28 July, 2022

Hamba - Pelangi Pagi

 



Pagi semalam, ada pelangi yang indah semasa hujan renyai. Cantik sangat. 
Hujan... hamba suka dengan hujan. 

Hujan... itu seperti air mata hamba yang turun. 
Bila hujan, tambah bila mandi hujan, segala perasaan hamba lepas dan terluah. Syukur sangat. 

Tambah plak, bila tengok pelangi. adudududu, seakan-akan Allah sedang memujuk hati hamba. Hamba tidak diabaikan sebagaimana insan-insan yang hamba sayang mengabaikan hamba. 

Ntah bagaimana, malam tadi, hamba akhirnya berbicara hati ke hati dengan anak-anak. Hamba tidak sanggup lagi untuk biarkan anak-anak lupa akan tanggungjawab mereka sebagai anak. 

Hamba sayang anak-anak hamba.
Setiap malam hamba memohon keampunan dan memanjatkan doa kesejahteraan, mudah-mudahan anak-anak menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. Hamba tak nak mereka lalui keperitan dan kepayahan hidup seperti hamba. 

Hamba percaya, anak-anak lebih kental dan kuat jiwanya sebab hamba pun tabah dan tidak putus asa meneruskan kehidupan ni. Hamba semasa kecil hinggalah mempunyai anak tiga setiap hari belajar untuk tidak putus asa. 

Hamba mula membaca buku motivasi pada tahun 1994. Pada waktu ni, hamba sudah terkena guna-guna dari orang sekampung yang berdendam dengan keluarga kami terutama ayahanda. 

Setiap malam hamba tidak dapat tidur lena dan hamba keliru samada hamba masih dalam mimpi atau sudah terjaga. Hamba belajar untuk survival dan akhirnya hamba dinobatkan pelajar cemerlang di sekolah pada waktu itu. 

Hamba rasa itu adalah berkat doa daripada mak ayah. Hamba juga tidak pernah culas tunaikan solat hajat setiap awal pagi, sebab masa tu, hamba hanya tahu solat hajat tu je. hik3. 

Hamba tidak bercampur dengan sapa-sapa. Hamba buat hal sendiri. Namun begitu, hamba tetap dilantik sebagai pengawas sekolah tak pun Penolong Ketua Kelas. Setiap tahun hamba tetap memegang jawatan.  

Kiranya hamba seorang yang berkredibiliti juga lah kan. Walaupun hamba waktu itu tidak punya kawan-kawan rapat, buat hal sendiri tetapi hamba punya tujuan jelas ingin berjaya seperti Syed Mokhtar al-Bukhari. Low Profile. 

Setiap kali waktu rehat atau waktu riadah, tempat hamba adalah di perpustakaan tak pun di ruang bacaan. Hamba  amat suka membaca buku. Hamba suka baca buku tentang kehidupan seperti buku Inang Sari. Nanti hamba ceritakan siapa Inang Sari. Ini buku favorite hamba kerana kisah kehidupannya mirip seperti hamba.

Buku yang hamba paling elakkan adalah buku novel cinta. Hamba cuba baca buku novel Ahadiat Akashah Budak Setan. Hanya sekali itu sahaja, selepas itu hamba terus tak mampu nak baca buku-buku sebegitu. Tidak kena dengan jiwa hamba. 

Hamba suka baca buku sejarah dan penerokaan alam sains serta buku yang berkaitan dengan motivasi hidup. 

Kisah hitam dan suram yang terjadi dalam hidup hamba sehingga sekarang menghantui hamba. Hamba buat macam-macam untuk lupakan kisah hitam yang hamba alami dari umur seawal 6 tahun. 

Selain hamba menukar nama, hamba juga meluahkan perasaan dalam jurnal. Setiap tempat hamba pergi, hamba akan cipta nama panggilan yang baharu. Ikutkan hati hamba, ingin saja hamba tukar nama pada kad pengenalan. Tapi itu agak keterlaluan. Kesian pula kepada ayah dan ibu hamba yang susah payah mencari nama yang sesuai tiba-tiba hamba tukar pula. 

Hamba belajar untuk jadi anak yang baik, ikhlas, taat kepada ibu bapa dan adik beradik. 
Hamba belajar untuk berjaya dalam kehidupan ini walaupun kerap tersungkur dan tersasar
Hamba belajar untuk jadi lebih baik dari hari-hari sebelum ini kerana esok belum tentu ada untuk hamba.
Hamba belajar untuk buat hati lebih bahagia dan tenang supaya hamba dapat membantu insan-insan lain yang senasib dengan hamba. 

Sekurang-kurangnya, jika hamba pergi mengadap illahi, hamba masih dalam kenangan insan-insan yang mengenali hamba. 

Hamba bahagia sekarang...kerana pelangi pagi telah muncul.



 

27 July, 2022

Hamba - Hiba



Teman

Hamba tidak berteman. Kekadang hamba ingin sangat mempunyai teman untuk bergurau senda, cakap merapu, berbahas dan teman yang menasihati apa segala tindak tanduk hamba.

Hamba teringin sangat seperti isteri inginkan anak. 


Belum Bersedia

Hamba akui, Allah tak izin lagi untuk hamba ketemu dengan insan yang benar-benar boleh menjadi teman hamba. Mungkin hamba belum lagi bersedia. Mungkin hamba masih lagi bergelut dalam menyelesaikan segala masalah. Mungkin hamba belum redha dengan takdir. 

Hamba kecewa hari ini. Sudah berkali-kali hamba berpesan pada diri, ikhlas dengan Allah. Buat apa saja biarlah ikhlas. Jika tidak, merana diri. Hamba insan lemah, sering tersasar. 


Pendam

Akhirnya hamba tersungkur, menangis dalam senyum. menahan takungan kolam air mata jangan tumpah. Tidak ingin hamba, anak-anak tau hamba sedang berduka. Duka hamba ini adalah kesilapan hamba sendiri. Hamba mengharapkan insan yang bukan hak untuk memahami hamba, mengharapkan insan yang bukan hak mencintai hamba. Tinggi benar angan-angan hamba. 


Mimpi Ngeri

Hamba sering berdoa, minta-minta Allah dengar permintaan hajat hamba supaya sedar dari mimpi ngeri ini. Mimpi cinta itu tak bermata. Mimpi cinta kepada yang bukan hak. Mimpi sanggup buat apa saja pada yang bukan hak hamba. 

Hamba mengenangkan jasa-jasa yang bukan hak ini menyebabkan hamba mendung dan malap sebegini. Tidak ingin dikatakan kacang lupakan kulit.

Hamba harap sangat Allah tarik semua perasaan cinta kasih sayang ambil berat ambil tahu daripada diri hamba kepada yang bukan hak. Hamba memang terseksa kerana tidak difahami, malah disisihkan kadang rasa dipalau. 


Perkenan

Hamba menangis hampir setiap malam. Hamba sepanjang masa cuba menenangkan diri dengan zikir memohon ampun dari Allah kerana fasiknya hamba ini kepadaNya. 

Sebab itu, hamba berpandangan, selagi hamba sebegini, selagi itu hamba tidak punya teman. 

Selagi hamba tidak belajar untuk berhenti mencintai yang bukan hak, selagi itu hamba akan begini. Allah tidak akan henti-henti membentuk hamba untuk mencintai yang lebih berhak. 

Tolong lah hamba, sampai bila hamba begini...

Hamba sudah penat. 

Hamba ingin berhenti dari perit derita ini.

Hamba ingin pergi jauh dari semua ini.

Hamba ingin mengenal dunia baru yang hamba pasti lupa pada siksa jiwa yang luka parah.


Impian

Hamba ingin sangat tidur dengan lena dan bangkit dengan azam yang membara untuk meneruskan hidup yang lebih indah dan bahagia dengan teman yang amat mencintai lebih dari hamba mencintainya dan memahami hamba. 

Allah...besar sangat kah permintaan hamba ini?


25 July, 2022

Hamba - Luka

 



Hati ini tidak setenang semalam dan kelmarin, dirundung resah dan gelisah. Allah, terasa diri ni seorang fasik yang sedang mengkufuri nikmat yang telah Dikau berikan kepada hamba yang hina lagi fakir ini. 

Salah di mana yang setiap perkara dirasa seakan tak kena dengan caranya. 
Seakan ada yang tercicir.
Seakan Allah tak reda...

Risaunya di dalam hati, jika direnggut nyawa ketika ini, apa bekalan yang dibawa untuk menyara hidup di alam baqa. Takutnya Ya Allah!

Apabila terkenangkan kawan-kawan yang telah pergi, gerun menyelinap di dalam hati. Kawan-kawan yang pergi meninggalkan anak-anak yang soleh dan solehah, sahabat-sahabat yang sering mendoakan kebaikan dan kesejahteraan dan famili yang saling menasihati, tapi diri ini, tiada apa-apa. 


Anak-Anak
Anak-anak belum mengerti pahit derita hidup ini. Anak-anak yang apabila azan berkumandang masih lagi bergelumang dengan gajet dan tidak bersegera untuk menunaikan kewajipan seorang muslim. 

Anak-anak yang solat dhuha, tahajud, hajat apatah lagi rawatib, jarang sekali dikerjakan. Silap hamba yang hina tidak mendidik dengan betul. Maafkan aku Ya Allah. 


Sahabat
Hidup dengan buat hal sendiri dan tidak suka diganggu, sudah pasti tiada orang yang mendekati. Hidup hamba trauma dengan kejadian-kejadian yang lepas-lepas setelah kepercayaan ini diperlekehkan. Keikhlasan hamba dipertikaikan. Hamba takut untuk mempunyai seorang kawan yang rapat apatah lagi sahabat. 


Famili
Keluarga. Entah, kelu lidah untuk bercerita tentang keluarga. Biarlah simpan sendiri. Kalau tidak kerana diorang, tiada hamba di sini. Diorang membesarkan hamba. Diorang lah yang mendidik hamba. Diorang yang membentuk keperibadian hamba. 



Allah... 




20 July, 2022

Hamba - Duka




Redha

Berkecamuk. Berserabut. Banyak yang perlu diselesaikan. Masalah bertimpa-timpa. Lepas satu, satu. Susah benar nak ketemu hari yang menenangkan. 


Resah

Gelisah. Gelisah dengan macam-macam cerita kehidupan. Tentang diri, tentang anak-anak, tentang ayah. Tentang kakak. Tentang adik beradik. Tentang kawan. Tentang kerjaya. Macam-macam. Seriously depression. Kadang rasa putus asa. Kadang rasa hampa. Kadang rasa jangan mengalah. 

Macam-macam cara dah buat untuk selesaikan masalah yang bertimpa-timpa ni. Tapi tetap tak berjaya. Bila diri dah menghampiri putus asa, mental dan fizikal jadi tak seiringan. Apa yang dirancang atas kertas, tak penah direalisasikan. Semakin tambah kecewa. 


Takdir

Tidak perlu hamba nak salahkan takdir. Takdir ini terjadi disebabkan hamba yang silap membuat keputusan. Hamba insaf tetapi pada waktu yang sama hamba seakan tidak berdaya untuk bangkit tebus balik kesilapan yang dilakukan suatu waktu dulu. 


Belajar Melepaskan 

Hamba tau, selagi hamba tidak memaafkan diri sendiri, selagi itu hamba tidak akan berjaya melepaskan segala beban kesilapan diri. Kesilapan hamba tidaklah menjejaskan negara tapi menjejaskan kualiti hidup hamba sendiri. Hamba lebih gemarkan tidur dari mengenangkan benda yang lepas-lepas. Hamba salahkan diri sendiri. Hamba keliru. Jangan terlalu menyalahkan diri. Teruskan berjuang. Setiap kesilapan, adalah salah satu cara untuk capai hidup yang lebih baik. 



09 July, 2022

Selipar Jepun vs Sketchers


Sebelum bertolak ke Arafah, saya guna selipar brand Sketchers yang dah dipakai lebih dari setahun. Tahan lasak dan sangat selesa. Memang rasa berjalan seperti atas tilam Vono tau. Huhu.

Masa jemaah haji bercerita tentang jarak perjalanan jalan kaki yang jauh di Mina, entah macam mana tiba-tiba terdetik dalam hati.

“Oh aku pakai Skechers. Okay kot. Mesti jalan laju.”

Terlupa nak istighfar. Lintasan hati. Allahu! Entah macam mana ditakdirkan malam sebelum bertolak ke Arafah, tali selipar Skechers tetiba putus.

Ah sudah.

Dek kerana masa terlalu singkat, aku berlari dari Hotel Majad al-Bayt pergi beli selipar jenama Crocs warna putih di Abraj, Clock Tower. Harga SR120. Masih lagi beli sebab fikir penting untuk keselesaan.

Mahal = selesa. Kononnya.

Sampai je hotel, petugas Tabung Haji tegur selipar tu tak ‘comply’ sebab jari kaki yang kecik sekali tersorok. Mesti jelas kelihatan semua jari kaki. Pantang larang dalam berihram.

Kalau tak, kena dam. Huhu.

Akhirnya tiada pilihan lain, saya pakai selipar jamban warna hijau yang di bekal. Harga RM2.50. Bila fikir balik malam tu, seolah Allah nak tegur. Sebenarnya, yang bagi keselesaan, kebahagiaan semuanya dari Allah bukan seperti aku fikirkan.

Ajaibnya, selipar hijau murah ni tahan berjalan malah sangat selesa sejak dari Arafah, Mudzalifah, melontar di Jamratul hingga habis sai’e haji. Jumlah jarak berjalan di Mina lebih kurang 27 kilometer! Huhu!

Pagi semalam saya dan isteri minum di D’saji Restaurant, As Safwah Tower. Berkongsi meja dengan pasangan suami isteri dari Kajang, Selangor. Rupanya kami ada kisah sama, guna selipar Skechers dan ‘end up’ guna selipar jamban jugak. Bezanya, seliparnya hilang.


Kawan-kawan,

Yang memberi mudarat, ketenangan, kepuasan, nikmat, yang menghidupkan, mematikan, memuliakan, memberi kehinaan, kesenangan semuanya adalah dari Allah.

Kita ini makhluk ciptaan, tak mampu buat apa-apa tanpa izin dari Allah. Begitulah! Jaga niat sebelum, semasa dan selepas melakukan suatu ibadah.


Kredit : Hafizul Hakim




07 July, 2022

8 Tip Mengatasi BurnOut

 

burnout

🔥Burnout adalah sindrom yang disebabkan oleh stres di tempat kerja yang kronik dan tidak ditangani dengan baik. Terdapat tiga gejala burnout iaitu:

  1. Perasaan keletihan yang melampau dan tidak berupaya
  2. Perasaan negatif terhadap kerja yang dilakukan
  3. Penurunan tahap kualiti kerja
 
Dikongsikan 8 tip yang boleh diamalkan untuk mengatasi burnout (mudah marah). Lakukan yang terbaik, hargai diri!

take a break
1. Ambil masa untuk rehat seketika.

talk
2. Bercakap dengan seseorang yang dipercayai. 

emosi
3. Uruskan emosi dengan positif. 

positif
4. Berikan kata-kata positif kepada diri sendiri. 


5. Makan makanan berkhasiat. 

pernafasan
6. Lakukan teknik relaksasi seperti pernafasan secara teratur. 


terapi
7. Minta bantuan profesional seperti kaunselor. 

self esteem
8. Berpuas hati dengan apa yang telah dicapai dalam tugasan.




Credit to Telegram Petua dan Kesihatan
#spreadlove Putrajaya

7 Perkara Hari Wukuf - Day of Arafat


Al Habib Umar Hafizahullah mewasiatkan untuk hari Arafah:


  1. Menghidupkan Malam Arafah dan beristighfar di waktu Sahur.
  2. Menunaikan Solat Fajar di Hari Arafah dengan berjemaah.
  3. Membaca "Lailaha illa llah wahdahu la syarikalah lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa ala kulli syai in qodir" (100x) atau (1000x)
  4. Barangsiapa yang membaca  surah al-Ikhlas (1000x) maka Allah akan memandangnya pada Hari Arafah.
  5. Membaca surah al-Fatihah (100x)
  6. Membaca al-Muawwazatain {Surah al-Falaq dan an-Nas} (100x)
  7. Membaca “Allahumma solli wasallim ala sayyidina muhammadin abdika warasulikan nabiyyil ummiyyi wa ala ali sayyidina muhammad, waazwajihi wazurriyyatihi kama sollaita ala ibrahima waala ali ibrahim, wabarik ala sayyidina muhammadin abdika warasulikan nabiyyil ummiyyi kama barokta ala ibrahima waala ali ibrahim, fil alamin innaka hamidum majid waalaina maahum (100x)



Terjemah Oleh : Pelajar Madrasah Anwar Al Batul