24 March, 2015

Hari Pertama@"Little Paris of The Southern of Thailand" Family Roadtrip Mac 2015



14 Mac 2015 (Sabtu)


Trip kali ini memang banyak dugaannya. 


Dari awal perjalanan hinggalah ke sudah... Banyak benda yang tak disangka-sangka yang terjadi. 


Dari hal kereta, kamera dan kerenah anak-anak. Semuanya macam bom jangka yang tiba-tiba meletup serentak.

Plan asal Melati nak sesangat jadi orang yang pertama sampai di RV Hentian Behrang. 

Tapi kan, apa boleh buat, betul la kata orang, kita ni hanya merancang, Tuhan yang menentukan.


Pada hari tu, Melati bukan men laju wat kerja, nak siapkan awal-awal sebelum jam lima. Last-last minute, boss minta Melati stayback plaks da. 


Laaah, sah-sah lambat balik kalu cenggini, kata hati Melati. 


Elok je sampai di rumah, Melati mula start memasak bekal untuk makan semasa dalam perjalanan ke sana nanti dan amik kakak di Taman Melati, KL dulu sebelum bertolak ke Hentian Behrang. 


Da lah lambat, semakin lambatlah apabila masuk je highway PLUS Arah Utara, jalanraya penuh sesak dengan segala jenis kereta, lori, motor, van dan macam-macam lah. 


Nak tak nak, Melati terpaksa la update kat ahli group yang Melati lambat sampai ke sana. 


Then, diorang decide untuk tunggu Melati di RnR Tapah. 

Elok jam 1.30 pagi, Melati tiba RnR Tapah. 

Rakan-rakan semua dah menunggu di sana "dalam kereta" yang da nak bergerak semula. Maksudnya, Melati lambat la tu. 


Melati berenti isi minyak jap dan lebih kurang jam 2.00 pagi, kami tujuh kereta pun mula bergerak secara konvoi menghala ke Utara. 


Trafik lalulintas pada waktu tu, masih lagi sesak. Ramai sungguh la orang. 


Takkan lah diorang ni pun nak masuk Hat Yai jugak kot, banyaknya kenderaan da macam nak sambut hari raya je...


Tak sampai 5 minit, Melati kehilangan kelibat diorang. Da tak nampak mana satu kereta ahli group Melati. 


Tetiba, kat skrin kereta kuar pulaks, tanda amaran yang tayar kurang angin


Aduhai, masa tu Melati panik sekejap dibuatnya. Nasib la ada wasap, boleh lah bagitahu yang kereta Melati ada masalah tayar pulaks da.


Jadinya, Melati bawaklah kereta tu pelan-pelan dan berhenti lagi sekali di Hentian Sebelah Simpang Pulai pulak untuk mengisi angin tayar. 


Waktu tu pun, masih banyak lagi kereta dan lori bersusun-susun nak isi minyak di Petronas Simpang Pulai tu. 


Nak mencelah sikit pun tak lepas. Nasib la, ada rakan dari group yang datang membantu. 


Lega sesangat bila ada bantuan dari rakan group sendiri, kan?


Dalam pukul 3.30 pagi, kat Hentian Juru, lagi sekali kami berkumpul. 


Kali ni, pergerakan kereta mengikut susunan. Sebab diorang da tak maw Melati lost lagi. 


Asyik-asyik ketinggalan aje. Kali ni, Melati da tak ketinggalan da sebabnya Melati da "cam" kan semua jenis, warna dan plat nombor kereta ahli group


Tambah pulak, keadaan trafik highway PLUS pada masa tu da kembali lancar. 

Seawal subuh, tepat jam 6.00 pagi, kami pun sampai di Petronas Changlun

Kat sini, Melati dan rakan-rakan isi minyak kereta biar penuh-penuh. 


Sebab kat Hat Yai nanti, taw-taw sajalah harga minyak Ron95 dua kali ganda lebih mahal dari harga di Malaysia. 


Then, kami pun mula buat urusan insuran kenderaan dan kad putih (Arrival & Departure Card), di deretan kedai sisi kaki lima jalan besar Changlun - Bukit Kayu Hitam.


Lebih kurang jam 8.30 pagi, setelah selesai segala urusan tersebut yang bayarannya dalam RM26 bagi Melati 4 beranak plus kakak, pun mula bergerak ke Imigresen dan Kastam Malaysia, lepas tu barulah masuk ke border

Waktu ni, terasa excited sesangat. Ye la kan, ini first time Melati masuk Siam dengan konvoi berkereta bersama-sama rakan-rakan. 


Uuihhh, Melati teruja sangat lah...

Setibanya di Pos Imigresen Sadao, Dannok, Lagi sekali kena lalui keadaan sesak ni dengan pasrah. 

Ramai betul orang nak masuk Siam. Nasiblah tiga "anak burung" Melati ni, da disuap makan roti sapu kaya, spagheti dan nasi goreng yang Melati siapkan bekalnya malam tadi. 

Ingatkan awal-awal pagi, orang tak ramai. Rupa-rupanya ramai jugak. 



Lagi kelam kabut sebenarnya, mau taknya ramai pelancong asing yang baru turun dari beberapa buah bas pelancong terus menyerbu kaunter imigresen yang tak berapa banyak dibuka. 

Ramainya orang sehinggakan langsung tak nampak mana satu barisan, mana satu orang berkumpul. Semua kaunter pada hari tu, penuh dan berbaris panjang. 



Melati punya urusan di kastam da setel. 

Lega...kali ini untuk urusan cop imigresen Thai plaks. Panjangnyer barisan...pasrah saja lah. 


Dah musim cuti sekolah. Elok nak sampai kat kaunter, barulah Melati perasan yang Kad Putih tu tersalah tulis nama. 


Dan-dan tu jugak, Melati potong dan tulis sendiri. Duit RM2 upah tulis yang dibayar sat tadi, kira halalan toyyiban je la. 


Mujurlah, anak-anak Melati awal-awal lagi da selesai. 


Diorang bernasib baik sebab ada kaunter khas yang dibuka untuk kanak-kanak dan warga emas. 


Ramainya pelancong yang masuk Siam pada hari tu. 
Yesss, kereta da sampai.
Apabila da selesai, kami cepat-cepat kembali ke kereta. Tak tahan dengan keadaan cuaca di sana. 



Walaupun hari masih awal pagi lagi, tapi cuaca kat Dannok ni cukup membahang dan boleh buat tekak sakit kerana keadaan terlalu panas, kering dan berdebu. 

Berhenti untuk tunggu lagi sorang geng konvoi. 
*Inilah jalan tempat kami bersarapan sebelum memulakan perjalanan seterusnya. 
Sebelum bergerak ke Hat Yai, kami semua berenti makan di Pekan Dannok. 

Banyak gerai muslim di situ. Melati order Nasi Kerabu je. Melati tengok cam lain skit cara hidangannya. 

Ada yang cakap yang nasi kerabu tu macam nasi ambeng, sebab ada bihun goreng. 

Nasi warna biru tu bergaul mesra dengan banyak daun-daun kayu (ulam-ulaman) dan yang paling besh, sambal ikan tumbuk kering tu. 

Memang terangkat abih lah. Makanan yang paling sihat homemade@Dannok.

Gerai nasi kerabu yang sedap tu, berhampiran dengan signboard ni dan Hotel SiamThana

Nasi Kerabu Dannok

Motosikal beroda tiga. Cam besh je anak dia dop dalam tu, kan?

Melati di belakang salah seorang ahli group

Perut pun da kenyang. Apa yang ada.. yang terliur, yang nampak cam lain skit, kami beli dan try

Hurm.. pendek kata, memang sedaplah masakan Thai Islam di sini. Kena dengan selera kami. 


Bila da cukup semua korum, kami pun bergerak menghala ke Hat Yai. Untuk Melati sekeluarga sah-sah teruja abih. 

Sambil-sambil tu, Melati banyak la berkongsi cerita pasal makanan, sejarah dan budaya orang Siam Hat Yai ni kepada anak-anak. 

Inas, anak sulong Melati tak berenti ketip kamera sana sini, merakam apa saja yang terlintas di lensa kamera.

*Patung Buddha yang besaq gabak di sisi kaki lima jalan besar menghala ke Hat Yai 

*Aik, Jack Sparrow pun ada jugak kat sini! Adesss, macam-macam sungguh orang Thai nim, kan?

*Rumah kayu beratap genting bertiang empat masih kekal ada di sini
Stesen Minyak Esso di celah-celah Bandar Hat Yai

Bandar Hat Yai aka Bandar Transit. 
  
Hat Yai merupakan laluan transit pelancong asing atau tempatan samada untuk terus ke Utara Thailand atau keluar dari Thailand. 



Bandar Hat Yai ini sentiasa padat dengan pelancong dan tak pernah lengang. 



Ditambah pulaks dengan populasi penduduknya yang sering bertambah dari tahun ke tahun. 



Penduduknya pula, rata-rata beragama islam dan berbangsa Cina. - sumber Wikipedia

Kami tiba di Hat Yai pada waktu tengahari Sabtu, banyak tempat yang sesak dengan orang keluar makan tengahari dan pulang dari kerja.

Sedang menunggu tuk-tuk untuk ke Khlong Hae Floating Market
Di Hat Yai, gerai-gerai yang menjual macam-macam barang banyak di kaki lima kedai. 

Waktu masih terlalu awal. Kalu da tengah malam, sah-sah laluan kaki lima tu sesak dengan pembeli yang memilih macam-macam barang kat sini.

Dalam tuk-tuk untuk ke Pasar Terapung
Kami sewa tiga buah tut-tut untuk ke Pasar Terapung di Khlong Hae. 



Tambangnya lebih kurang 450THB untuk satu tut-tut bagi jarak 3KM dari pusat bandar Hat Yai. 



Perjalanannya tak da lah makan masa berjam-jam, hanya 20 minit je. 



Boleh lah, daripada kami habiskan minyak kereta, pusing-pusing cari lokasi floating market tu.

Ubi keledek rebus, pisang rebus, kacang rebus. Ubi rebus tu kalu dilenyek-lenyek buat kuih Chek Mek Molek 
pun sedap jugak nim.
Ingatkan lampu biasa-biasa je. Rupa-rupanya lampu yang ada pewangi.
Antara yang lain di sini

*Da nampak da perahu yang jual makanan.. 


Ooowh, itulah dia floating market nyer. Waktu kami sampai ke sini, waktu da nak masuk maghrib. 

Walau pun kat sini majoriti penduduknya islam, bukan azan yang dikumandangkan, tetapi suara tok sami berkain kuning yang dop kalut membaca mentera.
*Makan aiskrim dalam bekas tembikar. Unik dan tahan sejuk. Beshlah...

Sempoi je kan, tong sampah tu
Yang Melati suka sangat ngan Thai ni, tang kebersihan. 

Kebersihan sesuatu tempat yang menjadi tumpuan pelancong  amat dititik beratkan oleh penduduk tempatan. 

Depa ni cukup kreatif, tak perlu tong hijau ke apa ke. 

Hanya batang besi dan plastik pun jadi untuk mengumpul semua sampah dan sisa makanan. 

Itu yang Melati suka sangat ngan Thailand ni. Depa nim simple dan kreatif.

Adess, banyaknyer ketam. Kecur liur mak.
Sekilogram untuk seekor Ketam celup tepung ni reganya dalam 200THB. Pergh, makan sorang memang takkannya abih. Kekenyangan...

Udang celup tepung, reganya 50THB
Floating Market Khlong Hae, Songkhla - Pasar Terapung Sungai Hae yang terletak di Wat Khlong Hae. 


Pasar Terapung pertama yang dibuka secara rasmi pada Ogos 2008 di Wilayah Selatan Thailand. 

Pasar ini hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Bermula pada 4:00 petang hingga 9:00 malam - sumber The Nation

Waktu maghrib dan senja. Ramai plaks yang tercegat terpesona ngan lenggokan "Mek Bunga" bangsal nim. 
Melati pun tak terkecuali.
Khemah tempat penari-penari dan penyanyi bangsal ni bersiap-siap sebelum atau sesudah buat persembahan.

Harga makanan kat sini amat berbaloi sesangat. Kalu berbelanja tu, memang tak terasa 
purse yang tebal tu menipis. 

Melati memang da tak berani nak dekat, nanti bocor plaks poket purse nim. Mampu pandang dari jauh je lah.

Inas Melati yang berbakat dalam seni fotografi. Good luck, dear...

Kat bawah tu, memang sesak dengan pengunjung yang tak sabar-sabar nak merasa semua makanan yang 
dijual atas bot tu. Melati da kenyang makan ketam da. 

Tempat ni memang simple sesangat.

Yang ini, Melati ada sambar untuk wat balik Malaysia bagi ole-ole kepada anak buah. Ultraman dan 
Hello Kitty...sejuk, tak perlu nak boh ais batu lagi da. Harganya kalu mug saja 20THB, kalu ada airnya 50THB.

Uiks, kugiran kanak-kanak. Ntah apa benda depa nim dop nyanyi pun, Melati langsung tak paham.

Kucing peminta sedekah. Duduknya da la macam orang, pas tu, bila dicuit-cuit skit, dia semacam bersembang pulak. 


Da diberi makanan, tak pulaks diendahnya, sah-sah nak duit Baht la tu...

Gajah lagi, samalah yang Melati jumpa kat Khlong Hae petang tadi. 6 ruas kerat 3, 100THB.

Botol air Coca-Cola memang tak de kat Malaysia, besar skit dari iPhone 4. Rare kan? Reganya hanya 10THB je
Inilah dia air collagen yang Melati nak sangat dari store 7-Eleven Thailand. Untuk trip kali ini, misi tercapai.

Kali ini, kamera Melati betul-betul merajuk. Apa kena ntah. Lense langsung tak leh nak fokus. 

Tapi Melati tak da la kisahkan sangat. Sebab Melati masih ada smart phone


Boleh la jugak merakam pic. Tapi hasilnya, memang out la berbanding DSLR, kan?

Kerenah anak-anak Melati pulaks, sebelum trip, hurm.. semuanya semacam tak nak masuk Siam langsung. 

Semuanya meragam. Tau-tau aje lah, Changlun dengan Siam tu, hanya bersebelah je, kan? 


Tok Nyang diorang pun speaking Siam. 


Dannok tu, tempat yang biasa diorang berbelanja dan makan-makan kalau balik bercuti ke Changlun, Kedah.


Tapi, apabila da sampai je kat sana... da lain pulak ceritanya. Seronoknya diorang tu sehinggakan tak nak balik. 


Haa... itulah kan, bila da ada kawan-kawan, da jalan-jalan dan kenal banyak tempat-tempat yang menarik, memang sukalah, kan. 


Tambah pulak, makanan kat Siam ni best-besh dan menepati citarasa diorang.

Itulah alkisahnya, trip kali ini. 

Walaupun macam-macam benda yang dilalui semasa perjalanan ke sanaMelati rasa macam berbaloi sangat dengan apa yang Melati dapat dari trip ni. 


Dan yang paling besh, ahli-ahli group Melati tul-tul "jaga" Melati sepanjang perjalanan ke Hatyai ni. 

So, hanya setakat ni jelah untuk hari yang pertama. 

Nanti, Melati sambung lagi dengan cerita Tricky Eye@3D Museum, Men Angin di Bukit Municipal Park dan Cuci Mata@Golden Mermaid, Songkhla. 



* Pic ehsan dari Bro Naza Pensel Kayu