Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

31 October, 2023

Biasakan LIDAH dengan...KURANG MANIS

Biasakan LIDAH dengan...KURANG MANIS
Kek, Donat, Air Berkarbonat, Coklat, Kuih Muih dan Teh Tarik

Lidah akan menjadi lebih SENSITIF kepada rasa manis sekiranya kita mengamalkan makanan rendah gula.


Apakah tahap "MANIS" lidah anda?


Selalu makan makanan yang tinggi gula akan menyebabkan lidah kita KURANG sensitif kepada rasa MANIS.


Sekiranya anda selalu mengambil makanan yang rendah gula, lidah anda akan mula TERBIASA dengan hal tersebut. Oleh itu, hanya tambahkan sedikit gula sudah MEMADAI untuk mendapatkan 'rasa manis' daripada makanan tersebut. 


Apabila anda selalu mengambil makanan manis, ianya akan menjadi masalah kepada lidah anda kerana deria rasa semakin tidak sensitif dan memerlukan banyak gula untuk memberi RASA pada makanan tersebut.


Jadi, tidak hairanlah 'level' rasa manis setiap orang itu berbeza walaupun pada air sirap atau kuih yang SAMA. Jom, mulai hari ini latih lidah kita untuk "kurang MANIS".




30 October, 2023

Elakkan Penambahan Perasa Tiruan Dalam Makanan Bayi

Elakkan Penambahan Perasa Tiruan Dalam Makanan Bayi

Bahasa perasa seperti kiub pati ayam mengandungi bahan pengawet dan monosodium glutamate (MSG). Kiub ini tidak sesuai diberikan kepada bayi berumur 1 tahun dan ke bawah kerana buah pinggang bayi tidak matang sepenuhnya, kerana kiub ini tinggi garam, mengandungi Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet.

Sesetengah ibu beranggapan bahawa pemberian bahan perasa seperti kiub pati ayam adalah dibolehkan bagi bayi berumur 1 tahun ke bawah kerana boleh meningkatkan pengambilan protein.


Jangan tertipu dengan nama “kiub ayam”tersebut kerana kiub ini sebenarnya bukanlah bersumberkan ayam semulajadi. 


Selain itu, bayi yang diberi bahan perasa terlalu awal lebih cenderung untuk memilih makanan kerana sudah terbiasa dengan rasa ‘sedap’. Mereka akan menolak makanan yang berasa tawar. Bukan itu sahaja, deria rasa bayi juga sebenarnya 100 kali ganda lebih sensitif daripada dewasa. Walaupun kita tidak meletakkan perasa, bayi sudah dapat merasa perisa semulajadi daripada makanan yang para ibu sediakan.


Sebaiknya ibu membuat sendiri kiub pati ayam di rumah. Lebih sihat kerana kita menggunakan ayam segar, tiada garam dan boleh ditambah sayur-sayuran.




29 October, 2023

3 Cara Gantikan Pencuci Mulut yang Manis dengan Buah-buahan Segar

 

3 Cara Gantikan Pencuci Mulut yang Manis dengan Buah-buahan Segar
Kebab Buah-buahan, Salad buah dan Jus buah

Pencuci mulut ialah sajian manisan yang biasanya diambil selepas hidangan utama. Kebiasaannya, sajian ini terdiri daripada makanan dan minuman manis seperti kek, kuih, biskut, pastri, ais krim dan puding.


Pencuci mulut yang manis ini mengandungi gula tersembunyi yang tinggi. Gula mempunyai nilai nutrien yang sedikit dan hanya menyumbang kalori yang akan menambah berat badan serta meningkatkan risiko diabetes jika diambil secara tidak terkawal.


Apa kata, cuba gantikan pencuci mulut manis anda dengan tip kami. Ingat, kurangkan manis dalam makanan dan minuman, banyakkan manis dalam senyuman.




28 October, 2023

Pemakanan Sihat Warga Emas : Sihat dari Hujung Rambut ke Hujung Kaki

Pemakanan Sihat Warga Emas  Sihat dari Hujung Rambut ke Hujung Kaki

1. Menyihatkan rambut - zink dan protein


2. Meningkatkan daya ingatan - protein dan Omega 3


3. Menjadikan penglihatan jelas dan terang - Vitamin A


4. Mengekalkan kesihatan jantung - serat dan Omega 3


5. Menguatkan tulang dan sendi - Kalsium, Magnesium dan Vitamin D


6. Fungsi Otot - Air, Kalsium, Magnesium, Protein dan Kalium


7. Melancarkan sistem penghadaman - Serat dan Probiotik


8. Menguatkan gigi - kalsium, vitamin D, Magnesium dan Zink


Pemakanan yang sihat dan seimbang memainkan peranan yang penting kepada kita. Tidak terkecuali juga golongan warga emas. 


Pengambilan makanan daripada pelbagai sumber dapat membekalkan keperluan nutrisi yang cukup bagi mengekalkan kesihatan warga emas. Pilih makanan dengan tekstur yang bersesuaian bagi memastikan golongan ini mendapat khasiat yang diperlukan secara optimum dari hujung rambut ke hujung kaki.


Jom sihat sehingga usia emas!




27 October, 2023

Ketahui 5 Tip Penjagaan Kesihatan Jantung

Ketahui 5 Tip Penjagaan Kesihatan Jantung

1. Senaman

Sekurang-kurangnya 5 kali seminggu, 30 minit setiap sesi membantu mencegah penyakit kardiovaskular dengan melambatkan proses aterosklerosis dan menstabilkan tekanan darah


2. Kekalkan berat badan ideal

"Body Mass Index" yang ideal di dalam julat 18.5 - 24.9kg/m2. Dapat mengurangkan risiko penyakit metabolik.


3. Kurangkan stress

Bagi mengimbangi tekanan darah dan risiko strok dan kardiovaskular menerusi penjagaan stress yang baik.


4. Diet Sihat

Amalkan diet seimbang untuk mengurangkan kadar kolesterol dan gula dalam darah


5. Berhenti merokok

Mengurangkan kepekatan darah dan penghasilan radikal bebas di dalam darah.


Jantung merupakan organ penting  yang berfungsi mengepam darah  ke seluruh tubuh.

🥑🥦🍉Pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, obesiti serta hipertensi merupakan faktor  risiko yang menyumbang kepada penyakit jantung. 


Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi membolehkan jantung berfungsi dengan efisien agar kekal sihat sehingga ke akhir hayat.




25 October, 2023

Manfaat Kacang Kuda Untuk Anemia

Manfaat Kacang Kuda Untuk Anemia

Tanpa zat besi yang cukup ketika hamil, maka anemia akan mudah terjadi. Zat besi merupakan salah satu nutrien yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah. Bagi mengatasi anemia ketika hamil, maka anda perlu mengambil zat besi dengan cukup dan kacang kuda adalah satu sumber zat besi yang jarang orang tahu.


Jom jadikan kacang kuda sebagai salah satu snek anda terutamanya ibu hamil.




21 September, 2023

Waktu Ideal untuk Tidur Berdasarkan Zodiak

Waktu Sesuai Untuk Tidur Berdasarkan Zodiak

Ada sesetengah orang berasa happy dan bersemangat untuk bangun awal-awal pagi bagi memulakan hari. Ini kerana diorang sudah cukup istirehat dengan jumlah jam tidur yang berkualiti. Namun begitu, ada juga di kalangan kita yang suka berjaga malam dan tidur pada lewat malam, dah tak pasal-pasal susah pula nak bangun pagi. 

Itulah, tidak semua orang adalah sama dan tidak semua orang memerlukan perkara yang sama. Ada sesetengah orang cukup gemar berjaga malam dan tidur tak bangkit-bangkit sehinggalah ke petang. 

Dan ada pula yang lebih suka tidur awal dan memulakan hari dengan pagi yang ceria dan bersemangat. Pada malam harinya, mereka beristirehat atau meluangkan masa dengan keluarga tak pun dengan rakan-rakan.

Boleh layan video ni dulu...

Apa kata, kita baca artikel yang diterjemahkan dari website Your Tango, The Ideal Bedtime For Each Zodiac Sign. Kita mulakan dengan zodiak ini dulu. Cop cop cop... sebelum tu kita baca sambil layan lagu ni. :)


zodiak waktu tidur ideal

Aries (21 Mac - 19 April)
MASA: 9:00 malam

Aries harus tidur sebelum pukul 9 malam. Ini kerana harinya sangat sibuk dan sentiasa padat dengan  tugasan yang banyak selain aktiviti-aktiviti yang berbeza-beza. Bagi mendapatkan rehat yang secukupnya untuk menjalani hari esok, dia memang perlu tidur awal. 

Kalau tidak komperm esok, dia akan keletihan sebab tak cukup tidur.

zodiak waktu tidur ideal

Taurus (20 April - 20 Mei)
MASA: 10:00 malam

Taurus amat suka dengan awal pagi. Dia seronok mulakan hari dengan aktiviti mengeluarkan peluh seperti berjoging pada waktu pagi selain meluangkan masa untuk menikmati secawan kopi dan berita pagi. 

Taurus hanya produktif pada waktu pagi. Baginya waktu pagi adalah masa sepanjang hari untuk menyelesaikan segala masalah. Disebabkan itu, dia memerlukan sekurang-kurangnya sedikit rehat yang berkualiti. 

Waktu yang terbaik untuk tidur adalah pada jam 10 malam.

zodiak waktu tidur ideal

Gemini (21 Mei - 20 Jun)
MASA: 11:00 malam

Gemini suka berjaga lewat malam. Kadang-kadang, dia terlalu banyak berfikir sehinggakan dia tidak dapat tidur! Namun begitu, walaupun tidur lewat, dia amat suka bangun awal bagi memulakan harinya, jadi seharusnya lah kan dia cubalah tidur awal jika boleh.

Waktu tidur terbaik untuknya adalah jam 11 malam. Dengan cara itu dia boleh melakukan apa yang dia mahu pada waktu malam tanpa sengsara pada waktu pagi disebabkan tidur lewat malam..

zodiak waktu tidur ideal

Cancer (21 Jun - 22 Julai)
MASA: 10:30 malam

Cancer suka bangun awal, tetapi dia cenderung untuk berjaga lewat. Waktu tidur yang sesuai untuknya ialah sekitar jam 10:30 malam.

Mungkin sukar baginya untuk tidur sebelum jam 11 malam, tetapi dia pasti mendapat manfaat dengan jumlah jam tidur lebih banyak. Cancer perlu menjimatkan tenaganya supaya dia berasa tenang dan relaks sepanjang hari.

zodiak waktu tidur ideal
Leo (23 Julai - 22 Ogos)
MASA: 12:00 pagi

Waktu tidur yang sesuai untuk Leo adalah jam 12 pagi. Dia tidak boleh tidur awal sebab terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan pada waktu malam. Leo amat suka berjaga malam sama ada untuk  berborak dengan famili ataupun rakan-rakan atau hanya sekadar menonton TV ataupun berbuat apa saja. 

Jadinya, tak hairanlah jika dia tidak pernah bersedia untuk bangun pada awal pagi. 

zodiak waktu tidur ideal

Virgo (23 Ogos - 22 September)
MASA: 8:00 malam

Virgo adalah seorang yang sentiasa merancang lebih awal. Untuk mendapatkan permulaan hari, dia suka bangun awal. Waktu tidur terbaik untuknya ialah pada jam 8 malam.

Ya, benar! Nampak sangat terlalu awal, kan? 
Tetapi otulah, Virgo perlu memastikan dia sentiasa berada pada tahap tenaga puncak pada waktu pagi bagi menyelesaikan segala-galanya selain menjadi lebih fokus dan bertenaga.

zodiak waktu tidur ideal

Libra (23 September - 22 Oktober)
MASA: 12:00 pagi

Libra pun bukanlah jenis orang yang bangun pagi. Dia sering merengus pada waktu pagi dan seolah-olah tidak boleh bangun tanpa menekan butang “snooze” sekurang-kurangnya tekan sehingga 12x. 😊 Dia amat suka berjaga lewat dan untuk cover balik rasa penat berjaga lewat, dia memerlukan istirehat yang panjang pada siang hari. Itu yang tidur sehingga ke tengahari.

Jadi, tak hairanlah waktu tidur terbaik untuknya adalah pada jam 12 pagi.

zodiak waktu tidur ideal

Scorpio (23 Oktober - 21 November)

MASA: 1:00 pagi

Scorpio adalah sama spesis burung hantu. Dia amat gemar berjaga lewat untuk membaca tak pun menonton Netflix ataupun berbuat apa saja. Dia tidaklah suka dengan waktu pagi dan biasanya kalau bangun pun dalam keadaan gelisah dan ketara  letihnya tu.. 

Baginya, dia mendapat yang terbaik daripada lewat malam. Itulah sebabnya waktu tidur pilihannya ialah pada jam 1 pagi.

zodiak waktu tidur ideal

Sagittarius (22 November - 21 Disember)
MASA: 2:00 pagi

Sagittarius pun spesis burung hantu sejati. Dia dapatmenyelesaikan semua kerja terbaiknya pada waktu tengah malam dan sejujurnya, dia mempunyai tenaga yang paling banyak apabila dia dapat tidur sehingga ke tengahari dan memulakan harinya pada waktu tengah hari. Lagi padu...:)

Dia sukar untuk tidur awal kerana dia ada banyak perkara yang dia mahu sesuaikan dengan harinya. Disebababkan itulah, dia lebih suka tidur pada jam 2 pagi.

zodiak waktu tidur ideal

Capricorn (22 Disember - 19 Januari)
MASA: 10:00 malam

Capricorn pula suka pada tanggungjawab. Dia tidak pernah lengah dalam melaksanakan tugasnya. Dengan bangun awal, dia  dapat memanfaatkan harinya. Keadaan ini memerlukan dia banyak beristirehat. 

Waktu tidur yang sesuai untuknya adalah pada jam 10 malam. Tidak terlalu awal dan tidak pula terlalu lewat, malah jumlah jam tidur sesuai untuk dia selesaikan perkara-perkara yang perlu.

zodiak waktu tidur ideal

Aquarius (20 Januari - 18 Februari)
MASA: 12:00 pagi

Aquarius fikir ia sangat damai untuk berjaga malam sendirian. Dia suka membaca buku dan menulis dalam jurnalnya hingga larut malam. Waktu tidurnya kebiasaannya sekitar jam 12 pagi.

zodiak waktu tidur ideal

Pisces (19 Februari - 20 Mac)
MASA: 11:00 malam

Pisces juga bukan orang pagi sama sekali. Katil adalah tempat kegemarannya. Dia amat suka tidur awal dan tidur seberapa banyak yang boleh. Sejujurnya, dia hanya suka tidur.

Dah abih. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. 


#spreadlove Putrajaya

28 July, 2023

4 asas Pemakanan Untuk Mengatasi Anemia

 T.me/Petuadankesihatan 

anemia

Kekurangan zat besi menyebabkan badan tidak boleh menghasilkan hemoglobin (Hb) iaitu protein penting dalam sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Rawatan bagi penyakit anemia kekurangan zat besi ialah dengan pengambilan zat besi tambahan (pil hematinik) dan makanan yang kaya dengan zat besi. 



#spreadlove Putrajaya

27 July, 2023

Makan Secara Sedar

 T.me/Petuadankesihatan 

makan

Di ambang zaman globalisasi ini, semuanya dilakukan dengan pantas khususnya pada era teknologi zaman kini. Tanpa kita sedari, cara kita makan pun dilakukan dengan pantas disebabkan jadual yang sibuk. Tabiat ini menjurus kepada tabiat makan tidak sedar yang menjurus kepada pengambilan makanan secara berlebihan.



#spreadlove Putrajaya

26 July, 2023

Cacing Antara Penyebab Kanser

cacing pita

Sel-sel tumor malignan berpunca daripada cacing parasit

Cacing pita boleh menyebabkan kanser. Sebenarnya, cacing pita secara asalnya mempunyai kanser. Sel-sel malignan mereka yang tersebar di seluruh badan dan akan menjangkiti tubuh badan manusia. 

Ini berlaku apabila larva cacing memperolehnya daripada usus hingga ke kelenjar limpa. Lama-kelamaan, kewujudan mereka menyebabkan kanser tumor tersebut memberi kesan kepada tubuh badan yang boleh menyebabkan kematian berlaku dalam tempoh beberapa bulan. 

infection

Bagaimana untuk melindungi diri daripada parasit. Adakah terdapat sebarang ujian dan ubat-ubatan?

Malangnya, pada masa ini tidak terdapat teknik yang tepat untuk mendiagnosis kehadiran parasit dalam tubuh manusia. Prosedur diagnosis yang menyeluruh tidak dapat diakses di seluruh negara dan mungkin cajnya pun juga mahal.

cacing

Simptom 

Simptom pertama yang memberi kesan kehadiran parasit dalam tubuh adalah:

  • Alahan (ruam, mata dan hidung gatal);
  • Kerapkali kesejukan, sakit tekak dan hidung tersumbat;
  • Keletihan kronik (Anda cepat letih, tidak kira apa yang anda lakukan);
  • Seringkali sakit kepala, sembelit atau cirit-birit;
  • Sakit sendi dan otot;
  • Gemuruh, gangguan tidur dan selera makan;
  • Lingkaran hitam disekitar mata dan bawah mata;


Sekiranya ada berlaku 2 simptom yang disebut di atas, ini adalah tanda yang jelas terdapatnya parasit dalam badan dan selalu amalkan mengambil ubat cacing 6 bulan sekali. 

ubagt cacing



#spreadlove Putrajaya

24 July, 2023

Top Secret Masakan Sedap - Natural Serbuk Perasa

 T.me/Petuadankesihatan 

rahsia makanan sedap

Garam memainkan peranan penting dalam metabolisma tubuh badan kita. Namun, penggunaan garam secara berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit antaranya hipertensi, kanser, strok, kegagalan buah pinggang dan penyakit jantung.

serangan jantung

7 tips jaga jantung

hipertensi

kanser pankreas

kanser

buah pinggang

strok

tanda sakit jantung

Salah satu cara mengurangkan pengambilan garam adalah dengan menikmati rasa semulajadi makanan dengan kurang rasa masin tanpa garam dan sos.


Tahukah anda? 

Selain daripada garam, rempah ratus dan perisa semulajadi boleh meningkatkan rasa sedap pada makanan. Jom cuba gantikan penggunaan garam berlebihan dengan rempah ratus dan perisa semulajadi untuk masakan yang lebih sihat dan sedap!



#spreadlove Putrajaya

23 July, 2023

Pengguna Bijak - HCL Logo


hcl

Sebagai pengguna yang bijak, kita haruslah menggunakan segala maklumat pemakanan yang telah tertera pada label produk makanan yang disediakan di pasaran. Ia mampu membantu untuk membuat pilihan produk makanan atau minuman yang lebih sihat dengan mudah. 

Gunakan logo HCL yang ada sebagai panduan untuk membandingkan produk yang berlainan dalam kategori yang sama. Produk yang mempunyai logo HCL adalah pilihan yang lebih baik. Paling penting, jangan lupa baca label dan buat pilihan bijak!

Selamat membeli-belah!



#spreadlove Putrajaya

22 July, 2023

Ajinomoto Asli

 

pucuk ubi

POKOK AJINOMOTO / CHAYA / BAYAM SURIA

T.me/Petuadankesihatan 


Daunnya seperti pokok betik. Pokoknya bercabang-cabang seperti pokok ubi kayu. Sedap dibuat masak lemak. Sedap lembut, lemak sangat rasa daunnya. Tak sama rasa pucuk ubi, ia tak pahit. Tidak boleh makan mentah.

Selain itu, daun ini juga dihiris halus macam hiris daun kunyit dalam rendang dan dimasukkan dalam masakan untuk menyedapkan rasa umami yang banyak digunakan di Thailand.

ajinomoto

Di Thailand, ia dipanggil pokok Ajinomoto atau pokok MSG kerana kesannya sebagai perasa asli dalam masakan. Namun begitu, adalah TIDAK disarankan untuk memakan daun Pokok Chaya mentah-mentah seperti ulam kerana ia mengandungi hidrosianik glikosida iaitu sebatian toksik yang berbahaya untuk tubuh. 

Cara yang selamat adalah dengan memasak daun pokok Chaya selama sekurang-kurangnya 15 minit untuk menurunkan kandungan toksik ke paras yang selamat untuk dimakan. Ia mengandungi kandungan zat besi, potassium dan kalsium yang tinggi.

makanan kurangkan radang

Dikatakan mempunyai khasiat seperti: 

  • meningkatkan pengaliran darah
  • membantu penghadaman
  • meningkatkan penglihatan
  • membantu menurunkan paras kolestrol dan lain-lain



#spreadlove Putrajaya

17 July, 2023

150 Minit Seminggu - Lebih Aktif, Lebih Baik

 

senaman kalori

T.me/Petuadankesihatan 

Aktifkan diri setiap hari dengan pelbagai aktiviti fizikal kegemaran anda. Aktiviti fizikal memberikan kita pelbagai kebaikan, antaranya:

👍🏻 Mengekalkan keseimbangan tenaga masuk dan keluar

👍🏻 Membina dan meningkatkan jisim otot

👍🏻 Mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD)

👍🏻 Memperbaiki mood dan mengurangkan tekanan

👍🏻 Menyokong imuniti

👍🏻 Memperbaiki kualiti tidur

Apa lagi, jom aktifkan diri!



#spreadlove Putrajaya

16 July, 2023

Dementia

dementia

👵👴Dementia atau nyanyuk adalah sindrom kemerosotan fungsi otak disebabkan kerosakan otak secara berperingkat. Dementia memberikan kesan kepada otak dan mengakibatkan masalah berkaitan perubahan pada: 

  • Memori
  • Tingkah laku
  • Personaliti
  • Orientasi
  • Bahasa
  • Emosi 
  • Aktiviti harian
  • Kebolehan membuat keputusan


Kurangkan risiko dementia dengan: 

✅ amalkan cara hidup sihat 

✅ambil pemakanan sihat dan seimbang 

✅ aktif secara fizikal dan mental 

✅ kawal tekanan darah dan darah tinggi sekiranya didiagnosis. 

⚠️ Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti dikongsikan daripada pakar perubatan geriatrik dan pakar psikogeriatrik. Rawatan awal boleh melambatkan proses kemerosotan fungsi otak dan dapat mengekalkan keupayaan menjaga diri sendiri.

❗️  Kepada penjaga, amalkan pemikiran positif dan berkongsilah masalah.  Anda hebat kerana menyokong ahli keluarga yang mengalami dementia.


T.me/Petuadankesihatan

#spreadlove Putrajaya




14 July, 2023

4 Sebab Perlukan Makanan Berserat dalam Diet

 

dietary fiber

Sumber utama serat adalah buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh (whole grain) dan kekacang. 🥗 Serat memainkan peranan penting. Makanan berserat amat penting dalam sistem penghadaman bagi :

kenyang lama

Membantu perut kenyang dengan lebih lama

sembelit
Mencegah sembelit

makan sihat
Membantu melancarkan pergerakan makanan

blood sugar
Membantu mengawal gula darah

Jadi, jangan lupa ambil serat dalam menu diet.❗️ 



Credit to @PetuaDankesihatan
#spreadlove Putrajaya

13 July, 2023

Jantung Pisang Bukannya "Jantung Hati"

jantung pisang

JANTUNG PISANG - BANTU Masalah PENDARAHAN Berlebihan & Sebagai ANTIDIABETIS

Jantung pisang juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Jantung pisang tinggi kandungan fiber (5.74g dalam 100g).  Jantung pisang juga tinggi antioksidan dan kaya bahan berkhasiat. Antaranya adalah alkaloid, glycoside, steroid, saponin, tannin, flavanoid dan terpenoid.

pisang susu
Jantung PISANG SUSU paling TINGGI khasiat berbanding abu, berangan, nipah, mas dan rastali. Pengambilan jantung pisang membantu masalah pendarahan berlebihan semasa haid. Jantung membantu meningkatkan tahap hormon (progesteron) dalam badan dan boleh kurangkan pendarahan.

monitor blood sugar

Kajian dalam jurnal Phytotherapy Research menunjukkan memakan jantung pisang setiap hari selama 30 hari boleh menurunkan tahap gula dalam darah dan meningkatkan sel darah merah pada tikus.




@PetuaDankesihatan 

#DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist

#spreadlove Putrajaya

09 July, 2023

Kepentingan D untuk Tulang dan Gigi

vitamin D

Vitamin D bersama dengan kalsium memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi yang sihat. Vitamin D boleh diperolehi dengan mudah melalui pendedahan cahaya matahari ☀️

Pengambilan vitamin D yang mencukupi setiap hari adalah penting untuk mengelakkan komplikasi kekurangan vitamin D.


Credit to Telegram Petua Kesihatan

#spreadlove Putrajaya




08 July, 2023

Diet Sihat

fakta sihat

Diet sihat bukan menu western semata-mata. Diet sihat hanya perlu sederhana, seimbang dan pelbagai.

1. Sederhana jumlah

2. Seimbang nutrien

3. Pelbagai sumber zat.