31 December, 2012

Poster : Zikrullah

 

poster zikrullah

Ada seseorang yang membaca "Allahu Akbar"

Kemudian membaca "Laa ilaaha illallah"

Setelah itu membaca pula "La ilaa hailla anta, subhanaka inni kuntu minazzholimi"

Kemudian membaca lagi, "Subhanallah"

Maka ia telah mendapatkan 70,000 kebaikan dan orang itu adalah kamu




03 December, 2012

Mutiara Pagi : Doa (Diam Itu Lebih Baik)

 Assalamualaikum wbt

Memilih diam itu lebih baik daripada kita harus berperang dengan ego dan emosi orang lain. 

Ikhlaskan saja orang lain memandang kita baik atau buruk, kerana seseorang yang sudah berfikir negatif tentang kita, tidak akan pernah melihat sisi baik dari apapun yang kita lakukan.

”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, 

kedua ibubapa kami, 

ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, 

berilah kesihatan yang baik kepada kami, 

lanjutkan usia kami, 

kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.




02 December, 2012

3 Perkara Paling Penting Untuk Mereka yang Malas Menjaga Kecantikan Kulit Wajah

Mencuci muka

Pencuci muka bukanlah sesuatu yang sukar untuk dicari. Beratus-ratus jenama pencuci muka terdapat di pasaran untuk anda pilih. Tidak semestinya perlu yang mahal untuk mendapatkan hasil kulit yang terbaik.


Anda hanya perlu mencari pencuci yang sesuai dengan kulit anda dan teruskan menggunanya. Elak daripada mencampur-campurkan jenama produk berlainan. Pencuci yang mengandungi banyak buih mampu membuat kulit anda kering. 


Mungkin anda juga boleh mencuba  mencuci muka menggunakan bahan-bahan berasaskan organik seperti susu,  yogurt ataupun oat. Siapa tahu jika ia berkesan pada kulit anda.


Pelembab

Untuk mendapatkan kulit wajah idaman, setelah membersih dan menyegar, pastikan anda tidak mengabaikan langkah seterusnya iaitu melembabkan kulit wajah. Bagi kulit normal, kandungan minyak semula jadi sudah dimiliki. Namun adakalanya ia akan menjadi kering disebabkan pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Pilih pelembab yang ringan dalam bentuk losyen.


Bagi anda yang memiliki kulit kering pula, pelembab adalah penting untuk menjaga keanjalan kulit wajah anda. Gunakan pelembab yang bertekstur keras seperti krim. 


Sebaliknya jika anda mempunyai kulit berminyak, elakkan daripada menggunakan pelembab. Ini kerana kejenjar sebum anda sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak yang berasaskan air.


Pelindung UV

Pendedahan terhadap cahaya matahari kadang-kala tidak dapat dielakkan. Maklumlah, kita tinggal di negara beriklim panas  di Malaysia. 


Tahukah anda, kulit yang kering akibat terdedah kepada cahaya matahari mampu membuatkan kulit anda berkedut dengan kadar yang cepat. Disebabkan itu, tiada sebab untuk anda tidak menggunakan pelindung UV matahari dengan kandungan SPF paling kurang, 30.  


Bagi kulit yang berminyak, gunakan pelindung yang mengandungi  bahan mineral dan organik.


Yang sebenarnya tidak sukar menjaga kulit wajah. Bagi yang benar-benar tidak berkesempatan, cukuplah lakukan tiga langkah mudah ini. 


Apa yang penting adalah membersih dan melindunginya daripada kotoran luar. Kulit wajah merupakan aset paling penting harus dijaga oleh wanita. Jangan nanti bila kulit sudah bermasalah baru ingin bertindak. -RAPI




01 December, 2012

Mengatasi Senggugut

Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita. Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut.


Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam.

Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. 

Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid.

          Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. 

Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan.

Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . 


Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut, tapi saya amalkan minum air suam. 


Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut. Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula-hoop sebanyak mana yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.