29 June, 2024

Part 2 : Selepas Palestin, Giliran Madinah - Menang atau Syahid! - Prof. Dr. Mat Rofa


 Sambungan dari Part 1: Dimakan dan diratah


Selama 75 tahun (sejak dari 1948) seramai 100,000 telah dibunuh yang mana ia tidak termasuk dalam peperangan sekarang juga telah kembali mencapai 100,000 orang yang syahid. 

Sebelum peperangan ini, 100,000 orang yang telah terkorban dan kita telah dizalimi. 

Baginda Rasullullah SAW membayangkan tentang kejahatan mereka akan dibela oleh sebahagian umatnya. Dalam hadis ini, Baginda Rasullullah SAW bersabda, 

"Suatu masa, peperangan akan berlaku pada akhir zaman, dan manusia akan menyediakan pasukan untuk menentang musuh. Di Yaman akan muncul satu pasukan tentera yang bakal berperang untuk mempertahankan kebenaran. Satu pasukan di Syam (Syria, Jordan, Palestin dan sekitarnya termasuklah Lubnan) yang akan muncul pasukan tentera yang dibentuk di timur, akan bentuk di barat".

Baginda Rasullullah SAW menggambarkan yang pada akhir zaman, kita akan menghadapi peperangan. Apakah yang sedang kita lakukan untuk menghadapinya, sekiranya itu yang dimaksudkan dalam hadis ini? 

"Maka seorang pemuda bertanya, "Ya Rasullullah! Saya adalah pemuda yang dinamik, mungkin usia saya sampai kepada masa (konflik) fitnah yang dimaksudkan tadi, kemanakah Rasullullah suruh saya  pergi berjuang?

Baginda Rasullullah SAW mengatakan, "Hendaklah kamu pergi berjuang di Syam (Palestin, Jordan, Lubnan, Syria dan sebahagian Iraq)".

Baginda Rasullullah SAW menggambarkan suatu masa manusia akan menghadapi konflik peperangan yang dahsyat. Ditunjukkan di sini bahawa di Yaman, Syam dan di timur dan di barat dan barangkali tempat yang paling dahsyat adalah di Syam yang akan berlaku pertempuran yang sangat dahsyat. 

Dan kita mengjangkakan kemuncaknya apabila Masjidil Aqsa diruntuhkan. Mereka sedang mencadangkan untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa sekarang. 

Masjidil Aqsa sedang dikepung sekarang. 

Apakah ini menjadikan kemuncak peperangan selepas hari ini (7.3.2024) apabila peperangan bermula pada 7.10.2023 maka hari ini lengkaplah 5 bulan peperangan yang berlaku bagi mempertahankan Masjidil Aqsa dan kita telah terkorban dan cedera begitu ramai.

Peperangan kita ini samada kami menang atau kami syahid. Kami tiada pilihan ketiga. Apabila kami turun pertahankan Masjidil Aqsa, kami hanya ada dua pilihan samada kami menang ataupun kami syahid. 

Jiran kami, kami tak kisah. Apa-apa pun mereka telah bersama dengan musuh, tetapi kami akan bersedia untuk mempertahankan Masjidil Aqsa. 

Inilah dia sumpah pemuda yang sedang berjuang sekarang di Palestin.


Baginda Rasullullah SAW bersabda, yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi,

"Sesiapa yang terbunuh mempertahankan agamanya, dia adalah syahid. Sesiapa yang berjuang dan dibunuh kerana mempertahankan darahnya, dia syahid. Sesiapa yang berjuang mempertahankan hartanya, dia syahid. Sesiapa yang berjuang untuk keluarganya, dia syahid." 

Pemuda-pemuda ini, telah mememenuhi keempat-empat kategori yang disebut oleh Baginda Rasullullah SAW. Mereka menepati kerana mereka berjuang untuk agama, darah, nyawa, negara dan bumi mereka. 

Keempat-empat kategori ini dipenuhi oleh pejuang-pejuang yang Allah pilih ini. Pemuda-pemuda yang sedikit ini, yang sedang menentang sebuah kuasa besar dunia, dan kemenangan akan berpihak pada apa yang Allah kehendaki.

Mari kita kenangkan kembali.

Sekarang kita sudah menghampiri bulan Ramadhan. Umat islam masih terkepung dalam Gaza. Sekarang mereka telah dibom di Utara Gaza. Mereka pun telah berpindah ke Selatan, yang kemudiannya mereka berpindah ke Rafah pula. 

Namun sekarang, mereka turut dibom di Rafah. Jelas, mereka benar-benar ingin menghancurkan seluruh umat islam yang ada di Rafah. Itulah yang sedang berlaku sekarang. 

Rafah hanya dibina oleh sebahagian tentera yang sedang berjuang sekarang iaitu Al-Qassam (Kumpulan HAMAS) yang sedang menentang dunia yang memberi sokongan penuh kepada Israel. 

Cuba lihat dalam peta ini, negara yang menyokong Israel untuk memerangi sebuah daerah (Gaza), yang mana langsung tidak layak dipanggil sebuah negeri pun. 

Mereka diperangi oleh Israel yang disokong oleh separuh dunia. Dalam peta ini, yang menyokong Israel adalah Amerika. Yang berwarna biru adalah sekutu-sekutu Israel yang berkehendak menghancurkan islam (bukan untuk hancurkan Gaza). 

Amerika Selatan termasuk Argentina, sebahagian mereka, seluruh NATO dan seluruh Eropah bersatu untuk menghancurkan islam, namun kita "masih tidur"!

India secara terbuka mengisytiharkan ingin menghancurkan Gaza. Begitu juga, Jepun, Australia, dan Singapura bersama-sama dengan Israel untuk menghancurkan islam. Mereka berada dalam pakatan yang sama. 

Malah Thailand dan Myanmar telah menghantar tentera mereka ke Gaza untuk memerangi islam.  Apa yang berlaku di Gaza itu, seolah-olah kita kembali kepada zaman Peperangan Ahzab I pada zaman Baginda Rasullullah SAW. 

Dalam peperangan itu, Baginda Rasullullah SAW telah dikepung di Madinah, dan apa yang berlaku sekarang exactly sebagaimana Baginda Rasullullah SAW berjuang di Madinah. 

Allah telah memberikan kemenangan dengan penuh mukjizat. Malah kita juga mengharapkan mukjizat dan pertolongan yang sama kepada mereka yang sedang dikepung di seluruh sempadan. 

Dinding-dinding dan tembok-tembok yang telah didirikan di sekeliling mereka telah menghalang mereka dari dunia luar. 

Di sebelah laut, mereka terdedah tetapi meraka langsung tidak boleh keluar ke laut. Di selatan, mereka telah disekat oleh Mesir dan Israel. 

Ini menjadikan mereka telah terkepung di situ lebih dari 75 tahun. Sekarang, mereka sedang berjuang sehabis-habisan untuk menentang dunia yang bersatu bagi menghancurkan islam di muka bumi. 

Orang kafir apabila mereka menentang islam, mereka boleh bersatu. Sekarang seluruh dunia sedang bersatu untuk memerangi Gaza yang hakikat sebenarnya adalah untuk memerangi islam. 

Itulah yang sedang kita hadapi. Malang dan cukup malang, umat islam tiada khalifah malah tiada negara,  dan kita sekarang terpisah dalam geografi kita masing-masing. 

Kita tidak pernah disatukan di bawah seorang khalifah sejak 100 tahun kejatuhan Kerajaan Othmaniyah.

Orang kafir walaupun mereka berbeza agama, mereka boleh bersatu apabila memerangi islam.  

Semasa Peperangan Ahzab pada zaman Baginda Rasullullah SAW, orang Quraisy bersama-sama seluruh sekutu mereka bersatu untuk memerangi Baginda Rasullullah SAW di Madinah dan sekarang kita lihat perkara yang sama turut berlaku di Gaza. 

Seluruh dunia bersatu untuk memerangi Gaza. Namun, Gaza masih kekal berdiri, walaupun sudah 5 bulan diperangi. Yang mati hanya orang awam. Tentera islam masih intact dalam perjuangan. 

Dalam konteks ini, Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis sedang dihancurkan oleh tentera Ahzab, dan orang islam menjadi penonton termasuklah kita.

Negara Jordan, Saudi Arabia, Mesir dan rangkaian mereka hanya melihat apabila Masjidil Aqsa, masjid ketiga umat islam sedang dihancurkan. Mereka seolah-olah menjadi penonton. 

Masjidil Aqsa, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah tiga masjid yang utama yang disebut oleh Baginda Rasullullah SAW. 

Apabila masjid ketiga diceroboh, umat islam masih lagi memerhatikan dari jauh, yang bermati-matian berjuang hanyalah HAMAS. Hanya beberapa ribu orang sahaja yang berjuang sekarang. Orang islam lain tiada bersama mereka.


Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Baginda Rasullullah SAW bersabda,

"Dan apabila penduduk Syam telah rosak, maka tiada sebarang kebaikan kepada kamu."

Maksudnya, Syam (Palestin, Syria, Jordan, Lubnan, dan sekitarnya), Baginda Rasullullah SAW mengatakan bahawa Syam itu adalah pertahanan islam yang terakhir. 

Namun begitu, janji Baginda Rasullullah SAW, akan muncul satu kumpulan dari umat aku, yang mereka diberikan pertolongan oleh Allah SWT, tetapi orang lain tidak menyokong mereka. 

"Tiada darurat bagi mereka, walaupun orang lain tidak menyokong mereka." 

Baginda Rasullullah SAW membayangkan pada akhir zaman, peperangan akan berlaku dan peperangan itu berlaku di Syam. Dan ketika itu, hanya satu kumpulan kecil sahaja yang berjuang, yang mana mereka diberikan pertolongan oleh Allah SWT. Tiada orang yang menolong mereka. Namun mereka terus berjuang sehinggalah ke hari kiamat. 

Siapakah mereka? Apakah yang sedang berjuang sekarang ada kena mengena dengan dalam hadis ini atau tidak? Wallahu a'lam, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. 

"Tetapi sentiasa ada satu umat dari kumpulanku yang sentiasa berjuang, mereka tidak disokong oleh sesiapa. Tetapi Allah memberikan pertolongan kepada mereka. Mereka akan terus berjuang sampai hari kiamat."

Apakah mereka yang dimaksudkan dalam hadis ini? Wallahu a'lam.

Orang bukan islam melihat, contohnya orang dari Ireland ini telah mengatakan bahawa ketika Rusia menceroboh Ukraine. 

"5 hari, mereka telah bersidang di PBB, dan mengambil tindakan menyekat ekonomi Rusia. Tetapi selama 70 tahun, yahudi menceroboh, mengkhianati, menzalimi Palestin, langsung tak pernah ada satu mesyuarat pun untuk memboikot ekonomi Israel sampai hari ini. Dunia tidak berlaku adil", kata orang bukan islam. 

Orang bukan islam dapat melihat dunia berlaku tidak adil terhadap orang islam. Ini mereka yang bukan islam yang memerhati, selama 70 tahun (sebenarnya 75 tahun) kita dizalimi dan tidak pernah PBB memanggil para ahlinya untuk memboikot ekonomi Israel. 

Sedangkan hanya 5 hari apabila Rusia ingin mengambil kembali tanahnya sendiri (Ukraine), yang mana dulu Ukraine itu, buminya Rusia, untuk mengambil kembali buminya, mereka dan dunia sepakat (termasuk Malaysia) condemn Rusia sehinggalah ke hari ini. 

PBB telah menyekat ekonomi Rusia dalam masa 5 hari selepas pencerobohan, sedangkan apa yang berlaku kepada Palestin, tidak pula dilakukan sedemikian. 

"Memang dunia tidak adil pada Islam", kata pemimpin bukan islam, sedangkan pemimpin islam pula bersama Israel. 


Kita bersama Persatuan Ulama Dunia telah bertemu pada 3 bulan lepas, dengan mengeluarkan statement yang sangat tegas. 

"Adalah menjadi kewajipan kepada umat islam, maka umat islam menjadi fardhu ain bukan lagi fardhu kifayah untuk menolong Palestin."

"Lebih-lebih lagi jiran kepada Palestin, termasuklah Saudi Arabia, Mesir, dan Jordan adalah wajib "ain" untuk menolong Palestin dalam perjuangan ini". 

Inilah statement yang dikeluarkan oleh kumpulan ulama kita yang berpusat di Qatar.

"Wahai orang beriman, jangan kamu mengambil yahudi nasara sebagai pemimpin (pelindung) kamu. 

Dan barangsiapa yang mengambil mereka sebagai pemimpin (pelindung) maka sesungguhnya dia adalah sebahagian dari mereka dan Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada orang yang zalim."

Allah telah melarang kita dari mengambil yahudi nasara sebagai pelindung, teman atau pemimpin. Barangsiapa yang berbuat sedemikian maka mereka juga temasuk dalam kalangan yahudi nasara. 

Maka berhati-hatilah kita memilih pemimpin. Jangan kita termasuk dalam pilihan kita, maka kita pasti bersama mereka. Sedangkan Allah telah pun memberikan amaran. 


Tetapi sayang, Negara Arab bukan bersama perjuangan rakyat Palestin. Mereka lebih dekat dengan Israel. 

Mesir ada hubungan rapat dengan Israel. Jordan dan Bahrain pula  mengadakan normalisasi dengan Israel. Begitu juga dengan Oman dan Saudi Arabia. Manakala Sudan dan Morocco, mereka bukannya kesah dengan Palestin. 

Yang kesahkan tentang Gaza hanya Malaysia, Indonesia dan Brunei. Hanya tiga buah negara sahaja yang bersama-sama perjuangan HAMAS. Yang lain langsung tidak bersama-sama HAMAS. 

Mereka mengatakan HAMAS adalah pengganas termasuklah jiran-jiran yang seagama dengan mereka. 

UAE mengatakan, "Kami hidup dan mati, kami tetap bersama dengan Israel. Kami akan membantu Israel dalam apa cara sekalipun."

Benar! Semasa sekatan ekonomi, kapal-kapal Israel telah disekat oleh Yaman. Israel telah kelaparan dalam bulan Disember 2023 yang lepas. Namun, yang memberikan makanan kepada Israel adalah Dubai (UAE) dengan mengangkut makanan melalui jalan darat, merentasi Saudi Arabia dan Jordan. 

Mereka kenyang kembali disebabkan pengkhianatan oleh negara-negara umat islam. Alangkah malangnya! 

Allah telah memberikan ancaman bagi mereka bersama musuh Allah (yahudi dan nasara).  Sekarang, kita lihat negara umat islam bukannya bersama-sama perjuangan umat islam, tetapi mereka memilih untuk bersama-sama yahudi dan nasara.


Bermula dengan Bahrain yang telah memecahkan tradisi dengan mengadakan normalisasi dengan Israel yang dicadangkan oleh Amerika, kerana itu Bahrain tidak boleh menolong Palestin. 


Demikian juga, Bahrain dan UAE (Dubai) bukan sahaja tidak boleh menolong Palestin tetapi mereka mesti menolong Israel. 

Dan cukup malang, buat pertama kali, Bahrain, UAE (Dubai, Sharjah, dan Abu Dhabi) telah mengadakan upacara Chanukah (upacara yahudi) buat pertama kali yang dicatatkan oleh sejarah pada tahun 2020. 

Umat islam telah merayakan perayaan yahudi yang mana ingin menunjukkan kepada dunia yang mereka lebih rapat dengan yahudi berbanding umat islam sendiri.

Jelas, HAMAS berjuang keseorangan. Benar-benar keseorangan! 


Sudan yang sekarang sedang berkonflik, Morocco dan Jordan juga  mengadakan normalisasi dengan Israel. 

Jadi, siapakah yang bersama-sama dengan Palestin? Jelas, tiada! Bahkan West Bank juga tidak bersama-sama HAMAS. 

Saudara-saudara kita tidak bersama-sama kita dan hanya kita berjuang keseorangan dalam mempertahankan Masjidil Aqsa.  


Buat pertama kali, Saudi Arabia menyambut kedatangan wakil Israel ketika kita sedang dilanda Covid-19. Kita sibuk dengan Covid-19, mereka sibuk membentangkan karpet merah kepada Israel untuk masuk ke Saudi Arabia. 

Inilah dia sikap negara islam terhadap Palestin. Mereka lebih mesra dengan Israel sehinggalah ke hari ini.


Ini ialah "Palestin" yang lebih rapat dengan Israel berbanding dengan HAMAS. Umat islam tidak bersama umat islam. Dan apakah perkataan (kalimah) yang kita ada lagi untuk perjuangan islam. 

Inilah dia umat islam yang sedang bersama-sama yahudi nasara. Kepala mereka yahudi dan nasara, bagaimana mereka nak menolong perjuangan islam? 

Rupa-rupanya yang bersama dengan HAMAS hanya Malaysia, Indonesia dan Brunei.


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari, 

"Kamu akan ikut cara hidup orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak, pun kamu akan ikut masuk ke lubang biawak." 

Dan apa yang dimaksudkan itu adalah yahudi dan nasara. Siapa lagi kalau tidak mereka. 

Inilah hakikat yang sedang berlaku sekarang. Pelukis arab yang melukiskan gambar ini. Dan kita ingat firman Allah SWT. 

Ketika peperangan berlaku, Netanhayu telah memberi amaran kepada pemimpin arab,  

"Apa pun yang aku lakukan kepada HAMAS dan Gaza, jangan kamu bercakap satu patah perkataan pun untuk meneruskan perhubungan kita (persahabatan dengan negara arab), jangan sebut satu patah perkataan pun apabila kami membunuh orang Gaza. 

Sekiranya kamu membantu atau menyebut, maka putuslah hubungan kita." 

Dan orang arab lebih sayangkan hubungan mereka berbanding dengan penderitaan sebahagian umat islam di Gaza. 

Gambar ini telah menceritakan apa yang sedang berlaku.  

Boleh baca Part 1: Dimakan dan Diratah! dan Part 3: Lapar dan Sejuk


Kredit untuk Prof. Dr. Mat Rofa dan team Al-Imran Channel.

Catatan Pilu, 
Istighfarlah!