Showing posts with label Kembara. Show all posts
Showing posts with label Kembara. Show all posts

26 December, 2016

Singapore Dalam Satu Jam


Kali ni, Mawar Melati nak kongsikan macamana cara nak masuk Singapura dengan menaiki motosikal. 

Asalnya, 24hb Disember hari tu, Cik Mas VHana Rider, baby Nisaq dan Kak Maz Hazim just nak pergi makan kenduri di Bukit Gambir, Tangkak Johor. 


Then nak masuk Johor Bharu untuk pusing-pusing kat area sana je. 

Dah alang-alang masuk Johor, Mawar Melati yang selalu pasang angan nak masuk Singapura dengan menaiki motorsikal, akhirnya dapat jugak. 

Baby Nisaq yang baru pulang dari Songkhla Thailand sudi nak realisasikan impian Mawar Melati. Mekasih taw, baby nisaq.. Muahss..


Ikutkan pada malam tu, selepas basah lencun bermandi hujan semasa on the way ke Johor Bharu dari Tangkak, memang kami akan masuk esok pagi ke Singapura. 

Tapi selepas, baju dibasuh dan dikeringkan di kedai dobi bawah bilik penginapan kami, baby Nisaq minta Mawar Melati bersiap-siap selepas makan malam @Hot Plate untuk masuk border


Pada mulanya, memang seronok dapat tengok Johor Bharu dari jambatan menghala ke border. Kitorang menjerit keriangan. Impian cop buku merah untuk tahun ni, akhirnya dapat juga. 


Sesampai kat Imigresen Malaysia, memang ok jer. 

Then, sesampai kat Imigresen Singapura, kami diminta isi borang putih di kaunter tanpa perlu turun dari motosikal. 

Well, ini lagi best dari masuk border Thai..Kat Imigresen Thai, kita kena park motor dan beli insurans bagai dan isi borang putih siap-siap. 

Bagi yang pertama kali masuk, nak tak nak kena beli auto-pass. Sediakan SD10 untuk auto-pass yang mana boleh dibeli semasa pemeriksaan kastam Singapura. 


Di pemeriksaan kastam, kena buka helmet, semua zip beg dibuka dan kalu ada barang yang dibawa masuk, perlu diisytiharkan terlebih dahulu. 

Semasa membuat urusan auto-pass, pastikan juga roadtax, geran dan insurans ada bersama. Semua maklumat tersebut akan di keyin dalam kad autopass. 

Auto-pass ni digunakan semasa keluar dan masuk dan berad di Singapura. Lecehnya Singapura ni, ada sesetengah jalanraya yang motosikal atau kenderaan tertentu tak dibenarkan masuk contohnya ERP. 


So, semasa ride di sana, kami sering gelabah bila nampak signboard ERP. Gelabah bila tak de motosikal yang masuk jalan yang kami lalui. 

Memang rasa tersangat cuak dan ketakutan, kalau-kalau disaman polis Singapura. Masaklahh.. kitorang.

Dan sebaik mungkin, pastikan bawak gadget untuk pencarian destinasi. Sebab Mawar Melati perhatikan semua kereta dan motosikal, pakai gps. Complicated nyer...

Bandaraya Singapura memang happening, banyak lampu dan memang Singapura bandar yang cantik. Kata baby Nisaq, seperti bandaraya Hongkong. 


Mawar Melati kagum dengan setiap design bangunan, lampu dan gabungan landskap moden, mewah, klasik, tradisional dan kontemporari. 

Patutla ramai yang memilih Singapura untuk shopping. Terlalu banyak gedung beli belah dan waktu kami masuk hari tu around 9.00 malam.. semua area masih meriah dan happening... macam tak de waktu tidur. 

Kat Orchard Road, rasa seperti berada di tengah-tengah bandaraya Pulau Pinang, Melaka dan Bukit Bintang, KL. 


Impian baby Nisaq untuk amik gambar di Merlion Park bersama lion tu, tak kesampaian gara-gara tak nampak signboard parking motosikal. 


Bestnyer baby Nisaq ni, atas moto pun dia boleh bertegur sapa dengan penduduk tempatan di sana semata-mata untuk minta tunjukkan arah. 


Dah tak boleh nak parking, tak selesa dan cuak dengan jalan raya Singapura yang complicated ni, yang begitu banyak cctv, maka kami dalam pukul 10.00 malam da pun berada di border Singapura-Malaysia. 

Untuk pengetahuan, kaunter masuk dan keluar, sentiasa dibuka. Anytime boleh masuk dan keluar. 

Semasa pulang, punyalah banyak motosikal dan waktu ni memang banyak makan masa untuk check out

Lebih kurang sejam, kami da pun berada di Johor Bharu. Alangkah bestnyer, Malaysia. Bebas, free, tak de nak peduli rasa cuak salah lorong ker, cctv ker atau pun had laju. 


Walaupun, bandaraya Johor Bharu tak seindah Singapura tapi kebebasan itu yang buat kita happy kan. 

Malam tu, kami tidur dengan lena.. impian tercapai jua. 

Esoknya, kami melawat masjid di Kota Iskandar, Hello Kitty@ Puteri Harbour, Tanjung Piai (Penghujung Benua Asia), Pontian dan seterusnya... mandi hujan lagi... menghala ke Putrajaya. 


Perjalanan yang tak dirancang kali ni, memang best. Memang terbaik. 


First time, Mawar Melati tibai makan tanpa peduli apa pun, taw-taw, perut sendat dan seluar pun ketat. 


Apa-apa pun, mekasih yer semua. Muahss cyunk uols.


05 November, 2015

Genting Highlands Lagi...

Genting Highlands

Aha...
Lama tul tak ride...Melati cukup rindu...aliran adrenalin yang buat kita rasa bebas, happy, dan rasa lainlah.. susah nak gambarkan perasaan tu. 




Nak tak nak.. layan jela Genting Highlands. Just untuk tingkatkan kecekapan layan selekoh semasa di  Karak Highway, Lebuhraya Timur - Barat (Grik) dan PLUS Highway Gua Tempurung dengan kereta comey ni. Yang bestnya, pikapnya memang terbaik. 




Melati tak de la modify kereta tu. Speks nya biasa-biasa je. Just layan je...janji cekap semasa di selekoh. 


Tukor mounting dan servis tayar


Dua minggu lepas, Melati layan Genting, jalannya lengang dan tarnya tiada lagi pecah-pecah. So, memang syok sangat la. Time turun...pergh...memang layan abih.


Time ni, hujan renyai-renyai, angin kuat dan sejuk sangat. Best!!!

Minggu ni, Kak Long ajak Melati ke Perlis dari Terengganu. Tak sabar rasanya, nak layan Grik. Grik adalah tempat pertama Melati mula-mula pandu kereta untuk long journey pada tahun 2009.

Teringat kisahnya suami Melati menjerit ketakutan, semasa Melati buat pertama kalinya, drive ke Changlun, Kedah. 

Time tu Melati asyik makan jalan je.. asal selekoh je, asyik masuk laluan sebelah. Asyik nak bertembung dengan kereta di laluan tu. Mau tak kawan tu menjerit...wakakakakak.

Satu kenangan yang kelakar buat Melati. Tapi sejak sejak dari tu, Melati jadi addict pada selekoh. Melati suka layan. 

Setelah Melati berjauhan dari famili, pada tahun 2009 -2010, Melati berpindah ke Putrajaya, Melati layan selekoh sini sini je. Selekoh Putrajaya - Jenderam Hilir - Nilai - Port Dickson. Ini jalan dalam nak ke Nilai, Seremban, Port Dickson, Melaka dan Muar, Johor. 


My lovely Jaja...hanya tinggal kenangan

Itu semasa Melati pakai Alza. Melati suka lepak dan layan angan-angan kat Blue Lagoon, Tanjung Tuan, Port Disckson. Kat situ memang tiada apa-apa. Hanya semata-mata layan angin pantai je. Ada pokok nyor dan lagoon. Sunyi dan tenang je. 

Kemudian, Melati akan sambung lagi driving ke Teluk Pelanduk, Linggi dan Pengkalan Balak. Melati akan berhenti solat di surau yang mengadap pantai Pengkalan Balak.


Memang siap ada buaian. Inilah keunikan pantai belah-belah Melaka (Ehsan umangumangchalet.blogspot.com)
Memang best...terutama kat Linggi, ada satu perkampungan tradisional yang cantik dan tenang. Tempat tu memang popular dan glamer bagi orang filem. Mereka sering buat penggambaran drama di kampung tu. 

Kat Kuala Linggi tu juga, ada kubu lama namanya Fort Supai. Pantai Kuala Linggi pun cantik macam Pantai Kemasik Terengganu. 


Pantai Kuala Linggi, Melaka (Ehsan rompin77.blogspot.com)

Itulah serba sikit pasal kenapa Melati suka layan Genting Highland walaupun bersendirian dan walaupun malam-malam. I'm little bit crazy 'bout it. Ayah Melati pernah cakap yang dia menyesal tanam uri Melati jauh dari rumah. 

Katanya, kerana uri tu, buat Melati daring pasal menda-menda macam ni. Kalu nak tau, ayah sebenarnya tak menyokong Melati main motor. 


Side mirror yang paling kelakar

Abang dan Kak Ngah pun tak sokong juga. Yang menyokong hanya arwah mak dan kak long je sering "bakor" adik bongsu dia ni. 

Sehinggakan Melati jadi inspirasi buat anak-anak saudara Melati. Diorang pun nak ada moto besaw macam Che Su. "Apa-apa lah yang". Janji belajar sampai ke menara gading, rajin kerja, rajin cari duit, hormat orang tua...boleh laa pakai big bike tu. 

Alhamdullillah, setakat ni, Allah amat permudahkan urusan Melati. Berjalan sana sini, tiada sebarang halangan. 

Tips Melati, selalulah amalkan amalan bersedekah semasa kita dalam perjalanan dan selalu wat solat musafir serta jangan lupa baca doa menaiki kenderaan. 





Selalu berzikir dalam hati dan selalu berfikiran positif sekiranya tersesat. Itulah yang sering Melati amalkan sepanjang Melati berada di luar rumah. 

Bagi Melati, Allah akan pelihara kita selagi kita sentiasa ingat pada-Nya. Bukannya Melati tak pernah nak bertembung dengan lori atau kereta yang selalu kelam kabut tapi Allah itu adil. Kita ingat Dia, Dia ingat kita, kan?





03 November, 2015

Bermulanya RinduMelati di sini...

Lama betul tak menulis kat sini. 

Sebenarnya, ia terhenti disebabkan Melati berhajat nak membeli domain sendiri sejak September yang lalu. Tapi tak terbeli. Dah survey sana sini, dan da ada yang sangkut da pun... tapi ia terhenti di pertengahan jalan. 

Kali ni, Melati kena teruskan menulis jugaklah, demi silent reader blog rindumelati ni. Terima kasih sebab support blog ni. Sayang kamu semua, taw!

Well, sebenarnya, banyak menda nak dikongsi sehinggakan tak tau yang mana satu yang mana nak dimulakan dulu. 

Orait, actually, ramai kawan-kawan mencadangkan Melati untuk teruskan berkongsi pengalaman Melati menjelajah bebas ke hulu ke hilir di bumi Allah ni. Dan ada jugak yang suggest Melati sharing pasal Shaklee je. Hurmm...dilema sungguh hati ni dibuatnya.

Tapikan, niat asal Melati menulis di blog rindumelati ini adalah untuk sharing pasal pengalaman perjalanan sepertimana yang ada pada blog-blog kaki jalan yang lain. 

Senang untuk kawan-kawan yang lain membuat rujukan, kan? Tambahan pula, Melati memang suka sangat berkunjung kat tempat-tempat yang tak berapa nak glamer dan tak famous

So, sekurang-kurangnya, Melati bolehla, kan berkongsi tips untuk panduan kita semua. Mana tau ianya berguna. Inshaa Allah.

Inilah dia rentetan citer asalnya niat Melati wujudkan blog rindumelati....


Selepas pulang dari Umrah Mei 2011 secara sendirian, Melati mula berani untuk melangkah berseorangan menjelajah ke bumi Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia pada November 2012. 




Dari Selatan naik ke Utara, Melati ke Toraja, ke Gua Makam Bangsawan Toraja, mendekati budaya orang sana dan juga secara tak langsung mengenal bermacam-macam nama pengangkutan awam yang ada di bumi keturunan Bugis ni. 


Dan yang paling tidak mampu dilupakan, Melati terpaksa meminjam duit orang tempatan dan menggadaikan satu urat gelang emas putih hadiah harijadi disebabkan masalah kad ATM dan kebetulan duit habis licin untuk pulang ke Malaysia. 

Itulah antara pengalaman yang paling tak dapat dilupakan sehingga ke saat ini. 




Kemudian, pada tahun penghujung 2012, Melati mula berjinak-jinak dengan bumi Thailand. Sejak dari situ, hati Melati rindu sangat dengan keramahan dan kesopanan orang Melayu Thai, keindahan bumi Thai dan macam-macam lagi. 


Lunch@Songkhla

Pada Januari 2013, lagi sekali Melati menunaikan umrah. Trip kali ini, memang best. Melati berjaya mendaki Jabal Nur. Pengalaman yang paling terindah. 


Muka Melati menahan sakit lenguh sendi dan demam selesema

Tak terungkap dengan kata-kata. Allah saja yang tau. Jabal Nur bermaksud Bukit Bercahaya. Memang sangat bercahaya seperti siang walaupun di waktu malam.  

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan, selepas pulang dari Jabal Nur, Melati sakit lenguh-lenguh sendi dan batuk selesema sepanjang berada di Makkatul Mukarramah dan di Madinah sehinggalah kepada saat pulang ke Malaysia. 

Alhamdullillah, Melati dikurniakan seorang suami yang penyayang, yang sanggup bersusah payah memapah Melati untuk berulang alik ke Masjidil Haram dan Nabawi serta melayan semua kerenah Melati sepanjang berada di sana.


Breakfast@Aonang, Krabi

Then, pada April 2013, Melati mula menjelajah Krabi sendirian dan kemudian lagi sekali Melati ke Krabi bersama famili pada Oktober 2013




Lunch@Krabi - pondok sebelah masjid. 

After that, Melati mula join group motor Benelli600 pada September 2013. Dan Melati berpeluang join konvoi ke Hat Yai untuk pertama kali dengan bikers, as a photographer pada Jun 2014 untuk event Danok Bike Week



Cinta pandang pertama

Pada November 2014, Melati bersama-sama anak-anak kecil menjelajah sendirian di bumi yang bagi Melati cukup asing. Melati tak pernah sampai pun sebelum ni dan pernah tersesat beberapa kali semasa perjalanan pulang ke hotel. Lupa ingatan...

Sebenarnya, sebelum bertolak, banyak kali Melati buat solat istikhorah, minta petunjuk. Melati takut dan kecut hati jugak namun Melati gagahkan jugak lah... 

Alang-alang da banyak da berhabis untuk trip ni, akhirnya Melati terbang ke Ho Chi Minh, Vietnam pada  Nov 2014, dan menaiki bas ke Phnom Penh dan seterusnya ke Seam Reap, Cambodia. 


Merentasi Vietnam - Cambodia

Kemudian Melati beranikan diri bersama anak-anak menaiki teksi sapu dari Seam Reap - Poipet - Aryaphratet, Thailand. Nasib la masa terhad, kalu tak kami terus ke Bangkok Thailand sambung menjelajah lagi. 


Prebet sapu atau teksi sapu

Sebab dari Aryaphratet ke Bangkok, hanya 19km je. Rugi pulak masa tu, amik penerbangan pulang ke Malaysia dari Seam Reap. 




Namun, pengalaman yang paling menakutkan dan mencemaskan Melati, apabila Melati tersangkut di lapangan terbang Cambodia means tidak dapat pulang ke Malaysia gara-gara salah faham pasal tiket. 





Alhamdullillah, ada insan yang bermurah hati sanggup menolong. Dapat jugak lah kami terbang pulang. Perasaan lega sesangat pada masa tu. Melati selitkan USD50 sebagai upah untuk orang yang sudi membantu saat-saat genting cam tu.


Airport Seam Reap

Keindahan bumi Seam Reap terutama menikmati sunset bersama sang raja air tawar (buaya) di Tonle Sap Lake menggamit kenangan yang teramat indah. Waktu tu, lupa Melati pada semua masalah. 




Kemudian, pada Disember 2014, Melati buat kali kedua, mengikuti konvoi bermoto ke Betong, Yala, Thailand. 

Pada Mac 2015, lagi sekali masuk Hat Yai, konvoi berkereta bersama kawan-kawan bikers Melati. 


Ole-ole Floating Market 

Dan yang paling paling best, adalah pada April 2015, Melati lagi sekali diundang untuk ikuti konvoi bermoto as a photographer bagi misi ke Phuket Bike Week. 


Melati bersama rakan Kawasaki Ladies Bikers@Danok Border



Lunch@Krabi

Yang itu, Melati siap rakam video, tetapi disebabkan ada sedikit masalah teknikal pada laptop Melati, video tu terpaksa hold dulu lah. Kumpul duit untuk beli laptop hi-end

Yang sekarang ni, laptop sejak tahun 2010, da banyak software and hardware yang da obselete. Setakat layan movie boleh la. 

Banyakkan citer nak sharing.. tapi itulah. 

Inshaa Allah, ada masa yang sesuai, ada mood yang baik, Melati akan kongsikan cerita dan tips jejalan untuk rujukan kita semua. 

See u then guys. Muaaahs.





05 September, 2015

Trip ke Pattaya - Road Trip, Fly atau Ride?



Pattaya Bike Week adalah acara besar yang mengumpulkan bikers-bikers di seluruh Thailand untuk pelbagai aktiviti dan pertunjukan. 


Ia diadakan setiap tahun di Pattaya pada pertengahan bulan Februari. 



Ini adalah masa untuk semua bikers tempatan dan Malaysia, Thailand, Singapura dan serata dunia berkumpul untuk mempamerkan keunikan motosikal masing-masing. 

Mana-mana pesta yang sebegini hanya dipenuhi dengan muzik yang kuat, konsert dari penyanyi dan penari tempatan dan hidangan makanan tempatan yang memang eksotik dan tak halal dan sah-sah memang riuh rendah dan gamat gempita. 

Melati memang merancang untuk ke sana pada tahun hadapan sekiranya tiada apa-apa halangan. 

Kalau dengan flight Air Asia hanya 1 jam 55 minit je. Sekejap je, memang tak sempat nak terasa penat. 



Kalu dengan kereta, jauh jugak perjalanannya. Kosnya lagi tinggi berbanding flight

Cuma ada sedikit kebebasan untuk explore dan jejalan ke sana sini. 


Tapi berdasarkan pengalaman perjalanan di Krabi pada 2013 yang lepas, actually banyak menda yang tak sempat nak jejalan dan buat pun, walau pun da buat homework terutama berkenaan tempat-tempat yang ingin nak pergi tu, tup-tup banyak masa terbuang macam tu je. 


Sekurang-kurangnya kena 3-6 bulan kajian dan perancangan perlu dibuat sebelum nak mulakan roadtrip


Kalu tidak, sah-sah rugi dan penat yang dapat.

Kalu ride pulak? 

Ahak, yang ini Melati setuju. Langsung bebas. Memang tak terikat langsung. 


Cuma jiwa kena kental sebab jarak perjalanan terlalu jauh. 


Jaraknya lebih kurang 1649 km hampir 20 jam tu. Itu pun tanpa henti. 

Pergh, boleh tahan jugak jauhnya tu. Kental ke Melati nak redah perjalanan sejauh itu? 


Kena pikir banyak-banyak kali tu.


Apa yang best sangat dengan Pattaya?

Semasa terbang pulang ke Terengganu tempoh hari dengan flight Air Asia, ada cerita sal Pattaya kat dalam Majalah 3Sixty isu 97/ Ogos 2015. 

Melati memang ada dengar dari cerita orang yang pernah pergi ke sana. 

Katanya Bandar Pattaya ini sesuai untuk bersantai, enjoy dan bawak anak-anak pun ok. 


Tempatnya memang cantik sesangat. Pattaya ni terletak di persisiran pantai Teluk Siam. 


Cuba bayangkan, kawasan berteluk, pasirnya yang putih bersih dan air yang membiru redup mata memandang. 


Apa rasanya? Syok, kan?




Ini serba sedikit sejarah sal Pattaya yang diceduk dari Majalah 3Sixty. 


Pada lewat tahun 1950an, Pattaya ini hanya kampung nelayan biasa je. 


Sekarang da jadi bandar yang wajib kunjung untuk para pelancong.  


Pattaya ni hanya 150km dari arah Tenggara Bangkok. 


Ada 4 pulau yang menarik iaitu Pulau Ko Lan, Ko Krok, Ko Sak dan Ko Phai yang memang dekat sangat dengan pesisir pantai. 

Semasa perang Vietnam dulu, Pattaya ini telah menjadi tempat melepas tension dan bersukaria askar-askar Amerika. 

Dan akhirnya Pattaya ini menjadi terkenal dengan suasana nightlife kemudian diwujudkan pula taman tema air, aktiviti sukan lasak dan restoran-restoran yang meghidangkan makanan laut yang lazat dan enak. 


Kalu pergi sana minta nasi goreng Pattaya agak-agak diorang tau tak? :)



Must See/Do

1. Taman Tema Air Cartoon Network Amazone
2. Flight of the Gibbon
3. Lanpho Naklua Market
4. Nong Nooch Tropical Botanical Gardens
5. The Sanctuary of Truth
6. Ko Lan
7. Viharnra Sien
8. Pattaya Floating Market



 1. Taman Tema Air Cartoon Network Amazone, Pantip
Taman teman air ini adalah yang paling terkini dan pertama di dunia bagi tema Cartoon Network Amazone la. 

Semua pelancong tak mengira umur boleh merasai permainan yang disediakan kat Adventure Zone ni. 




2. Flight of the Gibbon, Chonburi
Rupa-rupanya flying fox. Ingatkan apalah bendanya bila dikatakan dapat bergayut pada dahan-dahan macam tarzan. 

Tapi gambar atas ni, memang ngeri kalu nak meniti atas titi yang muat-muat satu tapak kaki je. 


Kalu rendah tak de hal la.. kalu tinggi... aishh gayat jugak.




3. Lanpho Naklua Market
Kat sini katanya ada banyak makanan laut eksotik yang segar bugar. 

Beli hidup-hidup dan BBQ dekat gerai yang ada di pasar tersebut. Ini macam anak ikan jaws je.. boleh makan ke?





4. Nong Nooch Tropical Botanical Gardens
Taman ini telah dibuka pada orang awam pada tahun 1980 yang diinspirasikan oleh Nongnooch Tansajja yang sering melawat negara asing. 

Kawasannya tersangatlah luas. Katanya banyak binaan dibina dari seramik pasu dan pernah dapat award Top 10 Best of Thailand.





5. The Sanctuary of Truth, Chonburi

Katanya lagi, ini adalah kuil ukiran kayu dari hasil kerja tangan pengukir kayu di Thailand. Hebat, kan? 

Kata majalah tu lagi, dalam pembinaan kuil ni langsung tiada paku atau besi yang diguna pakai. Hanya kayu semata-mata. 


Sudah hampir 30 tahun pembinaannya dan sehingga sekarang masih lagi belum siap-siap. 


Mau tak nya, pakai kayu, bukannya konkrit.


Hmmm, Kuil kayu... unik jugak kan?




6. Ko Larn
Pulau kecil yang terletak lebih kurang 7km dari pesisir pantai Pattaya. 

Perjalanan dari Pattaya City ke Ko Larn memakan masa lebih kurang 45 minit dengan feri. 


Tetapi kaluu dengan speed boat hanya dalam 15 minit je. 



7. Viharnra Sien (Anek Kuson Sala Temple), Chonburi
Patung-patung gangsa yang ukirannya bermacam-macam aksi dan lagak. 

Selain tu, ada jugak patung-patung binatang yang berwajah garang. 


Katanya patung-patung binatang tersebut diletakkan di situ untuk menjaga keharmonian temple


Ish, macam-macam. Tapi terasa gerun pulak di dalam hati :)




8. Pattaya Floating Market
Antara tarikan terbesar di Timur Thailand yang menggalakkan pelancong datang berkunjung ke Pattaya. 

Pasar ini telah beroperasi sejak zaman purbakala lagi yang mana ia menggabungkan budaya dan tradisi dari Utara, Selatan, Tengah Tanah Thai. 


Kat pasar ni jugak, ada pertunjukan tradisional dan juga jualan barangan kraf yang boleh dijadikan buah tangan dan cenderamata. 


Kiranya, kalau dapat melawat semua tempat ini, kira lengkaplah perjalanan ke Pattaya. :) Tapi nak pergi dengan apa ya? 


Flight, kereta atau motor? Kalau kapcai pun leh sampai ke sana, apatah lagi bigbike...Ye daks? 


Aish, kena pikir banyak kali jugak ni.


Actually, trip ni bukan semata-mata untuk Bike Week je, tapi lebih kepada untuk mengenali dan mendekati budaya orang Pattaya.




Inilah yang dikatakan time and money freedom... besh nyer!!!...