31 October, 2023

Biasakan LIDAH dengan...KURANG MANIS

Biasakan LIDAH dengan...KURANG MANIS
Kek, Donat, Air Berkarbonat, Coklat, Kuih Muih dan Teh Tarik

Lidah akan menjadi lebih SENSITIF kepada rasa manis sekiranya kita mengamalkan makanan rendah gula.


Apakah tahap "MANIS" lidah anda?


Selalu makan makanan yang tinggi gula akan menyebabkan lidah kita KURANG sensitif kepada rasa MANIS.


Sekiranya anda selalu mengambil makanan yang rendah gula, lidah anda akan mula TERBIASA dengan hal tersebut. Oleh itu, hanya tambahkan sedikit gula sudah MEMADAI untuk mendapatkan 'rasa manis' daripada makanan tersebut. 


Apabila anda selalu mengambil makanan manis, ianya akan menjadi masalah kepada lidah anda kerana deria rasa semakin tidak sensitif dan memerlukan banyak gula untuk memberi RASA pada makanan tersebut.


Jadi, tidak hairanlah 'level' rasa manis setiap orang itu berbeza walaupun pada air sirap atau kuih yang SAMA. Jom, mulai hari ini latih lidah kita untuk "kurang MANIS".




30 October, 2023

Elakkan Penambahan Perasa Tiruan Dalam Makanan Bayi

Elakkan Penambahan Perasa Tiruan Dalam Makanan Bayi

Bahasa perasa seperti kiub pati ayam mengandungi bahan pengawet dan monosodium glutamate (MSG). Kiub ini tidak sesuai diberikan kepada bayi berumur 1 tahun dan ke bawah kerana buah pinggang bayi tidak matang sepenuhnya, kerana kiub ini tinggi garam, mengandungi Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet.

Sesetengah ibu beranggapan bahawa pemberian bahan perasa seperti kiub pati ayam adalah dibolehkan bagi bayi berumur 1 tahun ke bawah kerana boleh meningkatkan pengambilan protein.


Jangan tertipu dengan nama “kiub ayam”tersebut kerana kiub ini sebenarnya bukanlah bersumberkan ayam semulajadi. 


Selain itu, bayi yang diberi bahan perasa terlalu awal lebih cenderung untuk memilih makanan kerana sudah terbiasa dengan rasa ‘sedap’. Mereka akan menolak makanan yang berasa tawar. Bukan itu sahaja, deria rasa bayi juga sebenarnya 100 kali ganda lebih sensitif daripada dewasa. Walaupun kita tidak meletakkan perasa, bayi sudah dapat merasa perisa semulajadi daripada makanan yang para ibu sediakan.


Sebaiknya ibu membuat sendiri kiub pati ayam di rumah. Lebih sihat kerana kita menggunakan ayam segar, tiada garam dan boleh ditambah sayur-sayuran.




29 October, 2023

3 Cara Gantikan Pencuci Mulut yang Manis dengan Buah-buahan Segar

 

3 Cara Gantikan Pencuci Mulut yang Manis dengan Buah-buahan Segar
Kebab Buah-buahan, Salad buah dan Jus buah

Pencuci mulut ialah sajian manisan yang biasanya diambil selepas hidangan utama. Kebiasaannya, sajian ini terdiri daripada makanan dan minuman manis seperti kek, kuih, biskut, pastri, ais krim dan puding.


Pencuci mulut yang manis ini mengandungi gula tersembunyi yang tinggi. Gula mempunyai nilai nutrien yang sedikit dan hanya menyumbang kalori yang akan menambah berat badan serta meningkatkan risiko diabetes jika diambil secara tidak terkawal.


Apa kata, cuba gantikan pencuci mulut manis anda dengan tip kami. Ingat, kurangkan manis dalam makanan dan minuman, banyakkan manis dalam senyuman.




28 October, 2023

Pemakanan Sihat Warga Emas : Sihat dari Hujung Rambut ke Hujung Kaki

Pemakanan Sihat Warga Emas  Sihat dari Hujung Rambut ke Hujung Kaki

1. Menyihatkan rambut - zink dan protein


2. Meningkatkan daya ingatan - protein dan Omega 3


3. Menjadikan penglihatan jelas dan terang - Vitamin A


4. Mengekalkan kesihatan jantung - serat dan Omega 3


5. Menguatkan tulang dan sendi - Kalsium, Magnesium dan Vitamin D


6. Fungsi Otot - Air, Kalsium, Magnesium, Protein dan Kalium


7. Melancarkan sistem penghadaman - Serat dan Probiotik


8. Menguatkan gigi - kalsium, vitamin D, Magnesium dan Zink


Pemakanan yang sihat dan seimbang memainkan peranan yang penting kepada kita. Tidak terkecuali juga golongan warga emas. 


Pengambilan makanan daripada pelbagai sumber dapat membekalkan keperluan nutrisi yang cukup bagi mengekalkan kesihatan warga emas. Pilih makanan dengan tekstur yang bersesuaian bagi memastikan golongan ini mendapat khasiat yang diperlukan secara optimum dari hujung rambut ke hujung kaki.


Jom sihat sehingga usia emas!




27 October, 2023

Ketahui 5 Tip Penjagaan Kesihatan Jantung

Ketahui 5 Tip Penjagaan Kesihatan Jantung

1. Senaman

Sekurang-kurangnya 5 kali seminggu, 30 minit setiap sesi membantu mencegah penyakit kardiovaskular dengan melambatkan proses aterosklerosis dan menstabilkan tekanan darah


2. Kekalkan berat badan ideal

"Body Mass Index" yang ideal di dalam julat 18.5 - 24.9kg/m2. Dapat mengurangkan risiko penyakit metabolik.


3. Kurangkan stress

Bagi mengimbangi tekanan darah dan risiko strok dan kardiovaskular menerusi penjagaan stress yang baik.


4. Diet Sihat

Amalkan diet seimbang untuk mengurangkan kadar kolesterol dan gula dalam darah


5. Berhenti merokok

Mengurangkan kepekatan darah dan penghasilan radikal bebas di dalam darah.


Jantung merupakan organ penting  yang berfungsi mengepam darah  ke seluruh tubuh.

🥑🥦🍉Pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, obesiti serta hipertensi merupakan faktor  risiko yang menyumbang kepada penyakit jantung. 


Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi membolehkan jantung berfungsi dengan efisien agar kekal sihat sehingga ke akhir hayat.




26 October, 2023

Kurangkan Pengambilan Kuah Tinggi Garam

Kurangkan Pengambilan Kuah Tinggi Garam

Tahukah anda, dengan mengawal pengambilan makanan berkuah, anda boleh mengurangkan pengambilan garam seharian dan seterusnya mengelakkan penyakit tidak berjangkit seperti tekanan darah tinggi?




25 October, 2023

Manfaat Kacang Kuda Untuk Anemia

Manfaat Kacang Kuda Untuk Anemia

Tanpa zat besi yang cukup ketika hamil, maka anemia akan mudah terjadi. Zat besi merupakan salah satu nutrien yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah. Bagi mengatasi anemia ketika hamil, maka anda perlu mengambil zat besi dengan cukup dan kacang kuda adalah satu sumber zat besi yang jarang orang tahu.


Jom jadikan kacang kuda sebagai salah satu snek anda terutamanya ibu hamil.




24 October, 2023

Poster : Kekal Bersama

 

Poster  Kekal Bersama

Walau kita kenal lama atau sekejap sekalipun dengan seseorang itu, 

sifat manusia itu boleh berubah hati dengan sekelip mata. 

Tidak semua orang akan kekal dan tidak semua orang yang kita percayai akan setia. 

Tetapi ingatlah, yang terbaik akan kekal bersama kita. 




23 October, 2023

Poster : Bersyukur

Poster  Bersyukur

 Percayalah bahawa hadiah terbaik adalah apa yang sedang kamu miliki pada saat ini. 

Dan takdir terbaik adalah apa yang sedang kamu jalani pada saat ini...




22 October, 2023

Poster : Doa dan Takdir

 

Poster  Doa dan Takdir

Antara Takdir dan Doa mana yang lebih kuat?

sama-sama kuat.

Takdir adalah kehendak Allah, sedangkan Doa adalah kehendak kita

Kadangkala Allah mengubah kehendakNya hanya untuk mengabulkan kehendak kita. 

Jadi jangan bosan untuk berdoa. 




15 October, 2023

We Are Free

 "Jangan pernah letakkan diri di bawah kawalan seseorang"

Jika kita tersilap langkah membiarkan diri kita dikawal oleh seseorang yang bukan hak, korang masih boleh lagi berpatah balik. Jangan libatkan diri dengan toxic environment. Sesalnya amat berpanjangan kerana kesilapan kita membuka pintu hati kepada orang yang tak sepatutnya. 

Kawan yang baik, sahabat yang baik, teman yang baik, suami yang baik, ayah yang baik .. adalah seseorang yang sentiasa menawarkan nasihat tanpa ada agenda disebaliknya. Tiada iri, tiada rasa cemburu melainkan inginkan kita gembira dan berjaya dalam apa yang kita lalui dan usahakan. 


Namun, jika stuck dalam situasi ni, amiklah langkah nekad, kalau boleh, senaraikan semua apa yang kita rasa, apa yang kita akan jadi pada masa akan datang, baik buruk yang akan jadi jika kita jauhkan diri dari mereka. Dan perincikan semula dan jangan lupa review. Bila dah puas hati, execute it. 


Yakinlah, diorang tak endah pun apa yang kita rasa. Mereka hanya pentingkan diri sendiri sahaja. Adanya kita atau tiadanya kita di sisi mereka tiada meninggalkan jejak sikit pun di hati. 


Tak payah nak endah sangat apa yang diorang rasa. Yang penting, tiada lagi orang yang sentiasa buat perasaan kita terluka, "terduduk", menangis sesorang, makan hati, terhina, dipulaukan, diperbudak-budakkan malah diperbodohkan, tidak dihargai dan yang paling teruk dikhianati. 


Pernah Rasa Sebegini?

Kita yang sentiasa mengalah, memujuk hati sendiri dan mohon diri bersabar... penah rasa tak macam ni? Jika penah rasa macam ni, cuba lah bawak berbincang dengan mereka, 


Tapi, jika perbincangan kita tu kita dipersalahkan atau kita yang perlu meminta maaf bagi meredakan keadaan. Dan keadaan tu berulang kembali. Percayalah, korang da berada dalam keadaan yang amat toksik. 


Jika masih lagi bertahan, boleh jadi tua sebelum usia dan boleh terkena sakit kronik tau. :) So better cari jalan penyelesaian cepat-cepat untuk blah dari persekitaran tu.

we are free

Actually, kita perlu bertegas dengan emosi yang sentiasa rasa kesian pada diorang. Hakikatnya, orang yang perlu dibantu dan rasa kesian adalah diri kita sendiri. Orang yang perlu dibantu adalah orang yang benar-benar perlukan bantuan dari kita. Yang perlu bantuan dari kita tu, komperm kita boleh rasa. Bukan yang men raso-raso tu.


Tersilap Andaian

Kesilapan kita, (silap lagi) adalah mengandaikan mereka memerlukan bantuan, sokongan dan kesetiaan kita. Hakikatnya mereka langsung tidak memandang pun semua benda tu dan perit lelah kita untuk membahagiakan diorang. 


Orang toksik, suka tengok kita sakit, suka tengok kita susah, bila kita senang, diorang suka pun dengan penuh bermakna dan claim itu adalah usaha mereka. 


Namun, hakikatnya diorang tak suka tengok kita berjaya. Lebih suka kita berada dalam kawalan mereka. Suka kita ikut telunjuk mereka, janganlah korang nak membantah, jangan ditegur apa yang mereka buat (komperm kena pulau berhari-hari). Sikap diorang juga suka membuli. 

toxic people

Agaknya mereka ni (orang toksik) ni, tidak cukup kasih sayang atau terlebih-lebih kasih sayang. Sebab tu hati mereka perlu dijaga bagai menantang minyak yang penuh, kalau korang buat sikap lebih kurang atau acuh tak acuh macam diorang, korang tahulah nasib korang nanti. Macam-macam boleh jadi.


Haa... yang ni satu hal lagi. Adakah hati dan perasaan kita, mereka peduli? Takde kan? Ada mereka nak tanya apa masalah kita? Ada mereka nak bincang ngan kita kalau apa-apa terjadi? Ada... tapi dengan sindiran sinis. Korang rasa camne? Pedih tuh di sini.   


Yang Sepatutnya...

Sedangkan dalam setiap perhubungan perlu ada tolak ansur, timbang rasa, ambil berat dan saling hormat-menghormati. Jika salah satu elemen ni, tiada dalam perhubungan, baik korang blah cepat-cepat. Jangan bagi peluang untuk mereka terus membuli, menghina korang dan buat korang hilang identiti diri. 


Kadang mereka ni suka mengatakan yang mereka adalah mangsa. Saat kita cuba bertindak untuk kebaikan perhubungan, mereka akan putar belitkan situasi dan alih-alih kita pula yang dipersalahkan. Percayalah, orang sebegini tidak perlu diberi peluang lagi dalam hidup kita. 


Hanya Dia Je Yang Betul

Diorang ni bukan saja banyak pantang larang, serba tak boleh apa yang kita lakukan, sebab diorang hidup dengan penuh agenda, kita hanya buah catur.. Macam tu ke hubungan yang baik? Apa yang perlu kita buat, blah dan mohon allah sentiasa bimbing hati kita untuk terus ke hadapan dan melupakan mereka. 

allah


Bagaimana dengan Che Mawar? 

Che Mawar berpegang pada satu prinsip, selagi boleh bersabar, selagi ada perasaan sayang walaupun sekelumit, Che Mawar akan bertahan. Namun, jika Allah dah tarik semua perasaan sayang tu, Harap maaflah, selamat tinggal kenangan pahit. 


Untuk berpatah balik (berkawan semula), doalah banyak-banyak biar Che Mawar terbuka hati untuk terima semula. Tapi mana ada orang toksik nak berdoa, melainkan untuk kepentingan diri sendiri. Apatah lagi memohon maaf atau menyesali perbuatan diorang. Janganlah korang berharap sangat diorang tulus ikhlas memohon maaf atas sikap diorang. Nanti makin bertambah tua muka tu.


Diorang ni kalau dah toksik, memang akan kekal toksik walau apa pun yang terjadi. 


Dalam setiap hubungan, Che Mawar amat bersungguh-sungguh, sehinggakan orang sekeliling pun salah faham. Che Mawar rasa kesian pada orang "berpikiran jauh ke laut " macam ni. 


Padahal, Che Mawar ni amatlah memilih dalam perhubungan. Prinsip Che Mawar, Mr Rights adalah orang yang mampu membimbing dan memandu Che Mawar pada path yang diredhai Allah Taala, itulah orangnya. Bukannya orang berlagak tahu hukum hakam agama. Tambah kalau yang jenis so so, kawan-kawan bolehlah. 


Istilah berkawan tu, mengikut pandangan dan pendapat Che Mawar macam ni...


Kita memberi manfaat kepada kawan-kawan kita, bukannya kita mengambil kesempatan atas diri diorang. Guru Che Mawar selalu berpesan, "Orang yang paling berguna atas dunia ni, adalah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain". 

  

Tapi itulah Che Mawar tidaklah setiakawan jika seseorang tidak hormat pada perasaan kita. Che Mawar sanggup apa saja untuk kebahagiaan satu-satu perhubungan. Sanggup dikata orang, sanggup lupakan dosa demi seorang kawan. 


Tapi... bila perasaan hormat tu hilang diregut kasar, Che Mawar akan mohon dengan Allah, moga cepat-cepat ditarik perasaan tu dari dicurahkan kepada kawan yang langsung tidak berhak. 


Kenapa?

Sebab Che Mawar yakin, kalau tiada sesorang yang "di sini" untuk kita, insha allah di akhirat sana, ada yang teristimewa sedang menantikan kita. Kawan-kawan yang baik, sahabat-sahabat yang baik dan mata air yang baik-baik dan hensem-hensem. Indahkan!


Yakin, di dunia ni Allah sentiasa mendengar, melihat, memerhati kita lebih dari mata seorang ayah, lebih dari mata seorang ibu, lebih dari mata seorang suami ataupun mata seorang kekasih. 


Sebab Allah Pencipta kita, dan kita adalah HambaNya. Taraf Hamba di sisi Allah adalah tersangat mulia jika nak dibandingkan dengan setinggi taraf sultan, Agung atau Penguasa Dunia di muka bumi ini.


Di dunia ini tak lain tak bukan, hanya transit mengumpul pahala dan berbuat banyak-banyak amal kebajikan. Jadi, berazamlah setiap detik untuk berbuat baik kepada semua orang, redha dengan apa yang Allah bagi pada kita. 

yakin dengan allah

Segala kesulitan, kesusahan, kesakitan, kemiskinan, kesenangan, kebahagiaan dan kekayaan dan bermacam-macam lagi, adalah nikmat yang penuh hikmah maka kekallah berbaik sangka dengan Allah. 


Semoga Allah sentiasa menjaga dan mencukupkan segala keperluan kita semua. Aminn. 



#spreadlove Putrajaya

13 October, 2023

Langkawi Trip Yang Tak Disengajakan 2023

*gambar otw, sabaq na

Tahun ni, lagi sekali Che Mawar turun ke Langkawi. 


Tahun lepas kita turun pada hujung bulan Julai dengan kereta. Time tu, kita tak sempat nak meronda semua tempat. SkyCab ditutup untuk mentenance dan banyak jugak tempat menarik ditutup atas faktor cuaca. Memang tak best laa. Dah la tu, tertinggal RORO plak tu. Jadi terpaksa beli tiket lain untuk balik. Macam-macam hal taw trip tahun lepas.


Tahun ni, ikutkan berat hati jugak nak pergi. Maklumlah, tahun ni tiada bajet pun untuk ke mana-mana. Sebab bajet travel da pergi ke "lain". 


----

5hb Oktober 2023 (Khamis)

Tapi itulah, kalau da namanya rezeki, buatlah macamana pun, kun fa yakun, akhirnya terbang jugak kita ke Langkawi. Yang sepatutnya, pi pada 7hb Oktober 2023 (Sabtu) jam 1.55 pm dengan MyAirline, tapi dah kena bertugas pulak untuk kerja-kerja penggantian dan pemasangan kabel network di JBG Langkawi. Makanya Che Mawar pun terbang pada 5hb Oktober 2023 (Khamis) jam 8.00 pm dengan belon bosi AirAsia. 


Kerja-kerja pemasangan tu, dijadualkan bermula pada 5hb - 8hb Oktober (Khamis - Ahad), haa apa lagi, kita terpaksa gerakkan team untuk siapkan kerja-kerja secepat mungkin. Kalau tidak, matilah kita,  kaco program percutian pada 7hb - 10hb Oktober 2023. 


Lagipun, diorang pun nak rehat jugak, kalau siap awal, leh jalan-jalan di Langkawi dan bergerak ke tanah besar untuk teruskan kerja-kerja di Zon Selatan Semenanjung sebelum bergerak ke Borneo. 


----

Sesampai je kat Langkawi, kawan group moto Z6OM kita, datang menjemput ngan kereta Nissan. Macey sebab susah payah. Kita kontek kawan kita tu sebab dia memang bawak teksi. Jangan pikir bukan-bukan. Sekeh kang! :)


First-first, kita check in kat tempat menginap yang paling terdekat dengan JBG Langkawi. 


D'Teratak Motel, Kuah

Kalau dah dengan orang tempatan, urusan jadi serba mudah, dengan rega RM70 semalaman di D'Teratak Motel yang teramat dekat dengan JBG yang mana bukan setakat dekat je dengan tempat kerja malah sangat dekat ngan ATM (Bank), kedai makan, dobi, kedai runcit dan kilang gamat. Ahaaa..memang bestlahh. Semuanya boleh diakses hanya dengan jalan kaki je. 


Nak lebih tepat, D'Teratak Motel ni bersebelahan dengan Bay View Hotel. Itulah landmarknya. Pastu dari D'Teratak nampak MAHA Tower. Fuh, view memang terbaik lah.  


Agaknya D'Teratak Motel ni, bisnes anak beranak, motel tepi rumah je. Terlalu mudah sangat berurusan dengan diorang. Bilik cantik dan kemas. Sesuai untuk sorang dengan katil Queen Size. Seriously D'Teratak Motel ni macam Che Mawar berada kat kampung tau. Tenang dan mendamaikan. Aish, terrrindu laa plak.


Tambah plak warm welcoming daripada Team JBG Langkawi. Kita check in masuk kerja di JBG Langkawi, jam 10.00pm, kira sehabis cepat dah tu. (risaw kot). Team JBG Langkawi sangat best, banyak menda yang mereka sharing dengan kita dan yang paling terbaik, komitmen diorang pada kerja sangat mantap. Mekasih JBG Langkawi. You all memang best. Kalau ada post, nak je Che Mawar  pindah ke sana. Wakakaakakak. Dah jatuh cinta, haduiii.


----

6hb Oktober 2023 (Jumaat)

Alhamdullillah, kerja kita selesai pada 6hb Oktober jam 8.12pm. Syukur sesangat, selesai ngan vendor dan GITN. Kompermlah esok, kita boleh la jejalan. Tambah plak, kawan kita tu baik hati tinggalkan kereta Nissan untuk mudahkan kita bergerak. Haaahahaha, asalnya kita tak nak laa menyusahkan orang, segan plak kita dibuatnya. 


----

7hb Oktober 2023 (Sabtu)

Kita check out on time. Nasib laa ada kereta, boleh la kita meronda-ronda dulu, recky jalan untuk ke Sayy Haa Inn. Malangnya, asyik berpusing-pusing jer, sebab banyak jalan tutup untuk laluan IRONMAN 2023. 


Dari D'Teratak Motel, Kuah, kita bergerak ke Airport Langkawi, Padang Matsirat. Lepas tu kita bergerak ke Perdana Quay, Kampung Kok, sehaluan dengan jalan nak ke SkyCab. Jalan ke sini, best jugak layan dengan motor, dengan view wow wow wow sangat weh. 


Then beberapa minit je kat Perdana Quay yang macam bandar mati tu, kita bergerak nak isi minyak kereta pulaaaa. Tapi itulah kita ni mana biasa ngan model kereta Nissan Super Saloon, tak jumpa plak mananya tempat untuk buka tank minyak. Urghhh.. kita da siap-siap top up duit dalam SETEL App taw!


Kat Perdana Quay ni, kita tak nampak Shell pun. Hanya ada Petronas je. Rasanya Shell hanya ada kat Pekan Kuah je. Selebihnya, Petronas 3 buah rasanya, dan BuraQ Oil. 


Katanya BuraQ Oil ni seperti minyak BHP yang ada kat kawasan pedalaman (ladang sawit, ladang getah dan lain-lain) BuraQ Oil ni katanya bagus untuk JetSki dan bot. (itu Tourist Guide kita, Abe Zaini yang gtaw) 


Lagi satu Petronas Perdana Quay ni memang unik. Designnya huyooo memang exclusive, dengan viewnya, mak ai boleh jaw kita terjatuhhhhhh. auch. 


Dah gagal nak isi minyak, kita bergerak balik ke airport lah. Tapi tersinggah beli Air Kopi Ais Mamu. Tak sangka air kopi ni best giler. 


Ingat nak tunggu diorang (Ujang dan kak Ngah) sampai dari KLIA2, kat dalam airport je. Tapi bila dipikirkan kena bayar parking pastu parking plak tengah panas. Better kita melepak kat Mahsuri International Exhibition Centre je. 


Sebabnya ia betul-betul depan runway kapal terbang take off dan touch down. Haaa, sejam menunggu kat situ taw. Best jugak lah.. Feel-feel dok kat OberSee. Wakakaka sebab ada event IRONMAN, ramai mat saleh dan minah saleh kat area Mahsuri ni.


----

Jam 3.00pm, dengan Flight Radar App kita dapat laa rakam touch down Mas Airline, Batik Airline dan yang ditunggu-tunggu MyAirline. 


Dah pickup diorang, kita terus gerak ker Say Haa Inn, Pantai Tengah menggunakan Jalan Kedawang, sebab Jalan Chenang masih ditutup untuk event IRONMAN. Jauh skit laaa. Dah selesai check in, kita makan tengahari kat kedai makan di sebelah Say Haa Inn. 


Say Haa Inn ni pun best jugak. serba dekat. Dekat dengan kedai makan Restoran Selera Padang Puteh, dobi, sangat dekat dengan jalan utama, kedai runcit, kedai sewa moto dan beli sim kad (untuk pelancong asing). 


Tapikan mendobi di Chenang ni, harga minimum RM20 tau. Lebih mahal dari Putraya yang RM10 yang boleh pilih air panas dan dryer yang paling panas. Kawasan pelancong kan! 


Selesai makan, kita meronda ke Pasar Malam Kuah pulak. Haaa, kat sini best, ada jual macam-macam, ada tapai daun pisang, buah berangan goreng, cempedak, apa lagi eik? Lupa dah! Actually kita cari Pulut Ayam. 


Kat sini sebenarnya ramai orang Pattani datang meniaga dan bukak kedai makan. So, kiranya syurga makan-makan masakan Thai jugaklah kat Langkawi ni. Tapi pulut ayam dah abih kat Pasar Malam Kuah ni.


Apa-apa pun, terubat jugaklah rindu kita pada masakan Thai Pure. Kita kan dah tutup buku Thailand selepas backpacker November 2022. 


----

8hb Oktober 2023 (Ahad)


ATV Ulu Melaka

Selepas bersarapan kat warung sebelah Say Haa Inn tu, kita on ATV kat Ulu Melaka bersebelahan dengan Gunung Raya tu. Dapat lah men ATV sejam lebih dengan rega RM150 seorang. Upah photographer RM100. Best jugaklah, banyak tempat best taw. Ada waterfall, Hutan Simpan Pokok Rhu, Empangan Saga, Kobun Gotah dan Sawah Padi. Dalam group kita tu ada budak-budak pompuan Lubnan kot, bawak ATV ganaih sungguh. Wakakakak kita plak yang risaw taw.


Restoran Kak Yan Nasi Campur, Kampung Padang Gaong

Tengahari, kita makan kat Restoran Kak Yan Nasi Campur plak. Yang ni korang jangan lepaskan peluang merasa macam-macam lauk pauk masakan kampung. Aishhh, rambang mata tau. Rasa macam nak amik semua. 


Tapi kita amik kerabu beronok (korang tau beronok tu apa?) ngan gulai siput sedut dan puding kelapa muda. Yang ni pun satu lagi makanan yang best giler. Lepas makan, kita pekena Aiskrim Plitt depan Kedai Makan Kak Yan ni jer.


Puncak Tertinggi Langkawi, Gunung Raya

Lepas tu, kita gerak ke Gunung Raya. Dengan Axia yang Abe Zaini bawak, kita merangkak naik Gunung Raya yang mana jalan rayanya macam mendaki Tapah Road ke Cameron Highland. Serious best best best. 


Hilang rindu nak naik Genting Highland. Tak lama tu, kita dah berada dalam awan. Agaknya kat bawah tu dah hujan laaa tu. Dengan berkabus cam tu, memang dah tak leh nak bergambar, sebab view dah terlindung kabus. 


Dengan takde spesifik itinerary, kita beli baucer Dream Forest (RM145) dan 4-in-All SkyCab (RM121) termasuk pakej SykDome, SkyCab, 3D Art Museum dan SkyRex. Baucer Traveloka ni valid selama setahun. Dengan Traveloka App ni jugak lebih murah dari Klook App dan tak leceh serta takde hidden cost. (ini cuma pendapat peribadi)


SkyCab Gunung Mat Chincang

So, apalagi, kita terus ke SkyCab. Kat sana, kita kena beli tiket berasingan untuk ke SkyBridge (RM6) dan SkyGlide (RM10) incase penat nak mendaki trail naik semula ke SkyCab selepas ke SkyBridge.  Disebabkan kesuntukan masa, kita tak dapat nak habiskan meronda ke SkyDome, 3D Art Museum dan SkyRex. 


----

9hb Oktober 2023 (Isnin)

Pepagi selepas bersarapan, kita lagi sekali ke SkyCab nak selesaikan misi semalam yang tak selesai. Ahahahaha, selepas menghabiskan masa sejam lebih kat 3D ART Museum, maklumlah kita orang pertama yang sampai, kita ke situ. 


SkyDome

Kita serender, kalau orang darah rendah, tak payah masuk sini, komperm korang terasa nak termuntah. Kita selepas keluar dari situ, rasa mual dan pening jangan cakaplah. 


SkyRex

Yang ni kan, walau pun zaman dinasour ni dah outdated, dengan peralatan yang dah usang, tapi plot citer tu, best. Kita tak puas tau. Rasa nak men lagi sekali. Serious weh tak puas. Nak lagi, nak lagi, nak lagi. 


Island Hopping

Petang tu, kita island hopping ke Tasik Dayang Bunting, Pantai Beras Basah dan Watching Eagle Feeding. Yang ni, total RM150 untuk 3 orang. 


Dream Forest

Malam tu, kita ke Dream Forest di Lubuk Semilang yang dibuka bermula jam 7 malam hingga 12 pagi. Walaupun buka jam 7.00pm, show bermula pada 8 malam. Best taw tempat ni, macam dalam citer Good Dinasour. Lampu-lampu dan efeknya happening sangat. 


----

10hb Oktober 2023 (Selasa)

Hari terakhir kat Langkawi, kita beli gamat. Sebenarnya inilah tujuan utama ke sini. Nak beli gamat. Awal-awal pagi dalam jam 8.30am, dengan kereta Axia kita dah terpacak depan Nusantara. Nak borong gamat la katakan. 


Jetski dan Parasailing

Jam 10.00 pagi, kita men jetski (RM100 sorang) untuk 30 minit dengan kelajuan yang paling tinggi 74kmj jer dan parasailing (RM210 termasuk dron), berada di udara dalam 5 - 6 minit. Best jugak. Cumanya Parasailing ni, tak la gemuruh sangat macam Paragiliding atau Bungee Jump. Lagi gemuruh bawak jetski. Wakakakakakakaa.


Jam 1.30pm, kita ke airport. flight jam 3.00 petang. Sesambil tu singgah dulu kat Pantai Hujung Airport. Asalnya nak spot kapal terbang take off dan touch down. Tapi terserempak ngan sorang ustaz yang sedang mengaji kitab kat meja batu tepi pantai. Wahhh bestnya


Apa lagi bersembang laaaaa. Kita tanya ustaz baca kitab apa? Ustaz mengaji kitab jawi dari Guru di Pattani. 


Pesan ustaz, orang berjaya adalah orang yang sentiasa menjaga solatnya. Allah pasti sayang. Apa yang kita nak, Dia akan bagi baik-baik kat kita. bukan bagi dalam keadaan murka. Sayu hati bila ustaz cakap macam tu. Harap Allah bagi nikmat-nikmatnya pada kita tanpa rasa murka. Takut!


Kuda @Pantai Hujung Airport

Ingatkan nak bagi derma skit untuk ustaz. Fi sabilillah. Tapi ustaz macam tau tau jer. Wakakaka ustaz kata, kuda-kuda tu, anak-anak ustaz yang uruskan, kalau nak bergambar RM5 je. Kalau nak menunggang RM15. 


Ok, faham! Cara Ustaz ni (Ustaz Harun) ini amat berhemah. Suka cara ustaz yang macam tau-tau je hasrat kami,  tapi disalurkan dengan cara meniaga macam ni. Syukur, banyak kita belajar cara berhemah menolak pemberian orang tanpa melukakan dan menyakitkan hati si pemberi.


So, kami pun pi laa bergambar. Walau pun masa tu dah suntuk untuk berposing apatah lagi nak menunggang. Sebab dah jam 2pm. Amik gambar wat syarat jer.. so, cepat-cepat kita berlari ke airport plak. Sesampai je, barisan beratur panjanggggggg daaaaa. 


Jam 3pm, kita selamat boarding dalam MyAirline untuk kali terakhir (MyAirline ditutup berkuatkuasa 12hb Oktober 2023, atas masalah kewangan) dan selamat mendarat di KLIA2. 


----

Bajet

Ada kawan kita yang bertanyakan berapa total yang habis kat Langkawi. Purata perbelanjaan lebih kurang RM1220 seorang.

Langkawi Trip 2023
Langkawi Trip 2023

----

Apabila diimbas-imbas balik, alhamdullillah, parasailing dan jetski, da lama kita idam-idamkan nak men, Allah dah tunaikan impian kita. 


So, lepas ni ke mana plak? Ehhh.. lupa bajet takde. wakakaka. Oklah, Che Mawar undur diri dulu. Take care!


Salam Sayang, 

Langkawi memang best weh!