05 November, 2015

Genting Highlands Lagi...

Genting Highlands

Aha...
Lama tul tak ride...Melati cukup rindu...aliran adrenalin yang buat kita rasa bebas, happy, dan rasa lainlah.. susah nak gambarkan perasaan tu. 




Nak tak nak.. layan jela Genting Highlands. Just untuk tingkatkan kecekapan layan selekoh semasa di  Karak Highway, Lebuhraya Timur - Barat (Grik) dan PLUS Highway Gua Tempurung dengan kereta comey ni. Yang bestnya, pikapnya memang terbaik. 




Melati tak de la modify kereta tu. Speks nya biasa-biasa je. Just layan je...janji cekap semasa di selekoh. 


Tukor mounting dan servis tayar


Dua minggu lepas, Melati layan Genting, jalannya lengang dan tarnya tiada lagi pecah-pecah. So, memang syok sangat la. Time turun...pergh...memang layan abih.


Time ni, hujan renyai-renyai, angin kuat dan sejuk sangat. Best!!!

Minggu ni, Kak Long ajak Melati ke Perlis dari Terengganu. Tak sabar rasanya, nak layan Grik. Grik adalah tempat pertama Melati mula-mula pandu kereta untuk long journey pada tahun 2009.

Teringat kisahnya suami Melati menjerit ketakutan, semasa Melati buat pertama kalinya, drive ke Changlun, Kedah. 

Time tu Melati asyik makan jalan je.. asal selekoh je, asyik masuk laluan sebelah. Asyik nak bertembung dengan kereta di laluan tu. Mau tak kawan tu menjerit...wakakakakak.

Satu kenangan yang kelakar buat Melati. Tapi sejak sejak dari tu, Melati jadi addict pada selekoh. Melati suka layan. 

Setelah Melati berjauhan dari famili, pada tahun 2009 -2010, Melati berpindah ke Putrajaya, Melati layan selekoh sini sini je. Selekoh Putrajaya - Jenderam Hilir - Nilai - Port Dickson. Ini jalan dalam nak ke Nilai, Seremban, Port Dickson, Melaka dan Muar, Johor. 


My lovely Jaja...hanya tinggal kenangan

Itu semasa Melati pakai Alza. Melati suka lepak dan layan angan-angan kat Blue Lagoon, Tanjung Tuan, Port Disckson. Kat situ memang tiada apa-apa. Hanya semata-mata layan angin pantai je. Ada pokok nyor dan lagoon. Sunyi dan tenang je. 

Kemudian, Melati akan sambung lagi driving ke Teluk Pelanduk, Linggi dan Pengkalan Balak. Melati akan berhenti solat di surau yang mengadap pantai Pengkalan Balak.


Memang siap ada buaian. Inilah keunikan pantai belah-belah Melaka (Ehsan umangumangchalet.blogspot.com)
Memang best...terutama kat Linggi, ada satu perkampungan tradisional yang cantik dan tenang. Tempat tu memang popular dan glamer bagi orang filem. Mereka sering buat penggambaran drama di kampung tu. 

Kat Kuala Linggi tu juga, ada kubu lama namanya Fort Supai. Pantai Kuala Linggi pun cantik macam Pantai Kemasik Terengganu. 


Pantai Kuala Linggi, Melaka (Ehsan rompin77.blogspot.com)

Itulah serba sikit pasal kenapa Melati suka layan Genting Highland walaupun bersendirian dan walaupun malam-malam. I'm little bit crazy 'bout it. Ayah Melati pernah cakap yang dia menyesal tanam uri Melati jauh dari rumah. 

Katanya, kerana uri tu, buat Melati daring pasal menda-menda macam ni. Kalu nak tau, ayah sebenarnya tak menyokong Melati main motor. 


Side mirror yang paling kelakar

Abang dan Kak Ngah pun tak sokong juga. Yang menyokong hanya arwah mak dan kak long je sering "bakor" adik bongsu dia ni. 

Sehinggakan Melati jadi inspirasi buat anak-anak saudara Melati. Diorang pun nak ada moto besaw macam Che Su. "Apa-apa lah yang". Janji belajar sampai ke menara gading, rajin kerja, rajin cari duit, hormat orang tua...boleh laa pakai big bike tu. 

Alhamdullillah, setakat ni, Allah amat permudahkan urusan Melati. Berjalan sana sini, tiada sebarang halangan. 

Tips Melati, selalulah amalkan amalan bersedekah semasa kita dalam perjalanan dan selalu wat solat musafir serta jangan lupa baca doa menaiki kenderaan. 





Selalu berzikir dalam hati dan selalu berfikiran positif sekiranya tersesat. Itulah yang sering Melati amalkan sepanjang Melati berada di luar rumah. 

Bagi Melati, Allah akan pelihara kita selagi kita sentiasa ingat pada-Nya. Bukannya Melati tak pernah nak bertembung dengan lori atau kereta yang selalu kelam kabut tapi Allah itu adil. Kita ingat Dia, Dia ingat kita, kan?





04 November, 2015

Petanda bisul di kepala

"Sejak akhir-akhir ni, Melati sering sakit kepala, terutama di hadapan dan belakang tengkuk. Kadang-kadang tu, ada biji-biji ruam gatal timbul pada kulit kepala."

Melati cuba mencari maklumat pada internet. Mana tau kalau-kalau ada info, sekurang-kurangnya dapat jugak menghilangkan sedikit kerisauan. 




Hasil pembacaan Melati berkenaan sakit kepala ni ada perkaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. 

Sekiranya sakit atau pun pening pada hadapan kepala - ada sedikit tekanan jiwa (neurosis) disebabkan bebanan mental dan banyak sangat berfikir. 

"Hurm... betul juga tu. Banyak menda Melati kena handle sejak kebelakangan ni. Naik runsing dibuatnya sebab banyak menda tak terbuat. "

Kalau sakit atau pening pada belakang kepala pula ada dua sebab : 

  • Bahagian atas - ada tekanan darah tinggi
  • Bahagian bawah - ada tekanan darah tinggi atau rendah. 


Dan kalau ada bisul di kepala, macam Melati naik biji-biji ruam itu petandanya ada berlaku pembuangan toksin yang dikaitkan dengan migrain. 

"Betul juga tu, sebab sebelum Melati kenali Shaklee, asal sakit kepala, Melati akan cari tempat gelap dan tidur, tak pun sekadar  berehat. Kadang-kadang tu, tak tahan sangat, Melati telan paracetamol. "

Tapi setelah tau keburukan telan pil pain killer ni, Melati mencari alternatif lain dengan merawat secara semulajadi salah satunya dengan mengambil supplemen Shaklee. 

Melati bukan kaki bersenam, berpeluh pun jarang. Dah.. cam ne toksin nak kuar kalu tidak melalui gatal-gatal pada kulit dan ruam pada kulit kepala tak pun jerawat pada muka ataupun badan. 

Opss, sambung balik... 

Sakit kepala dan terasa gas keluar dari telinga - itu menandakan ada penyakit migrain. 



Dan kalau kepala rasa pening memusing - itu tandanya kurang darah dan pengaliran darah tidak berjalan dengan lancar. 


Cara Merawat Migrain 


  • Semulajadi tanpa kos 

Berbaring pada katil dan kepala perlahan-lahan diturunkan dari katil. Kaki kekal berada di katil. Biarkan selama beberapa minit. 

Teknik ini adalah untuk menurunkan perjalanan darah  ke arah kepala sebab punca migrain adalah kerana kekurangan darah dan oksigen pada bahagian kepala. 

  • Semulajadi dengan kos

Mengambil supplemen yang kaya dengan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan B

  • Kalsium - membina tulang dan gigi malah membantu menetapkan degupan jantung. Ia juga membantu menyelesaikan masalah insomnia (sukar tidur) dan memelihara fungsi saraf, otot dan buah pinggang. 
  • Magnesium - penting untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang. Apabila kejang, migrain akan terjadi. 
  • Vitamin D - penting untuk penyerapan kalsium. Kalu tidak diserap, kalsium akan menjadi batu karang. 

Sebab tu, tidak digalakkan overdose kalsium. Pernah satu ketika dulu, salah seorang dari ahli keluarga Melati terpaksa dibedah untuk membuang batu karang setelah minum bertin tin susu jenama xxx. 



Doktor mengesahkan kalsium yang diambil tidak diserap sepenuhnya, dan itu telah menyebabkan adanya batu karang pada pundi kencingnya. 

"Sharing je tu... berbalik pada vitamin seterusnya."

  • Vitamin B - Vitamin B2 (riboflavin) dan B6 (Pyridoxine) mampu mengurangkan sakit migrain, kemurungan dan strok. 

Migrain ini biasanya terjadi disebabkan pemakanan, gaya hidup ataupun hormon. Jadinya, ubahlah gaya hidup dan pemakanan anda demi kesejahteraan diri anda. 


Supplemen Shaklee untuk migrain suffering

  • Ostematrix












  • B Complex








  • Testimoni set penawar migrain












03 November, 2015

Bermulanya RinduMelati di sini...

Lama betul tak menulis kat sini. 

Sebenarnya, ia terhenti disebabkan Melati berhajat nak membeli domain sendiri sejak September yang lalu. Tapi tak terbeli. Dah survey sana sini, dan da ada yang sangkut da pun... tapi ia terhenti di pertengahan jalan. 

Kali ni, Melati kena teruskan menulis jugaklah, demi silent reader blog rindumelati ni. Terima kasih sebab support blog ni. Sayang kamu semua, taw!

Well, sebenarnya, banyak menda nak dikongsi sehinggakan tak tau yang mana satu yang mana nak dimulakan dulu. 

Orait, actually, ramai kawan-kawan mencadangkan Melati untuk teruskan berkongsi pengalaman Melati menjelajah bebas ke hulu ke hilir di bumi Allah ni. Dan ada jugak yang suggest Melati sharing pasal Shaklee je. Hurmm...dilema sungguh hati ni dibuatnya.

Tapikan, niat asal Melati menulis di blog rindumelati ini adalah untuk sharing pasal pengalaman perjalanan sepertimana yang ada pada blog-blog kaki jalan yang lain. 

Senang untuk kawan-kawan yang lain membuat rujukan, kan? Tambahan pula, Melati memang suka sangat berkunjung kat tempat-tempat yang tak berapa nak glamer dan tak famous

So, sekurang-kurangnya, Melati bolehla, kan berkongsi tips untuk panduan kita semua. Mana tau ianya berguna. Inshaa Allah.

Inilah dia rentetan citer asalnya niat Melati wujudkan blog rindumelati....


Selepas pulang dari Umrah Mei 2011 secara sendirian, Melati mula berani untuk melangkah berseorangan menjelajah ke bumi Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia pada November 2012. 




Dari Selatan naik ke Utara, Melati ke Toraja, ke Gua Makam Bangsawan Toraja, mendekati budaya orang sana dan juga secara tak langsung mengenal bermacam-macam nama pengangkutan awam yang ada di bumi keturunan Bugis ni. 


Dan yang paling tidak mampu dilupakan, Melati terpaksa meminjam duit orang tempatan dan menggadaikan satu urat gelang emas putih hadiah harijadi disebabkan masalah kad ATM dan kebetulan duit habis licin untuk pulang ke Malaysia. 

Itulah antara pengalaman yang paling tak dapat dilupakan sehingga ke saat ini. 




Kemudian, pada tahun penghujung 2012, Melati mula berjinak-jinak dengan bumi Thailand. Sejak dari situ, hati Melati rindu sangat dengan keramahan dan kesopanan orang Melayu Thai, keindahan bumi Thai dan macam-macam lagi. 


Lunch@Songkhla

Pada Januari 2013, lagi sekali Melati menunaikan umrah. Trip kali ini, memang best. Melati berjaya mendaki Jabal Nur. Pengalaman yang paling terindah. 


Muka Melati menahan sakit lenguh sendi dan demam selesema

Tak terungkap dengan kata-kata. Allah saja yang tau. Jabal Nur bermaksud Bukit Bercahaya. Memang sangat bercahaya seperti siang walaupun di waktu malam.  

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan, selepas pulang dari Jabal Nur, Melati sakit lenguh-lenguh sendi dan batuk selesema sepanjang berada di Makkatul Mukarramah dan di Madinah sehinggalah kepada saat pulang ke Malaysia. 

Alhamdullillah, Melati dikurniakan seorang suami yang penyayang, yang sanggup bersusah payah memapah Melati untuk berulang alik ke Masjidil Haram dan Nabawi serta melayan semua kerenah Melati sepanjang berada di sana.


Breakfast@Aonang, Krabi

Then, pada April 2013, Melati mula menjelajah Krabi sendirian dan kemudian lagi sekali Melati ke Krabi bersama famili pada Oktober 2013




Lunch@Krabi - pondok sebelah masjid. 

After that, Melati mula join group motor Benelli600 pada September 2013. Dan Melati berpeluang join konvoi ke Hat Yai untuk pertama kali dengan bikers, as a photographer pada Jun 2014 untuk event Danok Bike Week



Cinta pandang pertama

Pada November 2014, Melati bersama-sama anak-anak kecil menjelajah sendirian di bumi yang bagi Melati cukup asing. Melati tak pernah sampai pun sebelum ni dan pernah tersesat beberapa kali semasa perjalanan pulang ke hotel. Lupa ingatan...

Sebenarnya, sebelum bertolak, banyak kali Melati buat solat istikhorah, minta petunjuk. Melati takut dan kecut hati jugak namun Melati gagahkan jugak lah... 

Alang-alang da banyak da berhabis untuk trip ni, akhirnya Melati terbang ke Ho Chi Minh, Vietnam pada  Nov 2014, dan menaiki bas ke Phnom Penh dan seterusnya ke Seam Reap, Cambodia. 


Merentasi Vietnam - Cambodia

Kemudian Melati beranikan diri bersama anak-anak menaiki teksi sapu dari Seam Reap - Poipet - Aryaphratet, Thailand. Nasib la masa terhad, kalu tak kami terus ke Bangkok Thailand sambung menjelajah lagi. 


Prebet sapu atau teksi sapu

Sebab dari Aryaphratet ke Bangkok, hanya 19km je. Rugi pulak masa tu, amik penerbangan pulang ke Malaysia dari Seam Reap. 




Namun, pengalaman yang paling menakutkan dan mencemaskan Melati, apabila Melati tersangkut di lapangan terbang Cambodia means tidak dapat pulang ke Malaysia gara-gara salah faham pasal tiket. 





Alhamdullillah, ada insan yang bermurah hati sanggup menolong. Dapat jugak lah kami terbang pulang. Perasaan lega sesangat pada masa tu. Melati selitkan USD50 sebagai upah untuk orang yang sudi membantu saat-saat genting cam tu.


Airport Seam Reap

Keindahan bumi Seam Reap terutama menikmati sunset bersama sang raja air tawar (buaya) di Tonle Sap Lake menggamit kenangan yang teramat indah. Waktu tu, lupa Melati pada semua masalah. 




Kemudian, pada Disember 2014, Melati buat kali kedua, mengikuti konvoi bermoto ke Betong, Yala, Thailand. 

Pada Mac 2015, lagi sekali masuk Hat Yai, konvoi berkereta bersama kawan-kawan bikers Melati. 


Ole-ole Floating Market 

Dan yang paling paling best, adalah pada April 2015, Melati lagi sekali diundang untuk ikuti konvoi bermoto as a photographer bagi misi ke Phuket Bike Week. 


Melati bersama rakan Kawasaki Ladies Bikers@Danok Border



Lunch@Krabi

Yang itu, Melati siap rakam video, tetapi disebabkan ada sedikit masalah teknikal pada laptop Melati, video tu terpaksa hold dulu lah. Kumpul duit untuk beli laptop hi-end

Yang sekarang ni, laptop sejak tahun 2010, da banyak software and hardware yang da obselete. Setakat layan movie boleh la. 

Banyakkan citer nak sharing.. tapi itulah. 

Inshaa Allah, ada masa yang sesuai, ada mood yang baik, Melati akan kongsikan cerita dan tips jejalan untuk rujukan kita semua. 

See u then guys. Muaaahs.