17 May, 2023

Betul Ke Seks Anal Lagi Best?

anal sex


Ini adalah perkongsian dari tweeter Dr. Samhan CEO http://forhimclinic.com MBBCH(Tanta),  MBA(UK),  Certification Men’s Health(Singapore). So kita simpan dan kongsikan di sini supaya orang tahu betapa bahayanya jika melakukan hubungan melalui dubur ini!

Seks anal (dubur) atau biasa dipanggil liwat ini bermaksud persetubuhan dengan memasukkan zakar ke dalam lubang dubur/punggung. Ia juga bukan sahaja dibuat oleh pasangan 'gay' tapi turut dilakukan oleh suami isteri. Dalam islam, hukum liwat haram dan berdosa besar!

Sebenarnya perbuatan ini lebih mendatangkan kemudaratan dari kebaikan! Ini risiko atau bahaya jika melakukan Seks anal / dubur ! 

1. Seks anal seks paling berisiko!

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), liwat adalah jenis seks yang paling berisiko untuk dilakukan! Bahaya yang paling utama ialah peratusan untuk dijangkiti dan menyebarkan HIV ketika menghidapnya cukup tinggi !

Ini kerana dubur secara semula jadi tidak menghasilkan pelincir dan kulit di kawasan ini juga sangat tipis, maka sebarang koyakan pada dubur akan menjadi tempat sempurna untuk mendapat HIV, HPV, dan penyakit kelamin (STD) lain.

hpv virus

  • Apa dia HPV tu?
Human papillomavirus (HPV) adalah nama kumpulan virus yang sangat biasa. Mereka tidak menyebabkan sebarang masalah pada kebanyakan orang, tetapi beberapa jenis boleh menyebabkan ketuat alat kelamin atau kanser. HPV menjejaskan kulit. Terdapat lebih daripada 100 jenis yang berbeza.


2. Dubur boleh terkoyak !

Walaupun koyakan dubur kadangkala dipandang enteng dan kebanyakan STD dapat dirawat, namun kesan koyak pada kawasan ini berpotensi menjadi ‘sarang’ pembiakan bakteria yang cukup baik. Ini sekali gus memudahkan bakteria memasuki saluran darah !


3. Liwat boleh jadi punca kanser dubur !

Disebabkan dubur mempunyai selaput yang nipis, ia lebih cenderung untuk terkoyak dan terdedah kepada STD. Salah satu STD yang dikaitkan dengan kanser mulut, serviks dan dubur adalah virus papilloma manusia (HPV)! HPV biasanya menghilang sendiri, tapi dalam beberapa kes ia mengakibatkan kanser, kata Dr. Jill McDevitt, Pendidik Seks. Jadi, HPV dianggap sebagai penyebab utama kanser dubur!


4. Mengakibatkan terpalit najis yang membawa jangkitan lain yang berisiko! 

Seperti yang kita sedia maklum, dubur menjadi saluran langsung ke usus. Pastinya, usus adalah ‘rumah’ bagi najis, kan? Jika jangkitan kelamin ditolak tepi, sudah tiba masanya untuk pertimbangkan jangkitan seperti E. coli, bakteria yang hidup di dalam usus dan, dalam situasi apa pun, tidak boleh masuk ke dalam mulut!

stop


Sudah jelas lagi nyata menunjukkan seks melalui dubur adalah 1 jenis aktiviti seksual yang cukup berisiko dan boleh mengundang mudarat terhadap kesihatan! Oleh itu, elakkanlah dari terus melakukan perbuatan luar tabii ini ya ! 

Pasti ada hikmah nya jika Islam melarang sesuatu!




16 May, 2023

Antara Perkara Yang Perlu Dirahsiakan

secret


1. Berkongsi rancangan 

Jangan kongsi rancangan kita dengan sesiapa pun melainkan dengan Allah Taala.


2. Berkongsi butiran intim

Jangan bercerita tentang butiran intim gaya hidup kita.


3. Bermegah-megah

Jangan sekali-kali bercakap tentang betapa hebatnya kita ni. Simpan sendiri jer.


4. Menjadi seorang yang tahu segalanya

Jangan sekali-kali mengisytiharkan diri sendiri betapa cerdik dan serba tahu.


5. Tidak menghormati privasi

  Jangan sesekali bercerita tentang masalah keluarga.


6. Bergosip

Jangan terbabit dengan perkara yang tidak menyenangkan yang kita dengar.


Ingat, semua perkara ini boleh menjadi personal kepada rakan dan keluarga yang terpilih. Tetapi, adalah wajar untuk berkongsi butiran paling peribadi dan intim dalam hidup kita dengan ahli terapi profesional yang dipercayai. 


Kemahiran hidup adalah saling bergantungan dan memerlukan orang lain juga dalam hidup kita. Jadi pilihlah seseorang dengan bijak.



15 May, 2023

7 Tempat Untuk Kita Tidak Berterusan Membuang Tenaga dan Masa


never prove it


1. Jangan bazirkan tenaga dan masa kepada orang yang tidak menyokong kita.

2. Jangan bazirkan tenaga dan masa untuk memikirkan apa kata orang tentang kita.

3. Jangan bazirkan tenaga dan masa pada perhubungan berat sebelah. 

4. Jangan bazirkan tenaga dan masa kepada orang yang jarang-jarang ada semasa kita memerlukan diorang.

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa untuk menyelesaikan masalah yang bukan kita punya.

6. Jangan bazirkan tenaga dan masa untuk melakukan sesuatu yang buat kita berterusan rasa terganggu.

7. Jangan bazirkan tenaga dan masa untuk menarik perhatian seseorang yang tidak berminat dengan kita.



14 May, 2023

Fokus Pada Perkara-Perkara Ni Jika Ingin Kaya Raya Dalam Tempoh 5 Tahun Masa Akan Datang Bermula Sekarang

jutawan


1. Belajar Kemahiran Berpendapatan Tinggi:

- Tetapkan 2 jam sehari

- Tanpa gangguan

- Bina pada pengetahuan khusus yang boleh dimanfaatkan

- Ini caranya;

  •     Pilih satu kemahiran
  •     Pilih 10-20 saluran Youtube mengajar kemahiran
  •     Tonton sampai bosan selama 100 hari
  •     Menguasai asas-asas kemudian membina pengetahuan

- Disyorkan 4 kemahiran ini. Pilihlah salah satu kemahiran-kemahiran ini dan kembangkannya selama 3 bulan;

  •     Jualan
  •     Pengekodan
  •     Perdagangan
  •     Copywriting

- Fakta: Kemahiran adalah 10x lebih berharga daripada ijazah


2. Buat rangkaian anda

- Kembangkan circle sendiri

- Pilih 3 rakan dan teruskan peningkatan diri

- Biarkan perbualan hanya berputar tentang:

  •     Wang
  •     Kejayaan
  •    Perniagaan

- Nota: Jadilah pemain pasukan yang boleh dipercayai


business


3. Cipta Pelbagai Aliran Pendapatan

Fakta: Kita tidak boleh mengatasi apa yang boleh dilakukan oleh wang untuk diri kita.

- Jadi lakukan ini;

  •     Buka perniagaan
  •     Guna aset sendiri
  •     Berjimat cermat

4. Luangkan membaca sekurang-kurangnya 100 minit sehari.
- 88% daripada orang yang bebas dari segi kewangan adalah obses dengan pembelajaran.
- Pendidikan kewangan adalah perlu belajar sendiri.
- Mulakan dengan membaca buku-buku ini:
  •     Sifat manusia
  •     Tabiat atom (Atomic Habit)
  •     Berfikir dan menjadi kaya
- Ada cadangan buku tak?
- Gunakan ilmu yang diperolehi dan perolehilah sesuatu dengannya.
- Fleksi moden yang ketara adalah:
  •     Mempunyai fizikal yang hebat
  •     Kekal tanpa nama
  •     Jadilah kaya raya
- Kesederhanaan adalah ciri-ciri orang kaya baru.

berjaya


5. Bangun pada pukul 4 pagi
- Ramai orang malas nak bangun awal pagi
- Tetapi jika dilakukan dapat menjimatkan masa sebanyak 3 jam sebelum hari bermula
- Memupuk tabiat orang yang berjaya:
  •     Kemaskan katil
  •     Minum segelas air
  •     Baca 50+ halaman
- Kejayaan tersembunyi ada dalam rutin harian taw.

6. Kembangkan jenama dalam talian
- Ini caranya;
  •    Pilih platform (Twitter/ Youtube atau IG)
  •    Kembangkan audience
  •    Kongsi cerita 
  •    Buat duit

- Petua: Upah mentor untuk mempercepatkan proses pembelajaran.
- Manfaatkan internet untuk buat duit.


Teruskan berusaha. Gambate! 



13 May, 2023

Kalaulah Tahu Dari Awal 8 Perkara Ni!

8 lesson

1. Biasakan diri "berjalan beberapa laluan sahaja" kerana matlamat diri adalah peribadi; tiada siapa yang mempunyai impian kita, kan?


2. Kita harus sedar, tiada siapa pun yang datang untuk menyelamatkan kita melainkan diri sendiri. Hidup kita adalah 100% adalah tanggungjawab kita.


3. Misi yang paling sukar di atas muka bumi ni adalah untuk memberi sepenuh tumpuan perhatian kepada impian sendiri; sebab kita ni suka sangat dengan kerja yang terpaling mudah iaitu mengeluh. Setuju?


4. Pekerjaan kita yang kita sedang bekerja sekarang, nak tau apa? Iaitu mengabaikan diri sendiri. Bos tempat kerja kita hanya bayar gaji selepas penuhi impian-impian diorang. Jadi renung-renungkanlah.


5. Pasangan hidup kita sememangnya akan kekal sebagai keputusan untuk segala urusan kewangan, fizikal dan emosi kita. Jadi kawinilah pasangan yang terbaik. Mengahwini seseorang yang salah akan membuatkan kita menderita seumur hidup.


6. Untuk menyedari nilai hakikat kehidupan, kita perlu berkembang sendiri dengan hanya bergantung dengan Allah Tuhan Yang Maha Kuasa semata-mata bukan dengan makhluknya. 


7. Jika kita terus menunggu masa yang sesuai untuk maju ke hadapan, kiranya kita telah membuang seluruh hidup kita sendiri sebabnya tiada apa yang menarik atau hebat akan berlaku sepanjang menunggu.


8. Kematangan diri datang dengan mengakui yang kita memang tidak tahu apa-apa dan perlu mengambil masa untuk belajar daripada semua orang.


Jadi teruskan berusaha, Gambate! 



12 May, 2023

Tanda-Tanda Cinta Hati Yang Kita Cintai Tidak Benar-Benar Sayang


Tanda Orang Sayang


1. Kejap ada kejap takde, dah macam chipsmore

Orang yang tercinta yang boleh dipercayai tidak akan mengabaikan ujian atau dugaan percintaan. Dia tidak akan menghilang selama beberapa hari atau membuatkan kita tertanya-tanya sama ada bila dia akan muncul. Dan semestinya jika dia mencintai kita, dia tidak akan membelakangi kita walaupun sedetik.


2. Tiba-tiba kekurangan topik perbualan.

Kadang-kadang, banyak berdiam dari bersembang. dan jika ini berlaku, kebiasaannya cinta tu dah berkubur tanpa nisan.


3. Ada-ada je alasan untuk tidak meluangkan masa bersama.

Apabila dia mula menghabiskan lebih banyak masa di tempat kerja dan keluar dengan rakan-rakan mereka, dan tidak pula mencari masa untuk dating, tahu-tahu je laa yang kita ini bukanlah keutamaan dalam hidupnya lagi. Pedih!


4. Dia mula berhenti memberi penjelasan.

Ingat, apabila kita bukan lagi bahagian yang penting dalam kehidupan seseorang, maka dia tidak lagi merasakan satu keperluan untuk memberi penjelasan kepada kita atas tindakan-tindakannya.


5. Dia menyakiti sehinggakan kita membenci diri sendiri.

Apabila dia tidak menghormati keperluan kita, atau mohong (berbohong) dan menipu (curang), itu petanda dia tidak lagi mengambil berat tentang perasaan dan kesakitan yang kita rasai. Aishhh napa jatuh cinta pada org macam ni.. nyesal! :)


6. Aish dia mula "main tarik tali" pulak.

Satu ketika dia begitu menyayangi, dan bila kita dah sayang, dia pulak menolak cinta kita. Pastu dia start bermain permainan namanya"tarik tali".  Maka ini bermakna dia sendiri pun tidak tahu apa yang dia rasa. Betul ke sayang, betul ke cinta.. .atau dah mula nak blah. 


Jadi.. perati2 laa yer. Semoga kita sentiasa bersangka baik dengan Allah dengan siapa kita dipertemukan. Dan Allah temukan dengan orang yang benar-benar sayangkan dan cintakan kita dalam apa jua keadaan sekali pun. Setia sampai ke syurga. 

11 May, 2023

14 Fakta Yang Nak Tak Nak Kita Kena Terima



1. Jangan dating semasa kita tengah pokai, semasa keadaan diri sendiri yang teruk, sengsara, dan punya kehidupan yang huru-hara. Mohon uruskan hidup kita tu terlebih dahulu.

2. Wujudkan dan kekalkan rutin. Tidur pada jam 11.00 malam dan bangkit pada jam 5.00 pagi setiap hari.

3. Luangkan 60 minit setiap hari untuk membaca, menulis dan menghayati perkara yang difahami. Mungkin sukar. Sepertimana bayi yang baru belajar berjalan, disarankan untuk mulakan dengan 20 minit dan pertingkatkan.

4. Pelajari kemahiran berpendapatan tinggi yang akan menghasilkan pendapatan melebihi RM5000 sebulan.

5. Berhenti mengejar pengaruh murahan. Utamakan yang penting daripada membuang masa kepada perkara yang tidak bermanfaat. 

6. Bersenam sekurang-kurangnya 200 pushups dan 100 squats setiap hari untuk kekal gagah. Sekurang-kurangnya kita akan menjadi lebih sihat daripada 97% orang di sekeliling kita. Mulakan dengan melakukan 20 pushups dan 20 squats dan tingkatkan seiring dengan berlalunya masa.

7. Jadikan internet sebagai sumber pendapatan. Ada kemungkinan,  buat duit dengan internet ni akan tiada berkesudahan dan yang pasti tidak akan memberi sebarang tekanan kepada kita.

8. Sila bertanggungjawab 100% untuk hidup kita dan janganlah sesekali menyalahkan keadaan atau sesiapa pun.

9. Ambil protein, buah-buahan segar, dan dua liter air untuk diet harian bagi mengoptimumkan kesihatan lahiriah.

10. Bergaul dengan orang yang obses berdaya saing dan menjalani kehidupan yang lebih baik. Dan semestinya di kalangan kita tu tiada yang suka bergosip, kuat mengeluh, atau gemar cemburu atau dengki antara satu sama lain.

11. Melaburlah untuk pakaian yang elok, wangian khusus yang harum, dan belajar cara berkomunikasi. Dengan ini  akan meningkatkan kadar kejayaan hidup sebanyak 94%.

12. Berbaiklah dengan alam, berjalan 10,000 langkah setiap hari untuk mengosongkan fikiran, meningkatkan mood dan menjadi orang yang kreatif.

13. Jauhi juga orang yang hanya mengutamakan keperluan mereka berbanding keperluan kita. Diorang ni adalah punca kemunduran terbesar dalam hidup.

14. Jadilah orang yang bijak untuk berhenti dari dadah, lucah dan alkohol. Sebab ini adalah gangguan paling dahsyat yang akan meningkatkan dopamin,  yang menjadikan seseorang itu bodoh dan tertekan.