07 September, 2015

7 Cara Mengatasi Rasa Lemau dan Mengantuk

Kadang-kadang terfikir, kenapa selepas bangun pagi badan terasa lemau dan malas. 

Kadang tu terasa bisa-bisa dan mencucuk-cucuk di bahagian tumit. 


Dan perkara ini terbawa-bawa hingga ke penghujung hari. Rimas sungguh, kan?

Ada beberapa sebab kenapa badan kita beraksi sedemikian, antaranya:-


1. Sensitif dengan gelombang elektromagnet
Sejak-sejak telefon bimbit mengjadi keperluan masa kini, kita sering tertidur dengan telefon bimbit, meletakkan jam digital bersebelahan semasa tidur, selalu menggunakan mikrowave untuk memanaskan makanan, menggunakan pengering rambut lebih dari 10 minit  dan berada terlalu dekat dengan skrin komputer. 

Ini boleh menyebabkan badan kita tidak recharge sepenuhnya sewaktu tidur. 


Bangun pagi masih terasa mengantuk dan tak cukup tidur.

Cara mengatasinya: 
Gantikan jam digital kepada jam analog, keringkan rambut dengan tuala, panaskan lauk menggunakan dapur biasa dan alihkan semua peralatan tanpa wayar ke dalam bilik yang berasingan. 



2. Diabetes tanpa sedar
Simptom diabetes ini terjadi apabila kita terlalu dahaga dan kerap membuang air kecil. 

Ketagihan ingin memakan makanan manis sebelum kedatangan haid juga adalah petanda badan mengalami ketidakseimbangan kadar gula dalam darah.

Waktu sebegini disarankan mengambil makanan setiap 3 jam sekali dan elakkan diri dari hidangan roti, yogurt, buah-buahan, air buah, rokok dan kafein. 

Cara mengatasinya: 
Berjumpa doktor untuk mengenal pasti kebarangkalian kita mengidap diabetes dan perbanyakkan mengambil makanan laut seperti ikan, telur, sayur-sayuran, buah anggur, buah pear, buah pic dan buah kiwi. 

Gantikan pasta atau nasi dengan beras perang, bubur dan bijirin. 

Smoothies buah-buahan ini ada campuran mealshake, ESP dan Cinch Shake. Yummy-yummy. Minuman berkhasiat dan lazat malah mengenyangkan.


3. Makan tengahari
Pemakanan yang tidak teratur dan tidak menentu boleh menyebabkan mood kita tidak seimbang. 

Kejap-kejap moody, kejap-kejap ok


Elakkan mengambil makanan tengahari yang berat, kerana ia boleh mendorong rasa mengantuk dan malas.

Cara mengatasinya: 
Untuk makan tengahari disarankan hanya mengambil sebiji epal sudah memadai tetapi pada waktu sarapan pagi digalakkan mengambil makanan berat seperti nasi, ikan, ayam, daging atau supplemen yang mengenyangkan. 

Elakkan lauk pauk yang berlemak dan berkolestrol. Jangan sesekali skip sarapan pagi. 

Sarapan pagi yang mengenyangkan dan berkhasiat

4. Masalah buah pinggang
Ini adalah antara penyebab anemia (kurang darah merah) atau tiroid yang boleh membawa kepada keletihan. 

Cinch tea boleh menggantikan kopi atau teh. Yang best nya, ia adalah energy booster.

Cara mengatasinya: 
Elakkan mengambil minuman berkafein apatah lagi beralkohol tetapi perbanyakkanlah mengambil pemakanan yang seimbang. 


5. Kekurangan Zat Besi dan Vitamin B12
Kekurangan vitamin-vitamin ini akan membawa kepada penyakit anemia. 

Tanda-tanda penyakit anemia adalah kulit kelihatan kekuningan.  


Fungsi zat besi adalah untuk membantu penghasilan darah merah. Manakala B12 pula  untuk membawa oksigen ke serata badan.


Cara mengatasinya: 
Jika kekurangan zat, ambillah vitamin tambahan seperti multivitamin. 

Namun jika mudah benar beremosi, disarankan mengambil vitamin B12. 
 


Vitalea adalah multivitamin yang ada 28 jenis mineral yang diambil dari sayur-sayuran untuk melindungi organ dan melengkapkan keperluan nutrisi badan. 

B Complex pula mengandungi 8 jenis vitamin B yang berfungsi untuk mengurangkan keletihan, kemurungan, insomnia dan tekanan


6. Senaman
Bagusnya senaman ini, ia dapat melegakan minda kita dan otot-otot badan. 

Tetapi jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai boleh menyebabkan badan menjadi letih.

Cara mengatasinya:
Lakukan senaman ringan, yoga atau berjalan sekeliling rumah sekitar 30 minit sehari. 

Senaman ini tak lain tak bukan hanya sekadar untuk merangsang tenaga atau mengembalikan stamina dalam badan kita je.



7. Tekanan
Yang ini memang ye, tekanan boleh membuatkan kita mudah berasa letih dan ia antara penyebab kita menjadi kurang bermotivasi, dingin terhadap seks, berat badan tidak stabil, berfikiran negatif dan sebagainya. 

Cara mengatasinya: 
Berjumpalah dengan doktor pakar untuk sesi terapi, berkongsi cerita dengan orang yang dipercayai atau mengambil supplemen yang berkesan untuk mengawal tekanan yang dihadapi.


Namun perkara yang paling penting sekali adalah, badan kita amat memerlukan air sekurang-kurangnya 2 liter hingga 3 liter sehari. 

Dehidrasi boleh menyebabkan kita rasa mengantuk dan keletihan. 


Contohnya, semasa bulan puasa, kita letih bukan disebabkan kita tidak makan, tapi kita dahaga dan haus, kan? 

Jadinya, perbanyakkan minum air putih dan boleh jugak download apps "Water Your Body" yang memang sentiasa jadi "mak" kita suruh minum air. 

Sekurang-kurangnya kita tidak perlu lagi nak mengira da cukup atau belum air yang diminum hari ini sebab da ada apps yang aturkan untuk kita. 


Cukup mudah, kan?



Tahukah Anda ?

3 hingga 5% dari populasi dunia ni sedang bergelut dengan kemurungan kronik. 17% pula adalah berisiko untuk murung. 

Berbanding lelaki, wanita paling berisiko untuk menjadi murung. 


Ini research dari Institut Kesihatan Mental Kebangsaan Amerika Syarikat.