02 August, 2015

Belajar Berniaga - Semudah ASB (Action, Share, Build)



Hidup ini  berdasarkan apa yang kita pilih. Tepuk dada tanyalah iman. 

Tindakan memaksa diri untuk berubah ke  arah yang lebih baik (berhijrah) adalah lebih baik daripada membiarkan keadaan yang memaksa kita berubah ke arah lebih baik. 

Kadang-kadang keadaan yang memaksa kita berubah, namun kita masih tidak faham dengan signal paksaan tersebut. 

Contohnya, kita kekurangan duit dan kita meminjam. Itu menunjukkan keadaan kita memang terpaksa meminjam. 

Namun kita masih lagi beranggapan keadaan kita masih ok. Sedangkan, itu adalah signal kita perlu berubah ke arah pengurusan kewangan yang lebih baik. 

Tiga langkah untuk membina perniagaan : 

Amal (Act)
Mesti mengamalkan produk untuk mengetahui sejauh mana keberkesanannya. 

Ianya tidaklah sama dengan sekadar membaca buku atau risalah. 

Buku kata NutriWhite bagus tetapi sebab tidak cuba, jadinya kita tak tau sejauh mana bagusnya NutriWhite tu.

Kongsi (Share)
Apabila dah pakai, dah guna. 

Rasa bermanfaat then kita kongsi. Kongsi ni sharing is caring

Orang tanya, "Eh, awak pakai apa kulit cerah berseri ni?". "Oh! Saya makan vitamin C Shaklee." 

Tak payah nak promo pun orang tu akan datang pada kita untuk tahu lebih lanjut tentang rahsia kulit cerah berseri. 

Bina (Build)
Apabila dah ramai yang minat nak membeli maka relationship akan terbina di antara pelanggan dan pengedar.

Masa ni la kita dapat membina rangkaian lebih besar kerana kepercayaan itu sudah ada. Jangan malu tak kena tempat. 

Tukar mindset!!! 

Mesti excited nak kongsi untuk diri sendiri.

Jangan fikir panjang sangat, fokuskan apa yang ada di depan mata. 

Terlalu banyak berfikir tanpa sebarang tindakan adalah sia-sia. 

Perkara yang paling penting adalah langkah pertama. 

Undur selangkah demi melompat 2 langkah. 

a) Tonjolkan rutin kita di rumah; 
b) Ambil gambar sedang buat kerja;  
c) Ambil gambar semasa packing barang; 
d) Ambil gambar semasa pergi ke pejabat pos; dan
e) Nampakkan rutin kita dalam berniaga

Bila orang lain naik rank, tak de kaitan dengan kita. 

Yang ada kaitan dengan kita adalah bila KITA. Ye, soalannya adalah BILA giliran kita.

Kun fayakun. Manusia tanggungjawabnya adalah berusaha. Jangan buat kerja tuhan. 

Tak usah fikir "Kang aku berusaha ni bukan boleh berjaya pun". Kita bukan tuhan. 

Jangan malu turun kelas kalau tidak rank macam orang lain. 
Berniaga bukannya acara perlumbaan 100 meter. 

Berniaga adalah acara marathon yang memerlukan stamina dan konsistensi.

Semua orang ada masa sendiri. Kita kena terus berusaha. Kalau rasa dah buat semua tapi tidak dapat. 

Itu mesti ada sebab dan ada benda yang belum beres. 

3C tidak boleh dan jangan dibuat : 

Complaint - Sentiasa mencari kebaikan, kalu tidak, diam saja. Tidak perlu berkata apa-apa

Compare - Jangan bandingkan diri dengan orang lain

Compromise - Jangan kompromi dengan impian. Jangan kecil-kecilkan impian kita. Jangan bertolak ansur atas komitmen yang perlu diselesaikan.

Bila kita sudah mula complaint itu ini, kita adalah mangsa (orang yang dirugikan). 

Bahasa mangsa adalah complaint. Bahasa pemenang adalah yang sentiasa positif dan selalu bersyukur.


Nukilan dari MJ Kelas Newbies Shaklee