30 November, 2023

Cara Bakar Kalori Sekeping Roti Canai

Melakukan aktiviti fizikal dengan kerap amat penting bagi memastikan badan sihat dan cergas sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.


Aktiviti fizikal juga mampu menjamin kesihatan mental dengan membantu mengurangkan tekanan, kebimbagan atau keresahan, kemurungan atau masalah perkembangan kognitif. 


Oleh itu, orang ramai disarankan melakukan aktiviti fizikal semudah berjalan kaki bagi memastikan diri tidak berada pada tahap sedentari dan sentiasa bergerak.

Cara Bakar Kalori Sekeping Roti Canai

Berjalan 10,000 langkah membakar 300 hingga 350 kalori. Berjalan 60 minit berjarak 4.8 kilometer membakar sehingga 265 kalori bersamaan sekeping roti canai. 

29 November, 2023

Empty Calories

Empty Calories

Terma "empty calories" bukan bermaksud makanan itu tiada atau kosong kalori, tetapi ia membawa maksud makanan tersebut mempunyai kalori yang tinggi, di mana penyumbang kalori tersebut datangnya dari kebanyakannya hanya gula dan lemak. Sebaliknya, nilai nutrisi "empty calories" adalah rendah. Nilai nutrisi yang dimaksudkan adalah seperti serat, protein, vitamin dan mineral. 


Contoh makanan "empty calories" ini adalah seperti gula-gula, minuman berperisa yang manis, kek, donut (bersalut manisan).


Pengambilan makanan seperti ini mungkin tidak begitu mengenyangkan tetapi menyumbang kalori yang agak tinggi. Pengambilan "empty calories" yang berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti. Maka, kurangkanlah pengambilan "empty calories".




28 November, 2023

Elakkan yang Diawet

Elakkan yang Diawet

Hadkan pengambilan makanan terproses. pilihlah yang segar seperti sayur-sayuran segar, buah-buahan segar, rempah ratus, ikan, telur, ayam segar dan daging segar.

Makanan terproses secara umumnya adalah tinggi kandungan garam, gula, bahan pengawet. Ia juga tinggi kalori dan ini boleh meningkatkan risiko obesiti dan NCDs. 

Oleh yang demikian, sentiasa utamakan pemilihan makanan segar berbanding makanan terproses atau makanan segera ketika membeli di pasar raya.

27 November, 2023

7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula

7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula

1. Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air bikarbonat, 3 dalam 1 atau kordial.

2. Menghadkan pengambilan kek atau  kuih manis atau bersalut gula.

3. Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan. 

4. Elakkan snek tinggi gula antara waktu makan utama dan sebelum tidur. 

5. Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur. 

6. Pilih produk berlabel "rendah gula" dan "bebas gula".

7. Sediakan atau masak makanan dan minuman sendiri di rumah afar dapat mengawal penggunaan gula.  


🍨🍦🍬Gula merujuk kepada bahan yang memberi rasa manis pada makanan atau minuman.


Pengambilan gula yang berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti seterusnya meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung serta mendorong kepada pembentukan karies gigi.


Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengehadkan pengambilan makanan tinggi gula agar kekal sihat dengan menggantikannya dengan hidangan yang lebih sihat seperti buah-buahan

26 November, 2023

Kesan Gula Tinggi Dalam Darah

Pengambilan makanan yang tinggi gula akan meningkatkan risiko mendapat penyakit kencing manis dan penyakit kardiovaskular.


Penyakit kencing manis akan mengakibatkan komplikasi yang melibatkan beberapa organ seperti mata, buah pinggang, saraf dan sebagainya.

kesan gula tinggi

Kandungan gula dalam darah tinggi yang kronik boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang. 

1. Otak iaitu angin ahmar (strok)

2. Mata iaitu katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta.

3. Jantung iaitu sakit jantung.

4. Buah pinggang iaitu kegagalan buah pinggang.

5. Saraf iaitu kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki, dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Sekiranya kecederaan melarat, pembedahan amputasi perlu bagi mengelakkan jangkitan daripada merebak ke seluruh badan. 

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk menghadkan pengambilan gula yang berlebihan dalam makanan dan minuman agar kekal sihat.




25 November, 2023

Benarkah Makan Malam Punca Kenaikan Berat Badan?

Benarkah Makan Malam Punca Kenaikan Berat Badan

Kepentingan Makan Malam

  • Sama penting dengan sarapan dan makan tengah hari. 

  • Bagi membekalkan tenaga dan nutrien untuk keperluan tubuh badan.

  • Saiz hidangan bersesuaian dalam 400 - 500 kalori.

  • Masa yang sesuai dari jam 6.30 petang hingga 8.30 malam.

  • Utamakan makanan seimbang yang mengandungi pelbagai zat termasuklah serat, protein dan karbohidrat. 


Ingat! 

  • Makanan mungkin diambil berlebihan jika dijadikan cara melepaskan tekanan.

  • Makan dalam kumpulan ramai mempengaruhi saiz hidangan berbanding makan sendirian.

  • Tidak perlu makan semua hidangan jika hadiri jamuan makan malam. 

  • Pilih makanan lebih sihat, utamakan buah-buahan dan air kosong. 

  • Makan ikut saranan Piramid Makanan Malaysia. 


Jika Masih Terasa Lapar. 

Ambil snek ringan yang sihat dan kurang kalori jika lapar pada waktu lewat malam, antaranya buah-buahan, biskut, roti dan segelas susu suam. 


Elakkan!

  • Makan lewat malam boleh menyebabkan ketidakselesaan badan dan mengganggu tidur. 

  • Makan sambil menonton televisyen cenderung makan yang tinggi lemak dan kalori seperti ais krim, coklat dan kerepek. 

  • Minum teh atau kopi selepas makan malam boleh mengakibatkan gangguan tidur. 


Membongkar Mitos

  • Makan malam tidak tambah berat badan sekiranya tidak melebihi keperluan kalori harian dan mengambil makanan sihat. 

  • Antara faktor boleh meningkatkan berat badan, makanan berlemak, berminyak dan tinggi kalori dan gaya hidup sedentari.


✅Amalkan makan ikut waktu yang disarankan

✅Elak jadikan makan lewat malam sebagai satu tabiat

24 November, 2023

Susahnya Nak Kawal Makan!

Susahnya Nak Kawal Makan!

Pengambilan porsi makanan yang berlebihan secara berterusan boleh menyebabkan pengumpulan kalori yang berlebihan yang akhirnya akan menyebabkan kenaikkan berat badan. 


Oleh sebab itu, ianya sangat penting untuk kita amalkan pengambilan porsi mengikut saranan. Tapi, ianya bukanlah mudah jika kita telah terbiasa dengan pengambilan porsi makanan yang berlebihan, kan?


Jom kita cuba beberapa tip di bawah dalam usaha mengawal porsi makanan dalam mendapatkan berat badan ideal. Tak cuba semua tak apa, cuba dulu satu!


Kawal Kalori dengan Kawal Porsi Makanan

1. Gunakan pinggan yang lebih kecil.

2. Amalkan Pinggan Sihat Malaysia.

3. Ambil 1 gelas air kosong sebelum makan. 

4. Makan secara berhemah (mindful eating).




23 November, 2023

Poster : Pasrah dengan Takdir

 

Poster pasrah dengan takdir

Kita tidak boleh melawan takdir. 

Jika sesuatu ditulis untuk kita, 

ia akan menjadi milik kita, 

tiada apa yang boleh menghalangnya. 

Jalani hidup kita dengan tenang. 

Jangan penuhi hati kita dengan kebimbangan dan kebimbangan. 




22 November, 2023

Fashdu

Korang pernah dengar tentang fashdu? Ini pengalaman kita dengan fashdu


Macamana boleh tersangkut ngan fashdu?

Asalnya ngah urut member sakit belakang. then dia share pasal fashdu alternatif untuk buang darah kotor selain berbekam. so, kita menda baru, memang nak sgt la mencuba tambah plak harganya masih mampu untuk dibayar berbanding rawatan bekam, kurang-kurang kena ada RM150.


Then, member add kan kita masuk dalam group fashdu ni, dalam group ni kita boleh tgk kat mana team fashdu ni berada, then kita boleh laa join untuk rawatan. 

🎯MANFAAT AL FASHDU:🎯

🩸Menyeimbangkan zat besi dalam tubuh sehingga mampu mencegah komplikasi penyakit

🩸Meningkatkan Imunisasi badan

🩸Memperbaiki organ Limpa di dalam badan

🩸Mengatur dan Mengeluarkan Toxin di dalam Tubuh

🩸Menstabilkan gula dalam darah

🩸Mengubati Migrain ,Vertigo dan Sakit  Kepala yang berpanjangan

🩸Mengubati sakit akibat gout dan Kolestrol berlebih di dalam badan 

🩸Memperlancarkan aliran darah yang tersumbat

🩸Terapi penyembuhan strok dan jantung koroner

🩸Meningkatkan kualiti oksigen

So, hari ahad tu, selepas hantar asya tengahari tu kita singgah laa kat satu surau kat tepi highway ELITE. Sesampai sana, kita nampak dua besen yang ada plastik transparent berisi darah. Darah merah hitam pekat. Kita da rasa lain macam. 


Pastu, kita nampak darah memancut-mancut keluar dari hujung ibu jari kaki, ada dari tangan dan ada yang dari dahi.


Masa tu, kita da mula berdebar-debar dah. ahahaha. mungkin takut ngan jarum, jarumnya besar. pastu, kita dijemput duduk, masa tu memang panas terik. lepas tu, perawat dah mula cucuk kat dua-dua ibu jari kaki. darah keluar memancut-mancut. 


cuma yang sebelah kanan, macam malas nak keluar. Lepas tu ada seseorang tanya kita, ok tak? rasa pening-pening tak? then kita balas, pandangan kita cam kabur, then beransur-ansur gelap. Dan suara makin menjauh.. telinga macam tersumbat... 


Lepas tu, ada seseorang datang picit2 badan kita,dan buka tudung dan baringkan kita. masa tu memang tak nampak apa dah.. rasa berpeluh dan berdebar-debar macam nak pecah dada. dan rasa lembik giler.

huwahahaha rupanya cenggitulah pitam. 


Then bila kita da ok, perawat memohon maaf sebab tanya dulu tahap kesihatan kita, dan kenapa datang utk rawatan. kita plak tak de plak bercerita. dah tak ditanya.. wakakakakak. 


sepatutnya bagi yang berdarah rendah, tak digalakkan buat fashdu. dan kita tergolong dalam golongan tu. Dan kalau buat pun perawat akan cucuk satu ibu jari kaki jer.. tidak akan buat kedua-duanya sekali. 


Then, mungkin juga kita ada mabuk darah.. sebab masa tgk darah memancut-mancut tu sehingga sekarang rasa cam lemah. sekrang pun rasa cm nak termuntah. terbayang-bayang darah memancut-mancut dan darah sebesen tu. 


Then, kita ada maasalah migrain, sakit tulang belikat dan bahu seakan terkehel. Ada masalah nyeri kat sendi kaki. Selepas kita buat rawatan fashdu tu, alhamdullillah, badan rasa ringan skit. sakit2 tu dah berkurangan, kepala da kurang sakit. 


Sebelum ni, setiap 3 blan sekali, jika takde masalah dengan hb, kita akan pergi derma darah kat Suite Puspanita P10. Tapi sejak2 amik ubat migrain dan sakit urat, kita dah tak derma dan hb kerap tak lpeas 12.5

 

Dan ini nasihat perawat, 

Loba-Loba 28 Jun 2022 

Pastikan darah merah dan zat besi dalam darah cukup utk buat rawatan al Fashdu , jarakkan 120 hari utk al Fashdu berikutnya. Jika di ambil terlalu awal takut kita kekurangan darah merah dan kehilangan zat besi dlm darah. Kekurangan ini boleh menyebabkan kita kehilangan oksigen dlm badan dan boleh membuatkan kita rasa lemah , pening kepala dan tidak boleh tidur malam


APA ITU RAWATAN ALFASHDU ??

Fashdu ialah proses penebukan salur darah yang bertujuan membersihkan tubuh daripada “darah toksik”. 


Apa itu darah toksik? Darah toksik ialah darah yang boleh menyebabkan penyakit, atau boleh juga disebut sebagai “darah patogenik”.


Adakah anda mengalami masalah seperti:

⭕️Kencing Manis

⭕️Gout

⭕️Jantung

⭕️Kebas Kaki

⭕️Tekanan darah tinggi

⭕️Strok

⭕️Buah Pinggang


Perawatan Al Fashdu Malaysia 24 December 2018, Perbezaan Hijamah/Bekam dan Fasdu

Hijamah/Bekam dan Fasd

Apabila orang bercakap tentang manfaat kesihatan menderma darah, ia adalah sama dengan Venesection (menusuk salur darah utama) yang dipanggil Fasd pada masa dahulu. 

Perbezaan antara Hijamah & Fasd adalah darah itu sendiri, Fasd (Derma Darah) membuang darah segar dari pembuluh darah, manakala Hijamah/Bekam membuang darah septik/toksin dari bawah kulit.

Fasd berguna untuk penyakit-penyakit yang dapat disembuhkan dengan mengeluarkan darah segar dari badan, tetapi jumlah penyakit yang dapat disembuhkan adalah sangat sedikit, tetapi darah septik/toksin yang merupakan punca pelbagai penyakit hanya dapat dikeluarkan melalui Hijamah/Bekam. 

Ibn Al Qayyam menulis bahawa "Bekam mengeluarkan darah septik/toksin lebih cekap daripada menusuk pembuluh darah". 

Sesuatu fakta yang mengejutkan ialah bahawa darah septic/toksin yang dikeluarkan melalui teknik Hijamah/Bekam tidak boleh didermakan atau digunapakai kepada orang lain.

Hijamah lebih unggul daripada Fasd dalam banyak aspek, perbandingan Fasd & Hijamah dengan pengamatan.




21 November, 2023

Apakah itu Antibiotik?

apakah itu antibiotik

💊Antibiotik tidak berkesan terhadap jangkitan yang disebabkan oleh virus. Antibiotik hanya digunakan dalam rawatan jangkitan bakteria sahaja.


Ketahui cara pengambilan antibiotik yang betul bagi mengurangkan kerintangan antibiotik.


Apakah itu Antibiotik?

Ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. 


Antibiotik tidak berkesan terhadap jangkitan yang disebabkan oleh virus speerti demam biasa, selesema dan batuk. 


Cara Pengambilan Antibiotik yang Betul

1. Maklumkan doktor atau ahli farmasi tentang sebarang alahan yang pernah dialami. 

2. Habiskan antibiotik seperti yang diarahkan oleh doktor walaupun penyakit sudah sembuh untuk mengelakkan kerintangan antibiotik.

3. Baca, fahami dan patuhi arahan pengambilan antibiotik pada llabel ubat (dos, cara dan masa pengambilan ubat). 

4. Jangan gandakan dos sekiranya terlupa mengambil dos sebelumnya. 

5. Jangan kongsi antibiotik dengan orang lain. 


Antibiotik TIDAK PERLU diambil jika pesakit menghadapi DEMAM, BATUK, SELESEMA atau SAKIT TEKAK yang disebabkan oleh VIRUS


Perlu diambil ANTIBIOTIK APABILA doktor mengesahkan anda MENGALAMI JANGKITAN BAKTERIA dan MEMERLUKAN RAWATAN ANTIBIOTIK.  Hubungi doktor dengan segera sekiranya mengalami kesan sampingan yang serius selepas pengambilan antibiotik.




20 November, 2023

Antibiotik Hanya untuk Bakteria

antibiotik untuk bakteria


💊Antibiotik telah digunakan sejak sekian lama untuk merawat penyakit yang berpunca daripada jangkitan bakteria.


✔️Antibiotik perlu diambil mengikut dos dan jumlah yang diarahkan oleh doktor. 


Antibiotik hanya diberikan dalam rawatan jangkitan bakteria. 


Bakteria - antibiotik membunuh atau merencat pertumbuhan bakteria sahaja. 


Virus - antibiotik tidak boleh membunuh virus dan tidak berkesan ke atas virus. 


Pengambilan antibiotik secara tidak wajar boleh menyebabkan kerintangan antibiotik.




19 November, 2023

Tawan Rasa Mengidam Air Manis

tawan rasa mengidam air manis

Pengambilan minuman manis secara berlebihan boleh meningkatkan pengambilan kalori harian anda. Anda rasa susah untuk meninggalkan tabiat minum minuman manis secara berlebihan? 


Jom tawan rasa mengidam anda terhadap minuman manis dengan pilihan yang lebih sihat.


Tawan Rasa "Mengidam" Terhadap Minuman Manis

Pilihan Kurang Sihat 

1. Air berkarbonat mungkin memberikan rasa segar namun mengandungi gula dan kalori yang lebih tinggi berbanding air kosong. 

2. Kopi mocha bersama "whipped cream" sahaja sudah membekalkan 400 kalori. 


Pilihan Lebih Sihat

1. Cuba Teh O Ais tanpa gula ditambah dengan perahan lemon.

2. Tambah kepingan buah seperti lemon atau limau pada air kosong. 

3. Secawan latte kecil yang diperbuat daripada susu rendah lemak dan dihiasi dengan serbuk kayu manis.



 

18 November, 2023

Alternatif Ganti Minuman Manis

alternatif ganti minuman manis

Terdapat hampir di dalam semua makanan dan minuman seharian kita. Semakin kerap anda mengambil gula, semakin sukar untuk anda meninggalkannya.


Marilah kita beralih kepada minuman yang lebih sihat tanpa gula tambahan!

1. Tambahkan perisa asli seperti lemon/pudina

2. Air kopi/ teh/ coklat kosong kurang gula atau tanpa gula. 

3. Campur minuman dengan susu segar / susu rendah lemak

4. Sediakan jus buah tanpa gula tambahan.




17 November, 2023

3 Langkah Elak Berat Badan Berlebihan

3 Langkah Elak Berat Badan Berlebihan

Cegah Diabetes, Capai Berat Badan Ideal

Berat badan berlebihan boleh meningkatkan kerintangan insulin yang menyebabkan paras gula dalam darah meningkat dan meningkatkan risiko penyakit diabetes. 


Lemak viseral berlebihan boleh menyebabkan kerintangan insulin menggalakkan keradangan dan sekaligus meningkatkan risiko penyakit diabetes. 


Apa yang Perlu Dilakukan?

1. Sentiasa pantau dan sasarkan berat badan yang sihat. 

2. Amalkan pemakanan sihat, sederhana dan seimbang.

3. Kekal aktif setiap hari dan elakkan gaya hidup sedentari. 

16 November, 2023

Sibu : Borneo Trip 2023

 Assalamualaikum...

Baiklah, kita sambung sharing seterusnya ke Sibu. 


Qu Lin Resident, Sibu :  25hb - 26hb Oktober 2023 (Rabu - Khamis)

Kita sampai ke Sibu pada jam 4.30pm dengan "Everyone Can Fly" ... hik3. Cuaca di Sibu waktu itu, sangat lah mendung seakan-akan kejap-kejap lagi akan turun hujan lebat. Sibu ini, berada dalam lingkungan Sungai yang Terpanjang di Borneo, Sungai Rajang. 


Dari atas kapal bosi tu, memang melingkar-lingkar sungainya dan ada banyak kapal yang berlabuh di pesisir sungai.


Akhirnya, kita sampai ke Qu Lin Resident, jam 5.40 petang setelah meredah jem orang balik kerja dari airport Sibu. Nasib lah bilik Qu Lin tidaklah mahal mana untuk semalaman tu reganya dalam RM60. Biliknya luas dan malah bilik airnya sama besar dengan bilik tidur. huwahahaha.. Boleh nak buat gimnasitk dalam bilik air. Luas giler. 


Cumanya, kita tak puas hati, tempat ni tiada lif. Even kalau bawak beg besar dan berat sendiri angkut dengan menaiki tangga yang kecik dan curam. erghh.. stress betul kita. Dah la bagi kita bilik salah, di blok sebelah Aras 2, dan kenatukar ke blok sebelah aras 1. sendiri kena angkut beg berat tu ke hulu ke hilir. Failed. 


Then kita diberitahu, Qu Lin ni ada sediakan sarapan. Ok... hati manyak senang, sebab dah tak perlu pikirkan sarapan. So, pagi tu, kita pun dengan riang ria nak makan sarapan, sekali, alamak, tukang masaknya Cina dan makanannya pucat jer, takde berseri-seri. Cancel je lah. Tak perlah, kita order GrabFood jer. 


Tapi, rezeki pagi tu, opismate ajak makan mee kampua kat bangunan baitulmal, ahahahahahaha, dapat lah makan dua mangkuk, satu kampua daging dan satu lagi kampua ayam. Rupanya, kampua tu maksudnya kicap. So, mee kampua maksudnya mee kicap .. .ahaah  teringat mee kicap kat Ipoh tahun 2014. 


Actually kerja da selesai malam tadi, so, pagi ni kita just standby untuk ke airport miri pulak. Sesambil tu, kita beramah mesra ngan opismate Sibu. Best betul orang Sibu. Diorang memang warm welcoming. Dah la opis cantik dekat ngan port. Nampak kapal berlabuh di pesisir sungai.. view memang cantik sangat. 


Jam 11.30 pagi, kita dah get ready untuk ke airport. Kali ni penerbangan naik MasWings. Bye-bye orang Sibu. You are the best!



Salam Sayang, 

Sibu #spreadlove

15 November, 2023

Cegah Diabetes - Kurangkan Risiko dengan 7 Cara Mudah

elakkan diabetes 7 cara

‼️Diabetes boleh dicegah dan dikawal‼️. 

1. Makan banyak buah-buahan dan sayuran.

2. Amalkan gaya hidup aktif dan bersenam.

3. Sentiasa pantau BMI.

4. Hindari rokok dan alkohol

5. Dapatkan bantuan untuk mengubah gaya hidup.

6. Fahami faktor risiko pada diri sendiri.

7. Lakukan saringan diabetes secara rutin. 


✔️Kurangkan risiko diabetes dengan  mengamalkan gaya hidup sihat, tingkatkan aktiviti fizikal, kurangkan pengambilan gula dalam makanan & minuman, tingkatkan pengambilan serat melalui buah-buahan dan sayur-sayuran serta  hindari rokok dan alkohol.


'𝐆𝐮𝐥𝐚: 𝟏𝐒𝐮𝐝𝐮 𝐓𝐞𝐡 𝐃𝐚𝐡 𝐂𝐮𝐤𝐮𝐩, 𝐊𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐁𝐚𝐢𝐤,𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤' 




14 November, 2023

4 Cara Tingkatkan Pengambilan Serat

4 Cara Tingkatkan Pengambilan Serat

🌾Serat merupakan nutrien yang diperlukan oleh tubuh untuk melancarkan sistem penghadaman. Selain itu, serat dapat membantu menstabilkan gula dan mengawal paras kolesterol dalam darah.


🫛🫑Antara sumber kaya serat termasuklah roti bijirin penuh, kekacang, legum, sayur dan buah. Oleh itu, orang ramai perlu meningkatkan pengambilan serat dalam hidangan harian.


Jom Tingkatkan Pengambilan Serat

  • Baca label dan pilih produk mengandungi serat

 

  • Pilih sarapan pagi tinggi serat seperti roti wholemeal, oat atau capati

 

  • Utamakan snek berasaskan bijirin penuh seperti kekacang dan biskit tinggi serat 

 

  • Gantikan separuh bijiin harian dengan bijirin penuh seperti menggantikan separuh beras putih dengan beras perang. 



 

13 November, 2023

Kuching : Trip Borneo 2023

 Assalamualaikum...

Lama bebeno kita tak berada di sini. Kita ni kalau tak bizi ngan urusan harian, bizi ngan layan mobie di Netflix tak pun MSM Telegram. :) 


Kadang nak menulis, amik mood jugak, kan? Walau apa pun alasannya, kali ni kita nak share trip ke Borneo (20hb Oktober - 6hb November 2023). 


Ok, first-first untuk trip ke Borneo ni actually kita dah lama rancang nak menjelajah. Impian Menjelajah dengan moto dari tahun 2019. Tapi, itulah, impian tu terpaksa ditangguhkan sebab kekangan kewangan.  


Aha sebelum teruskan bacaan, apa kata sambil-sambil tu kita dengar lagu ni. Amik mood laa katakan.:)


Itulah, trip jelajah borneo dengan z6OM yang dirancang informal pada 2019, terpaksa dilupakan apabila kosnya hampir mencecah RM10 ribu malah lebih dari itu. Nak tak nak, kita redha je lah, belum tiba masanya lagi lah tu Mawar. Insha Allah, one day, may be, dengan izinNya. 


"Boleh Mawar Pergi Gantikan Dia?"

5 hari sebelum berangkat, apabila boss tanya macam ni, kita dah paham dah, arahan ni takleh nak kata "No". Walaupun sebenarnya, si Muacha ada urusan dengan dentist, si Inas pun ada urusan dengan Hospital Putrajaya, dan si Ujang lagi lagilah. Sendirian kena uruskan diri sendiri. Nasiblah, kita da didik, dia uruskan rumah since dari umur 10 tahun.  


So, sebelum berangkat, macam-macamlah perlu diuruskan, contact dentist dan Hospital Putrajaya dan pesan pada jiran-jiran tengokkan si Ujang. Dan tak sangka plak, 2 hari sebelum trip, kita demam teruk. Rupa-rupanya jangan sesekali skip ubat cegah migrain dan wajib sentiasa berdampingan rapat dengan Caffox. Erghh.. sangat meletihkan keadaan ni. 


Kuching - Sibu - Miri - Kota Kinabalu - Labuan

Dengan short notice, komperm-komperm bajet tak de. Nak mohon pendahuluan diri, memang tak lah. Sebab permohonan kena angkat 2 minggu sebelum trip. Hotel pun macam tu jugak. Nasiblah boss dan unit kewangan jabatan berusaha luluskan 2 LO last minute untuk hotel Miri dan Labuan. 


Kuching : 20hb - 25hb Oktober 2023 (Jumaat - Rabu)

Sebenarnya, kita ni ada darah gemuruh. Banyak sangat pesanan daripada bos dan team yang nak kena hadam, yelah diorang risaw, sebab kita ni bukan team network ataupun hardware. Kita ni bidan terjun menggantikan salah sorang team yang tidak dapat terbang, katanya mornink sickness (mengandung dua bulan). 


Disebabkan darah gemuruh dan short notice, banyak mendalah yang tak dapat setel awal-awal terutamanya bab hotel dan duit belanja. Gaji lambat lagi der. Nasib yang bab dokumen kerja, kita dah setelkan awal-awal. 


Ceritanya pula pagi 20hb tu, aahahah ada masalah ngan luggage. Nasiblah datang ke KLIA2 awal 3 jam, kalau tidak naya mak karim. Pepagi dah kalut. ahahaha makin bertambah gemuruh kat dada ni. Dalam hati tak habis-habis zikir "Ya Allah permudahkan laah pekerjaan ku hari ni, tolonglah, tolonglah kesiankan hamba Mu ni". 

doa permudahkan urusan

Itu yang nampak tenang and sweeet je muka kita hari tu. wakakakaka. Padahal... ko tak tau, jantung ni berdebar bagai nak pecah dada.

Kuching : Trip Borneo 2023
Selamat tinggal MyAirline


Kingwood Hotel, Kuching : 20hb - 22hb Oktober 2023 (Jumaat - Ahad)

Dipendekkan cerita, sesampai je kat Kuching Airport, kita terus tekan apps trivago dan traveloka, nak cari hotel yang paling dekat dengan opis. 


Person-in-charge (PIC) Kuching ada suggestkan hotel bajet yang paling terdekat ngan opis dan fames di kalangan penjawat awam atau orang ramai yang nak berurusan dengan jabatan kerajaan (Bangunan Sultan Iskandar), tapi itulah kita nak kan kelainan la konon. Yelah kan, dah alang-alang sampai ke Kuching.


Lama giler lepak kat airport, mau tak nya terbang jam 9 am, tekan apps trivago, cari hotel yang paling best laa konon.. yang pasti dan wajibnya berbaloi dengan harga dan experience. :) Disebabkan darah gemuruh dan wasap bertalu-talu bertanyakan kabar dan kerja, nak cari hotel pun tak tentu hala dibuatnya. 

Kuching Trip Borneo 2023
Penat dah lama sangat dok kat KIA

Tambah menyeksakan lagi, bateri hp hampir kong, KIA ni langsung tiada plug free pun untuk kita caj, even kat surau pun takde, powerbank pun habis batteri.. 


Traveloka suggestkan satu hotel ni, namanya jeng jeng jeng...  The Marian Boutique Lodging House. Tapi, entah cam ner, kita tertekan plak Kingwood Hotel. Aiyo... apa punya sloppy laa Mawar ni. (actually ada bagus jugak, sloppy tu) 


Then entah camner tertekan, air asia ride... ahahahaha. maka jam 2.30pm, sampailah kita kat hotel Kingwood Kuching. 


Menjengah je lobi hotel, omg, this is hotel lama, komperm ada karpet. dengan muka receptionist yang tak reti senyum.. mungkin dia dah senyum, tapi dah tua sangat, dah tak nampak rupanya senyumannya. hihiih. Aiyooo, serba serbi jadi seram. dengan langkah Bismillah dan salam kita buka pintu bilik, sah, komperm memang hotel lama. Mawar ko dah buat silap dah laa ni. Ko plak book 3D 2N, siap bayar penuh.

 

Dengan kerusi lapuk, cadar tak bergosok, almari yang ada kulat2 hitam, langsir bertahi lalat, bau pun kepam jer.. nasibla bilik kita ni mengadap jalan utama, takde la sunyi sangat. Dah bayar penuh, hadap je lah..Dah ini rezekinya. 


Selesai urusan check in, kita tekan apps GrabCar untuk ke opis. Actually, kalau kat Borneo ni, apps Maxim paling glamer. Bila kita tekan apps GrabCar, lambat betul nak bersambut. Yang ni pun kita nak share jugak, sepanjang kita order pemandu GrabCar kat Kuching, rata-rata pemandunya tak mesra alam. Mungkin diorang tak suka orang semenanjung kot. 


Nasib tak baik hari tu, kita dapat pemandu yang jaraknya hanya 7 minit jer, takde la jauh sangat, tapi kerap betul dia merengus marah-marah. Aishhh, takut taw, pastu suh kita turun cepat-cepat, tak nak hantar ke tempat yang sepatutnya plak tu. Sangatlah bad attitude betul GrabCar hari tu. Kita tak pernah kena lagi sepanjang order GrabCar. 


Selepas selesai kerja... 

Kita pulang ke hotel, ntah napa susah nak tido, padahal, letih benar. Mungkin sebab beralih tempat tido... so 3D 2N tu tido dengan lampu terbuka dan langsir terbuka, dan alunan surah Yasin. Polo bacaan sampai terlena. Tak best betul dok kat hotel tu. Not recommended langsung. 


Mega Inn : 22hb - 24hb November 2023 (Ahad - Selasa)


Pepagi lagi kita dah check out dari hotel yang buat kita tak cukup rehat. kali ni kita check in Hotel Bajet Mega Inn. Mega Inn hanya RM70, sangat dekat ngan opis, tapi kalau nak jalan kaki, boleh tahan  berkicap jugaklah. 


Bagi orang yang ada urusan dengan jabatan kerajaan di Bangunan Sultan Iskandar (Bangunan Persekutuan), ramai yang bermalam di sini. So, kalau lambat booking, komperm penuh. 


Syukur, biliknya ok sangat, best giler. Toiletnya ada bidet, memang advance la bilik airnya, menepati segala keperluan yang even hotel mahal pun tak cenggitu. Memanng tak padan ngan hotel bajet. Best sangat. Tenang dan boleh tido tutup lampu, dan yang paling paling penting, lantainya takde karpet.


Mega Inn ni sebelahnya, ada dobi layan diri, ada farmasi, kedai runcit, dan restoran. Pendek kata, memang sangat strategik. Patutlah ramai yang menginap di sini. Parking pun banyak dan mudah.  

Kerja-kerja pemasangan kabel berjalan lancar dan selesai awal dari jadual yang sepatutnya pada 25hb. Tapi 22hb dah selesai. Jadinya, kita amik peluang laa siapkan report pemasangan dan kerja-kerja opis jarak jauh. wakakakakaka. Maklumlah kita ni orang helpdesk, kesian plak pada user-user yang memerlukan bantuan kita. 


Selesai je semuanya tu, kita pun deal sewa kereta, decide nak pi ronda-ronda Kuching. Lagipun boss dah bagi keizinan. So, dengan sungguh-sungguh buat itinerary. Dalam masa singkat tu, nak pegi punya lah banyak tempat, akhirnya, hanya beberapa tempat sahaja yang dapat pergi. 

Rancangan : 

24 - 25/11/2023 (hantar kereta jam 1pm)

1. Feeding Orang Utan (jam 8 pagi - 10 pagi)

2. Taman Negara Bako

3. Telok Melano - penghujung paling Selatan Borneo

4. Pssar Serikin

54. Muzium Kucing

6. Muzium Borneo Sarawak

7. Benak, Sri Aman

8. Kg Budaya Sarawak, Santubong 


Realiti : 

24/11/2023

1. Telok Melano - minyak kereta hampir habis, masuk ke Sematan, isi minyak 4 botol x 1.5 liter -- follow local ke Shell, Lundu (berpatah balik)

2. Pasar Serikin - beli kain batik. Pasarnya tiada kalau weekdays. Hanya dibuka pada hujung minggu. Tak kisahlah, janji sampai jer.

3. Benak, Sri Aman - fenomena tu baru jer lepas (29 Sept - 1 Oktober 2023), tak perlah, janji da sampai. Dapatlah merasa soft shell crab dan sotong panggang cheese.


25/11/2023

1. Mee Kolok dan Laksa Sarawak Yang Paling Sedap 

2. Muzium Kucing 


Yang lain-lain tu, kita repeat next time lah. So, jam 1pm, kereta sewa done serah pada owner, dan kita terbang ke Sibu jam 3pm. Teruskan kerja di sana plak. 


The Marion Boutique Lodging House : 24hb - 25hb Oktober 2023 (Selasa - Rabu)

Opps, sebelum tu, kita nak share. Sebenarnya kita berhajat untuk bermalam di Santubong. Tapi, apabila baca satu review ni, kata kawasan tu ada satu villa mistik, kita pun seram jugak lah nak bermalam kat sana. 


Jadi, untuk realisasikan impian nak stay kat The Marion Boutique Lodging House yang dikatakan best, terbaik, suasana lain dari yang lain (booking.com user review), kita pun membayangkan yang indah-indah lah, apa lagi, kita pun klik done paid untuk tidur semalaman ni sebelum berangkat ke Sibu. 


"Puan sorang jer ker?"

Jam 9.30 malam, kita check in di kaunter receptionist, kita diajukan dengan soalan yang bagi kita tiada apa-apa makna. Cumanya wajahnya nampak sedikit cuak. Jam 9.30 malam waktu Sarawak seakan jam 10.30 malam waktu Malaysia. 


Kawasan ni, bunyi lagu disko amat membingitkan. Tapi, disebabkan review katanya hotel tu, sunyi dan mendamaikan, jadi kita takde la kisahkan sangat. Then, recepitonist tu, bagi nombor phone pak guard-lak guard untuk dihubungi jika ada apa-apa. hmm.. masa tu kita tak tangkap lagi. 


Kemudian, katanya, puan boleh parking di sini, then boleh naik tangga untuk ke bilik. hmm... barang banyak, mestilah nak park depan tangga bilik. wkakaakakaka. So, dia tunjuklah peta yang dilekatkan kat kaunter. hurm.. aku nak cari tempat ni pun 3x tawaf kawasan ni. huwahahahaha. 


So, nak cari bilik ni plak, kena tawaf lagi, lengkap 7x kali tawaf, dengan perasaan ragu-ragu, kita masuk kawasan gereja, Rupanya bilik tu dalam kawasan gereja. haa... masa tu, tak de apa-apa perasaan lagi, tanya pak guard yang jaga kawasan gereja tu, katanya kena bawak kereta untuk ke bilik. Jauh lagi laa ni. 


Kita pun pandu laa kereta lagi...erkk nampak macam tempat ni la kot, cerah dan ada pak guard. Bila kita berenti, pak guard tu bagitaw ini rumahnya bishop... oooooo salah lagi, bilik tu kat sana. Kena pandu kereta untuk ke sana. 


Ok... kita pun pandu lagi.. aha, bila kita terpandang pokok rendang yang berakar macam pokok beringin dan pagar usang yang terbuka tu, kita dah rasa lain macam. Tambah plak, tiada langsung kereta yang parking. Tadi, receptionist tu bagitau, seakan-akan banyak kereta parking. aishh.. 


Dengan langkah bismillah, kita buka pintu.. tengok bilik dulu camne. Then, semasa kita pijak tangga untuk masuk ke rumah tu, kita baca surah Al-Ikhlas dan ayat kursi. Memang rasa sangat menyeramkan. Nobody is there. mana semua orang dan tempat tu sangat sunyi. tiada lagu atau apa-apa pun. Bunyi disko kat bawah pun tak dengar. 


Then bilik kita kat tingkat dua. Aduh kena panjat tangga plak. Semasa panjat tangga, kita terbau bau busuk dan hanyir seakan sotong lama tu. Ya Allah masa tu Allah saja yang tau. kita beranikan diri ke bilik yang paling hujung.. bukak dan tengok keadaan bilik. 


Dengan cermin yang nampak bayang-bayang sendiri, sunyi sepi hanya bunyi cengkerik, kita tak sanggup nak bermalam di sini. Semasa turun tu, memang terasa sangat seperti diperhatikan. Allah.. masa tu memang berharap pada Allah, dengan perasaan nak menangis pun ada nak meraung pun ada. Sebab rasa something betul. Yang peliknya mana semua orang. Diorg pergi disko ker?


So, kita amik keputusan untuk dapatkan duit deposit RM100 semula, sebab tak jadi nak bermalam. Kita call pak guard, then dia pujuk minta jugak bermalam di situ. Memang tak lah... memang takkan. 


Malam tu, kita cek in semula Mega Inn, dah serik nak cek in hotel lain. Sekali, bila tengok bilik, masya allah, biliknya teruk yang amat. memang teruk sangat Sarung bantal kusam, cadar tak bergosok, almari buruk dan rosak. bilik air jangan cakaplah. Mungkin itu bilik pekerja sebab apa bila kita nak minta tukar bilik, katanya smeua bilik penuh. 


Hurmm.. tak perlah, malam tu, tidur berlapikkan kain batik yang dibeli kat Pasar Serikin tengahari tadi. Tak sanggup nak tidor dengan bantal kusam dan cadar yang orang dah ligan. euwww!!! 


Itulah, experience kita di bumi Kuching. Semuanya dalam lipatan kenangan, yang suatu masa nanti, komperm kita dah lupa. So, untuk ingatan anak cucu  dan diri sendiri, kita abadikan di sini. 



Salam Sayang, 

Putrajaya #spreadlove

12 November, 2023

Poster : Mutiara Kata Habib Ali al-Jufri

kata-kata Habib Ali al-Jufri

Habib Ali al-Jufri

Tanamlah hatimu dengan kasih sayang meskipun engkau berhadapan dengan orang yang engkau benci.

Tidak sedikit orang yang benci yang menjadi takluk tak berdaya saat kita merangkulnya dengan kasih sayang. 

Namun tidak sedikit orang yang kita cintai menjauh kerana kurangnya kasih sayang. 




11 November, 2023

Minuman "Bubble Tea" boleh mengandungi sehingga 20 Sudu Teh Gula!

Minuman "Bubble Tea" boleh mengandungi sehingga 20 Sudu Teh Gula!

Sehingga kini, minuman teh boba atau dikenali sebagai 'bubble tea' masih lagi menjadi pilihan ramai. Namun, sedarkah anda bahawa satu cawan teh boba (500 ml) boleh mencecah sehingga 20 sudu teh gula. 


Ini adalah dua kali ganda melebihi saranan pengambilan gula harian iaitu tidak melebihi 10 sudu teh sehari.


Belum lagi dilihat dari segi kandungan kalori dan lemak dalam 'bubble tea' ini. Sudah tentu kandungan lemak dan kalori adalah tinggi kerana saiz hidangannya yang besar dan ditambah pula dengan pelbagai 'topping' yang menarik. 


Apa kata anda cuba pesan 'bubble tea' dengan versi yang lebih sihat? Tak salah jika sekali sekala ingin mencuba minuman 'bubble tea', tapi janganlah terlalu kerap. Buruk padahnya nanti. Lebih baik sekiranya anda memilih air kosong berbanding 'bubble tea' 😉


"Bubble Tea" versi lebih sihat dengan :

1. Pilih saiz sederhana atau kecil

2. Pilih tiada gula dan kurang gula

3. Pilih topping yang lebih sihat seperti aloe vera, cincau, oat, kekacang atau kurang topping

4. Elakkan tambahan whipping cream, syrup drizzle atau chocolate rice



 



10 November, 2023

Apa Khasiat Pada Minuman Manis?

Apa Khasiat Pada Minuman Manis
Apakah Ramuannya?

Air, Gula, Kalori (kalori pada minuman diperolehi daripada gula/susu pekat manis/krimer atau kordial yang digunakan), perasa/pewarna.


Hanya sekadar menambah jumlah pengambilan kalori anda TANPA KHASIAT.


Gula merupakan antara penyumbang utama kepada pertambahan kalori yang tidak perlu (empty calorie). Ia hanya membekalkan tenaga dan tiada kandungan nutrien atau khasiat pemakanan lain.


Pertambahan kalori yang tidak sepatutnya ini akan menyebabkan kita berasa kenyang dan kurang mengambil makanan lain yang dapat membekalkan kalori dan nutrien yang lebih berkhasiat. Pernah anda terfikir?


Pilihan di tangan anda!




09 November, 2023

11 Sumber Protein Tanpa Kolestrol

sumber protein tanpa kolestrol

Tahukah anda, selain dari sumber haiwan, tumbuhan juga merupakan sumber protein yang baik untuk tubuh. 


Antara sumber protein dari tumbuhan adalah legum seperti kekacang, tauhu, tempeh, fucuk dan banyak lagi. Sumber protein tumbuhan mengandungi lemak tepu yang rendah berbanding sumber haiwan. Kolesterol hanya terdapat dalam sumber haiwan, oleh itu protein dari sumber tumbuhan adalah bebas kolesterol! 


Apa kata, ambil juga sumber protein dari tumbuhan dalam hidangan anda setiap hari. Saranan pengambilan bagi legum dalam sehari adalah sebanyak 1 sajian sehari. 🍽


✅Pilih pelbagai jenis legum (dhal, tempe dan tauhu) untuk menyediakan lauk-pauk.

✅Makan legum sebagai snek atau ditambah ke dalam lauk-pauk.

✅Ambil satu sajian legum (contoh: dhal, tempe, tauhu dan lain-lain) sebagai sebahagian daripada pengambilan protein harian anda.

08 November, 2023

Jangan Lupa Minum Air Kosong Secukupnya!

Jangan Lupa Minum Air Kosong Secukupnya!


Pilihlah air kosong berbanding minuman manis kerana air kosong tiada kalori. Pengambilan air kosong yang cukup dapat mengelakkan berlakunya dehidrasi, badan terasa lemah, sistem badan pun akan terganggu. Jom minum air kosong yang cukup setiap hari. 

  • Kanak-kanak (2 - 3 tahun), 1 hingga 2 gelas sehari

 

  • Kanak-kanak, Remaja dan Dewasa (4 - 18 tahun dan ke atas)


Nak minum banyak mana air kosong untuk sehari ye?




07 November, 2023

Poster : Berbuat Baik Kepada Semua

poster buat baik pada semua

Jangan pilih-pilih. 

buat baik dengan orang, 

buat baik dengan semua


Kalau dia tak balas,

Allah balas. 

Setiap kebaikan 

tiada yang sia-sia.




06 November, 2023

Makan Buah Potong Tak Perlu Cicah!

Makan Buah Potong Tak Perlu Cicah!

Elak mengambil buah-buahan bersama penambah rasa (asam boi atau pencicah seperti kicap soya). Pilih dan sediakan makanan dengan kurang garam (sos, kicap dan penambah perasa)


Nikmati rasa semula jadi makanan dengan kurang rasa masin tanpa garam, sos dan penambah perasa. Buah-buahan segar adalah lebih sihat dimakan begitu sahaja tanpa penambah rasa seperti asam boi atau pencicah seperti kicap soya.

05 November, 2023

Amalkan 1️0 Langkah Pencegahan Penyakit Bawaan Air dan Makanan Semasa Banjir

Amalkan 1️0 Langkah Pencegahan Penyakit Bawaan Air dan Makanan Semasa Banjir

 Amalkan 1️0 Langkah Pencegahan Penyakit Bawaan Air dan Makanan Semasa Banjir

1. Sentiasa minum air yang telah dimasak atau air terawat yang dibotolkan

2. Makan makanan yang telah dimasak sahaja

3. Jaga kebersihan kawasan persekitaran

4. Buang makanan yang telah terendam dengan air banjir atau rosak

5. Jaga kebersihan diri, basuh tangan sebelum menyediakan makanan, makan dan selepas ke tandas

6. Elakkan makan makanan mentah seperti ulam-ulaman dan sayuran yang belum dimasak

7. Amalkan "Lihat, Hidu dan Rasa" sebelum makan

8. Pastikan penyediaan makanan dan susu yang selamat untuk anak-anak

9. Jangan makan makanan yang disediakan melebihi 4 jam

10. Tutup makanan supaya tidak dicemari (lipas, lalat dan tikus)


✅Tindakan anda dapat membantu mengelakkan diri dan keluarga tersayang daripada penyakit seperti demam kepialu (Tifoid), Taun (Kolera), Hepatitis A, Disenteri dan keracunan makanan.


🇲🇾Ambil cakna 10 langkah pencegahan penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir untuk perhatian bersama.




04 November, 2023

Selain Daripada Garam

Selain Daripada Garam


Selain Daripada Garam - Rempah ratus dan perisa semulajadi boleh meningkatkan rasa sedap pada makanan. 

1. Lada hitam

2. Rempah ratus

3. Bawang putih

4. Cili

5. Rempah kari

6. Halia

7. Herba

8. Perahan lemon


📌Ketahui alternatif bagi garam yang boleh meningkatkan rasa sedap pada makanan anda dan masih mengekalkan hidangan yang sihat dan bernutrisi. Kesedaran terhadap tabiat pemakanan yang berkhasiat, bermula daripada rumah. 




03 November, 2023

Cuci Tangan Dengan Betul

Cuci Tangan Dengan Betul

🧼Amalan mencuci tangan merupakan cara terbaik untuk mengelakkan penyebaran kuman antara seseorang individu kepada individu yang lain.


💦Amalan membasuh tangan perlu diterapkan di semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga dewasa.


✅ Terdapat beberapa keadaan yang memerlukan seseorang mencuci tangan berikutan peningkatan risiko penyebaran kuman kepada individu lain. 


‼️Cuci tangan anda dengan betul menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan bagi mengelak penyebaran penyakit yang boleh membahayakan nyawa.


Cuci Tangan Dengan Betul untuk mengawal dan mengurangkan penyebaran penyakit. 

Pastikan cuci tangan dengan menggunakan sabun atau pensanitasi tangan

1. selepas batuk atau bersin

2. selepas menggunakan tandas

3. sebelum makan

4. sebelum, semasa dan selepas menyediakan makanan

5. selepas mengendalikan haiwan atau najisnya

6. ketika menjaga orang sakit

7. apabila tangan kotor




02 November, 2023

Awasi 4 Perkara Ni Dalam Makanan

 

Awasi 4 Perkara Ni Dalam Makanan

Awasi Gula Tersembunyi

1. Minuman Manis - minuman berkarbonat, kopi dan teh tarik, minuman 3 in 1 dan minuman berkordial

2. Sos/perasa - sos cili dan tomato, sos salad, sos pasta dan kicap

3. Pemanis mulut - kek dan biskut, kuih muih, donat dan pastri dan aiskrim

4. Jem Sapuan - jem buah, madu, mentega kacang dan sapuan coklat.


BERHENTI dan fikir sejenak– berapa banyak gula tersembunyi yang telah diambil dari minuman atau makanan anda hari ini?


Kebanyakan gula yang kita minum dan makan adalah 'tersembunyi'. Jadi, tanpa disedari kita sering mengambil gula baik daripada makanan mahupun minuman. 


Pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula secara kerap juga akan mengakibatkan pengambilan kalori berlebihan dan boleh meningkatkan risiko penyakit diabetes.


Jom elakkan dan hadkan gula tersembunyi dalam pengambilan makanan harian anda demi kesihatan yang lebih terjamin.




01 November, 2023

4 Sebab Wanita Menjadi Gemuk Selepas Berkahwin

Kebanyakan wanita akan naik berat badannya secara mendadak selepas berkahwin. Perkara inilah ramai wanita tidak inginkan. Mereka ingin sentiasa tampil cantik dan langsing dihadapan suami tersayang. 


Malangnya ada beberapa perkara yang akan menyebabkan wanita bertambah berat badan selepas berkahwin.


1. Persiapan Perkahwinan

Bagi menempuhi hari bahagia ini, wanita akan diet dan tidak makan sebelum bersanding. Kerana itulah ramai wanita kelihatan cantik dan anggun pada hari persandingan mereka. Namun apa yang terjadi selepas hari persandingan mereka, mereka akan makan sebanyak yang mungkin bagi menggantikan apa yang sebelum ini.


2. Makan Bersama Suami

Mengikut kajian, lelaki lebih banyak makan berbanding wanita, tetapi berat badan lelaki susah untuk bertambah disebabkan mereka banyak melakukan pergerakan dan pekerjaan. Oleh yang demikian, mana mungkin si isteri ingin membiarkan suami makan seorang. Mesti hendak berteman.


3. Waktu Di Dapur

Ketika baru berkahwin, pasangan suami isteri lebih banyak menghabiskan waktu bersama untuk memasak di dapur. Tidak mustahil bagi pasangan suami isteri naik berat badan pada waktu itu.


Selepas seharian penat mengurus rumah, wanita akan jadi malas untuk melakukan senaman. Disebabkan itulah wanita menjadi gemuk selepas berkahwin. Bagi yang berkemampuan, mereka mempunyai orang gaji sendiri.


P/s: Kepada wanita, buat persediaan rapi sebelum berkahwin.