spreaDLove #brogaHill