29 May, 2022

Pesanan Seorang Muslim

Hari ini adalah hari terakhir tahun 1443H. Selepas maghrib nanti, bermulalah tahun baru islam 1444H. Moh kita perbaharui azam kita dan berusaha jadi lebih baik dari hari semalam dan mencapai keredhaanNya. 

Sama-samalah kita masuk syurga Allah...

UAI - Ustaz Azhar Idrus

Orang yang tidak melaksanakan solat akan mempunyai banyak masalah, hati yang tidak tenang, cepat marah dan melenting, susah untuk menerima kenyataan dan selalu saja nampak kesalahan orang lain.
    
Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias

Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, apabila disuruh solat, kita sebagai anak WAJIB menunaikannya.

 

Ustaz Don Daniyal

Tidak solat adalah punca utama penceraian dalam rumahtangga?
"Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      
Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus

Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     
Ustaz Haslin Baharin

Kalau kita sakit jangan takut untuk solat, sekurang-kurangnya kalau mati pun, mati dalam solat.
    
Habib Ali Zaenal Abidin Al Kaff

Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun.
     
Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     
Sheikh Abdullah Jahaf

Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya.
    
Ustaz Dasuki Rani

Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     
Dato' Harun Din

Jangan cakap, "Pergi solat. Kalau tidak, masuk api neraka!"
Tapi cakap, "Jom solat, Nanti kita masuk syurga Allah sama-sama ya. InsyaAllah!"
        
Ustaz Phahrol Mohd Juoi

Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.

Rasulullah bersabda;

"Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala."