17 June, 2022

3 Tips Penting Membeli Madu

Amalkan 3 tips berharga ini. Insha'Allah korang tidak akan tertipu lagi. Percayalah!

1. Dapatkan dari team pemburu madu lebah . Lengkap dokumentasi tuai nya. 
  
2. Ada tempat penapisan sarang Tualang yang boleh dikunjungi. Sebaiknya yang mempunyai kelulusan MESTI KKM bagi menjamin kebersihan dan keselamatan makanan. 

3. Ada pelbagai ujian makmal. Tak perlu yang terbaru kerana madu campuran pun boleh pamir sijil analisa makmal ini. Tanpa dua syarat diatas, ujian makmal tidak berguna sama sekali.


Ujian tradisional seperti semut tak hurung, kekentalan, bentuk sarang lebah bila madu digoyang atas piring, masuk peti ais tak beku, dan lain-lain itu semua adalah mitos belaka . 😊



14 June, 2022

Kemuliaan Seorang Wanita - Syeikh Muhd Zainul Asri


Anak, Isteri, Ibu dan Menantu, inilah kemuliaan Seorang Wanita yang mengejar keredhaan Allah Subhanahuwataala. 

Wanita Seorang Anak
Seorang anak yang solehah adalah anak yang tidak membantah percakapan ibu dan ayahnya. Keredhaan Allah Taala terletak pada sejauh mana keredhaan ibu dan ayahnya. 

Amanah ibu bapa kepada anak adalah Mengejar Ilmu. Semasa belajar, si anak ini mengkhianati amanah ibu ayahnya. Maka si anak itu telah tergelincir dari keredhaan Allah Taala. Si anak perlu meminta kebenaran ibu ayah dalam melakukan apa sahaja. 

Dan sekiranya telah berkahwin, tetap perlu mendapatkan restu ibu ayah untuk mendapatkan berkat. Berkat kerana ibu ayah rasa diutamakan dan kita dikatakan anak yang baik, maka kita akan dapat kehidupan yang baik dalam hidup kita. 

"Letak ibu ayah kita lebih dari segala-galanya."

Untuk mendapatkan berkat dan rahmat. Ibu ayah adalah kemuliaan hidup kita. 

Wanita Seorang Ibu
Punya lidah yang berbisa. Nak anak jadi apa, hanya perlu berdoa. Tidak perlu susah hati, lambat laun doanya akan makbul dengan syarat pakaian dan makan minum adalah halal. 

Jadi sentiasalah minta ibu ayah sentiasa mendoakan kita. Jangan sia-siakan nikmat yang Allah Taala sediakan, mustajabnya doa kita. Doakanlah untuk anak-anak. Mintalah dengan banyak-banyak. 

Doa yang mustajab adalah berdoa dengan hati yang luluh.

Wanita Seorang Isteri
Syurga dan neraka adalah di tangan suaminya. Perjuangannya adalah memartabatkan suaminya. Seorang isteri solehah setelah suaminya mengatakan si isterinya seorang yang baik. Maka, itulah komperm syurga untuk isterinya. 

Taat pada Allah, Rasul dan Suami maka syurga untuk si isteri itu. 

"Isteri hendaklah meletakkan suami dalam segala-galanya"

Suami yang mencipta derhaka kepada ibu ayah isteri, jadi si suami itu telah berdosa. Contoh si suami salah guna kuasa. 

Wanita Seorang Menantu
Mertua adalah sama taraf dengan ibu ayah sendiri. Bagi orang yang berilmu, dia akan mengasihi, menjaga, menghargai dan menghormati mertuanya. 

Rebutlah kemuliaan status yang kita ada. 





11 June, 2022

Rugi Tak Amalkan Zikir Ini - Ustazah Asma Harun


Amalan zikir dengan istiqomah, Allah Subhanallahuwataala pasti akan tunjukkan. Nak dapatkan anak yang merasa cukup dengan kita, adalah ujian kepada ibu-bapa. 

Nabi Sallahualaihiwasalam bersabda; 
"Barangsiapa membaca zikir ini setiap hari 100x,  tidak ada amalan yang lebih baik dengan membaca zikir ini" - 100x selepas subuh jauh lebih baik atau banyaknya sepanjang satu hari. 

Hikmahnya; 
1. umpama membebaskan 10 orang hamba. menjarakkan kita dengan neraka umpama hujung bumi dengan bumi. Itu hanya seorang hamba. kalau 10 orang hamba bayangkan. Bahang api neraka umpama 500 tahun perjalanan. Betapa panasnya. 

2. dilindungi 100 jenis keburukan

3. diberikan 100 jenis kebaikan

4. dilindungi hasutan jin dan syaitan

Afdal zikir ini bersambung dengan la ila haillah.. barang siapa yang mengucapkan zikir ini pasti akan masuk syurga. Mengamalkannya pagi dan petang, sihat dan sakit, pasti akan masuk syurga. 

Kita menyerahkan semuanya kepada Allah, termasuklah anak-anak, suami dan semuanya. Ayat terakhir fokus padanya, pasti allah akan kabulkan permohonan kita. 



10 June, 2022

Nasihat Ulama : 4 Amalan Menghadapi Tekanan Hidup - Ustaz Elyas Ismail

 


Pada akhir zaman, ramai yang membunuh diri kerana gangguan mental disebabkan hatinya yang tidak tenang. 

Hadis Nabi Sallahualaihiwasalam bersabda;
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan ada seseorang melewati kawasan kubur, orang tersebut bermonolog dengan ayat, "Untung kalau aku di tempat kalian" - bercita-cita untuk mati berbanding meneruskan hidup"

Jika sakit yang tiada harapan lagi dan hidup menyusahkan keadaan orang sekeliling, boleh minta mati dengan Allah Subhanallahuwataala tapi dengan syarat berdoa sebegini :

"Ya Allah, teruskan hidupku sekiranya hidupku baik untukku dan Ya Allah, matikanlah aku jika mati itu baik untukku" - HR Imam Muslim

Kematian karoshi - mati kerana terlalu kuat bekerja yang banyak berlaku di Jepun kerana workaholic. Dalam hidup ni, jangan terlalu over bekerja. Kena ada rehat sekejap contohnya tidur seketika dalam tengahari dalam 5 hingga 15 minit.

Jangan tiru perangai syaitan  yang tak pernah berehat. Jangan melampau sangat, nanti kita jadi tension dan tak tentu arah. Allah Subhanallahuwataala murka orang mendahalui takdir. Nanti  diazab dengan alat/cara yang digunakan untuk membunuh diri.

3 Amalan Menghadapi Tekanan Hidup

1. Hayati sirah perjuangan hidup Nabi Sallahualaihiwassalam. 

Sebab perjalanan Baginda Sallahualaihiwassalam lagi teruk diuji. Nabi Sallahualaihiwassalam kehilangan ramai orang tersayang antaranya bapa, ibu, datuk, pak saudara, isteri dan anak wafat semasa usia kecil dan muda.  

Nabi Sallahualaihiwassalam pernah gering, Nabi Sallahualaihiwassalam bersabda "Ya, aku sakit dan demam panas bersamaan dengan dua orang yang demam di kalangan kamu." Nabi Sallahualaihiwassalam lagi teruk demamnya tapi tetap melaksanakan qiamullail (solat malam).

2. Jangan lupa banyakkan berdoa untuk elak stress yang merangkumi 8 perkara termasuklah masalah jiwa.


  • Hammim - risau/bimbang perkara yang belum terjadi lagi. Jangan dibimbangkan, nanti akan betul-betul terjadi.
  • Hazzan - menyesal dengan perkara yang sudah terjadi. Syaitan berkeupayaan menghasut dengan perkara yang sudah terjadi. Syaitan tabrer - mencari orang yang bermasalah untuk menghasut. Jangan lupa, syaitan adalah dari kalangan jin dan manusia. Orang yang ditimpa musibah akan berkata-kata, "kenapa, kalau, sepatutnya...". Akidah boleh tergugat kerana musibah.
  • Sabda Nabi Sallahualaihiwassalam, setiapkali kamu kena musibah jangan sebut "kalau" tapi sebutlah "Ini semua ketentuan Allah". Siapa yang berkata-kata "kalau", dia telah membuka pintu syaitan untuk menghasutnya. 

3. Jangan terlalu ambil hati sangat dengan kata-kata orang. Hidup buat yang terbaik sahaja. Mulut orang jangan diambil hati sangat. Hidup nak ikut cakap orang, semua benda takkan menjadi. 

4. Jaga hubungan kita sesama manusia. Hidup akan lebih ceria. Sabda Nabi,
"Mukmin yang bagus iaitu mukmin yang bercampur gaul dengan masyarakat dan boleh bersabar macam-macam kerenah dan keletah berbanding mukmin yang tidak bersabar dengan kerenah orang ramai"

Ibu tunggal perlu bergaul dengan orang ramai contoh masuk group berzanji, yassin atau sebagainya. Dengan bertukar-tukar cerita, hati kita kembali tenang. Yakinlah, Allah Subhanahuwataala ada bersama-sama dengan orang yang bersabar.