31 May, 2018

Syok syok bergambor @KLIA 3D


29 Mei 2018
KLIA Sepang

Hari ini, ayahanda dan bonda tiri kita akan berlepas ke Mekah untuk menunaikan umrah seperti mana kebiasaannya sejak 15 tahun yang lepas. Setiap tahun, diorang berdua ni beraya di sana... Raya ketiga barulah balik beraya di Bangi dulu then baru ke Terengganu.




Sepanjang bertahun-tahun kitorang mengiringi diorang ke KLIA, tiada yang best-best pun kat sana selain menjamu mata tengok famili masing saling tangis menangis nak berpisah.. yang kitorang, macam orang tak de perasaan je.. hik3.. Maklumlah, da lali... setiap tahun kot.


Tapi kali ini, ruang yang biasa diadakan taklimat, berbeza. Ada tempat untuk shoot pix best-best..Apalagi, kita macam biasa jadi pengarah le.. mintak Ujang dan ChaCha jadi model.ekeekekeke..


Banyak lagi port yang best-best untuk tik tik tik..(ambil pix), tapi semua tempat da ada yang duduk. So, yang ini jelah. Kebiasaannya, kitorang selesai je urusan ayahanda, sah kitorang ke Anjung Tinjau.. konon nak layan kapal torobang..Tapi.... jeng jeng jeng..

Sepanjang laluan ke Anjung Tinjau, mak aiii..diorang tampal banyak gambar yang ala-ala 3D. Jom ler kita try bergambar. hikhihihih.. memang three-D. huwahahahaha... Apalagi.. menjadi model lagi ler diorang ni...



















Actually, kita sokong sangat laluan ke Anjung Tinjau ni ada lukisan-lukisan 3D yang berkonsepkan Malaysian ni. Selain memperkenalkan kepada orang luar, anak-anak kita pun boleh belajar... budak bandar mana laa tau sangat pasal zaman 1980an. Tak pasal-pasal kta jadi tourist guide untuk diorang taw!

Kepada sesiapa yang ke KLIA tu, jangan lupa bergambar di laluan Anjung Tinjau ni ye! Tak de kena bayaran pun.... orait, itu je update hari ini, take care... #spreadlove

30 May, 2018

Perbuatan Khianat Isteri Nabi Luth



Di antara perempuan yang akan masuk Neraka sehingga menerima seksa Allah SWT walaupun suaminya orangnya yang soleh iaitu isteri Nabi Luth AS.

Nabi Luth AS diperintahkan oleh Allah SWT untuk mengajak umatnya menyembahNya, meninggalkan penzinaan, kezaliman dan kehancuran. Tetapi mereka iaitu kaum yang tidak mengakui Nabi dan Rasul yang diutus Allah SWT kepada mereka sehingga mereka tetap berada dalam kemusyrikan, kezaliman dan berbuat kerosakan.

Bahkan isteri Nabi Luth AS sendiri menentang dakwahnya. Kesalahan yang dilakukan oleh isterinya bukan kerana dia berbuat zina (mengikut riwayat, isteri para nabi terhindar daripada penzinaan), melainkan memberitahu kepada kaumnya bahawa ada tetamu yang datang ke rumah Nabi Luth AS. Kekejian yang dilakukan oleh kaum Nabi Luth AS iaitu melakukan persetubuhan dengan sesama lelaki. (homoseksual).

Pada waktu itu, Nabi Luth AS kedatangan tetamu yang tak lain iaitu para malaikat yang diutuskan oleh Allah SWT sebagai bentuk ujian bagi kaumnya supaya Allah SWT mempunyai alasan yang lain untuk menghukum mereka.

Kemudian, kaum Nabi Luth AS datang ke rumahnya ketika mengetahui ada tetamu di rumahnya. Tetamu tersebut berwajah tampan. Lalu Allah SWT memberitahu Nabi Luth AS bahawa kaumnya datang ke rumahnya.

Baginda pun mengatakan kepada mereka bahawa orang itu ialah tetamunya sambil meminta mereka untuk tidak mengganggunya dan menyuruh mereka bertakwa kepada Allah SWT. Mereka berkata;

"Apakah kami melarang kamu untuk menjamu tetamu?"

Mereka tidak melarang Nabi Luth untuk menjamu tetamu. Kemudian mereka menunjuk isteri Nabi Luth AS bahawa dialah yang telah memberitahu mereka tentang kedatangan tetamu di rumahnya.

Lalu Allah SWT memerintahkan Nabi Luth untuk meninggalkan daerahnya supaya selamat daripada seksa Allagh SWT. Kemudian turunlah seksa Allah SWT kepada kaum Nabi Luth AS termasuk isteri yang menyediakan makan, menemaninya siang dan malam. Walaupun Nabi Luth AS seorang nabi, baginda tetap mampu menolong isterinya sendiri daripada seksa Allah SWT.

- Ibnu Kasir, Qasasul Anbiya, 1988 : 169

29 May, 2018

Asya's First Vanilla Cupcake



26hb Mei 2018
Presint 17, Putrajaya

Kali ini adalah kali kedua asya buat cupcake. Last time, dia try buat cupcake perasa coklat tanpa bantuan mama langsung. Just follow resepi dari internet. Ituler Asya yang kita nak sangat dia jadi Chef yang terbaik di Malaysia suatu masa nanti. 

Macamana Asya boleh minat ke dapur?
Dari kecik lagi, dia memang suka masuk ke dapur. Suka tolong kita masak. Kita bukan pandai masak pun, tapi kita suka masak menda yang simple dan cepat. Yang paling penting cepat. Untuk cuba resepi baru, memang kita akan follow buku, selepas tu, kita akan ikut citarasa sendiri ler... 

Asya ni selain suka bereksperimen, dia juga suka merakam... Memang sesuai sangat laa kalau nak jadi chef. Dia memang berkeyakinan tinggi, tiada rasa malu-malu berbanding Inas, si Sulong kita tu. 

Cubaan masak Cupcake perisa coklat, memang marbelous!! ... memang sedap. Rasa nak makan lagi. Terbayang-bayang cupcake Asya yang giler moist tu. 

Cupcake Perisa Vanilla... 
Kali ini, kita try beli tepung yang da siap adun. Just masukkan air, telur dan minyak sahaja. Cupcake yang asya buat ni, kita nak bawak untuk iftar bersama keluarga ayahanda dan kakak kita. Jadinya, memang tak leh nak bereksperimen sangatlaa Asya oii...



Mungkin ouls da biasa dengan brand ini kan. Brand Nona ni, ada sejak zaman kita sekolah lagi. Senang sangat. Nak masak kek oren ke, strawberry ker.. memang kompom jadinya... Harga tepung Cupcake Vanilla dalam RM10.30 untuk 24 cawan. Cawannya pun disediakan. 

So, apalagi, Asya pun mulalah meneruskan prosesnya ikut je instruction di kotak. Minyak sayuran tu, Asya boh minyak zaitun....fuh! itulaa kot yang buat rasanya sedap sedap sangat. 







 Lain kali kena beli bekas pembakar cupcake yang 12 kot. Lambat betul nak siap kalau pakai yang 6 je. Hampir dua jam membakar, barulah siap kesemua 24 cawan cupcake Asya. Apalagi, untuk hidangan Asya boh Whipping Cream dan chocolate rice.. Tapi pix nyer kita tak snap pun... 


Jadinya untuk berbuka di restoran Nasi Arab Seksyen 7, Bandar Baru Bangi tu, kitorang hanya bawak cupcake Asya yang istimewa sedap ni. Fuh! laku abih... sedaplah kata kan... tak sesiakan Asya?

Nanti buat lagi taw. Kali ini bagi kawan-kawan Asya Tahun 6 tu rasa plak yer! Orait, guys, setakat ni aje laa update pasal cupcake Asya. Next projek, Asya kata, projek biskut raya plaks. Wow!!! mama tak yah beli biskut rayalaa ye untuk tahun ni, kan.. #spreadlove

28 May, 2018

#66 Cara Meraih Kekayaan Total Dunia dan Akhirat dengan 1001 Nikmat Kasih Sayang Allah SWT


#38 Jaga hubungan dengan Allah SWT
1. Bertaubat
gambar dari Tafsirq.com
2. Menuntut ilmu

3. Sentiasa mengingati Allah SWT

4. Berbuat makruf (Kebaikan)
5. Berdakwah kerana Allah SWT

6. Memperbanyakkan doa di kala sujud terakhir
7. Membaca Al-Quran
8. Membaca doa Penutup Majlis
9. Berakhlak baik
10. Jujur
11. Sabar
12. Berwudu'  
13. Membaca doa/syahadat selepas wudu'
14. Berdoa selepas azan
15. Membangunkan masjid
16. Berzikir
17. Berjalan Ke Masjid
18. Solat lima waktu
19. Solat Subuh dan Asar berjemaah
20. Puasa 6 hari pada bulan Syawal
21. Puasa Arafat
22. Puasa Asyura
23. Solat malam Lailatulqadar
24. Sedekah
25. Mengerjakan haji dan umrah
26. Beramal soleh pada 19hb Zulhijjah
27. Jihad pada jalan Allah SWT
28. Infak pada jalan Allah SWT
29. Menjaga lidah dan kemaluan
30. Keutamaan mengucap "Lailahaillallah dan subhanallahi wa bihamdih"
31. Solat jumaat (bagi lelaki)
32. Mengiringi solat fardhu dengan solat sunat rawatib
33. Solat dua rakaat setelah melakukan dosa
34. Solat malam
35. Solat dhuha
36. Selawat ke atas Nabi SAW
37. Puasa
38. Puasa selama 3 hari setiap bulan

#28 Jaga hubungan dengan masyarakat
1. Mempelajari Al-Quran dan menyebarkannya
2. Menyebarkan salam

3. Mencintai kerana Allah SWT
4. Mengajak yang makruf (kebaikan) dan mencegah yang mungkar (Kejahatan)

5. Membantu membayarkan hutang

6. Menutup aib orang lain

7. Menyambung tali silaturrahim

8. Berbakti kepada kedua ibu-bapa

9. Membantu ibu tunggal dan orang miskin
10. Menahan marah
11. Membantu anak yatim
12. Melawat orang sakit

13. Mentaati suami

14. Tidak meminta-minta

22. Mengunjungi saudara-saudara seislam
23. Meninggalkan pertelingkahan atau perbalahan
24. Berbuat baik kepada haiwan
25. Mendidik dan melindungi anak perempuan
26. Menyingkirkan halangan daripada jalan
27. Menyembahyangkan mayat dan mengiringi jenazah

28. Menyediakan hidangan berbuka kepada orang yang berpuasa

#spreadlove


27 May, 2018

Im Dreaming of Bigger Things - Thunder




Just a young gun with a quick views
Hanyalah seorang pemuda dengan sedikit pengalaman
I was uptight, wanna let loose
Aku gelisah, ingin tetap tenang
I was dreaming of bigger things
Aku memiliki mimpi yang besar
And wanna leave my own life behind
Dan ingin melupakan kehidupanku sendiri
Not a yes sir, not a follower
(Aku bukan jenis orang) yang mengikuti perintah, (aku) bukan pengikut
Fit the box, fit the mold
Orang biasa ('out of the box'), mengikuti aturan
Have a seat in the foyer, take a number
Duduk di lobi, dan hanya mengambil nombor
I was lightning before the thunder
Aku adalah kilat yang muncul sebelum guruh


Kids were laughing in my classes
Anak-anak yang bersenda gurau di kelasku
While I was scheming for the masses
Sementara diriku menyusun sesuatu rancangan yang besar
Who do you think you are?
Kau pikir siapa dirimu?
Dreaming 'bout being a big star
Mimpi menjadi seorang bintang besar
You say you're basic, you say you're easy
Kau berkata kau (bintang) utamanya, kau kata itu mudah
You're always riding in the back seat
Kau hanya selalu menjadi pengikut saja
Now I'm smiling from the stage while you were clapping in the nose bleeds
Sekarang aku tersenyum dari atas pentas, sementara kau hanya bertepuk tangan

Lagu ini amat memberi makna pada kita, sebab kita memang ingin terjemahkan mimpi-mimpi kita yang dipendam sekian lama pada kanvas yang terbentang luas sekarang... Thanx Allah dan semua orang yang pernah mencorakkan pelbagai warna dalam hidup kita. I'm glad to have U!

26 May, 2018

Wanginya Mama, Rasa Macam Nak Makan... Review Sabun Mandi


Dalam citer yang lepas, kita ada citer pasal Ubat Gigi Pemutih Melaleuca. Sila klik sini yer! Kali ini, kita nak citer pasal Sabun Mandi dia plak.


Sabun mandi Longer-Lasting Luxury Bars ini ada banyak jenis. Tapi kita try Exfoliating Body Bar dulu. Harganya lebih kurang dalam RM12 cenggitu. Nampak macam besar harganya kan,.. tapi kat luar, ada lagi yang lebih mahal dari ini. Hik3... kan kita telah diberitahu, yang barangan di Melaleuca ini, memang menjimatkan dan memang boleh beli ler. Berbaloi, boh!





Jom kita baca ingredientnya dulu..

Sabun ini mempunyai haruman Almond Vanilla.. Itu yang bila ank kita pakai je sabun ni, dia kata nak makan. Bau nya memang menggoda bukan setakat deria bau malah deria lidah kot. hihihihih.

Lagi satu kan, sabun mandi yang tiada bahan kimia merbahaya ni, cepat habis kan. Tapi tidak pula kepada sabun mandi Melaleuca ni, katanya mereka telah menguji sabun dengan mencelup ke dalam air suam secara berterusan sehingga larut. Dan hasilnya ia boleh bertahan selama 6.25 jam berbanding jenama-jenama lain. Maknanya, sabun tu tahan lama laaa kan. Berapa lama, bagi kita guna dulu yer. 


Sodium Tallowate - bahan asas untuk membuat sabun
Sodium Cocoate - bahan dari minyak kelapa sebagai ejen pembersih
Aqua (water)
Glycerin - untuk jadikan adunan kental
Parfum
Sodium Chloride - garam
Avena Sativa (Oat) Bran
Titanium Dioxide (CI 77891) - penapis UV
Tetrasodium Edta - bahan asas membuat sabun
Aloe Barbadensis Leaf Juice - merawat luka atau sunburn
Coumarin - kayu manis
Limonene - pewangi dari buah-buahan masam
Caramel

Sebab tulah, anak kita cakap wangi yer...! Dan wangi nya memang kekal lama. #spreadlove