Showing posts with label Akhlak. Show all posts
Showing posts with label Akhlak. Show all posts

17 July, 2018

Jutawan Akhirat

https://blogungumaria.blogspot.com

sumber copy and paste

BIAR KITA MISKIN DI DUNIA TAPI KITA KAYA DI AKHIRAT

Buat peringatan untuk kita dan juga para sahabat sekalian.

Dulu saya juga tergolong dalam golongan yang mengumpulkan harta dan sentiasa menghitung-hitung, sentiasa cek amount dalam bank.

Sedangkan Allah kata, 

"CELAKALAH golongan yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung", (surah Al-Humazah ayat 2). 

Setiap bulan rasa 'happy' sebab tengok duit dalam akaun makin bertambah, bertambah dan bertambah. Kerapkali saya berkata pada suami,

"Kalau apa-apa berlaku in future, sekurang-kurangnya saya dah ada simpanan untuk SURVIVE" (yakin pada 'kuasa' makhluk, yang hakikatnya tak ada kuasa pun). 

Pemikiran dangkal saya ketika ini bertepatan dengan ayat 104:3, yang bermaksud;

"Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat MENGEKALKANNYA". 

Saya fikir dengan adanya simpanan (harta) maka kehidupan dunia saya lebih TERJAMIN, sedangkan bukan harta yang menjamin kehidupan kita, tetapi ALLAH. Allah menguji hambaNya dari segenap penjuru. Maka Allah berfirman lagi, kalla! 

"TIDAK SEKALI-KALI! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam Huthomah" (104:4)

Sekarang baru saya faham kenapa ada kumpulan manusia yang menginfakkan seluruh harta jiwa raga dan diri mereka untuk agama dan membangunkan ummat. Kerana harta yang halal pasti akan DIHISAB, harta yang haram akan DIAZAB.

Hatta yang halal sekalipun, apabila kita mengumpulnya untuk tujuan MEMENUHKAN DUNIA yang bersifat sementara, dan mengukuhkan keyakinan kita terhadap 'kemampuan' di dunia, besar kebarangkaliannya akan berakhir di neraka Huthomah.

Sedangkan ingin memikul beban dosa sedia ada bahkan kita tidak tertanggung, setiap hari masih berbuat dosa, dengan atau tanpa sengaja, apatah lagi ingin menambahkan BEBAN HARTA yang bakal dihisab.

Takut. Saya sangat takut dihisab di 'yaumiddin' nanti, sedang dosa-dosa lain belum terhisab. 

Sejak dari itu, simpanan di dalam akaun saya semakin berkurang, berkurang dan berkurang, sehinggalah kami dapat infaqkan diri kami juga untuk perjuangan agama satu hari nanti (dengan izin Allah Taala). 

Apabila kita ada Allah, kita tak risau akan kekurangan, sebab Allah yang MENCUKUPKAN hambaNya, bukan wang ringgit yang mencukupkan kita (wang ringgit hanya ASBAB, ramai tertipu dan percaya dengan ASBAB). 

Apatah lagi jika kita membantu agama Allah (rujuk QS Muhammad ayat 7), YAKIN, Allah takkan persiakan hambaNya yang berkorban, jika kita tak yakin pada Allah, Tuhan sekalian alam, maka pada siapa lagi kita ingin yakin?


Seperti kata Ustaz Ebit Lew,

"Apabila kita ada Allah, kita ada SEGALA-GALANYA".

Asbab itulah Baginda SAW, Saidina Abu Bakar, Othman, Ali dan para sahabat yang lain menjadi fakir di dunia (jutawan di akhirat) dengan menyerahkan segala-galanya untuk agama, hatta diri mereka sendiri. 

pic google

Kerana ADA Allah sahaja sudah CUKUP buat mereka, kerana mereka TAHU syurga Allah sangat MAHAL nilainya, kerana Allah-lah JAMINAN mereka, bukan makhluk, harta kekayaan atau wang ringgit.

Cari harta tak salah, carilah sebanyak yang mungkin selagi ia tidak melalaikan dari mengingati Allah dan dari sumber yang halal. Kita dituntut berusaha mencari rezeki. 

Tapi jika TAKUT dihisab di akhirat kelak, jangan lupa infaqkan untuk agama dan ummat yang memerlukan, jika tidak takut dihisab dan YAKIN LULUS ujian penghisaban nanti, boleh saja mengumpulkan harta dunia.

Tepuk dada tanya selera. 

Jika kita kejar dunia, dunia akan DITINGGALKAN dan BINASA. Jika kita kejar akhirat, dunia akan mengekori kita, dan kehidupan akhirat kekal buat selama-lamanya...

16 July, 2018

Derma yang Tidak Perlu pun....

https://itsallaboutlife2018.com

sumber copy and paste

DERMA YANG TERTUKAR
Renungan bersama yang sangat baik untuk dihayati


Seorang wanita bertanya pada penjual telur yg sudah tua, 
"Berapa harga telur?"
Penjual telur menjawab, 

"Sebiji harganya 20sen, puan."
Wanita itu berkata, 

"Saya mau mengambil 6 biji tapi dengan harga RM1, kalau tidak, tak jadi beli."
Penjual telur menjawab, 

"Baiklah, mungkin ini permulaan yang baik kerana dari tadi tak ada satupun telur yang berhasil saya jual."

Wanita itu mengambil telur-telur tersebut dan berjalan dengan perasaan senang bahawa dia sudah menang. Kemudian dia masuk ke dalam kereta mewahnya dan pergi ke restoran bersama kawan-kawannya. 

https://mg.co.za

Di sana, dia bersama kawan-kawannya memesan pelbagai makanan yang mereka suka. Mereka makan sedikit dan meninggalkan banyak dari apa yang sudah mereka pesan. Kemudian wanita tersebut membayar bilnya. Bilnya sebanyak RM140. Dia memberikan wang RM150 dan menyuruh restoran simpan saja bakinya.

Kejadian seperti ini mungkin selalu berlaku kepada pemilik restoran, tapi sangat menyakitkan bagi penjual telur yang sudah tua.

Moralnya adalah: 

"Mengapa kita selalu menunjukkan bahawa kita punya kuasa ketika kita membeli dari orang yang memerlukan? Dan kenapa juga kita jadi dermawan kepada orang yang bahkan tidak memerlukan derma dari kita?"

Suatu ketika saya pernah membaca:
"Ayahku biasa membeli barang-barang kecil daripada orang miskin dengan harga tinggi, walaupun dia tidak memerlukan barang-barang tersebut. Kadang-kadang dia bahkan membayar lebih untuk itu. Aku tertarik pada hal ini dan lantas bertanya mengapa dia melakukannya?

Kemudian ayahku menjawab, 'Anakku, ini adalah sedekah yang terbungkus dengan harga diri.'"

10 June, 2018

Antara Anak yang Berjaya Dunia dan Berjaya Akhirat


http://humairahdwilestari.blogspot.com

sumber copy and paste

MENUMPANG HIDUP DENGAN ANAK YANG TIDAK BERJAYA DI PENGHUJUNG USIA

Renungan bersama..

Ketika memasukkan barang yang dibeli dari sebuah supermarket, saya ternampak seseorang yang saya kenali di kampung saya di parking motor. Dia kelihatan membawa beberapa beg pampers yg dibeli dan nampak berusaha mengikat bungkusan besar pampers di motosikal separuh usianya. Saya menegurnya dan kami berbual sekejap.

Lelaki 40an ini bercerita, 

"Cikgu, saya anak bongsu, saya mengaji tak tinggi, kerja kampung saja. Tak seperti kakak dan abang yang emak ayah saya bagi mengaji sampai universiti.

Ganjarannya mereka hidup mewah di bandar, emak yang telah 80an, mereka tinggalkan kepada saya kerana saya tidak mengaji tinggi, tidak banyak urusan hidup, tak banyak kerja, kata mereka.

Emak saya dah lumpuh, berak kencing dalam pampers, makan pun kekadang kena disuap."

Bila ditanya tidakkah abang dan kakaknya balik melihat emak mereka, dia membalas.

"Abang dan kakak serta ipar saya hanya balik menjenguk emak apabila hari raya, itupun sekadar menjenguk. Sayalah juga mengurus emak walau mereka ada. Kata mereka, geli geleman nak buka pampers emak, anak menantu emak lagilah menjauh"

Matanya mula merah dan berair.

"Lihatlah cikgu, dengan motor ini saya kena membeli keperluan emak, mereka kata saya takda kerja, sedangkan saya kena berhempas pulas di kebun untuk sesuap nasi.

Mereka lupa emak yang membasuh berak mereka dulunya, mereka lupa emak yg membuka napkin mereka yg penuh taik atau air kencing suatu masa dulu. Hari ini mereka geli geleman pada pampers emak.

Mereka lupa suatu masa dulu emak yang menyuap mereka makan, hari ini mereka tak bertanya pun emak dah makan atau tidak berbimbang kena menyuap."

Dia berhenti bercakap,air matanya menitis di baju lalu disapu dengan hujung baju lusuhnya. Saya hanya menepuk bahunya lalu mendakapnya dan membisikkan agar dia bersabar. Lalu saya ambik semua bungkusan pampers yang dibelinya dan saya bawa ke kereta saya.

Begitulah satu hakikat hidup. Ibubapa berhempas pulas mahu anak-anak berjaya dalam hidup, menjawat jawatan besar, hidup senang-lenang tetapi mereka langsung tidak memikirkan bahawa kesenangan hidup anak-anak akan menyebabkan mereka tiada masa untuk ibubapa.

Mereka hanya memikir untuk boleh menumpang hidup dengan anak-anak. Anak yang berjaya dibangga, anak yang kurang berjaya dimarah dan diherdik.

Tetapi akhirnya anak yang tidak berjaya dalam pelajaran yang akhirnya terpaksa hidup dengan ibubapa itulah yg membela ibubapa hingga ke akhirnya hayat. Anak yg dibangga-banggakan kejayaannya, sibuk dengan hidup, sibuk dengan kerja dan tiada masa menjenguk ibu ayah apa lagi mengurus berak kencingnya. 

https://ohbulan.com
Bukankah sepatutnya anak yang berjaya yang memelihara ibubapa dan memberi ruang kepada anak yang kurang berjaya meneruskan hidup kais pagi makan pagi dengan lebih selesa.

Ingatlah kepada kita yang ada anak-anak, jangan dibangga berlebihan pada anak yang berjaya dan dicemuh yang gagal, kerana setiap anak yang Allah Taala anugerahkan ada kelebihan dan kekurangannya. Anak yg gagal pada ukuran kejayaan di dunia, mungkin berjaya pada ukuran akhirat apabila dia menumpah bakti memelihara ibu ayah hingga ke akhir hayatnya mereka.

Saya mengajak pembaca yg masih ada ibu ayah, jangan mengambil sikap membiarkan ibu ayah dipelihara oleh seorang saudara kita sahaja, kita sekadar menjenguk sekali sekala. Sepatutnya direbut usaha menjaga ibubapa untuk membalas jasa mereka biar bagaimana keadaannya sekalipun.

Penuhilah keperluan ibubapa, jangan jadi seperti beberapa orang anak yang datang meminta sumbangan kerusi roda untuk ibubapa, sedangkan mereka datang memandu Honda Civic. 

Ada yang datang meminta katil hospital, sedangkan mereka memandu CRV. 

Nabi SAW berpesan, 

"Ibu ayah membela kita supaya membesar dan berjaya, tetapi kita membela ibubapa untuk menunggu hari matinya, itupun tak boleh?"

Kepada pembaca yang masih muda, berazamlah untuk menjaga ibubapa hingga ke akhir hayatnya kerana syurga itu tergantung pada redha ibubapa. Jangan akhirnya ibubapa menitis air mata apabila mengenangkan anak-anaknya ketika mereka lanjut usia, biarlah wajah tua mereka tetap mengukir senyum dan berbangga pada setiap anak-anaknya. Wallahua'lam.

27 November, 2012

Tafsir Surah al-A'raf Ayat 23 - 27 (Doa pengampunan dari Nabi Adam as)



Ayat 23 
Kalau kita tahu kita berbuat salah, cepat-cepatlah memohon ampun. Inilah yang Allah hendak dari hambaNya. Bukannya memberi 1001 alasan untuk membenarkan kesalahan yang dilakukan.

"Keduanya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi."

Tafsir :
Keduanya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri,
Doa ini amatlah baik diamalkan kerana diajar oleh Allah cara untuk meminta ampun kepada Nabi Adam as dan Hawa ra.

Jangan jadi seperti syaitan, yang berhujah dengan Allah dengan menggunakan logik akal, sehinggakan ada yang terkeluar daripada islam. Mereka sangka, semua hukum Allah itu perlu dijelaskan dengan logik akal. 

Nabi Ibrahim taat kepada Allah sehinggakan sanggup menyembelihkan anak sendiri. Kalau difikirkan memang tidak masuk akal, tetapi baginda tetap melaksanakan kerana itu adalah arahan daripada Allah. Kita tiada hak untuk mempersoalkan hukum yang diberikan oleh Allah. 
 
dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.
Nabi Adam dan Hawa meminta ampun dan memohon rahmat. Kenapa dua perkara ini diperlukan? Kerana ia penting. Setelah berbuat salah, kita memohon ampun dan dan mengharapkan rahmat daripada Allah.

 
Ayat 24
"Allah berfirman: “Turunlah kamu sekalian, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan”."

Tafsir : 
Allah berfirman: “Turunlah kamu sekalian,
Nabi Adam, Hawa dan iblis pun diturunkan ke dunia.

sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain.
Di dunia manusia akan bermusuh-musuhan. Di syurga tiada permusuhan. 

Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan”.
Di dunia ini hanya sementara, kita mati dan dunia akan kiamat dan kita semua akan mengadap Allah Taala jua nanti.


Ayat 25
"Allah berfirman: “Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan."

Tafsir : 
Allah berfirman: “Di bumi itu kamu hidup
Kita hidup di dunia untuk mengumpul amalan dan pahala bagi hari akhirat.

dan di bumi itu kamu mati,
Mengingatkan kematian menyebabkan kita takut untuk melakukan dosa. 

dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan.
Kita akan dihidupkan kembali dari kubur yang dalam tanah itu juga nanti.


Ayat 26
4 Nasihat yang Allah beirkan kepada anak Adam yang dimulai dengan "Wahai Anak Adam".

Nasihat (1)
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat."

Tafsir :
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian
Kita tidak diwariskan dengan kesalahan (dosa) Nabi Adam dan Hawa. Kita diberikan pakaian. Dakwaan Kristian, kita dilahirkan dengan keadaan berdosa, sebab itu ada pembaptisan. Mereka bersangka buruk dengan Allah tanpa dalil. 

untuk menutup auratmu
Tujuan pakaian adalah untuk menutup aurat. Jika tidak menutup aurat dengan sempurna, itu bukan pakaian sebenarnya. 

dan untuk perhiasan.
juga sebagai perhiasan. Menutup aurat itu wajib dan memakai perhiasan itu harus. Kita digalakkan untuk berpakaian yang kemas dan cantik. Cuma wanita janganlah memakai pakaian yang menarik perhatian lelaki.
 
Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.
Pakaian rohani adalah pakaian yang lebih baik iaitu lambang ketaatan kepada Allah. Jadi kita disuruh mencantikkan hati seperti mana kita disuruh memakai pakaian yang kemas dan cantik.

Ia juga bermaksud, pakaian yang melambangkan ketakwaan, bukan pakaian ketat dan menampakkan bentuk badan. Dan jangan pakaian yang menunjukkan kesombongan kerana Allah tidak suka kepada orang sombong. 

Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.
Allah mahu kita ingat kepadaNya. Doa Nabi SAW semasa memakai baju baru dan di saat sampai ke leher hendaklah mengucapkan :
 
اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُ ِللهِ الَّØ°ِÙ‰ْ ÙƒَسَانِÙ‰ْ Ù‡َØ°َا ÙˆَرَزَÙ‚َÙ†ِÙŠْÙ‡ِ Ù…ِÙ†ْ غَÙŠْرِØ­َÙˆْÙ„ٍ Ù…ِÙ†ِّÙ‰ْ ÙˆَلاَÙ‚ُÙˆَّØ©ٍ
Segala puji bagi Allah yang memberi aku pakaian ini dan memberi rizqi dengan tiada upaya dan kekuatan dariku.


Ayat 27
Nasihat (2)
"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman."

Tafsir :
Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga,
Kita patut benci syaitan kerana segala keburukan yang ada pada mereka termasuklah tipu daya mereka terhadap datuk nenek kita sehinggakan dikeluarkan dari syurga. Cara ingin tahu Iblis menipu manusia adalah dengan mempelajari ilmu Talbis Syaitan (Belitan Syaitan) supaya kita dapat mempertahankan diri dari tipu daya syaitan dan iblis.

ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya.
Syaitan menyebabkan pakaian Nabi Adam dan Hawa terlucut. Jadi jangan kita ikut syaitan. Jangan termakan pujukan dan bisikan mereka. 

Sebelum kedatangan islam, masyarakat Jahiliyah tawaf di Kaabah dalam keadaan telanjang kerana terpedaya dengan hujah manusia dijadikan dalam keadaan telanjang. Syaitan telah berjaya memperdaya tok nenek kita, maka mereka juga berusaha untuk menelanjangkan anak cucunya juga. 

Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.
Syaitan dan anak cucu mereka dari kalangan jin nampak akan kita, tapi kita tidak nampak akan mereka. Jin syaitan sentiasa memerhatikan kita kerana mereka akan sedaya upaya menyesatkan kita dengan membisikkan perkara-perkara yang tidak baik. 

Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.
Orang yang tidak beriman dan mengamalkan syirik, memang syaitan akan berteman rapat dengan mereka. Syaitan sentiasa ingin menelanjangkan manusia. Sebab itu jika kita lihat pakaian yang tidak sesuai, itu adalah kerja syaitan. 

Lelaki seeloknya tutup aurat dengan sempurna dan jangan memakai pakaian yang menarik perhatian perempuan. Wanita pula walaupun tutup aurat sempurna tapi jagalah adab dan adat pergaulan. 



21 February, 2012

13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita


1. Bulu kening 
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. 
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. Kaki dan semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31) 

Keterangan : 
Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.

3. Wangian 
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. 
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4. Dada 
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. 
(Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani)

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Muka dan leher 
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu. 

Keterangan : 
Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang)
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." 
(Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

9. Mata 
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) 

Sabda Nabi Muhamad SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram." (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. 
(Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32) 

Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." 
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah)

11. Kemaluan 
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) 

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Al Bazzar) 

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. 
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

12. Pakaian 
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. 
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah) 

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. 
Bermaksud : "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." 

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. 
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." 
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Riwayat Imran bin Hushain ra.: 
Bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita." (Shahih Muslim No.4921)



01 January, 2012

Perempuan



Saat kecil,
dia membuka pintu Syurga untuk ayahnya

Saat dewasa,
dia menyempurnakan agama untuk suaminya

Saat menjadi ibu,
Dia menjadi penggerak semua doa

Oleh kerana itu
Dia dimuliakan Allah dengan menempatkan syurga di telapak kakinya

Ketika seorang perempuan sudah menjadi IBU,
maka ALLAH akan menganugerahkan kepadanya satu senjata yang sangat ampuh di muka bumi

"Tahukah anda apa itu?"

Itu adalah Lisannya.
Lisannya akan menjadi berat timbangannya.
Lisannya akan menjadi pembuka pintu-pintu langit.

Ucapannya akan diijabah.
Doanya akan diangkat tanpa penghalang.

Doa ibu akan mampu menjadi penghancur kesulitan bagi anak keturunannya. Dan mengeluhnya seorang ibu akan menjadi pemberat langkah setiap anggota keluarganya, termasuk bagi suaminya.

Maka pantang bagi seorang ibu untuk mengeluh,
kerana keluhannya pun akan menjadi kenyataan, sebagaimana harapan dan doanya pun akan menjadi kenyataan.

Ucapan buruknya akan menjadi musibah bagi dirinya dan keluarganya. Lisan seorang ibu layaknya seperti Karomah para wali.

Maka berhati-hatilah, wahai para ibu ketika anda menggunakan senjata terampuh ini. Gunakan untuk bermunajat meminta kepada ALLAH agar suamimu dimudahkan dalam mencari nafkah.

Jangan mengeluhkan tentang dirinya.
Itu  akan semakin memberatkan dan menyukarkan kehidupan anakmu.

Gunakan untuk bermunajat meminta kemudahan dan kesolehan  atas   anak-anakmu jangan mengeluhkannya. Kerana itu akan menjadi benar adanya.

Subhanallah, untuk para IBU!



11 September, 2011

Owh Malaysiaku!



JANGAN TOLAK KEMUNGKINAN MALAYSIA BOLEH JADI NEGARA KRISTIAN. SEJARAH MEMBUKTIKAN DEMIKIAN...

Apa dah jadi kepada Filipina?
Dulunya Manila diperintah oleh Raja Sulaiman. Mindanao diperintah oleh Sultan Muhammad Kabungsuwan. Sekarang dah jadi negara Kristian. Disamping puluhan agama lagi di dalamnya.

Apa dah jadi kepada Vietnam?
Dulu namanya kerajaan Melayu Islam Campa (Panduranga, Kauthara, Vijaya, Inderapura, Simhapura). Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Malaysia tak tahu pun Vietnam tu dulu kerajaan Melayu Islam.

Apa jadi kepada Thailand?
Sebahagiannya dulu wilayah Melayu Islam dan tempat lahir ulamak Islam Nusantara. Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Melayu dah tak reti cakap Melayu dan tak tahu tulisan jawi. Budak sekolah rendah Melayu dah percaya bahawa Kedah/Kelantan adalah asal Thailand yang dijajah oleh Malaysia.

Apa dah jadi kepada Singapura?
Dulunya diberi nama Temasek, tempat berdagang pelbagai rumpun Melayu. Tempat berlabuh sultan-sultan Melayu Riau Lingga. Sekarang jadi negara apa entah. Anak kita kat Johor pun tak tahu Singapura negeri Melayu Islam dulunya.

Apa pula akan jadi kepada Pulau Batam dan banyak lagi wilayah di Indonesia? Bukan ke gerakan Kristianisasi di sana dah masuk gear 5?

Jadi apa mustahilnya Malaysia adalah sasaran seterusnya?

Depa acah kita dengan isu kalimah Allah. Ada dah sikit-sikit orang Melayu yang murtad. Depa tuntut perlembagaan yang halang penganut agama lain sebar agama depa pada orang Islam dimansuhkan. Depa minta anak-anak lahir takde status agama. Kita berlonggar depa ke depan lagi. Kita mati dalam iman, tapi cucu cicit kita belum tentu lagi.

Sedikit sikap hazar (berhati-hati) lebih baik dari selamba selamanya.

Tulisan :
Ustaz Fauzi Asmuni



10 March, 2011

Al-Quran Sahabat Karib


Kepada sesiapa di antara kita yang pernah terbayang-bayang yang matahari akan terbit dari sebelah barat seperti mana yang diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW  sejak 1400 tahun yang lalu...

Sekarang scientists sudah tahu bagaimana ia boleh berlaku. Scientists sudah lama membuat kajian terhadap Marikh yang mana arah pusingannya sama seperti Bumi. 

Tetapi sekarang ini Marikh sudah berpusing mengikut arah yang berlawanan dan matahari terbit di sebelah barat Marikh. Ini dinamakan sebagai Retrograde Motion dan ianya berlaku di seluruh planet dan Bumi adalah yang seterusnya!

Allah telah berfirman yangg apabila matahari terbit dari sebelah Barat, pintu KEAMPUNAN akan ditutup. Tiada lagi doa taubat yang akan diterima. Maknanya sudah  tak lama lagi ia akan berlaku.

  1. Jangan bazirkan masa untuk movies, muzik, hiburan dan lain-lain. 
  2. Luangkanlah lebih banyak masa dengan membaca dan mempelajari AL-QURAN dan HADIS. 
  3. SOLAT lima waktu
  4. Ajarlah anak-anak kita tentang Islam, ia akan menguntungkan kita di alam BARZAKH nanti..
ISLAM ialah agama yang indah dan ALLAH sudah mempermudahkannya untuk kita melalui kesayangan kita, NABI MUHAMMAD SAW. 
  • Adakah kita sudah bersedia dengan KEHIDUPAN SELEPAS MATI? 
  • Adakah kita sudah bersedia untuk berjumpa dengan ALLAH pada hari PEMBALASAN?
  • Ingat kita bersendirian pada hari tersebut.
  • Pernah kita terfikir apa yang akan terjadi kalau kita anggap/layan Al-Quran sebagaimana kita layan handphone kita?
  • Bagaimana pula kalau kita sentiasa membawanya ke mana sahaja kita pergi di dalam beg kita dan juga di dalam poket kita?
  • Bagaimana pula kalau kita membaca muka surat Al-Quran, beberapa kali dalam masa sehari?
  • Bagaimana jika kita berpatah balik untuk mengambil Al-Quran tersebut jika kita terlupa hendak mengambilnya?
  • Bagaimana jika kita anggap/layan Al-Quran itu macam kita tak boleh hidup tanpanya?
  • (Memang betul, kita tak boleh hidup tanpanya!)
  • Bagaimana jika kita hadiahkan Al-Quran kepada anak-anak atau kawan-kawan kita sebagai hadiah?
  • Bagaimana jika kita membacanya sambil berjalan/bercuti ✈?
  • Bagaimana jika kita menjadikannya sebagai satu kepentingan setiap hari??

 

Jadikan logo kita :

"Al-Quran, sahabat karibku ..."

Fikir walaupun sekali, pada hari PEMBALASAN kelak, kita akan sedar setiap hari kita membaca message daripada kawan-kawan, kita share/forward lawak jenaka dan gossips tapi berapa kali kita membuka Al-Quran dan membaca segala pesanan yang disampaikan oleh Allah Subhaanahu WaTa'aala ☝.

Secara saintifik terbukti :
  • Mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran dapat mengurangkan kelaziman sel kanser di dalam badan kita dan malah mampu memusnahkannya.
  • Bersujud lama boleh menguatkan memori dan mengelakkan stroke.

Syaitan berkata, 
"Aku tertanya-tanya bagaimana  manusia ini boleh mengaku bahawa mereka cinta kepada Allah ☝tetapi mengingkari-Nya, dan mereka juga mengaku bahawa mereka benci kepada aku tetapi mereka patuh pula kepadaku?"