01 December, 2021

Manfaat Oat, Arang dan Kunyit Untuk Kecantikan Semulajadi

 OAT 

Oat kaya dengan fiber dan sesuai di jadikan face mask.


Cara guna: 

Caranya ambil oat campur dengan madu dan kisar halus. Selepas tu letakkan dimuka selama 15 minit. Amaran: Jangan buat masa lapar nanti oat tu masuk mulut lak.


ARANG 

Peminat kopi dan teh perlu baca betul-betul. Untuk menghilangkan kekuningan gigi amalkan mengosok gigi dengan arang. Arang tersebut akan menyerap kesan kekuningan pada gigi.


Cara guna: 

Caranya mudah aje. Hanya tumbuk arang dengan sedikit garam dan gosok gigi dengan jari (jangan makan tau). 


KUNYIT 

Petua kulit cantik bagi orang India dan Cina banyak menggunakan kunyit sebagai bahan utama. Ianya berfungsi sebagai antiseptik dan scrub muka.


Cara guna: 

Hanya serbuk kunyit dengan susu dan sapu di bahagian muka selama 15 minit. Cuma selepas pakai tu kena sental elok-elok muka tu. Karang tak pasal-pasal jadi macam alien warna kuning.