06 January, 2017

Cinch Tea

Yang mana nak kurangkan lemak perut tu kan, elok sesangatlah ambil Cinch Tea. 

cinch tea mix, energy tea, cinch, green tea, teh hijau, shaklee, teh sihat

Kenapakah?


Di dalam teh hijau Cinch Tea ini ada mengandungi CATECHINS yang boleh merangsang badan untuk membakar kalori seterusnya nyah lemak pada perutBahaya lemak perut sebab boleh mendatangkan risiko sakit jantung, strok dan diabetes Type 2. Lihat perut masing-masing ada buncit tak? Buncit tak? Kalu buncit tu, cepat cepat amalkan VivixCinch Tea, Omega Guard dan Lecithin.


Lemak perut paling bahaya berbanding lemak pada bahagian lain tau. Tau tak apa penyumbang utama pada lemak perut?  Bukan sebab banyak makan lemak tetapi sebab amik kalori lebih dari yang sepatutnya. 


Apa khasiatnya? 

Itu sebabnya sesuai sangat minum Cinch Tea ni. Dalam Cinch Tea ada catechins yang boleh merangsang badan membakar kaloriTeh ni sedap malah dicampur sedikit madu ataupun perahan jus lemon lagi bertambah sedap. 


Minum teh ini perut tidak akan kembung berbanding teh-teh lain di luar sana.

04 January, 2017

Bioflavonoids

Bioflavonoids atau yang dikenal dengan nama vitamin P, sebenarnya bukan termasuk kelompok vitamin tetapi sering disebut vitamin untuk memudahkan mengumpulkan nutrien yang dikandungnya. 


Istilah Bioflavonoids merujuk pada beberapa jenis zat seperti Hesperin, Hesperidin, Eriodictyol, Quercetin, Quercertrin, rutin, Myricetin, Apigenin, Luteolin, Catechin, Citrin, Luteolin, dan Flavonoid lainnya. 


Nutrien ini tidak boleh dibuat oleh tubuh dan harus didapatkan dari makanan. Bioflavonoids ini sejenis antioksidanBiasanya didapati dari sumber tumbuhan Citrus ataupun blackcurrant atau rose hip. Dalam vitamin C Shaklee ada campuran pelbagai Bioflavonoids yg power semuanya. 



Tugasnya membantu memantapkan lagi fungsi vitamin C. Kalau ada ia, sesuatu vitamin C tu jadi lebih berkesan. Sebab tu kalau selsema atau demam boleh ambil 8 biji vitamin C Shaklee sehari. InsyaAllah cepat je pulih.



03 January, 2017

Vitamin C

S: Vitamin C dari ekstrak jagung kan...tapi kenapa rasanya masam eik?

J: Sebiji vitamin C bersamaan 7 biji setengah oren. Tu masam. Ia ada Citrus Bioflavonoids, bukan semata-mata ekstrak jagung.

02 January, 2017

Diabetes

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah tinggi daripada normal (biasa). Diabetes berlaku apabila organ pankreas tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin dengan berkesan. 

Makanan yang dimakan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. 


Insulin akan membantu gula dalam darah masuk ke dalam sel dan tisu badan untuk membekalkan tenaga. 

Apakah itu insulin?


Insulin merupakan salah satu hormon dalam tubuh manusia yang dihasilkan oleh sel beta pulau langerhans yang berada di dalam kalenjar pankreas. Insulin disebut juga sebagai protein yang berfungsi untuk mengawal kadar gula (glukosa) di dalam tubuh. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh memasuki sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. 


Gejala Diabetes 


  • Kerap dahaga
  • Kerap lapar
  • Kerap membuang air kecil
  • Keletihan
  • Pengurangan berat badan
  • Penglihatan kabur
  • Kebas pada tangan dan kaki

Dapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik berhampiran sekiranya anda mengalami gejala-gejala ini. 


Kesan Diabetes




  • Mata - Katarak, pendarahan dalam mata dan penyebab buta
  • Saraf - Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki, luka dan gagren
  • Otak - Angin ahmar (strok)
  • Buah pinggang - Kegagalan buah pinggang
  • Jantung - Sakit jantung 



Ketahui Fakta Diabetes 

  • 1 daripada 5 rakyat Malaysia menghidap diabetes
  • 48% rakyat Malaysia berumur melebihi 30 tahun tidak menyedari bahawa mereka menghidap diabetes.
  • Diabetes tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal dengan jayanya. 
  • Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. 



Pemakanan 

Kenapa perlu mengawal pemakanan?

  • Mengawal paras gula yang sesuai di dalam darah.
  • Mencapai/ mengekalkan berat badan unggul.
  • Memperolehi semua zat yang diperlukan oleh badan.
  • Mengelakkan atau melambatkan komplikasi.
Bagaimana untuk kekal sihat dan ceria?
  • Kawal pemakanan.
  • Berdisiplin dalam pengambilan ubat.
  • Patuhi temujanji doktor.
  • Urus hipoglisemia dan hiperglisemia dengan baik. 
  • Lakukan senaman secara berkala. 


Cegah Diabetes
  • Pantau BMI 

  • Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran

Hadkan pengambilan makanan tinggi gula, garam dan lemak.
  • Bergerak aktif dan bersenam

Amalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 5 kali seminggu dalam tempoh 30 minit setiap sesi. 
  • Hindari rokok dan alkohol

Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol sekiranya anda sedang merokok dan ketagih alkohol. 



  • Ketahui faktor risiko

Berumur lebih dari 30 tahun
BMI lebih 
Wanita yang mempunyai sejarah diabetes ketika hamil
Wanita yang melahirkan bayi lebih dari 4kg
Menghidap hipertensi

  • Jalani pemeriksaan saringan diabetes secara rutin

Jika anda berisiko, sila jalani saringan diabetes setahun sekali.

  • Dapatkan pertolongan untuk mengubah gaya hidup

Dapatkan sokongan dari ahli keleuarga dan rakan-rakan
Minta bantuan dari anggota kesihatan di klinik kesihatan terdekat.



01 January, 2017

9 Panduan Mengembara Backpacker

Ramai berpendapat melancong adalah aktiviti mereka yang berduit dan golongan berada, walaupun hakikatnya dengan perbelanjaan terhad atau bajet yang kurang, sesiapa saja boleh mengembara. 


Tambahan pula, sekarang banyak syarikat penerbangan menawarkan tambang murah yang membolehkan sesiapa saja terbang ke destinasi percutian diingini.

Pakej percutian yang ditawarkan syarikat pelancongan juga semakin menarik dan berpatutan, malah tempahan bilik penginapan juga boleh dibuat secara dalam talian dengan kos mampu milik. 

Salah satu cara melancong dengan perbelanjaan yang murah adalah kaedah "backpack" atau pengembara beg galas. 


Kaedah ini semakin digemari golongan muda, bukan hanya murah tetapi menawarkan pengalaman lebih menarik. 

1. Sebelum memulakan pengembaraan kumpul maklumat sebanyak mungkin tempat yang bakal dikunjungi seperti lokasi, pengangkutan, penginapan dan tukaran mata wang.


2. Buat tempahan awal penginapan sama ada melalui panggilan telefon mahupun tempahan dalam talian (online). 

Seeloknya cetak salinan untuk tempahan yang sudah dibuat bagi rujukan ketika tiba ke destinasi yang bakal dikunjungi. 

Boleh juga simpan rujukan tempahan dalam telefon pintar. 

Ini dapat menjimatkan masa daripada pergi ke pusat maklumat pelancongan bagi mendapatkan peta, lebih-lebih lagi jika terpaksa beratur panjang kerana orang ramai. 

3. Buat tukaran wang asing terlebih dahulu bukannya di lapangan terbang atau mana-mana lokasi sepanjang perjalanan pengembaraan kerana ia mendedahkan risiko menjadi mangsa pencopet. 


4. Simpan maklumat dan nombor telefon penting jika berlaku kecemasan termasuk nombor bank (bagi pengguna kad kredit jika kehilangan kad), insurans pengembara, alamat dan nombor telefon kedutaan tempat dikunjungi. 

Mungkin maklumat berkenaan tidak penting bagi percutian, tapi manalah tahu jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. 

Seeloknya simpan bersama dengan pasport. 

5. Pencopet atau penyeluk saku ada dimana saja, jadi dinasihatkan elakkan meletakkan beg duit di tempat yang mudah dilihat pencuri. 

Jangan letak dompet dalam poket belakang seluar mahu saku beg galas sebaliknya letakkan dalam saku bahagian dalam baju atau seluar. 


Jika melalui jalan yang dipenuhi orang ramai letakkan tangan dalam poket dan elakkan meletakkan dompet atas meja jika makan di kawasan yang sibuk. 

6. Selain wang tunai, bawa bersama kad kredit atau mana-mana kad debit atau kad ATM sebagai pengganti wang atau bantuan ketika kecemasan. 

Namun, simpan secara berasingan. 

7. Jangan simpan wang mahupun kad kredit atau kad bank dalam satu bekas yang sama. Asingkan kepada beberapa bekas yang lain. 

8. Imbas semua dokumen penting anda dan kemudian emel kepada diri sendiri. Letakkan dalam satu fail bagi memudahkan ia dicari jika berlaku kecemasan. 


9. Lagi sikit barang lagi mudah. Gunakan konsep ini untuk mengemas beg galas sebelum keluar melancong. 

Sumber : Petikan Harian Metro Disember 2016