09 August, 2016

Perlu Mekap Ke?

Terbukti berkesan...bangun pagi, terus amik vivix sesudu teh...tak perlu nak bancuh bagai. Terus suap ke mulut then minum air suam..

Nyummmy....masam aggur manisnya carrot..nak gtaw rasanya masam masam manis...

Manfaat vivix :

1. Agen detox
2. Kulit cantik, jerawat dan jeragat tak boleh nk singgah menempel lama-lama
3. Takde bisa bisa badan
4. Mata terang
5. Rambut lebat

Nak lagi berseri...amik sekali ngan vit e, vit c, b comp, soya protein, omega dan ostematrix. Complete 
....







07 August, 2016

Alternatif Untuk Kudis Buta




Si ibu terdesak menggunakan vivix untuk mengatasi masalah kudis buta setelah semua ubat-ubatan klinik tidak berjaya memulihkan masalah jangkitan kudis buta. 

Ini namanya ikhtiar. Tak de salahnya mencuba, sebab vivix merupakan supplemen berasaskan tumbuh-tumbuhan organik. Dan ternyata ianya berkesan membasmi jangkitan kudis buta.


Apa kata kita baca dulu kisah kudis buta ni. 

Kenapa kudis aka scabies ni dikenali sebagai kudis buta? Kenapa tidak nama lain. 

Rupa-rupanya, apabila menjelang malam je, rasa gatal dan miang akan menjadi-jadi. Dalam keadaan pejam pun, tangan boleh tergaru sana, tergaru sini. Alahai kesiannya.

Yang tambah kesiannya lagi, apabila kudis tu mula berwarna merah, berlubang dan bernanah. 



Kudis buta ni sering menjangkiti bayi dan kanak-kanak dan boleh juga menjangkiti semua ahli keluarga samada kecil atau dewasa. Kudis buta mula berjangkit dan merebak menerusi sentuhan kulit, perkongsian bilik, tempat tidur dan pakaian. 

Hama Sarcoptes Scabiei merupakan hama kudis buta ataupun nama modennya Scabies. Hama tersebut akan mati dalam tempoh 48 - 72 jam sekiranya tiada sentuhan dengan mana-mana manusia. 



Namun, apabila ia berjaya naik ke badan manusia, ianya kan menyelinap di bawah kulit dan mampu hidup selama dua bulan. Ia hidup dengan menghisap darah dari mangsanya.

Hama jahat ini amat suka pada tempat yang terlindung dan sejuk, Kebiasaannya, kudis buta ni terjadi pada bawah paras leher hingga ke tapak kaki iaitu pada celah jari, tapak tangan, bahagian dalam pergelangan tangan, ketiak, sekitar pusat, siku, kaki, buku lali, kemaluan dan punggung. 


Sepanjang dua bulan di bawah kulit itulah, hama jahat ni akan berumah, bertelur dan beranak pinak dan menyebabkan kulit menjadi teramat gatal dan miang yang tak terkata. 

Dek kerana terlalu gatal, tangan tak henti-henti menggaru, hinggakan kulit menjadi luka dan berdarah. Bermula dari luka tersebut, kudis mula merebak dan hama berpindah ke bahagian kulit yang lain pula. (person-to-person transmission).


Cara Menghapuskan Hama Sarcoptes Scabiei 

1. Bunuh hama tersebut. 
Kebiasaannya doktor akan memberi ubat sapu. Ubat tersebut adalah racun serangga iaitu Malathion dan Benzoate perlu disapu rapi untuk memastikan tiada seekor pun hama yang terlepas dan mati dalam tempoh 24 jam. 

Apabila hama mati, jangkitan kudis buta akan mula surut dan reda. 

2. Cuci pakaian atau kelengkapan mangsa dengan air panas dan berkanji. Pakaian berkanji akan memberi rasa selesa pada kulit sensitif atau kuat berpeluh

3. Mana-mana kelengkapan yang tidak boleh dicuci, masukkan dalam beg plastik tertutup dan simpan selama 7 hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.

4. Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan menggunakan vakum. 

5. Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama mangsa harus dirawat untuk memastikan mereka tidak dijangkiti hama tersebut. 

6. Mandikan dan sapukan tepung ubi kayu pada mangsa untu mengurangkan rasa gatal dan miang. 


Antara ubat yang digunakan



i. Losen Permethrin (tidak boleh digunakan pada bayi berusia kurang dari 2 bulan)



ii. Losen Malathion



iii. Gamma Benzene Hexachloride (Lindane)



iv. Losen Benzyl Benzoate 



v. Losen Crotamiton (Eurax) 



vi. Piriton 



vii. Antibiotik

viii. Antihistamine



Tempoh rawatan 

Bagi orang dewasa, kegatalan akan reda memakan masa bertahun-tahun. Begitu juga dengan kulit yang mana kulit akan menjadi gelap dan kasar. 

Adalah digalakkan sapu krim vitamin E untuk mengatasi masalah kulit tersebut selain membuat sapuan salt scrub semasa mandi untuk membantu mencerahkan semula kulit. 

Kalau tak nak beli, boleh je buat sendiri salt scrub ni. Lebih jimat dan bebas dari bahan kimia. Betul tak?



Pencegahan 

1. Perlu rawatan segera untuk mengelakkan ianya merebak
2. Perlu dikuarantinkan 
3. Kudis buta boleh berjangkit semula, jadi adalah perlu arahan rawatan dipatuhi.
4. Elakkan berkongsi pakaian atau barangan peribadi
5. Rendam pakaian dalam air panas
6. Jemur tilam, bantal dan permaidani di bawah terik matahari

Apa-apa pun, mencegah tu lebih baik dari mengubati. 

sumber : www.jasduit.com


06 August, 2016

Pengedar SHAKLEE Putrajaya/Cyberjaya, COD dan Pos

Mawar Melati  adalah pengedar shaklee kawasan Putrajaya/Cyberjaya, yang boleh Cash On Delivery (COD) atau pun melalui pos. 

Bagi sesiapa yang berada di kawasan Putrajaya dan Cyberjaya, boleh hubungi Mawar Melati yang bergiat aktif sebagai agen shaklee Putrajaya/Cyberjaya yang sah. 

Selain Putrajaya/Cyberjaya, Mawar Melati boleh COD bagi kawasan berhampiran dan bersebelahan Putrajaya/Cyberjaya seperti Desa Pinggiran Putra, Pekan Dengkil, Pulau Meranti, Jenderam, Equine, Sungai Merab, Teras Jernang, Taman Seri Serdang dan Bandar Baru Bangi.

Stok untuk COD, Mawar Melati selaku penjual shaklee kawasan Putrajaya/Cyberjaya akan dapatkan di Ibu Pejabat Shaklee di Sunway Pinnacle, Subang Jaya berhampiran dengan Sunway Piramid dan Sunway Lagoon. 

Kalu nak dapatkan produk Shaklee, hubungi Mawar Melati tau, sebab saya memang jual shaklee.



Pengasas Mawar Melati Enterprise Shaklee

  • Mempunyai 3 orang cahayamata
  • Tiada pembantu rumah
  • Bekerja sebagai Personel IT
  • Ijazah Sains Komputer dari UPM
  • Kawasaki Lady Biker (fb : Canon Rider)
  • Suka seni fotografi, melancong dan menulis sambil tambah pendapatan

Support Group 

  • Ahli kepada iReach Family
  • Ahli kepada WAHMillionaire
  • Ahli kepada Amazing Class Mak Jemah

Core Personal Value 



  • Berkeinginan tinggi untuk membantu masyarakat ke arah kehidupan yg lebih sihat dan ceria
  • Membantu masalah kewangan secara offline dan online coaching
  • Suka berkongsi Tips Menarik
  • Sentiasa memandang sesuatu benda dari sudut positif
  • Bersyukur dan sentiasa proaktif
  • Berjaya dengan Shaklee

    05 August, 2016

    Rawatan Sakit Tibi

    Apa itu Penyakit Tibi?



    Penyakit tibi atau Tuberkolosis atau lebih dikenali sebagai batuk kering adalah merupakan penyakit dari jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis yang menyerang paru-paru dan mampu menyerang saraf tunjang, tulang, sendi dan sebagainya. 
    (Sumber : Wikipedia https://ms.wikipedia.org/wiki/Batuk_kering)

    Tanda Penyakit

    1. Batuk berdarah atau berkahak
    2. Sakit pada bahagian dada
    3. Lemah dan sering letih
    4. Kehilangan selera makan
    5. Menggigil
    6. Demam
    7. Berpeluh pada waktu malam


    Antara yang berisiko tinggi dijangkiti tibi adalah:
    1. Pesakit AIDS
    2. Orang yang mendampingi pesakit tibi
    3. Warga asing dari negara yang mempunyai kadar penyakit tibi yang tinggi
    4. Orang yang kekurangan zat dan vitamin


    Cara Batuk Kering Merebak


    Tibi merebak melalui udara. Apabila mereka batuk atau bersin, mereka menyebarkan bakteria. Apabila bakteria masuk di dalam badan seseorang, bakteria akan bertapak di dalam paru-paru dan beredar dalam sistem peredaran darah. 

    Jika lambat dirawat, ia akan merosakkan organ buah pinggang, menyerang sistem saraf tunjang dan otak. 


    Cara Pemulihan

    Terdapat empat (4) jenis ubat yang khas yang sering digunakan untuk merawat penyakit Tibi iaitu:

    1. Rifampicin atau Rifampin - antibiotik yang digunakan untuk merawat beberapa jenis jangkitan bakteria

    2. Isoniazid atau isonicotinylhydrazide - antibiotik yang digunakan pada peringkat awal untuk pencegahan dan perawatan tibi. Ianya berkesan untuk melawan mycobacteria atau lebih tepat lagi Mycobacterium tuberculosis.

    3. Pyrazinamide - ubat untuk tibi

    4. Ethambutol - ubat utama untuk tibi yang perlu diambil bersama isoniazid, rifampicin dan pyrazinamide



    Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam (6) bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada dua (2) bulan pertama, pesakit diberi rawatan rapi dimana ia dikehendaki memakan ubat setiap hari.

    Kemudian pada empat bulan seterusnya ia dikehendaki memakan ubat tiga (3) kali seminggu. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh disembuhkan.



    Rawatan Alternatif


    Dibuktikan dengan testimoni, vivix dapat membantu dalam proses rawatan. Untuk tempahan, sila klik di sini




    Set Batuk Kering/Tibi

    1. Vivix - melengahkan kerosakan dan penuaan sel. Cara Pengambilan : sesudu teh setiap pagi/malam
    2. Nutriferon - meningkatkan sistem imun badan.  Cara Pengambilan : 1 sachet setiap pagi/malam
    3. Carotomax - Penting untuk pemulihan paru-paru. Cara Pengambilan : 2 kapsul setiap pagi dan malam
    4. Omega Guard - Memperbaiki tisu paru-paru. Cara Pengambilan : 2 kapsul setiap pagi dan malam
    5. Vitamin E - Melindungi tisu paru-paru dan membekalkan oksigen kepada sel. Cara Pengambilan : 1 kapsul setiap pagi dan malam
    Untuk tempahan set Batuk Kering segera, sila klik di sini.

    Sharing is Caring