18 June, 2020

Islam Akhir Zaman - Ust. Auni Mohamed

 


Hadis Nabi Sallahualaihuwasalam bersabda; 
"Hampir saja akan tiba kepada umat manusia di akhir zaman, 
  • Pertama - tiada yang kekal kecuali namanya islam, 
  • Kedua - panduan umat islam, Quran - tiada yang tersisa kecuali tulisannya, 
  • Ketiga - masjid-masjid besar indah tetapi sunyi dan kosong dari hidayah Allah Taala, 
  • Keempat - ulama' pada masa itu seburuk-buruk manusia di bawah naungan langit, kerana ulama' itu yang mengeluarkan dan kembalinya fitnah tersebut."

1. Islam 
Kita islam kerana kalimah syahadah yang kita lafazkan. Apabila muslim, kita kena beriman dan kepercayaan Allah Taala Tuhan kita dan Muhammad sallahualaihiwasalam adalah hamba Allah Taala yang menjadi rasul.

Iman dan ilmu ada hubungkaitnya. Iman tanpa ilmu, tidak bermakna. Ilmu yang perlu kita ada berkaitan dengan allah adalah zat-zat, sifat-sifat, nama-nama dan perbuatan Allah Taala yang kita percaya dan imani.





Sama juga dengan Nabi Muhammad sallahualaihiwasalam. Kita mempelajari tentang kerasulan dan sirah Nabi Muhammad sallahualaihiwasalam




Jangan berilmu tanpa iman. Islam ada disiplinnya. Ada perintah dan larangan. Kehidupan manusia adalah ujian untuk lafaz syahadah kita. Inilah way of life - islam.

Akhir zaman, ramai yang membanggakan dosa-dosanya. 

2. Al-Quran
Sekarang kita baca Quran ikut mood sahaja. Jangan sedemikian, kerana Quran ini adalah sumber kehidupan dan ketentuan Allah dan sumber hidayah dan panduan hidup sebagai gaya hidup islam. Nabi Muhammad sallahualaihiwasalam yang menjadi penghurai, penterjemah dan pencerah kepada Al-Quran. 

Belajarlah dengan banyak guru, kerana lagi banyak guru, banyak ilmu, sudut, ilmu dan pandangan tentang sesuatu ilmu. 

Jika belajar sorang-sorang kadang kala menggunakan akal boleh jadi tersasar. Bahaya!!!

Al-Quran bukan setakat dibaca sahaja, tapi perlu difahami dan diamalkan segala perintah yang dalam Al-Quran. 
  • Pertama - baca dengan lisan iaitu mempelajari cara bacaan, belajar makhraj huruf dan tajwid serta taranum
  • Kedua - baca dengan akal 
  • Ketiga - baca dengan hati. Hati adalah tempat yang mengambil manfaat dari ayat yang kita baca. Hati akan merenung. 
Ramai yang melanggar batas-batas Al-Quran, iaitu orang yang membaca Al-Quran tetapi tidak meresap dalam gaya hidup kita.  

Dalam Al-Quran ada yang jelas dan ada juga yang perlu explore. Allah Taala hendak kita mempunyai ilmu berpengetahuan.



Tunduklah kepada Allah Taala kerana betapa rumitnya penciptaan manusia. 

3. Masjid
Indahnya masjid adalah apabila ramai umat datang solat berjemaah. Masjid adalah tempat penyatuan (persaudaraan dan kesatuan). Masjid adalah tempat kita menilai diri. Tiada diskriminasi dalam rumah Allah Taala. Masjid adalah tanggungjawab semua dan menjadi sumber petunjuk dan hidayah. 

4. Ulama' yang seburuk-buruk manusia
Ulama' tidak mampu bertindak dengan baik dalam masyarakat. Contohnya berkompromi dengan perkara salah dalam masyarakat dan menyalahi hukum Allah Taala. Besar dosanya. 

Sifat orang beriman adalah inginkan saudaranya mendapat kebaikan sebagaimana dia mendapat kebaikan daripada Allah Taala. 

Jadikanlah Nabi Muhammad Sallahualaihiwasalam Idola No. 1 kerana berperibadian yang mulia, percakapan yang sama dengan perbuatan. 

Yang penting, sentiasa bermuhasabah dan sentiasa minta Allah Taala menampung apa yang kurang dalam diri kita, dan kekalkan mana yang lebih dan baik pada diri kita. 

Sifat orang beriman, adalah apabila lebih, kita bersyukur  dan apabila kurang, kita bersabar. Kembali kita nanti adalah yang macamana, samada membela agama Allah Taala atau menentang agama Allah Taala. 



09 June, 2020

Tertiber Surabaya : House of Sampoerna, Makam Sunan Ampel, Bangkalan Madura