30 October, 2008

10 Khasiat Buah Aprikot


1. Melegakan Sembelit
Penyelidikan yang terdapat dalam World Journal of Gastroenterology menunjukkan aprikot kaya dengan serat dan dikatakan amat baik untuk membantu melancarkan pergerakan usus. Disebabkan itu jugalah buah aprikot amat disyorkan buat mereka yang mengalami masalah sembelit dengan kerap.

2. Menguatkan Tulang
Buah aprikot dikatakan mengandungi hampir kesemua mineral yang diperlukan untuk pembentukan tulang seperti kalsium, fosforus, mangan, besi dan tembaga. Sebab itu jugalah dengan memakan aprikot dikatakan mampu memastikan pertumbuhan dan pembentukan tulang dengan sihat. Ia juga dikatakan mampu mencegah masalah tulang berkaitan usia seperti osteoporosis.

3. Memperbaiki Kesihatan Jantung
Memakan buah aprikot dikatakan cara terbaik untuk melindungi jantung daripada pelbagai penyakit termasuklah atherosclerosis, serangan jantung dan stroke.  Semua ini berikutan dengan kandungan vitamin C, potassium dan serat pemakanan yang ada dalam buah aprikot menyumbang kepada kesihatan kardiovaskular.

4. Memperbaiki Metabolisme
Tahap cecair di seluruh tubuh bergantung sepenuhnya pada dua mineral iaitu potassium dan sodium. Kandungan tinggi potassium dalam aprikot telah dikaitkan dengan kemampuan mengekalkan keseimbangan cecair dalam tubuh, sekaligus memastikan tenaga dibahagi-bahagikan dengan sempurna pada organ-organ dan otot-otot.

5. Melegakan Sakit Telinga
Minyak aprikot dikatakan baik untuk sakit telinga. Dengan menitikkan beberapa titisan minyak pada lubang telinga yang bermasalah dikatakan mampu melegakan masalah tersebut. Menurut saintis, kehadiran antioksidan dalam minyak pati aprikot dikatakan bertangungjawab dalam melegakan sakit telinga.

6. Melegakan Demam
Jus aprikot dikatakan boleh diberikan kepada mereka yang mengalami demam kerana ia menyediakan vitamin, mineral, kalori dan air yang diperlukan tubuh. Pada masa yang sama ia mampu menyahtoksik pelbagai organ tubuh.

7. Mengurangkan Keradangan
Sifat antikeradangan yang terdapat dalam buah aprikot dikatakan mampu memberi kesan pada suhu keseluruhan tubuh ketika dalam keadaan sakit. Pesakit arthritis dan gout dikatakan boleh memakan buah aprikot jika mereka mahu mengurangkan keradangan pada bahagian tubuh mereka.

8. Membantu Merawat Anemia
Aprikot mengandungi besi dan tembaga yang dikatakan mampu membantu dalam pembentukan haemoglobin. Ini menyebabkan buah aprikot baik dimakan untuk membantu dalam merawat anemia.

9. Merawat Masalah Kulit
Minyak aprikot dikatakan baik untuk penjagaan kulit kerana ia mengandungi vitamin A. Ia mudah meresap pada kulit dan memastikan kulit tidak rasa berminyak sebaik disapu. Selain mampu digunakan untuk mengekalkan kulit halus dan bersinar, ia dikatakan juga mampu memperbaiki sejumlah penyakit kulit termasuklah ekzema, kegatalan, kudis buta dan masalah kerengsaan.

10. Melegakan Simptom-Simptom Asma
Minyak aprikot dikatakan mengandungi sifat-sifat antiasma secara semulajadi dan dikatakan mampu membantu memberi kelegaan terhadap penyakit dan simptom-simptom asma. Minyak patinya dikatakan mengandungi perangsang dan agen meningkatkan perembesan bronkial.

 


Banyak khasiat buah aprikot ni, rasanya pun sedap sangat😋 samada kering ataupun fresh.