17 August, 2023

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali


Premiered on 31 May 2023. Kuliah ini diadakan di Masjid Sentosa Teras Jernang, Bangi. 

Dalam kuliah kali ini Yang Berbahagia Ustaz kembalinya golongan yang mengamalkan amalan kaum Nabi Luth a.s. Mereka mengamalkan hubungan sejenis. Golongan ini semakin membiak dan mereka ingin memasuki ke setiap negara di atas hak asasi manusia. Kita hanya mengundang bencana.

Mari sama-sama kita mendengar kupasan Ustaz Dr Mat Rrofa. Apakah desakan mereka dan siapakah yang berselindung di sebalik perkembangan mereka ini? Semoga apa yang disampaikan oleh ustaz menjadi iktibar dan panduan hidup kita semua. Insyaa Allah.

--------


Boleh klik lagu ini semasa membacakan manuskrip diiringi dengan alunan muzik gubahan @PhilReyGibbons

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Pompeii ialah sebuah bandar Rom yang musnah dan sebahagiannya tenggelam berdekatan Naples moden di wilayah Itali Campania. Bersama-sama sebuah bandar lain, Herculaneum, Pompeii binasa dan tenggelam sepenuhnya semasa bencana letusan gunung berapi Vesuvius yang berlarutan selama dua hari pada tahun 79 M.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya). 

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. 

Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. 

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; 

dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; - Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; -

(An-Nuur 24: 1 - 6)

Kota Pompeii terletak di tepi pantai Itali dan ianya telah hancur yang mana tempat itu telah dihuni oleh golongan homoseksual yang diamalkan secara terbuka, di mana perlakuan mereka disaksikan oleh kanak-kanak tanpa rasa malu. 


Dengan takdir Allah Taala, kota yang ditemui beberapa tahun lepas yang telah tertimbus selama ribuan tahun dan langsung tidak diketahui kewujudannya selama ini. Apabila dijalankan penggalian, baru dunia tahu yang kota besar ini telah tertimbus dengan debu larva gunung berapi.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Lukisan mereka juga turut menggambarkan apa yang telah mereka lakukan. 

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Kehidupan mereka seperti haiwan.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Mereka telah melakukan apa sahaja seperti mana haiwan lakukan. Akhirnya mereka semua dihancurkan oleh Allah Taala. Ada banyak filem tentang kehancuran Pompeii antaranya Pompeii 2014.



Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Dipercayai, Hawariyun iaitu pengikut Nabi Isa as telah sampai ke Vatican dan Rome, cuma tidak dipastikan samada mereka pernah sampaikan mesej Nabi Isa as ke Pompeii atau tidak. 

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Berdasarkan artifak dan lukisan-lukisan menggambarkan mereka mengamalkan kehidupan yang songsang dan liar.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Mereka mahir melukis pelbagai lukisan dan lukisan-lukisan mereka ada dipamerkan dan dibuka untuk pengunjung untuk pengajaran dan iktibar. 

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Kotanya sangat besar dan mereka mempunyai stadium sebagai tempat hiburan selain rumah mandi yang mana pelbagai bentuk maksiat diadakan secara terbuka. 

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Pompeii tidak jauh dari Rom.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Letusan gunung berapi terjadi ketika mereka bangun pagi untuk pergi bekerja. 

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Di kota maksiat ini, tiada seorang pun yang terselamat dari bala Allah dan kota tersebut telah tertimbus sepenuhnya dengan debu dan larva gunung berapi. Dan yang paling terkilan, sewaktu huru hara dahsyat ini terjadi, masih ada yang sedang melakukan perbuatan songsang dan keji. 

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Ini adalah kawasan yang telah dijangkakan berlaku letusan gunung berapi yang mana larva dan debunya telah menimbus Kota Pompeii. Ahli Arkeologi menganggarkan terdapat 2000 penduduk dan kematian sebenarnya lebih kurang 10,000 orang. Wallahu 'alam.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Semasa penggalian, mereka menemui manusia bergelimpangan. Mereka yang mati secara tiba-tiba dan disalut larva yang mana mereka memang langsung tidak bersedia untuk mati. Ada ditemui mereka sedang melakukan perbuatan songsang dan keji yang turut melibatkan kanak-kanak secara terbuka.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Hari ini kita lihat bagaimana Allah membinasakan mereka dengan azab yang tiba-tiba tanpa mereka sedari apa-apa pun. Tanda-tanda terkejut secara tiba-tiba, jelas terpancar di wajah mereka yang membatu. Demikian juga, hari kiamat yang akan datang secara terkejut dan tiba-tiba. Adakah kita akan bersegera untuk bertaubat kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa sebelum terlambat?

Pompeii telah melakukan perbuatan keji dan songsang yang sama seperti mana Kaum Nabi Luth as. 

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Mangsa Pompeii ini dijumpai pada tahun 1748. 

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Jelas raut wajah mereka nampak terperanjat dan terkejut. Mereka ini ada dipamerkan di muzium dan ada juga boleh dilihat di Kota Pompeii. Kerajaan Itali telah membuka tempat ini kepada semua pelancong.  

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Kerajaan Itali sengaja tidak memecahkan larva tersebut untuk pengajaran kepada dunia akibat amalan songsang. Namun sekarang, dunia seakan benar-benar ingin mengulangi kembali amalan kaum yang dimusnahkan dan telah pupus dari muka bumi ini. 

Kaum yang dibinasakan ini adalah salah satu kaum yang mewah tetapi kaum ini melampaui batas malah turut melampaui sifat-sifat seekor haiwan. 

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Kepada mereka yang ingin menziarahi Kota Pompeii, bolehlah bermula dengan Venice atau pun Rome. 

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Ini adalah kota Pompeii yang sangat besar. Mereka telah membina banyak bangunan yang lebih hebat berbanding kita.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Kenderaan mereka adalah kuda dan mereka telah membina banyak patung yang besar-besar. Namun begitu, kita masih tidak tahu apa yang mereka sembah.  

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Lukisan ini menggambarkan kehidupan mereka yang tidak sanggup kita lihat. 

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Ramai pelancong yang datang untuk melihat kesan-kesan kemusnahan Kota Pompeii untuk pengajaran dan iktibar.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Banyak bangunan dan teknologi mereka yang kita tiru sehingga sekarang. 

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Ini adalah stadium, tempat mereka bersukaria dan binaannya sangat hebat, kerana langsung tiada berlaku kerosakan walaupun pernah berlaku letusan gunung berapi pada tahun 79M.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Walaupun ditimbus larva, stadium ini tetap kekal utuh. 

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Selain mempunyai teknologi yang hebat, mereka juga mahir dalam bidang pembinaan bangunan, namun sayangnya mereka kekurangan keimanan. 

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Mereka membina tiang-tiang yang sangat luar biasa. Bagaimana mungkin mereka dapat menyusun tiang-tiang hebat dari batu jika mereka tidak mempunyai teknologi yang sangat hebat, kan? Wallahu 'alam.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Mari kita renungkan kembali sejarah Nabi Luth as.

(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: 

"Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku. "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. 

"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!" 

Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"

Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".

(Asy-Syu'araa' 26: 160 - 168)

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.

(Hud 11: 82 - 83)

Tafsiran: 
Apabila datang perintah Kami untuk menimpakan azab kepada mereka, Kami jadikan dasar kampung mereka yang dahulu mereka diami, lalu Kami balikkan, dan Kami hujani mereka batu-batu dari tanah yang keras lagi keras, sebahagiannya adalah bertindan di atas satu sama lain berturut-turut ditandai dengan Tuhan dengan tanda yang terkenal yang tidak menyerupai batu-batu bumi, dan apakah batu-batu yang dihujani Allah ke atas kaum Lut daripada orang-orang kafir Quraisy yang jauh dari dihujani.

Dan dalam hal ini adalah ancaman bagi setiap pemberontak yang tidak taat terhadap Allah.

Inilah yang terjadi kepada kaum Nabi Luth as dan kaum Pompeii.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Ini adalah tempat tinggal kaum Nabi Luth as iaitu di kawasan Laut Mati. Kota Sodom dan Kota Gamorah memang terkenal dengan amalan homoseksual iaitu lelaki suka mendatangi lelaki dan meninggalkan wanita yang halal untuk mereka.

Maka Allah utuskan Nabi Luth as bagi memberikan peringatan, namun mereka masih lagi melakukan perbuatan melampaui batas, maka Allah telah menghapuskan mereka dari muka bumi.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Ini adalah lapisan Laut Mati yang mana terdapat lapisan tanah yang menakutkan. Ahli Geologi telah membuat kajian termasuklah orang kita iaitu syarikat GLC Petronas Malaysia. Dikatakan lapisan tanah ini ganjil malah fosilnya  turut berada di permukaan yang mana sepatutnya fosil berada di lapisan bawah. 

Inilah bukti Allah telah membalikkan bumi Sodom dan Gamorah dan ahli Geologi percaya telah berlaku satu gempa bumi yang dahsyat sehinggakan strata tanah yang sepatutnya beralun telah menjadi berlipat-lipat.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Batu berkapur dengan kesan pembakaran akibat batu bertanda yang Tuhan hujani ke atas kaum Luth as.

Batu yang terbakar di sekitar Laut Mati.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Antara kaum yang dibinasakan adalah Kaum Ad yang terkenal dengan kaum yang sangat gagah perkasa dan tubuh badan yang besar dan sasa. Tengkorak mereka saja pun dah sangat besar yang telah ditemui pada November 1991 di antara Oman dan Yaman semasa penggalian pencarian minyak. 

Namun begitu, Barat menafikan perkara ini kerana mereka tidak membenarkan dalil Al-Quran yang menyatakan bahawa kaum pelampau yang mana mereka sangat gagah perkasa juga turut dimusnahkan oleh Allah Taala. 

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibn Omar radhiyallahu 'anhu, dia berkata: Rasulullah saw bersabda: 

"Janganlah kamu memasuki tempat orang yang diseksa. melainkan jika kamu menangis, dan jika kamu tidak menangis, maka janganlah kamu memasukkinya, supaya kamu tidak ditimpa apa-apa.

Nabi SAW telah melarang kita agar jangan pergi ke Laut Mati kecuali jika benar-benar terpaksa. Dan jika itu terjadi, hendaklah pergi dalam keadaan menangis, bukannya dengan bersukaria.

Namun sekarang, kawasan Laut Mati telah menjadi tapak pesta dan kawasan mandi-manda. 

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Ada syarikat travel Malaysia yang menyediakan Pakej Ke Laut Mati kerana dipercayai lumpurnya sangat sihat dan berkhasiat dan ada juga syarikat atau individu yang telah membawa balik lumpur tersebut untuk dijual ke pusat-pusat kecantikan. Sedangkan perkara ini amatlah dilarang dalam agama. 

Begitu juga dengan Madain Saleh yang mana Kaum Tsamud dimusnahkan, Arab Saudi telah menjadikan tapak pesta dan dibinakan bangunan untuk berhibur sedangkan perkara ini amatlah dilarang oleh Nabi SAW. 


Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Apakah Kaum Nabi Luth as muncul kembali? 
Ya,  benar ia muncul malah ia lebih dahsyat. Dulu, lelaki mendatangi lelaki, sekarang wanita pun mendatangi wanita. Dan dunia telah menerima LGBT.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

LGBTQIA, benar kita menempa bala Kaum Pompeii dan Kaum Nabi Luth as.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Di Malaysia, sekarang NGO bergerak aktif yang mana mereka berpangkalan di Singapura. Singapura telah menjadi negara haiwan atas dasar human right.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Definasi kebebasan adalah kebebasan untuk membuat kebaikan, bukannya kebebasan melakukan kerosakan.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Hillary Clinton adalah di antara inidividu yang terlibat secara langsung yang mengiktiraf LGBT. Seluruh Amerika telah menjadi haiwan. 

"Golongan gay dilahirkan dan tergolong dalam setiap masyarakat di dunia." HILLARY CLINTON

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Trump juga turut berjuang untuk LGBT dalam kempennya untuk menang pilihanraya Presiden Amerika.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Saya mahu setiap ahli komuniti LGBTQ+ tahu anda disayangi dan diterima seadanya -- sama ada anda telah keluar mengundi ataupun tidak. Saya akan berjuang setiap hari di Rumah Putih untuk mencipta negara di mana anda boleh hidup secara terbuka, bangga dan bebas tanpa rasa takut. #NationalComingOutDay

Seburuk-buruk Trump, dia masih lagi ada had untuk LGBT. Kerana itu Trump kalah dalam kempen pilihanraya. Ketika Biden menang, wakil LGBT seluruh dunia mengucapkan tahniah kepadanya. 

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Akibatnya, kita lihat, separuh dunia yang bertanda Hijau itu menerima LGBT. Amerika telah menjadi nengara yang tidak bertamadun. Malaysia pula  bertanda merah kerana kita masih lagi tidak  mengiktiraf dan membenarkan kegiatan LGBT. 

Undang-undang yang menangani hubungan sejenis berbeza secara radikal di seluruh dunia, daripada pengiktirafan perkahwinan sepenuhnya kepada pemenjaraan dan juga kematian. Walaupun undang-undang di kebanyakan negara sekular yang mewah telah beralih kepada penerimaan, banyak undang-undang anti-LGBT dari zaman penjajah masih kekal di dunia membangun.

Amalan Songsang di Pompeii Kembali Dr Mat Rofa

Slogan mereka, Marry Who U Love

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Dan ini lebih menyayat hati. 

PBB : Undang-undang antarabangsa mengwajibkan setiap negara MELARANG DISKRIMINASI berdasarkan orientasi seksual dan identiti jantina. 

LGBT bukan sahaja dipromosi oleh negara-negara tertentu tetapi juga dipromosikan oleh PBB. Simbol sarang labah-labah iaitu adalah simbol perangkap negara-negara penjajah ke atas negara-negara yang lemah dengan ekonomi. Dahulu negara lemah dan miskin dijajah dengan tentera sekarang dijajah dengan ekonomi pula. 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

PBB: "Semua manusia dilahirkan bebas & sama dalam maruah dan hak - Perkara 1 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat."

Aktivis Hak Gay Memuji Sokongan Ketua PBB untuk komuniti LGBT

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Setiausaha Agung PBB benar-benar mempromosikan hak-hak gay dengan meminta seluruh anggota PBB mempromosikan LGBT di negara masing-masing. 

Alhamdullillah, Malaysia belum lagi membenarkan LGBT seperti mana Singapura dan Indonesia, walaupun banyak NGO yang mendesak dan sebagainya. 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Melancarkan Kempen Rasmi Pertama Menentang Diskriminasi LGBT

PBB sangat marah dengan Negara Arab kerana masih lagi tidak membenarkan kegiatan LGBT.  Mereka mengadakan World Cup FIFA 2022 di Qatar semata-mata untuk mempromosikan LGBT kerana masih terdapat beberapa negara islam dan sebahagian Afrika yang tidak islam yang masih menentang LGBT.

Mereka yang mempromosikan LGBT ini mula menyerang negara islam dengan memberikan mereka dana yang besar bagi mendesak negara-negara yang belum menerima amalan songsang ini. Keadaan sebegini amatlah menakutkan.


Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Konvensyen Penghapusan Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW)

Sekarang ada konvensyen yang telah menjadikan fokus memperjuangkan hak-hak wanita (CEDAW) di seluruh dunia dan mereka telah bersidang berkali-kali.

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Mereka mengemukakan 18 artikel yang mana antara usulnya ialah mengharamkan poligami yang diamalkan di negara islam.

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

CEDAW kata lelaki boleh kahwin dengan lelaki sepertinya, perempuan perempuan sepertinya. 

Adakah kamu datang dari dua alam * dan meninggalkan apa yang Tuhan kamu ciptakan untuk kamu daripada isteri-isteri kamu? 

Adakah anda berasal dari dua dunia: Adakah kamu mengahwini dua lelaki anak Adam? 

Dan Al-Quran berkata: "Adakah kamu datang kepada zikir-zikir alam."

CEDAW telah meminta semua negara menandatangani 18 artikel tersebut yang didalamnya ada persetujuan membenarkan perkahwinan sejenis. 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

CEDAW tidak menjenayahkan hubungan seksual di luar perkahwinan untuk kedua-dua pasangan.

Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana ia adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

Dan Al-Quran berkata: (Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk).

Dalam 18 artikel itu juga, mereka juga membenarkan swinger (perzinaan dengan suami orang atau isteri orang). 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Negara kita, Malaysia masih bertanda merah yang mana hanya menandatangani 0 - 4 daripada 18 artikel. Dan kita tidak tahu, sudah berapa artikel yang kita telah tandatangani di antara 4 artikel tersebut. Semuanya bergantung kepada perwakilan CEDAW kita yang dihantar ke PBB. 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

5/8 dunia telah membenarkan amalan LGBT.

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Yang berwarna merah adalah negara yang masih menentang LGBT.

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Ini adalah carta yang menunjukkan Kanada, UK dan Filipina adalah antara negara yang paling tinggi menerima komuniti LGBT, selain US, Jepun, Korea Selatan, India dan Indonesia.  Malah dikatakan di Jawa, LGBT telah menular di sekolah rendah. 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Pada tahun 1962, LGBT adalah haram di Amerika. Pada tahun 2012, mereka telah membenarkan amalan LGBT. Inilah gambaran, majoriti bukanlah semestinya benar.

Seperti mana pengikut Nabi Nuh as, pengikutnya amatlah sedikit, namun mereka itulah antara orang yang benar. 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Separuh dunia telah membenarkan perkahwinan Gay. Mereka telah menjadi haiwan dan apakah kita sedang menunggu bala? 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Ini perkara yang telah berlaku di Netherlands. Haiwan tak melakukan perkara sebegini. 

Mereka juga telah cuba-cuba promosikan perkahwinan sejenis di Qatar semasa FiFA World Cup, tetapi Qatar dengan bijak membuat pembukaan acara dengan bacaan ayat Al-Quran. 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Pasangan Belanda menandakan ulang tahun ke-20 perkahwinan sama jantina yang pertama di dunia, "Hampir 30 negara di dunia menjadikan Belanda sebagai contoh," kata seorang ahli parlimen.

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Sebelum 2020, WHO menyatakan LGBT adalah satu penyakit mental. Namun kita, LGBT adalah amalan normal. 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Penukaran kod ICD 10 kepada ICD 11.

Pada tahun 2020, kami mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang isu yang mengelilingi keadaan ini, dan ia tidak berkaitan dengan keadaan kesihatan mental. Mereka tiada kaitan dengan masalah sakit mental. 

Merawat ketidaksesuaian jantina dalam bab kesihatan mental telah menyebabkan stigma tambahan untuk keadaan yang sudah distigma. Pegawai WHO telah memberi harapan bahawa menambah keadaan ini pada bab kesihatan seksual kod-kod ICD akan "membantu meningkatkan akses untuk menjaga campur tangan kesihatan" dan "mendestigmatisasi keadaan itu.

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Mulai tahun 2022...

Homoseksual bukanlah satu penyakit, Persatuan Kesihatan Seksual (WAS) menolak semua dan sebarang bentuk diskriminasi berdasarkan orientasi seksual.

LGBT ialah satu penyakit, bukannya hak asasi - satu pergerakan yg berkembang di Malaysia yang menolak hak2 LGBT.

WHO telah menjadikan manusia seluruh dunia sebagai haiwan.  Sebelum ini, WHO mengatakan LGBT bukanlah satu penyakit. Kerajaan kita juga turut mengatakan LGBT bukan satu penyakit, tetapi ia adalah satu amalan alternatif kepada orang yang LGBT. 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Ini adalah hukuman kepada pengamal LGBT.

Manusia telah berselisih pendapat sama ada ia adalah hukuman yang lebih keras daripada zina, atau zina adalah hukuman yang lebih berat daripadanya, atau adakah kedua-duanya hukuman yang sama? 

Maka Abu Bakar Al-Siddiq, Ali Bin Abi Talib, Khalid Bin Al-Waleed, Abdullah Bin Al-Zubayr, Abdullah Bin Abbas, Malik, Ishaq Bin Rahawayh, dan Imam Ahmad dalam dua riwayat yang paling sahih mengenainya, dan Al -Syafi'i dalam salah satu daripada dua ucapannya, berkata bahawa hukumannya lebih berat daripada hukuman zina, dan hukumannya adalah hukum bunuh. 

Walau apa pun, sama ada dia kebal atau tidak kebal. Asy-Syafi’i, dalam pengertian zahir dari mazhabnya, dan Imam Ahmad, dalam riwayat kedua atas kuasanya, mengatakan bahawa hukumannya dan penzina adalah sama. 

Dan Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa hukumannya lebih rendah daripada penzina, iaitu hukuman ta’zeer.

Ulama masih berselisih pandangan tentang hukuman kepada pengamal LGBT. 

Ada negara mengatakan hukumannya lebih berat dari zina, sebab tu ada hukuman menjatuhkan mereka dari tempat yang tinggi. Dan ada negara yang mengatakan ia ringan berbanding perlakuan zina. 

Namun harus diingatkan, amalan LGBT ataupun perlakuan zina adalah berdosa besar. 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Aktiviti sejenis lelaki adalah haram dan boleh dihukum penjara di Kuwait, Mesir, Oman dan Syria. Ia juga boleh dijatuhkan hukuman mati di Iran, Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu. Di Yaman dan Semenanjung Gaza, hukuman mungkin berbeza antara kematian dan penjara bergantung kepada perbuatan yang dilakukan.

Namun begitu, LGBT sudah membarah di Arab Saudi, yang mana Arab Saudi (Mekah dan Madinah) adalah jantung kepada umat islam. Arab Saudi adalah pertahanan kita yang paling terakhir. 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Arab Saudi telah memenjarakan seorang Blogger Yaman atas panggilan video tentang hak-hak LGBT

Ini kes yang pertama kali yang berlaku di Arab Saudi iaitu pada 28 Julai 2020. Arab Saudi telah mengeluarkan kenyataan yang blogger tersebut bukannya warga Arab Saudi. Namun, atas dasar hak asasi manusia, Amerika telah campur tangan yang mana mereka telah meminta Kerajaan Arab Saudi membebaskan blogger LGBT tersebut. 

Begitulah, setiap LGBT yang memperjuangkan hak-hak LGBT di atas muka bumi ini, PBB akan "backup" mereka. Dan sekiranya mereka dikenakan tindakan undang-undang, PBB akan membantu dan menempatkan mereka di negara lain yang turut menyokong amalan LGBT malah mereka juga telah disogokkan dengan kekayaan dan kemewahan. 

Hal ini sungguh menyayatkan hati. 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Temui 5 negara Arab yang paling mesra gay: Oman. Jordan, Bahrain, Tunisia dan Labenon

5 negara ini mengharamkan LGBT tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap pengamal LGBT. 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Polis Arab Saudi menahan lelaki berhubung video 'perkahwinan gay'

Pada 9 Januari 2018, buat pertama kali polis menemui rakaman perkahwinan gay di Arab Saudi dan mereka ini telah ditangkap. Kejadian amat memilukan kerana ia berlaku di bumi para Anbiya' yang mana Laut Mati begitu hampir dengan mereka. 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Di Malaysia pula, pada 9 Mac 2019, ada NGO PELANGI yang telah berarak di SOGO dengan melaungkan perkataan LGBT. Adakah Malaysia ini sudah kondusif sehinggakan mereka begitu berani mengajak semua orang menjadi haiwan? 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

LGBT Singapura dan Malaysia telah bergabung dan menamakan NGO mereka SAMBAL (Singapore Malaysia Bisexsual and Lesbian). Di Singapura, perkahwinan sesama jantina telah pun dibenarkan. 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Ini adalah Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong yang mana anaknya merupakan pengamal LGBT. 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

S377A, yang merujuk kepada perbuatan seksual antara lelaki tetapi bukan wanita dan menetapkan hukuman bagi pelanggaran, berbunyi, 

"Mana-mana lelaki yang, di khalayak ramai atau peribadi, melakukan, atau bersubahat melakukan, atau mendapatkan atau cuba mendapatkan komisen oleh mana-mana orang lelaki, apa-apa perbuatan tidak senonoh besar dengan orang lelaki lain, hendaklah dihukum penjara selama tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga dua tahun."

S377A telah dihapuskan dan digantikan dengan S337A. 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

"Saya percaya ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan, dan sesuatu yang kini diterima oleh kebanyakan rakyat Singapura. Ini akan membawa undang-undang selaras dengan adat istiadat sosial semasa, dan saya berharap, memberikan sedikit kelegaan kepada warga gay Singapura," kata Lee.

Dia memberikan ucapan dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Mandarin dan Melayu tentang kebenaran berkahwin sesama jenis pada 21 Ogos 2022.

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

SINGAPURA BATALKAN S377A, PINDA PERLEMBAGAAN UNTUK MELINDUNGI DEFINISI PERKAHWINAN

Dalam langkah untuk meredakan beberapa kebimbangan itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pada hari Ahad kerajaannya akan melindungi definisi perkahwinannya, iaitu antara lelaki dan perempuan, daripada dicabar mengikut perlembagaan di mahkamah.

Bermula pada tarikh 21 Ogos 2022, definisi perkahwinan di Singapura telah ditukar yang mana perkahwinan sesama jantina dibenarkan dan jika ingin mempunyai anak, boleh saja mengambil anak angkat. 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

"Sesetengah orang merasakan bahawa banyak lagi boleh dilakukan," kata Bryan Choong, pengerusi kumpulan advokasi LGBTQ Oogachaga, sambil menambah bahawa pemansuhan 377A "sudah lama tertangguh". Kesaksamaan perkahwinan adalah penting kepada ramai dalam komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan aneh (LGBTQ) Singapura, dan "pintu kepada kemungkinan itu tidak harus ditutup", kata Choong.

Bryan Choong merupakan Presiden LGBT di Singapura yang bergiat aktif di Malaysia. 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Ini adalah Mufti SingapuraDr Naziruddin Mohd Nasir yang dilantik sejak Mac 2020 yang masih muda.  Mufti ini berasa sangat sedih dan tidak mampu untuk menghalang umat islam dari gelombang maksiat LGBT.

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Beliau sedih kerana tiada kuasa untuk menghalang perkahwinan LGBT.  Beliau hanya mampu memberikan nasihat yang islam tidak membenarkan perkahwinan sesama jantina walaupun undang-undang membenarkan. Apa yang akan kita jawab di akhirat kelak? 

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Sehubungan itu, Malaysia telah menjadi sasaran utama perjuangan LGBT. Dunia hari ini akan sentiasa menekan kita agar mengiktiraf perlakuan LGBT di bumi Malaysia demi hak-hak asasi manusia.

Amalan Songsang Kota Pompei Kembali

Marilah kita bersama-sama kembali kepada hukum Allah. Alangkah malangnya kita, kita bersama-sama LGBT namun kita masih berdiam diri dengan maksiat yang bermaharajalela di bumi kita. Mudah-mudahan kita semua selamat dari bencana yang telah berlaku sebelum-sebelum ini. 



#spreadlove Putrajaya