31 December, 2020

5 Fakta Penting Bijirin

fakta penting bijirin
Fakta penting bijirin

Bijirin penuh adalah lebih baik berbanding bijirin putih kerana ia membantu kita berasa lebih kenyang dalam jangka masa yang lebih lama serta mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah.

fakta penting bijirin
Sumber bijirin penuh

Bijirin penuh adalah sumber makanan yang kaya dengan:

⭐️ Vitamin B iaitu B1, B2 dan B3

⭐️ Vitamin E

⭐️ Zat galian seperti magnesium, zink dan selenium

⭐️ Serat (Fiber)

fakta penting bijirin

Ini adalah kebaikan bijirin penuh dan contoh bijirin penuh yang boleh ditambahkan ke dalam pengambilan makanan harian. 

fakta penting bijirin
Kebaikan dan saranan pengambilan

fakta penting bijirin
Perbezaan bijirin penuh dan bijirin diperhalusi

03 December, 2020

Inilah Hidup

Tak semua alur sesuai cerita kita

Takdir memiliki jalannya sendiri

Hingga pada akhirnya ikhlaslah

Yang menjadi pilihan terbaik

Meski terkadang penuh dengan air mata 


Karena, 

Tak ada HIDUP tanpa MASALAH 

Dan tak ada PERJUANGAN tanpa rasa LELAH

Tetap semangat sampai akhirnya


BISMILLAH menjadi ALHAMDULILLAH




02 December, 2020

Manfaat Uncang Teh Hijau yang Telah Digunakan

 Teh Hijau ☘️☘️


Anda suka minum teh? Pernah cuba teh hijau? Selepas anda menikmati keenakan teh hijau, jangan buang lak uncang teh tu. Ada gunanya tau untuk anda.


Cara guna: 

Hanya letakkan uncang teh hijau di mata dan biarkan selama 15-20 minit (jangan lah letak uncang teh panas-panas tu di mata pulak. Tak pasal-pasal lak terbakor mata tu hehehe). 

Teh hijau dapat melembabkan kulit yang kering dan menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.




01 December, 2020

Cara Wangikan Alamari Pakaian

Daun pandan bukan saja menambah aroma dan keenakan nasi lemak dan juadah kuih-muih tradisional Melayu, tetapi ia juga boleh dijadikan bunga rampai dalam majlis pertunangan dan perkahwinan Melayu. 


Khusus bagi mereka yang inginkan almari pakaian sentiasa berbau harum menggunakan bahan yang murah dan bersih. Daun pandanlah jawapan terbaik.


Caranya, ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua, kerat-keratkan kepada lebih kurang tiga sentimeter panjang dan letakkannya di dalam almari pakaian anda. 


Tukar kepada daun pandan yang baru selepas tiga hari.