23 July, 2021

Kita Sama

Di dalam itu adanya Ceo, Jutawan, Doktor, Jurutera, Ulama, Super rich dan Super poor, Menteri, Orang muda dan kuat, Orang tua dan lemah tubuh, Arabs, Asian, Eropah, African, bergelar dan tidak bergelar. Namun semuanya tidak lagi terlihat bezanya dengan semua berihram menunaikan haji.


Inilah salah satu peringatan haji, kita dilahirkan sama sebagai manusia dan semua punyai peluang rahmat Allah mengikut usaha dan keikhlasan masing-masing. Apa yang dimiliki sementara sahaja dan tanpa diguna dengan betul, ia tiada faedah malah membawa beban di akhirat.


Kredit: Dr. Zaharuddin Abd Rahman