01 December, 2020

Cara Wangikan Alamari Pakaian

Daun pandan bukan saja menambah aroma dan keenakan nasi lemak dan juadah kuih-muih tradisional Melayu, tetapi ia juga boleh dijadikan bunga rampai dalam majlis pertunangan dan perkahwinan Melayu. 


Khusus bagi mereka yang inginkan almari pakaian sentiasa berbau harum menggunakan bahan yang murah dan bersih. Daun pandanlah jawapan terbaik.


Caranya, ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua, kerat-keratkan kepada lebih kurang tiga sentimeter panjang dan letakkannya di dalam almari pakaian anda. 


Tukar kepada daun pandan yang baru selepas tiga hari.