Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

26 September, 2023

Jantung Hati


Dalam hidup ini kekadang kebaikan kita selalu dilupakan. Tetapi kesalahan yang kecil selalu mereka ingat. Biarlah kebaikan itu seperti jantung, tak pernah terlihat tapi sentiasa berdenyut.


la tahzan

”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.


#spreadlove Putrajaya

25 September, 2023

Hati bukan mainan

 

Hati bukan mainan

Seandainya awak merasakan jadi diri ini sebentar saja. Takkan sanggup hati awak terima sakit ini begitu parah sekali. 

Bukan mudah untuk melalui hari-hari mendatang dengan beban berat tersangkut di bahu. Suatu beban yang tidak mampu dilihat tetapi itulah yang perlu ditanggung. 

Hidup terasa kosong dan tidak bererti. Setiap langkah terasa canggung. Setiap bicara bagaikan menelan hempedu pahit.


Hati bukan mainan

Terima kasih awak sebab bagi kita rasa bagaimana pedihnya menaruh harapan kat orang.  Sampai hati awak mainkan hati orang. Manusia jenis apa awak ni? 


Tolonglah korang, jangan jadikan hati sebagai permainan, sebab hati bukan sebuah permainan. Walaupun dalam hati ada taman, tak boleh sesuka hati korang bermain perasaan orang.


Hati bukan mainan

Maaf, kita bukan plaster luka yang hanya awak perlukan di saat awak jatuh, lalu awak buang setelah sembuh. 



Kenapa move on itu susah? 

Kerana dari tadika sampailah ke degree, yang dipelajari adalah mengingati dah menghafal bukan melupakan. 


Walau apapun, kita jangan salahkan orang ketika kita kecewa, tapi salahkan diri kita sendiri kerana terlalu berharap sesuatu yang belum pasti.


Hati bukan mainan

Kita perbanyakkan istigfar dan berzikir 


"La haula wala quwwata illa billah" (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan ALLAH) dan "Hasbunallaah wa ni’mal wakiil" 


Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baiknya Pelindung. 


Hati bukan mainan

ALLAH Maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun. Apa yang membuat kita sedih, ALLAH lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. 


Kita yakin yang kesedihan dan rasa tidak tenang yang ALLAH beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA.


Credit to rohanasaad




#spreadlove Putrajaya

24 September, 2023

Sikap Mak Ayah dan Hubung Kait dengan Anak-Anak

T.me/Petuadankesihatan

 ۞اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد۞

sikap mak ayah hubung kait dengan anak

1. Ibu bapa yang sering bergaduh -> anak ganas dan panas baran.


sikap mak ayah hubung kait dengan anak
2. Ibu bapa yang sering bersedekah -> hati anak akan lembut.


sikap mak ayah hubung kait dengan anak
3. Ibu bapa yang tidak meninggalkan solat -> anak yang mudah mendapat hidayah.


sikap mak ayah hubung kait dengan anak
4. Ibu bapa yang sering membaca al-Quran -> anak yang bijak.


sikap mak ayah hubung kait dengan anak
5. Ibu bapa yang dapat mengawal emosi -> anak soleh dan pandai mengawal keadaan.


sikap mak ayah hubung kait dengan anak
Pilihan di tangan sendiri. Coraklah anak anda mengikut acuan pilihan yang terbaik untuknya.




#spreadlove Putrajaya

19 September, 2023

9 Realiti Pahit Bagi Lelaki

Realiti Pahit

1. Wanita tidak menghargai pengorbanan anda.

realiti pahit

2. Banyak hubungan baik berakhir kerana si awek lebih mendengar nasihat kawan perempuan mereka yang cemburu.

realiti pahit

3. Tiada siapa yang peduli tentang lelaki yang sedih dan kesepian.

Realiti pahit

4. Satu-satunya cara untuk benar-benar bahagia adalah bersusah payah dahulu. 

Realiti pahit

5. Anda perlu menunjukkan kesungguhan dalam setiap perkara setiap hari bagi menjadikan diri bernilai tinggi.

Realiti pahit

6. Tidak kira betapa baiknya alasan anda, ia tidak mengubah apa-apa keputusan.

Realiti pahit

7. Si perempuan hanya akan bersama dengan anda jika anda seorang lelaki yang dihormati.

Realiti Pahit

8. Satu-satunya cara untuk menjadi terhormat adalah menjadi berani dan berjaya membuat perkara-perkara yang sukar.

Realiti pahit

9. Jika anda tidak berdisiplin dalam hidup, maka anda tidak akan "menjadi apa-apa".



#spreadlove Putrajaya

15 May, 2023

7 Tempat Untuk Kita Tidak Berterusan Membuang Tenaga dan Masa


never prove it


1. Jangan bazirkan tenaga dan masa kepada orang yang tidak menyokong kita.

2. Jangan bazirkan tenaga dan masa untuk memikirkan apa kata orang tentang kita.

3. Jangan bazirkan tenaga dan masa pada perhubungan berat sebelah. 

4. Jangan bazirkan tenaga dan masa kepada orang yang jarang-jarang ada semasa kita memerlukan diorang.

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa untuk menyelesaikan masalah yang bukan kita punya.

6. Jangan bazirkan tenaga dan masa untuk melakukan sesuatu yang buat kita berterusan rasa terganggu.

7. Jangan bazirkan tenaga dan masa untuk menarik perhatian seseorang yang tidak berminat dengan kita.



13 May, 2023

Kalaulah Tahu Dari Awal 8 Perkara Ni!

8 lesson

1. Biasakan diri "berjalan beberapa laluan sahaja" kerana matlamat diri adalah peribadi; tiada siapa yang mempunyai impian kita, kan?


2. Kita harus sedar, tiada siapa pun yang datang untuk menyelamatkan kita melainkan diri sendiri. Hidup kita adalah 100% adalah tanggungjawab kita.


3. Misi yang paling sukar di atas muka bumi ni adalah untuk memberi sepenuh tumpuan perhatian kepada impian sendiri; sebab kita ni suka sangat dengan kerja yang terpaling mudah iaitu mengeluh. Setuju?


4. Pekerjaan kita yang kita sedang bekerja sekarang, nak tau apa? Iaitu mengabaikan diri sendiri. Bos tempat kerja kita hanya bayar gaji selepas penuhi impian-impian diorang. Jadi renung-renungkanlah.


5. Pasangan hidup kita sememangnya akan kekal sebagai keputusan untuk segala urusan kewangan, fizikal dan emosi kita. Jadi kawinilah pasangan yang terbaik. Mengahwini seseorang yang salah akan membuatkan kita menderita seumur hidup.


6. Untuk menyedari nilai hakikat kehidupan, kita perlu berkembang sendiri dengan hanya bergantung dengan Allah Tuhan Yang Maha Kuasa semata-mata bukan dengan makhluknya. 


7. Jika kita terus menunggu masa yang sesuai untuk maju ke hadapan, kiranya kita telah membuang seluruh hidup kita sendiri sebabnya tiada apa yang menarik atau hebat akan berlaku sepanjang menunggu.


8. Kematangan diri datang dengan mengakui yang kita memang tidak tahu apa-apa dan perlu mengambil masa untuk belajar daripada semua orang.


Jadi teruskan berusaha, Gambate! 



02 December, 2022

Poster : Sabar dan Solat

poster sabar dan solat

Betapa indahnya firman Allah di dalam Al-Quran, apa sahaja yang kamu lalui, apa jua kesulitan yang kamu hadapi, mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. 


Dia sentiasa memberikan jalan keluar dari setiap kesulitan apabila kamu berharap penuh kepadaNya. 

28 November, 2022

Poster : Sentiasa Sabar

 

poster sentiasa sabar

Sebaik apa pun kamu...

Sebanyak apa pun kamu melakukan hal-hal baik...

Percayalah akan tetap ada di antara mereka yang membencimu tanpa alasan. 

Itu bukan bererti kamu tidak baik...

Ya, inilah hidup. 


Ada yang terlahir sebagai penguji kesabaran dan ada juga yang terlahir untuk diuji kesabarannya. 


Lakukan yang terbaik. 

Tidak peduli apa yang manusia katakan.

Selagi yang kamu lakukan itu adalah hal baik.




20 November, 2022

Poster : Jaga Diri

 

poster jaga diri

Kamu tidak harus berusaha membuat semua orang untuk menyukaimu. 

Kewajipan mu hanya tidak menyakiti sesiapa pun...

Menjadi yang terbaik di mata manusia tidak akan ada habisnya.




28 November, 2021

Poster : Kata-Kata Hikmah

 

Poster Kata-kata hikmat

Jadikanlah 

Yang indah itu budi. 

Yang lembut itu hati.

Yang rapat itu persaudaraan.




03 December, 2020

Inilah Hidup

Tak semua alur sesuai cerita kita

Takdir memiliki jalannya sendiri

Hingga pada akhirnya ikhlaslah

Yang menjadi pilihan terbaik

Meski terkadang penuh dengan air mata 


Karena, 

Tak ada HIDUP tanpa MASALAH 

Dan tak ada PERJUANGAN tanpa rasa LELAH

Tetap semangat sampai akhirnya


BISMILLAH menjadi ALHAMDULILLAH




28 November, 2020

Poster : Jangan Menyakiti

 

Poster  Jangan Menyakiti

Kejarlah 

Apa pun yang membuat 

kamu bahagia...


Tetapi 

Jangan sampai membuat

orang lain terluka...


Sesungguhnya 

Kebahagiaan yang paling 

indah adalah tanpa

menyakiti hati 

sesiapa pun...





31 December, 2019

Poster : Jaga Hubungan dengan Allah

 

poster jaga hubungan dengan Allah

Fokus memperbaiki hubungan kita dengan Allah dan kita akan melihat bagaimana semua masalah yang lain mula diselesaikan juga. 


Ingat, jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah, Allah pasti akan menjaga kita. 

02 December, 2019

Poster : Muhasabah Diri

 

Poster  Muhasabah Diri

Jangan cari siapa yang salah, carilah hikmah di setiap musibah




28 November, 2019

Poster : Sabar

poster sabar

 Biar orang sakitkan hati kita, 

satu masa nanti dia akan rasa juga apa yang kita rasa. 

Yang penting sabar.




31 December, 2018

Poster : Pengorbanan

 

poster pengorbanan

Hidup ibarat kupas bawang merah. Di saat kita berusaha untuk mendapatkan bahagian yang terbaiknya, terkadang kita harus mengeluarkan air mata. 

01 June, 2018

#30 Fadilat Solat Terawih


Assalamualaikum wbt semua...

Di sini, kita nak kongsikan doa harian di bulan Ramadhan yang penuh barokah ni dan fadilat solat terawih. Semuanya ini kita olah dari Shafiqolbu - Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat! Laman ini sentiasa menjadi rujukan kita.


#1 - Ganjarannya seperti tiada dosa umpama bayi yang baru lahir  


#2 - Ganjarannya dia dan kedua ibu bapanya diampuni (sekiranya mukmin)


#3 - Ganjarannya, malaikat mendoakan dosanya sentiasa diampuni


#4 - Ganjaran pahala umpama membaca keempat-empat kitab Allah iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


#5 - Ganjaran pahala umpama solat di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa


#6 - Ganjaran pahala umpama bertawaf di Baitul Makmur (tempat Nabi Ibrahim AS) dan setiap batu dan tanah berdoa memohon keampunan


#7 - Ganjarannya umpama ia telah mencapai darjat Nabi Musa AS atas kemenangannya menentang Firaun dan Haman


#8 - Ganjarannya umpama Allah SWT memberikan pahala yang telah diberikan kepada Nabi Ibrahim AS


#9 - Ganjaran pahala umpama ibadatnya Nabi SAW


#10 - Ganjarannya Allah SWT mengurniakan segala kebaikan di dunia dan di akhirat


#11 - Ganjarannya umpama dia bersih dari segala dosanya semasa meninggal dunia  


#12 -  Ganjarannya pada hari kiamat nanti, wajahnya cerah bercahaya umpama bulan purnama


#13 -  Ganjarannya pada hari kiamat nanti, dia selamat dari segala keburukan atau kejahatan


#14 -  Para malaikat menjadi saksi dia melaksanakan ibadat terawih


#15 - Para malaikat dan para penongkat Arsy dan Kursi mendoakannya 


#16 - Ganjarannya Allah SWT memberikan kebebasan dari api neraka


#17 - Ganjaran pahala umpama pahala para Nabi  


#18 - Ganjarannya umpama para malaikat memohon keredhaan Allah SWT untuk dirinya dan kedua ibu bapanya 


#19 - Ganjarannya umpama Allah SWT mengangkat darjatnya ke dalam  syurga Firdaus


#20 - Ganjaran pahala umpama pahala para syuhada dan para sholihin 


#21 - Ganjarannya umpama Allah SWT membina satu istana di syurga yang diperbuat dari  cahaya 


#22 - Ganjarannya pada hari kiamat dia bebas dari sebarang kesedihan dan kesusahan 


#23 - Ganjarannya umpama Allah SWT membina sebuah kota di dalam syurga 


#24 - Ganjarannya umpama dia memperolehi 24 doa yang dimakbulkan 


#25 - Ganjarannya umpama dia terhindar dari azab kubur 


#26 - Ganjarannya umpama Allah SWT memberikan pahala selama 40 tahun 


#27 - Ganjarannya umpama dia melintas siratulmustaqim sepantas kilat 

#28 - Ganjarannya umpama Allah SWT memberikannya 1000 darjat di dalam syurga 


#29 - Ganjaran pahala umpama pahala 1000 haji yang diterima (mabrur) Allah SWT 


#30 -  Ganjarannya umpama Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Kesimpulannya 
Alhamdulillah, sekiranya kita sentiasa mencari ruang dan waktu untuk meluangkan masa beribadat kepada Allah SWT. Ganjaran pahala dan darjat yang Allah SWT kurniakan adalah untuk memotivasikan kita untuk sentiasa tekun dan gigih dalam melaksanakan suruhanNya. 

Jadi, pahala dan ganjaran itu ibarat taman kita di akhirat nanti. Jagalah elok-elok, kata orang, apabila kita membuat dosa, taman kita itu akan hangus terbakar. Dah kena buat balik. Begitulah seterusnya. 

Sayanglah kan, nak bina taman perlukan usaha dan motivasi yang kuat, tapi sekali berbuat dosa... terus lenyap.. terasa macam sia-sia je kan. Sebab itu, selepas kita berbuat dosa, kita cepat cepat memohon ampun daripada Allah SWT dengan harapan taman yang kita bina itu tak semuanya terbakar hangus. #spreadlove