30 November, 2014

Poster : Sayangi Mak Ayah

 

Poster  Sayangi Mak Ayah

Jangan pernah lupakan dua orang dalam hidupmu:

1. Orang yang rela kehilangan segalanya hanya untuk membuatmu menang (Ayah)

2. Orang yang tetap bersamamu di setiap masa sulitmu (Ibu)




29 November, 2014

Mutiara Hati : Hidup Tenang Tanpa Berbohong

Assalamualaikum wbt

Jujur dengan diri sendiri akan menjadikan hidup anda lebih tenang, kerana ia membebaskan anda daripada beban berbohong.

”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, 

kedua ibubapa kami,

ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, 

berilah kesihatan yang baik kepada kami, 

lanjutkan usia kami, 

kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.” 

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.




28 November, 2014

Poster : Hubungan Cinta Illahi

Poster  Hubungan Cinta Illahi

Jadikan solat seperti hubungan cinta kamu bersama dengan Allah. 

Rindu bila ditinggalkan, resah bila tak dilaksanakan.




27 November, 2014

Trip Merentas Dua Sempadan Cambodia - Vietnam

 (Ho Chi Minh City - Phnom Penh - Seam Reap) 
04 - 09 Nov 2014


Perjalanan akan bermula. Cuti sudah apply, flight sudah book dan seterusnya...research, belek-belek blog member-member yang pernah pergi ke sana, intai-intai TripAdvisor dan Lonely Planet serta surfing maklumat laman web Cambodia dan Vietnam Government. 

Almaklum, pergi bersama-sama anak-anak, agenda untuk shopping bukanlah agenda utama, tetapi memberi pendedahan kepada tempat-tempat bersejarah dan terkemuka di dunia. Sekurang-kurangnya, apabila belajar sejarah-sejarah dunia, mereka lebih jelas dan mudah faham serta lebih ambil tahu berkenaan perkembangan di persekitarannya. Sejarah adalah subjek yang penting dalam hidup kan...kita lebih tahu apa yang perlu kita capai, kejar dan kita mahu kan..